Followers

01 October 2009

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2009


Kelmarin, sambutan hari raya peringkat sekolah. Semua guru dan pelajar diminta memakai baju raya. Aku tengok bukan main bergaya lagi guru-guru dan pelajar berbaju baru. Beraya sakan. Suasana kelihatan meriah sekali.


Sebenarnya aku rasa seronok dengan sambutan raya peringkat sekolah ini. Seronok kerana semua kelas adakan jamuan. Pelajar dan guru kelas masing-masing bawa ‘menu raya’ dari rumah masing-masing.


Bayangkan sekolah ini ada 37 buah kelas semua. Adoiii bukan main la penat aku berjalan masuk keluar kelas, dari tingkatan satu hinggalah tingkatan enam. Masalahnya aku kena masuk semua kelas. Kalau tak, nanti terasa hati dan kecewa pula pelajar-pelajar ini. Nanti diorang ini kata aku tak sudi makan kuih raya diorang pula. Dan sesungguhnya aku dilahirkan untuk tidak akan mengecewakan hati sesiapapun .. apatah lagi hati pelajar-pelajar ini. ahakss!!!


Tapi sedia maklumle, aku ni bukannya boleh makan banyak. Pendiet orangnya. Jaga badan. Oleh itu, untuk jaga hati pelajar, aku masuk semua kelas tapi sekadar makan satu dua keping kuih je, kemudian ke kelas lain lagi. Begitulah seterusnya.


Tak tahan godaan aku apabila dengar pelawaan pelajar:


“Cikgu makan le kuih saya buat tu cikgu .. macam tak sudi je cikgu...”


“Cikgu makan le nasi dagang tu.. rendangpun ada...”


“alaaa cikgu takkan makan kuih sekeping je...”


“Cikgu makan le banyak lagi cikgu...”


“Cikgu takkan makan keropok je cikgu..”


“Cikgu minum air je..”

Rakan-rakan guru turut bergaya .. hehe

Pelajar-pelajar cina berbaju Melayu dan berbaju kurung. Smart & ayu gitu..

Ini baru je satu kelas. Ada 37 kelas semua sekali.. adoii seksanya!!

Guru yang sporting.. berkaraoke lagu raya. (Ada pelajar tanya, "Cikgu rashid tak nyanyi ke?" dushh!! jgn haraple. haha!!)

Pertunjukan fesyen raya - ciptaan sendiri pelajar ...

Persembahan lagu raya ..

Gambar 'skema' aku bersama rakan pentadbir .

30 comments:

Marzalina said...

makan je la cikgu..raya kan cuma setahun sekali je..time raya takyah le diet2 hehehe

p/s: segak le cikgu pakai samping dan baju melayu hehehe..patutlah pelajar sayang :p

Cikgu Adham said...

salam.. huhuhu mantap.. kemas molek meja cikgu rashid.. kalo meja kawe gak heh heh heh serupa tempat timbunan stor.. heh heh

cHeRyNa PiReS said...

bestnye...pelajar2 cikgu rashid nieh sumenye berdikari dan boleh diharap. teringat hari merdeka hari tuh...semuanya cikgu kena buatkan sbb budak2 takde komitmen...hmm...frust...

paatz said...

Salam..seronok tengok sambutan raya kat sekolah cikgu Rashid..he..selamat hari raya!

MaizaC'Joe said...

Salam Rashid

seronoknya bila teringat time study dulu.. ala... bg tau ja.. " cikgu diet.." hahaha.. kan senang tapi bila time raya hadoii... memang dh tak tertahan lagi.. tp lepas raya puasa la.. bleh juga cuci perut... hee.. seronoknya tengok cikgu2 ngan student bergaya sakan...

School Of Tots said...

Selamat hari raya cikgu, semoga bahagia selalu.

DUN Behrang 2020 said...

Seronoknye...teringat alam persekolahan...uwaaaaaaaaaa!!!

Anak Tok Wan said...

meriahnya sambutan ry kt sek cr...hr ni kt maktab pun ada...tp sekadar ucapan dan jamuan jer...xde le event yg special mcm kt sek tu...teringat kt my old school SMACH...hu..hu...bestnya masa tu...

aliadijamina said...

Laaaaa....rugi-rugi awat yang tak nyanyi selagu dua...?

kenari said...

selamat petang cikgu! selamat hari raya aidilfitri...

Rashid said...

Marzalina
Uiss mana boleh intan. Kita kena sentiasa jaga badan biar rasa seksa sekalipun tengok makanan depan mata... hehe
p/s – ehem ehemm..

Rashid said...

Cikgu adham
biasa le tu adham. Kalau tak kemas rasa tak ada mood le nak buat kerja.
Bila meja kemas rasa semangat tu sentiasa ada je..
Timbunan stor? tu dah tahap kritikal dah tu.. adoii..

Rashid said...

Cheryna pires
A’ahh diorang ni memang boleh diharap. Kita cuma bagi guide je. Latih diorang..
Pelajar ni sebenarnya lagi byk idea. Kena banyak bagi semangat..

Rashid said...

Paatz
salam paatz..
T.kasih paatz. Selamat hari raya juga..

Rashid said...

MaizaC’joe
salam maiza
Betul tu maiza, alam sekolah saat yang paling menggembirakan. Banyak memori.

Ada juga saya bagitau cam tu awak. Diorang kata, “alaa cikgu badan dah okey dah tu..” hehe. “Cubaan…”

Rashid said...

School of tots
Selamat hari raya juga utk tots.. t.kasih kerna hadir sini.

Rashid said...

DUN Behrang
Memang seronok. Boleh tengok suasana penuh warna-warni. Fesyen baju..makanan..
Masa makan lagi seronok.. (bagi yang hamtam saja..)

Rashid said...

Anak Tok Wan
Untuk meriahkan suasana, semua kena main peranan. Satu warga satu sekolah kena sepakat. Kena satu kepala. Rancang dan laksanakan bersama.

Sekali-sekala bagi gempak le sikit. Bagi peluang pada guru-guru dan pelajar yEh yEh raya.. bukannya selalu. Kerja je tak best le kan.

Rashid said...

Aliadijamina
Alia, kalau saya nyanyi tentu tak lena tidur le semua pendengar tu. ahakkss!!

Rashid said...

Kenari
ermm.. t.kasih kenari. selamat hari raya juga utk kenari..

Zyma Saad said...

Cikgu Rashid......

Zyma dtg m`jenguk Cikgu ni. Dah lama rasanyer tak jenguk Cikgu.... dah lama rasanyer tak kenyit mata kat Cikgu...ahekkssssss!!!! Huhuh...

**Wahhhh,meriahnyer!!!! Best kan bila dpt b`satu utk menyambut Hari Raya cenggini,Cikgu.

:)

Rashid said...

Zyma Saad

ooo kenyit mata ek? naper masuk habuk ke kat mata tu? hehe...

yup! sambutan raya ramai-ramai gini memang best zyma!!

ije said...

sakannya anak murid bergaya. meriah! =)

anyway, thx cikgu untuk wish kat blog tu. ehe.

Rashid said...

Ije

a'ahh cikgu-cikgu dia borek.. anak-anak didikpun rintik le. ehehe

sama-sama ije..

Hazzy Ishak said...

wahhh ke main ada karaoke lagi tu...

Rashid said...

Hazzy ishak

yup diorang tu bukan main lagi berkaraoke. saya tak join. Pemalu. heehe


hazzy, t.kasih kerna hadir umah saya.

shila said...

meriahnya sambutan hari raya di sekolah.. saya memang dah lama teringin nak jadik cikgu.. tapi apa kan daya rezeki tak ada uhuks....

Rashid said...

Shila

ermm iyake syila. seronokke jadi cikgu ni?? hehe..

shila, t.kasih dtg umah saya ni.

lalink7 said...

cikgu,

gambar 1st cikgu tue macam guru besar sekolah saye dulu...ade ciri2 pemimpin nieh..

Rashid said...

Lalink
hehe.. t.kasih. moga ciri itu ada sentiasa bersama saya..

lalink..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search