Followers

07 November 2009

GOMO KELATE GOMO .. KELANTAN MENANG 2-0

Dalam perjalanan pulang dari kursus - sempat aku snap dari tingkap bas. Budak-budak sedang bermain bola di sebelah Masjid Kg Anak Ikan, Terengganu.

>>>> gila bola tidur bola makan bola minum fresh orange >>>>

Perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan malam ini tentu menarik. Aku pasti ramai penyokong kedua-dua negeri memenuhi Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

Piala Malaysia 2009 ini menarik kerana kedua-dua pasukan, Kelantan dan Negeri Sembilan mempunyai misi tersendiri. Kelantan, kali terakhir muncul pada perlawanan akhir ialah 39 tahun lalu tetapi tewas kepada Perak. Negeri Sembilan pernah beraksi pada perlawanan akhir 2000, tetapi juga tewas kepada Perak.


Apa yang lebih menarik pada aku ialah

1. Pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan telahpun menerima ganjaran berupa pakej umrah dan wang saku secukupnya kerana melayakkan diri ke piala akhir. (Sejuk je hati.. kerana pakej umrah. Aku harap semua pemain bertambah semangat)

2. Kerajaan Kelantan telahpun mengumumkan cuti peristiwa Ahad ini. Keputusan itu sebagai menghargai dan menjaga keselamatan peminat yang akan ke ibu negara menyaksikan perlawanan akhir itu. (Aku doakan moga semuanya selamat pergi dan balik.. Penonton selamat.. stadium juga selamat!!)

3. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjanji akan memberikan ganjaran jika Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia musim ini. Aku masih tertanya-tanya apakah ganjaran tersebut? adakah cuti sehari lagi? hehe

p/s- Malam ini aku akan tengok bola di kem tentera bersama anak-anak buah. Pada jangkaan aku, Kelantan menang 2-0. Kelantan akan menang kerana kata-kata keramat “GOMO KELATE GOMO”. Yes! Yes!!

41 comments:

ILA said...

Selamat mgharungi BANJIR
Selamat tengok perlawanan BOLA

2B= yg TERBAEKKKK

(hmmm..rasa pelik..mgapa sejak dulu lagi orang suka berebut BOLA)

larikkkkkkk

cHeRyNa PiReS said...

tgh marah. ada yang kena baling sampah dengan penyokong kelantan. terima kasih ya;)

mountdweller said...

Salam Rashid.

Tahniah dan selamat pulang.

Eh.. takkan belum main lagi dah menang 2-0?

Rashid said...

Ila
hehe.. soalan ila tu sebenarnya turut ada dalam kepala saya dulu. Dulu sayapun pelik.. ramai-ramai duk berebut satu bola. Sepak dan kejar..sepak dah kejar. kan ila..

Rashid said...

Cheryna
Tak marah cuma kecewa..
saya juga amat kecewa dengan sikap segelintir penonton kelantan. Hilang nilai. Apa salahnya terima kenyataan bahawa kalah menang kan adat bertanding..

Terlintas,sekarang ini semangat kesukanan semakin hilang. salah siapa agaknya?

Rashid said...

Mountdweller

hehe. saja je uncle. Provokasi sikit. Tapi tadi keputusan amat mengecewakan. Bertambah kecewa dengan sikap segelintir rakyat kelantan .. penonton..

akusygdia said...

trima lah hakikat..
kelantan klah..
hihi..
thanks sudi lwt blog sy,,
jgn lupe jd follower..
leh kite share2 citer...
hepy blogging..=p

Rashid said...

akusygdia

a'ahhh mencikkkkk.. mana boleh kelantan kalah? (wah!! nampak sgt kefanatikan..)

Sentiasa akur ngan ketentuan dariNya. Terima ngan hati yg tenang..


nanti sy follow k..
t.kasih

Pocket said...

jangan marah ngan komen sha,
dia tu pure NOGORI,

tp kalau pocket jadi tukang tangkap gambo dari RTM, terasa jgak mcm nak marah, kenapa aku plak kna baling batu?

disini persoalan gak...

kalau kena jaahit dahi tu,
takkan kena sambung blk keja pas tu?
(Dia muncul sewaktu majlis penyampaian hadia tu)
provokasi jer nii..

nurayunni said...

kecewe nga psukn kelntn semlm...
lawn n9=3-1
knp leh klh nie....

blueCITY said...

salam...

cuba lagi kelantan, jgn putus asa. saya tak boleh tengok walo kat tv, takut jerk.debo2, hakhakhak.. tgk kejab2 jerk, bila dah kalah 2-0 tuh, heeeeeeeee..
tahniah n9.
adat permainan.
betul ke ada baling2 botol?
ada baling2 mercun?
penyokong kelantan ke?
ishhhhhhhhhh merosakkan nama kelantan lagi yg dah lama dikata terlalu fanafik, terlalu kenegerian dll.
bagi saya semua negeri pun sama jerk. semngat kenegerian tuh semua ada, cuma jgn terlalu tunjuk n fanatik sgt. memalukan diri juga kan.

kesian nik aziz kan.
huuuuuuu

Rashid said...

Pocket
oooo padanlah sha marah. Orang nogori katakana. hehe.. seronoknya..
Itulah pocket, sayapun tak tau. Naper diorang bersikap demikian.

Pocket tau, masa saya tengok tu.. adoii rasa malu tiba-tiba pada diri. Iyalah siap ngan baling mercun, baling itu ini, bakar. macam pesta mercun pula.

Rashid said...

Nurayunni
hmm hmmm sama le ngan saya. Kecewa tau. Memang pasukan negeri kelantan hebat cuma.. Cuma negeri sembilan lagi hebat. Pemainnya nampak lebih serasi antara satu sama lain. Serang je terus. Sentiasa di pintu gol.

Kelantan pula lambat bertindak bila bola di kaki. Hantaran juga banyak tak mengena..

Rashid said...

bluecity
salam ..
Iya. Memang hangat dan mencipta sejarah. Macam pesta main bunga api. Siap baling sana baling sini.. kasihan tengok pemadam api tu. Dia yang tak tau apa-apa pun dibaling semasa nak padamkan api.. ishh buat malu orang kelate je..

Saya rasa pemangku sultan kelantan (mungkin juga Tn Guru Nik Aziz) asyik duk menggeleng kepala je tengok tingkahlaku penyokong negerinya.. dan yang pastinya lebih banyak tengok gelagat penyokong dari tengok gelagat pemain bola.

HonEyBuNNy said...

ish2...sempt ag bdk2 2 men air...huuhuhu...adat permainan la kn kalah n meng...tp tu la....ada stgh yg fanatik yg btol2 xpuah hati.....smpai cm tu sekali...aiya...

HonEyBuNNy said...

ish2...sempt ag bdk2 2 men air...huuhuhu...adat permainan la kn kalah n meng...tp tu la....ada stgh yg fanatik yg btol2 xpuah hati.....smpai cm tu sekali...aiya...

Signorina Syima said...

sy tak suka bola... tak tgk pun siaran bola... tp apa yg sy diberitahu N9 menang... tapi tak kesah la jugak...

sy cuma nak tanya kabar... Cikgu sihat ke??

LiNda said...

Rashid..

jangan bersedih hampa okeh .

Jom minum fresh orange !! saya belanja gelas besarrrrr...

hahaha

Lady B said...

alamak cikgu..camane nak balik ketereh ni...banjir!

MaizaC'Joe said...

Salam Rashid

saya tengok bola malam tue.. w'pun kedah dah.... tp mlm tue sy sokong N9.. dah agak dah mlm tue mesti N9 menang.. wlupun kedah dah 2 thn (betul tak.. comfius lak) tak dpt pergi final tp... sejarah tercipta 3 thn berturut2... haha!!

apa2 pun mlm tue bkn saja bleh tngok bola tp ada pesta bunga api.. pesta api.. siap sembur2 lg hehe... meriah..

-maiza-

Mama Danish said...

Cikgu Rashid..frust sgt sbb klate xmenang..pnat sgt trjerit2 sokong..xpela yg pnting penyokong2 nye mnang..mak aii smangat tol dieorg nihhh..hehe

Rashid said...

HoneyBunny
aiyaaaaaaa amaaa appaaaaa .. hehe
tule ila saya rasa budak-budak main bola kat padang berair tu lagi baik dari pasukan kelate .. (nampak sangat ketakpuasan hati..).

Walau apapun saya okey. Dapat terima kekalahan tapi tak dapat terima kefanatikan penonton kelantan. ishhh… maluunyerrr.

Rashid said...

Signorina Syima
Syima sama ngan saya. Saya sebenarnya tak le minat sangat bola. Sepak bola. sepak… sepak lagi. kejar bola..sepak lagi.

Saja je bagi sokongan kerna kelantan dah dapat masuk akhirkan.

SYIMA, SAYA OKEY ALHAMDULILLAH .. SIHAT seperti yang syima kenal dulu dulu.

Rashid said...

Linda
Linda saya tak sedihpun kelantan kalah. Dah adatkan. Tapi hakikatnya sedih jugale(tak nak tipu diri..)

wah sukanya ada orang nak belanja fresh orange. Tapikan.. takkan sekadar minum-minum je. Apa kata Linda belanja makan pizza ke.. steamboatke.. ikan masak manis 5 rasa ke.. baru ilang sedih. kan kan

Rashid said...

Lady B
hehe.. itule B musim banjir baru nak balik kampung. adoii.. tapi takper kalau tersekat banjir, B singgah umah saya dulu k. nanti saya suruh trak askar hantar B. ahakss..

B balikle. boleh main banjir..

Rashid said...

MaizaC’joe
uisss naper sokong negeri 9. eeeeeeee tak nak kawanle ngan maiza.

Maiza menarikkan perlawanan tu. Ada bunga api penyeri lagi.. siap sembur-sembur pemedih mata. kan meriah.. bukan senang nak tengok aksi sebegitu. Rugi le sapa-sapa tak tengok bola akhir tu..

Rashid said...

Mama Danish
Lily, kita sama le. Frust kan.
Naperle diorang main gitu. Tak menyengat langsung. Meluat tul saya tengok.

Sepanjang perlawanan saya diam je. tak puas hati .. tuu separuh masa ke-2. tak sampai 10 minit terus negeri 9 sumbat gol.. adoiiiiii tensionyer lily..

Penyokong menang? hehe.. apa menang.. buat malu kita je lily.

Cikgu Adham said...

salam..
heh heh teringat masa zaman budak2... main bola musim hujan.. best

Rashid said...

Cikgu adham

Itula. saya ambik gambar tu pun kerna teringat zaman budak budak dulu. Suka main gelunsur kat padang masa hujan. seronokkkkkkkkkkk....

Senyum je bila tengok budak-budak main bola dalam hujan. Gurau-gurau..

DUN Behrang 2020 said...

Kalah menang kat adat...satu mesti menang dan satu lagi kena kalah...suka tgk bebudak tu berebut sambil basah2 camtu...puas rasanya!

kuina said...

nice shot bro.. rindu zaman itu, zaman anak2 ikan...

kalah menang adat permainan yg penting semangat.

Marzalina said...

kesian kelate kalah..hehe..saya sokong n9...sebab suka sgt tgk si kembar hensem kat padang hehehe

abu muaz said...

Salam ziarah tuan.

[S]itie [B]Um [B]Um said...

ujan2 main air..demam ni kang

dayana said...

hmmm bro salam...

from my view sy tgk ada cket kureng bila dah nk start kalah tuh...suka terjah2 org nih..x taw la samada sengaja atau tdk sengaja tp ....hmmm mls ah nk habaq takut fans marah..

tang penyokong tu lak x semuanya buat pasal dan cari pasal. depa ni just nk menghangatkan suasana tp x kena cara..tp yg kompiusnya mcamana mercun@bom asap dan yg seangkatannya bley lps masuk stadium...adakah keselamatan lureng ataupun depa ni mls nk buat keja??

Rashid said...

DUN Behrang
DUN .. ni tentu selalu basah main bola zaman budak-budak ni. kan DUN.. terlintas masa budak-budak main bola happy dalam hujan semacam je. siap jadi superman .. mengelunsur ..

Rashid said...

Kuina
zaman anak-anak ikan? hhaha!! mandai je guna istilah ..
Semangat kesukanan 1 Malaysia..

Rashid said...

Marzalina
uiss naper sokong N.9? oooo.. ada udang rupanya. takper.. takper.. majuk dah ni. takper.. hehe

Rashid said...

abu muaz
salam ziarah jua utk abu muaz. t.kasih..

Rashid said...

siti bum bum
wah baca je nama siti bum bum.. terus teringat lagu hindi. bum bum.. shah rukh kahn sama madhuri dixit.. nyanyi dalam hujan bersama-sama budak-budak. hehe. seronoknya.

siti bum bum, takper sekali sekala main hujan..ermm best tau siti.

Rashid said...

dayana
salam yna
Sebenarnya diorang pemain tu ada unsur tak puas hati. Balas dendam le tu..
Bila rasa tak puas hati macam-macam le datang fiil tak elok. Rasanya mereka yang fanatic dah rancang dari awal lagi. Tu sebab diorang bawa mercun botol bagai.

alaa kalau tengok cara diorang masuk kat pintu pagar stadium tu bukannya boleh periksa satu satu. terjah semacam jeeeeeeeeeeee…. polis pun tak dapat nak kawal. Ramai sangat. Tambahan lagi masa tu dah hujan renyai-renyai.. so tak boleh salahkan bahagian keselamatan yna..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search