Followers

09 October 2009

Sama-sama kita menghulurkan "bunga mawar"

Apakah yang harus dilakukan agar perasaan kita selalu ceria, suka dan gembira? Kita biasanya ketawa bila tercuit hati dengan sesuatu kejadian yang melucukan. Kita gembira bila terima usikan dan gurauan dari teman-teman. Kita juga gembira bila mendapat hadiah, bunga, cokelat (barangan hiasan mungkin) dari si dia (ehemm). Kita gembira bila dinaikkan pangkat atau menerima apa jua anugerah. Malah kita pasti gembira apabila dapat berbual apatah lagi bertemu dengan seseorang yang sememangnya sudah lama kita merinduinya. Sudah lama kita berdebar untuknya.


Tapi bagaimana jika semua itu tidak berlaku, tidak ada seseorang dan keadaan yang boleh menggembirakan hati kita? Maksudnya punca kegembiraan itu tidak ada. Bagaimana caranya untuk kita wujudkan situasi yang menggembirakan hati kita?


Rasanya ada cara yang dapat berikan kegembiraan kepada kita jika sumbernya tidak ada. Apa kata kita cuba untuk gembirakan orang di sekitar kita. Kita gembirakan teman-teman dan sesiapa saja yang berhubungan dengan kita. Hidup kita inikan ibarat roda. Kitarannya sentiasa ada. InsyaAllah, rasa suka dan gembira yang kita berikan pada orang lain akan kembali pada kita semula. Pepatah cina ada mengatakan, “tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan berbau harum...” (psstt! jangan pula bagi bunga yang tak ada bau. hehe)


Yup! mulai sekarang marilah kita hulurkan “bunga mawar” kepada sesiapa saja. Berikan dengan hati yang ikhlas. Berikan “bunga mawar” itu kepadanya setiap hari dan setiap masa jika berkesempatan. InsyaAllah, sebelum penerima “bunga mawar” mencium keharumannya, tangan kita yang menghulurkan akan pasti berbau harum terlebih dahulu.


Jom!! kita sama-sama menghulurkan “bunga mawar”. Kita berusaha untuk menjadi sumber kegembiraan. Gembirakan orang lain, kita pasti akan sama gembira. Dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam, malah kita akan mendapat lebih banyak cahaya … insyaAllah.


p/s – Senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Walaupun ada kalanya diri dan hati kita sedang bergolak dengan pelbagai persoalan.



36 comments:

- jinggo - said...

cgu...

Senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Walaupun ada kalanya diri dan hati kita sedang bergolak dengan pelbagai persoalan.

Marzalina said...

nak tunggu cikgulah yang hulurkan bunga mawar tu...boleh? =)

Zyma Saad said...

Salam cikgu Rashid.....

Zyma dtg nihhhhh.....tapi terlupa nak bawa mawar merah utk Cikgu la. Knp ckp last menet nihhh??
Huhuhuhu.

Cikgu sihat? Dah makan? Makan apa?
Kenyang tak? Jgn makan mawar merah tau.....

Rozita said...

senyum pagi jumaat :)) tanpa sekuntum bunga

eiza in the house.. said...

cikgu sy nak bg bunga tu kat cikgu..
tp belum sempat smpai dah layu..
x jd la nak bagi kat cikgu..
bg lain jerla..
tolong bg komen je kat sni, bolehkan..hehe

semoga cikgu ceria dihari jumaat yg mulia ini

cat said...

Hmm :) Setuju sangat.
Semalam tgh hari, cat ada sedikit terasa hati dgn kata2 seorang teman. Kami tak bertegur sapa beberapa jam. Then, cat terpandang postcard kat dinding yg buat cat tersenyum.
Cat nekad lupakan hal kecil pagi tu dan hantar satu smiley kat chat box teman tersebut. Tak berapa saat dia balas balik dengan senyuman. Rupa2 nya dia pun x senang duduk selepas hal tu. Seakan permainan domino, kan. Bila kita buat org senyum, org juga akan buat kita senyum. Cuma.. someone kena mulakan dulu. Betul tak ? :)

cHeRyNa PiReS said...

tak dpt pon bunga mawar tuh kat blog sha, cikgu? mane dia? penat tunggu nieh:)

Rashid said...

cheryna pires
Sha, nak bunga ek?. ambiklah.. hehe. Ada je sha ni. Tapi saya tau sha kan selalu ada bunga kat blog sha tu walaupun warnanya selalu saja berwarna ungu. Warga kegemaran sha.

Rashid said...

Jinggo

a'ahh.. betulkan jinggo. Bukan semua orang boleh senyum mesra sebegitu. Hati terluka. Penuh masalah tapi masih mampu tersenyum. Senyum untuk menggembirakan orang lain.

Rashid said...

Marzalina
ermm… “nah, terimalah sekuntum bunga mawar dari saya.. jaga elok-elok. Jangan biarkan ia layu. Siramilah ia selalu..”

Rashid said...

Zyma saad
Zyma lain kali janganlah tunggu saya minta “bunga mawar” okeh. Zyma faham-faham jele. Nak jumpa saya je mesti bawa “bunga mawar”.. kan zyma dah tau saya sejak dari dulu lagi suka “bunga mawar”. ahaks.

uiss tak boleh makan.. sedang puasa 6..
Kalau tak puasa rasa juga nak makan “bunga mawar” berperisa cokelat. suka.. best apa.

Rashid said...

Rozita
Senyum tanpa sekuntum bunga? Takper sekurang-kurangnya masih bisa senyum. Bukan senang tau nak senyum tanpa bunga..

Rashid said...

eiza in the house
uiss. naper cepat sangat layu?. Bunga apa tu? lain kali masukkan dalam bekas berair k. Belai ia.
Apapun terima kasih kerna bagi komen pengganti bunga. Saya tetap terimanya dengan hati yang suka.

pssttt lain kali nak lagi.

Rashid said...

cat
Cara cat itu bagi saya sungguh mesra dan bijak sekali. Hantar smiley kat chat box. Sebenarnya kita boleh dan dapat berikan satu pesanan pada sesiapa yang selalu berhubungan dengan kita.

Kepada keluarga dan teman yang rapat… jika kita selalu fikirkannya biasanya diaorang itu juga akan terfikir kita. Aura bergema sama.

Benar itu cat, bila “kita buatkan orang senyum, orang juga akan buatkan kita senyum”.

Senyumlah.. dunia pasti akan tersenyum.

bspotgurl said...

ohh tuan rumah blog ini cikgu rupanya.. cikgu.. setenang-tenang air pun ada ketika tentu berlegar juga dan begitu juga hati.. ia kelihatan tenang namun didalamnya sedalam mana gusarnya.. hanya hati yg tahu...

kuina said...

saya nak hulurkan bunga mawar kat alam maya nie aja..
tak sampai tangan...

Rashid said...

bspotgurl
a’ahh cikgu yang sentiasa tenang dan damai. ahakss!!.
ermm betul tu bspotgurl. Hati yang tenang juga bisa diusik dan mudah terusik. Bila hati gusar maka ia akan mula berdebar-debar. Tapi itu semua dah lumrahkan. Kita kena terima seadanya apa yang mendatangi hati. Moga ia sentiasa kuat dan terus berdetik romantis.

Rashid said...

Kuina
okey tu. Moga bunga mawar yang dihulurkan dapat menyebarkan bau harumnya ke seluruh alam maya..

ILA said...

Bak!!sekuntum bungaaaaa!!!
bunga taik ayam pun tak pe lerr...yg pnting orang yg beri dgn hati yg ikhlas..dan penerima berasa gembira dgn pberian itu..

walau bunga taik ayam..hanya nama yg tak sdap di dengar..tapi parasnya cantik juga.& wangi pulerrr..

Cik Amy Sensei said...

salam...


bunga mawar buat si hati yang sepi bagai mengetuk pintu hati untuk senyum..

MaizaC'Joe said...

Salam Rashid

kadang hati penuh dengan pelbagai masalah tapi senyuman tetap terukir di wajah.. mengembirakan hati orang satu kepuasan yang mampu di berikan.. kadang senyuman tak mampu terukir tapi tetap di gagahkan juga.. eemm.. kalau dapat sejambak bunga mawar best juga.. kalau tak pun sekuntum pun boleh lah.. boleh juga mengubat hati yang lara.. hee..

-maiza-

LiNda said...

Salam Rashid...

Wahh.. ada bungalah . sukanya !!

Saya suka senyum..tersenyum and beri senyuman . Senyuman saya free of charge !

Pagi hari saya dimulai dengan senyuman dan dibawa hingga ke malam . Terutama kepada anak-anak . Agar mereka bebas memeluk erat dan cium saya bertalu-talu tanpa rasa takut dan ragu .

Rashid said...

Ila
ishh ila ini, adake bunga itu.. namapun dah geli saya dengar. Bayangkan ila terima dari sidia,
“Nah ila, terimalah dariku bunga “tahi ayam” untukmu.. “ adoiii tak romantis langsung. haha!!

Rashid said...

Cik Amy Sensei
Ya cik amy. Bunga mawar dapat berikan ketenangan dan senyuman pada hati yang sepi.

chaiyok chaiyok!!

Rashid said...

Maiza C’joe
Betul tu maiza. Tak salah malah satu kebanggaan jika ada mereka yang sanggup gembirakan orang lain walaupun dirinya penuh dengan pelbagai masalah.

“Terimalah sejambak bunga mawar untuk maiza..” hehe. warna kuning okey jugakan

Rashid said...

Linda
Salam Linda..
Beruntung mereka yang dekat dengan linda. Tengok je senyuman Linda, hati yang gundah gulana terus jadi mesra ceria. Hilang segala masalah.

dot dot .. kan kan..

Linda, senyuman saya mahal okeh..

LiNda said...

Wakaka...
gelak arr ..
mahal betul senyuman awak yea..
hati-hati tauu..
jangan jual mahal sangat.
nanti tak laku !!

lariksss..

MaizaC'Joe said...

hahaha... warna kuning pun boleh.. apa2 warna pun tak apa... colourfull lg best... tengok blog sy kan colourfull gitue... hee.... thanks..

lalink7 said...

cikgu..
saye suke ngan entri nie..
tapi cikgu..lelaki zaman skang nieh romantik lagi ke? nak2 harga bunga mawar mahal kemain..hehe

Zyma Saad said...

Cikgu belum habis dgn kisah mawar merah ekkkkk?
Huhuhuhu.....

n3 baru??? :)

Rashid said...

Linda
hehe..

Tapi pelik juga ya. Bila borak ngan Linda rasa senang pula senyum..

Rashid said...

MaizaC’joe
a’ahh blog maiza penuh warna-warni. cute je. Macam pergi fun fair. enjoy gitu!!

Rashid said...

lalink
iya lalink.. (eeee lain macam je bila sebut nama lalink ni..)
Rasanya masih ramai lagi kot yang berjiwa romantis .. tapi tak semestinya romantis kan lalink. Saya tak romantis tapi tetap sukakan bunga mawar..

Rashid said...

Zyma Saad
Mawar masih kembang baik kot sebab tu entri baru tak de.

Naper rindu entri baru ek. Itulah saya zyma. Bukan rajin sangat buat entri ni. 2 entri seminggu je gitu. ahakss!! tak macam orang lain, hari-hari ada je entri baru. adoiii.

Buka apa, sibuk le..

dushh dushhh .. (sebenarnya malas menguasai diri.)

Nadia Yuna said...

nadia masih tunggu

bunga ros merah =)

Rashid said...

Nadia Yuna

eee kan saya dah beri lama dah.. sejak kita mula kenal..

Sekuntum bunga ros merah pada ... di ... jam .... sebelah restauran...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search