Followers

01 November 2009

Kita Perlu Kembali Pada ‘Hari-Hari Pertama’

Hari-hari pertama bagi kita biasanya adalah detik yang penuh kegembiraan, ceria, hati suka dan penuh kasih sayang. Bermula dengan hari pertama kita dilahirkan. Kita dapat tengok bagaimana ibu bapa begitu gembira sekali. Bau pada badan kita sebagai bayi yang baru lahir begitu wangi dan tersendiri sehingga ibu bapa tak pernah puas mencium. Suasana keliling begitu indah dan ceria. Hilang segala keperitan dan kesakitan ibu yang melahirkan kita.


Begitu juga hari-hari pertama bila kita ke sekolah. Rasanya bukan main segala persiapan dilakukan oleh ibu bapa. Adakala kita tak sabar hendak ke sekolah. Pagi-pagi lagi dah bangun mandi. Tak sabar hendak berpakaian baru. Tak sabar nak berjumpa kawan-kawan. Sebab itu, kebanyakan kita tak pernah melupai hari-hari pertama kita ke sekolah. Jika ada yang takut-takut ke sekolah, mungkin rasa lucu benar. Dengan isak tangis manja tak nak berpisah dengan mak ayah.


Hari-hari pertama kita ‘fall in love’... kan terasa indahnya dunia ini. Bak kata orang – (bukan aku kata. ops! okeylah di ketika ini aku yang kata..), bila orang itu pertama kali jatuh hati, segalanya nampak indah. Segala madah dan syair tak ada lawannya. Hinggakan ‘gunung yang tinggi kan kudaki, lautan api kan kurenangi, lurah yang dalam kan kuturuni’. Malah ada yang sanggup ‘ambiklah kapak belahlah dada’, ‘kan kupetik bintang-bintang untuk kuhadiahkan pada hari lahirmu’. Semua ini untuk buktikan betapa dalam dan setianya cinta kasih. (Padahal meniti di jambatan gantungpun dah gayat, air sungaipun tak berani terjun & kena duri sikitpun dah mengaduh bukan main lagi sakitnya. hehe).


Semakin dewasa, kita melangkah pula ke alam kerjaya. Hari-hari pertama kita bekerja, melangkah kaki ke pejabat, biasanya penuh bersemangat, penuh keazaman dan motivasi. Segala tugas yang diberi, diterima tanpa banyak bantahan. Malah diterima dengan senyuman dan semangat untuk menyelesaikan segalanya. Sesuatu yang sukar akan dianggap sebagai cabaran. Malah ada sesetengah kerjaya, bila kita diarahkan untuk posting, biasanya sanggup dan terima saja, hatta dipostingkan ke pulau yang hanya ada 150 orang saja penduduknya. hehe


Persoalannya, kenapakah bila hari bertukar minggu dan bulan, bulan ke tahun, tahun silih berganti, segala semangat dan rasa riang ceria mulai hilang?. Tak lagi seperti ‘hari-hari pertama’. Seseorang itu mulai menunjukkan prestasi yang kurang berbanding dengan ‘hari-hari pertama’nya. Rasa penat dan boring kini menguasai diri. Rasa malas bangun pagi. Longlai untuk melangkah ke tempat kerja. Hilang mood.. hilang semangat. Dengan kata lain, kelihatan agak sedikit lemah segalanya.


Apa kata, demi diri kita sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara, kita kembali kepada ‘hari-hari pertama’. Ini penting agar kita rasa sentiasa gagah untuk melangkah, ceria, hati yang sentiasa berbunga mekar, terasa dihargai, dikasihi dan diperlukan. Kita pastikan kehadiran kita sentiasa diperlukan dan dinanti-nantikan.

Aku rasakan, betapa pentingnya semangat ‘hari-hari pertama’ dan ‘hidup ini baru bermula’ dikembalikan semula dalam diri kita, untuk berikan kita kekuatan dalam melalui hari-hari mendatang. Dapat berikan kita semangat baru. Semangat untuk mengubah hari-hari biasa kepada suasana yang penuh warna-warni, penuh keceriaan, kegembiraan, ketenangan dan kedamaian. Dengan kata lain, di mana jua kita berada, pada bila-bilapun, kita akan sentiasa tenang .. damai ... kan.. kan ..


p/s: Pada 2 – 5 Nov ini aku akan ke De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang. Kursus Profesionalisme Guru Kanan Sains Sosial Sek Men Negeri Kelantan. Harap-harap ada wifi sana.. boleh online di kala rehat .. pssttttttt!!

26 comments:

Tirana said...

hari-hari pertama kebanyakannya sesuatu yang indah..cuma hari-hari pertama melangkah ke alam barzakh, tak dapat nak dibayangkan macam mana...

MizShuai said...

hari-hari pertama yang baik untuk cikgu!

Unknown said...

Salam Rashid.

Tahniah kerana terpilih untuk kursus pro.

Hari-hari pertama ada juga yang pahit tetapi lebih banyak yang manis. Ulangilah yang manis itu nescaya kita akan ceria dan lebih positif.

Hari-hari pertama yang pahit usah dikenang tetapi wajib dijadikan iktibar untuk hari ini.

Idalara said...

paling indah
hari pertama jatuh cinta
hari pertama jd isteri
hari pertama jadi ibu..

paling sedih
hari pertama gagal; bercinta
hari pertama dijatuh talak
dan hari pertama kehilangan dia..

p.s selamat berkursus..bila nak ada hari pertama bergelar suami?:)

Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid.

Sy kembali dgn hari2 pertama yg membahagiakan.

:)

Rozita said...

bisa kah aku kembali ke hari-hari pertama? oh..tidak

Kei Hiroki said...

malasnye nk ke hari2 pertama 2..
hua3...

Rashid said...

Tirana
kak.. moga kita dpermudahkan perjalanan kat sana.
Tiba-tiba teringat lagu zikir hati
“Tuhanku aku tak layak ke syurgaMu
Namun aku tak sanggup ke nerakaMu..”

Rashid said...

Lady B
Terima kasih B.. doa yang menceriakan saya.

Rashid said...

Mountdweller
Salam uncle. Betul itu uncle. Bila diulangi dan diingati ‘hari-hari pertama’ pasti senyuman terukir. Rasanya kebanyakkan cerita itu menggembirakan hati.

Rashid said...

Idalara
Kak.. jatuh cinta.. aku jatuh cinta lagi..
hehe..

Rashid said...

Zyma Saad
salam zyma. baguslah kalau zyma sentiasa dalam keadaan ‘hari-hari pertama’ yang membahagiakan..

Jom, Peace V ngan saya..

Rashid said...

Rozita
Naper tidak rozita. Adakah kebanyakan ‘hari-hari pertama’ sungguh menyedihkan rozita?
Kalau sedih takper. Sayakan ada. Ada untuk memastikan rozita melalui ‘hari-hari pertama’ dengan perasaan yang tenang.. damai ..

Rashid said...

asyfiqaz
ooooooo ni tentu ada kisah yang bikin hati tak keruan.. rasa tak selesa..

Chenta said...

Amboii... hari pertama ekh ?

setiap hari adalah hari pertama saya...

makanya saya sentiasa bersedia dan menerima sesuatu itu dengan baru .

owhh... alangkah indahnya !!

Marzalina said...

Hari pertama selalu mengundang rasa debar...hehe

DUN Behrang 2020 said...

asyik teringat hari2 pertama nikah jer...ada kena mengena ngan amalan mandi tu tak..hehehehe!

MaizaC'Joe said...

Salam Rashid

kesemua hari2 pertama dlm hidup tak akan dpt di lupakan, semuanya indah, seronok sangat. alangkah bestnya klu dpt kembali semula pd hari2 pertama. klu dpt kembali hari pertama masuk sekolah, kembali menjadi kanak2 lg best.. tak ada nak pening2 kepala. happening aja sentiasa. enjoy.. tp, wlu apa pun hari pertama merupakan kenangan yg terlalu indah. dan sekarang terus melangkah..

bestnya dpt bercuti tepi pantai nan indah..
selamat menjalani kursus di sana..

-maiza-

Rashid said...

Linda
wah.. ayat tu. sungguh bermotivasi sekali Linda. Saya suka okey.
kesediaan menerima sesuatu yang baru juga menggambarkan kita ini sebahagian daripada dunia.. kena berubah..

Rashid said...

Marzalina
ermmm… dalam maksud itu intan. Moga debaran intan debaran yang akan berikan intan sesuatu yang indah..

Rashid said...

DUN Behrang
haha!! iyakot DUN .. amalan mandi yang kena caranya akan bawa kenangan yang manis.

Rashid said...

MaizaC’joe
salam maiza
betul tu maiza. rasanya bila ingat kembali hari-hari pertama .. zaman kanak-kanak terlalu indah. tak dapat nak bayangkan..
Apapun kita kena lalui hari-hari sekarang dan mendatang dengan semangat seperti hari-hari pertama. ceria gitu.

maiza..t.kasih..

n a r d indie winkie said...

hari pertama di sekolah menarik. tapi lama2 dah nak ponteng skolah. hehe.. tu dulu masa zaman kecik2.:-p

ILA HonEyBuNNy said...

ila pn suka hari pertama...kalo la ley d ulang balik kngn2 pertama ila dlu..ahhahha

Rashid said...

Nard
oooo tak sangka. Kaki monteng ek.. nakal rupanya zaman remaja dulu (remaja?) hehe..

Nard, t.kasih..

Rashid said...

HoneyBunny
ermm.. tentu hari pertama ila penuh dengan kenangan indah. Apa kata ila wat entri hari-hari pertama ila.. tentu best kan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search