Followers

31 March 2009

3 cara bila kita berkawan

sekadar hiasan..

Jam 9.30 malam. Aku borak-borak dengan seorang pak cik. Aku bahasakan dirinya Wak. Wak ni berasal dari Indonesia dan kini bekerja sebagai pemandu kereta sewa.

Dari segi penampilan dan raut muka, aku agak Wak ini dah berumur orangnya. Sekitar 50-an. Peramah orangnya. Suka bercerita dan aku pula suka mendengar cerita. Aku suka bila dengar cerita dari orang-orang tua seperti Wak. Banyak pengalamannya.

Dalam asyik duk borak tu, aku tertarik dengan nasihatnya tentang cara berkawan.

“Cikgu, ada 3 cara bila kita berkawan. Pertama, berkawan separuh jalan. Kedua, berkawan setakat sampai di depan rumah saja. Dan ketiga, berkawan sampai dalam rumah...”

“Apa maksud wak?” Aku makin ingin tau. Lain je bunyinya.

“Bila kita berkawan kena tengok siapa kawan itu. Ada kawan yang hanya boleh dibuat sekadar separuh jalan saja. Mungkin kawan kat kedai makan saja. Selepas itu habislah.”

“Kedua, berkawan sampai di hadapan rumah saja. Kawan jenis ini hanya boleh di bawa bincang sampai di hadapan rumah kita saja. Walaupun kita dah mula kenal dia. Tapi jangan terus dibawa masuk dalam rumah. Bahaya tau…”

“Ketiga, kawan sampai dalam rumah. Kawan jenis ini bila kita dah kenal. Kita dah yakin dan percaya dengannya. Kawan jenis ini kita boleh bawa dia sampai dalam rumah kita. Kawan jenis inilah yang kita nak…”

“ooo itu maksud wak” Aku tersenyum. Tercuit dengan nasihatnya.

“Iya, wak dah lalui banyak pengalaman berkawan ini. Pernah satu ketika, ada seorang kawan. Nampak alim je. Pakai songkok. Tapi bila dibawa masuk rumah. Habis barang dicurinya.”

“Sekarang ini cikgu, kita kena hati-hati bila berkawan. Ada banyak jenis kawan ni. Sukar kita nak kenalpasti yang boleh kita jadikan kawan dan sebaliknya. Oleh itu, itulah 3 cara bila kita berkawan. Ingat tu..”

24 March 2009

Tanda Persahabatan dari Sakura


Dari sakura, salah seorang sahabat blog - berkongsi sesuatu dengan para blogger dan pembaca semua.

Saya tabik pada sakura. Dia ini rajin. Ada-ada je entrinya. (Tak macam saya. Sibuk memanjang. Dushhh cikgu padahal cikgu ni malas).

Saya tersenyum je bila baca komen pada entrinya:

Saya: "Sahabat bagaikan bintang. Saya le tu. hehe. Suka bila ada perkataan bintang".
Sakura: "Cikgu adalah di antara kerdipan bintang2 yang menyeri hidup sakura.."

Wah romantis betul sahabat saya ni seromantis nya setiap entri kat blognya.

21 March 2009

Amaran awal!! Clip video ini tak sesuai untuk tontonan ...

Amaran awal!!!!

Clip video di bawah ini tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah umur. Juga tak sesuai untuk mereka yang ada penyakit lemah jantung. Juga tak sesuai untuk mereka yang asyik bercinta sana-sini, yang baru putus cinta, yang asyik patah hati dan yang asyik makan hati.

Kepada yang suka berjiwang tuu.. clip video ini juga tak sesuai untuk anda!!.

Habis clip video ini sesuai untuk siapa ek?

hahahhh.. okey. Clip ini hanya sesuai untuk mereka yang sentiasa happy & ceria. Suka senyum dan ketawa. Juga sesuai untuk mereka yang rindukan kehijauan bukit-bukau dan air jeram yang mengalir tenang. Juga sesuai untuk mereka yang dah lama tak 'gila-gila ceria gituuu". hehe.




p/s - Suka ceria je hati bila sekali-sekala dapat tengok filem 'gila-gila' sebegini.. heehe

18 March 2009

Jom kita jalan-jalan cuci mata di Ekspo Mapex 2009

“Wah!! cuti sakan nampaknya cikgu rashid ni..”

Ahahhh. Itulah kenapa tak mahu jadi cikgu. Kan seronok!! Cuti banyak.. hehe. (iyake cuti banyak ni?)

Aku tak sedar rupanya dah hampir 5 hari sekolah cuti. Sekejap saja rasanya. Aku pula habiskan cuti sekolah ini dengan rancangan yang tersendiri. Dalam cuti ini, aku tak berapa lekat kat rumah - balik kampung, jengah rumah saudara-mara dan kawan, hadir kenduri dan sebagainya.

Bila balik je kat rumah, ada kerja menanti – kertas jawapan ujian pelajar. Maklumlah sebelum cuti sekolah baru-baru ni, ujian pengesanan 1 baru je habis diduduki oleh pelajar. Oleh itu, aku terpaksa luangkan masa untuk semak kertas jawapan pelajar. Itupun bila mood rajin tiba. hehe. (apaler cikgu ni..).

Teman-teman blogger, bukannya apa. Mengajar kelas tingkatan 4 & 5 begitulah – kena fokus sikit bila semak jawapan pelajar terutama soalan esei. Dan yang pentingnya mood rajin itu mesti ada. Kerna bila cuti sekolah mood itu ada-ada je gurauannya. Apa yang pasti, mood keluar jalan-jalan tu le yang banyaknya.. hahahh..

Oh ya, esok (19 Mac 2009) akan bermulanya Ekspo Mapex 2009 (Ekspo Hartanah Malaysia) Negeri Kelantan. Ekspo ini bermula selama 4 hari (19-22 Mac 2009) bertempat di KB MALL, Kota Bharu. So, jika ada teman-teman blogger mau jumpa aku – bolehlah kita jumpa di sana esok. Wah!! macam aku ni agen hartanah pula bunyinya.

Aku bukannya apa. Saja je nak pergi ekspo Mapex tu. Aku difahamkan terdapat 18 pemaju perumahan di seluruh negeri Kelantan akan berentap di sana. Terdapat 1,700 rumah juga akan ditawarkan. Malah ada insentif khas lagi. Wah apa lagi.. bukan senang ni nak tengok pameran dan tawaran rumah-rumah baru sebegini.

Teman-teman blogger, Jom kita jalan-jalan sambil cuci mata tengok rumah-rumah…

12 March 2009

Suka hati apabila dipanggil temuduga

Khamis 12 Mac 2009 - Jam 8.30 pagi. Aku terima satu panggilan telefon.

“Asssalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

“Ini Leftenan Rashid ke?”

“Ya. ya.. Siapa ni?”

“Tuan, saya Sarjan Rosli dari Kem Pengkalan Chepa..”

“ooo ada apa Sarjan?”

“Ni nak maklumkan pada tuan. Esok tuan kena hadir temuduga. Temuduga dengan Timbalan Komander Rejimen”

“Esok?” aku sedikit terkejut.

“Ya tuan. Jam 9.00 pagi. Pakaian No. 3”

“Okey. InsyaAllah esok saya pergi”

Adoii . Pagi ini telefon esok terus temuduga.. camana ni? . Aku mengeluh sendirian. Apa tidaknya. Masa suntuk sangat. Aku mana ada bersedia. Pakaian no. 3 belum bergosok. Kasut no. 3 pun belum berkilat. Rambut agak panjang. Dahlah jam 2.30 petang ini aku kena hadir mesyuarat. ishhh.

“Rashid.. Rileks!!! Ingat anda adalah seorang pegawai. Seorang pegawai mesti sentiasa tenang. Seorang pegawai bukan menimbulkan masalah… dan bukan juga membiarkan ia terus bermasalah. Seorang pegawai akan sentiasa cuba untuk selesaikan masalah...” Suara hati aku seakan-akan berbicara.

Suara itu mengingatkan aku…

Sesungguhnya aku bersyukur kerana masih memiliki suara hati...

Pakaian no. 3 dah standby untuk dipakai - Siap bergosok jam 10.30 malam.


p/s – Suka hati apabila dipanggil temuduga. Moga ia berjalan dengan jayanya. Teman-teman doakan saya berjaya ek..

11 March 2009

"Tag akan menghantui cikgu ..."

Jam 4.30 petang. Balik dari sekolah. Lepak kat rumah. Rehatkan minda .. Buka blog, tengok shoutmix chat… aku di TAG lagi? ishh diorang ni.


Antara kata-kata / pesanan dari teman blogger yang meng ‘tag’ aku:

“sila jawab tag ok..hehe..tag oh tagg...”
“cikgu kena tag oleh saya.. hahahah tag...tag...tag... Tag akan menghantui cikgu...”
“cikgu di tag! sile buat ye cikgu.”

Terlintas jua di fikiran aku. Sebagai blogger kita kena sporting sikit. Bila anda ditag, anda sebenarnya diingati.. Oleh itu hargailah ia.

Pertama >> Tag dari Miss Wawa Nadwa, blogger yang nakal ceria manja gitu. Berani betul wawa ni meng 'tag' aku dengan tag sebegini. dushh wawa!! (Tag ni dah 2 minggu rupanya.. cepat betul masa berlalu. Maaf wawa.. cikgu sibuk teramat!!)

Amboi wawa ni. Dah lah tag, siap dengan syarat lagi!!

1. Anda dikehendaki mengambil 3 pic di bahagian muka..
2. Pastikan dicrop..
3. Setiap 1 pic hanya boleh menampakkan 1 @ 2 anggota sahaja
4. Huraikan sedikit tentang pic itu..
5. Tag sape jer asal lebih 5 orang..

Gambar mana aku nak ambil ni? Tak mau gambar yang sama. hmmm ooooo webcam kan ada. Lagi mudah. Jimat masa. Jimat fikir. Hanya sekali klik & sesaat - gambar terbaru dari yang baru dah siap!!. huhuuu.. senang kerja rupanya.

Gambar dari webcam – snap jam 5.30 pm 10 Mac 2009 - kemudian dicrop.


Syarat ke-4 - huraikan pic (malaslah.. hahahh)

Syarat ke-5 - Tag sape jer asal lebih 5 orang (hmm sapa ek??.. ermm.. takperlah lain kali je. Selamat rakan-rakan blogger. Diorang ni tentu tau jer cikgu rashid ni sejak dari dulu lagi tak pernah men ‘tag’ orang. Naper ek? baik hati sangat.. ops!! anda akan ditag suatu masa nanti)

Kedua >> Tag dari… sorry.. entri lain ek..

p/s – Suka tag yang simple, mudah, jimat masa dan jimat fikir (wah!!! macam iklan TV pula).

09 March 2009

Latihan Tentera di Kem Sg. Durian, Kuala Krai

Jumaat & Sabtu – aku menghadiri latihan tentera Batalion 3, Kem Sg Durian, Kuala Krai. Untuk makluman rakan-rakan, latihan tempatan ini akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu – sebulan sekali - bermula bulan Februari dan berakhir pada bulan Oktober. Lebih kurang 100 lebih anggota terlibat dalam latihan tersebut. Sepanjang latihan, semua anggota dikehendaki berada di dalam kem dan tidak dibenarkan keluar dari kem… kecuali pegawai!! (Baguslah tu. Aku tak larat le nak bermalam di kem - kena balik juga - sebab nak on9 internet - rindu beb pada teman-teman!!)

Pada kali ini, aku gembira sekali kerana 5 orang pegawai baru telah melaporkan diri di kem tersebut. Mereka adalah dari PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) dan lulusan universiti awam tempatan.

Kedatangan pegawai-pegawai baru ini sedikit sebanyak meringankan tugas aku. Ini kerana biasanya aku yang selalunya memberikan kelas kepada anggota. Kali ini aku sekadar membantu dari belakang. Bukannya apa – sekurang-kurangnya pegawai-pegawai baru ini dapat biasakan diri dengan tugas, cara dan gaya sebagai seorang pegawai di kem tentera.


Seorang pegawai memberikan kelas kepada anggota - kelas taktik peperangan.


Selepas kelas, anggota didedahkan dengan latihan amali. Satu platun sebagai demo & satu platun lagi melihat sambil diberi taklimat oleh pegawai.


Wah siapakah gerangan pegawai yang sedang berjalan penuh bergaya dan 'macho' tu? ahak!!

Anggota diberi taklimat tentang aspek pertahanan keliling setelah serangan dilakukan terhadap pihak musuh.

Selepas selesai latihan amali, anggota diberi peluang untuk bertanyakan soalan tentang situasi yang berlaku.

Uiks!! bencinya aku pada foto ni. Akupun tak tau, bila pakai pakaian celoreng tentera - muka budak ni nampak serius semacam jer.

04 March 2009

Aku dan Futsal

Kelmarin jam 5.30 pm- sempat aku luangkan masa bermain futsal. Bukannya apa bagi keluarkan peluh sikit. Jaga kesihatan. Kalau dah asyik kerja je 24 jam bahaya jugakan. Kasihan pada badan, fikiran dan jantung. Lemah je rasanya.

Seronok bila bermain futsal dengan kawan-kawan sekerja ni. Bukannya 'kehebatan' bermain yang dipentingkan. Cuma saja bagi keluarkan peluh dan suka-suka dengan kawan-kawan. Sebenarnya aku terasa 'happy' semacam je bila bermain futsal. Aku suka bila tengok gaya kawan-kawan bermain. Masing-masing ada gaya tersendiri. Terbang sana-sini. Berpusing sana-sini. Tergolek sana-sini. Hahahh!! Sakit perut aku menahan ketawa dibuatnya. Macam-macam gaya ada. Maklumlah semuanya pemain profesional.


Wah masing-masing dah bersedia nampak. Basri dan Azizi bukan main lagi. Nampak sangat tak sabar untuk tunjuk skill. Faisur dan Nik nampak rileks jer. Pemain hebat katakan.

Masing-masing sedang warm-up. Aku pula asyik duk snap gambar je. Maklumlah blogger. Dalam apa jua situasi mesti cool .. yang penting snap gambar!!

2 pemain dalam pasukan aku yang sememangnya hebat. Tanpa mereka tentu kalah teruk. Dengan adanya mereka, aku tengok pasukan lawan rasa terancam semacam je. hehe.

Habis je separuh masa pertama - time rehat. Apa lagi masing-masing serbu air le - penat beb!!

Aku apa kurangnya. Berpeluh satu badan. Dalam keadaan teramat letih - masih sempat suruh kawan snap gambar. Huhuuu..

Muka aku yang kepenatan. Habis berpeluh baju, muka & rambut.


Jam 7.00 pm - perjalanan pulang - hujan masih turun renyai-renyai. Tengok tu lampu jalanpun dah menyala.


p/s - Sebenarnya bukan senang nak berkumpul - bermain dengan kawan-kawan sekerja ni. Masing-masing sibuk. So bila ada masa lapang bersama - apa lagi jangan lepaskan peluang!!

02 March 2009

Wanita sukar kawal nafsu makan?


Wanita sukar kawal nafsu makan?

Benarkah penyataan yang mengatakan kaum wanita sememangnya sukar mengawal nafsu makan? Bagi aku, bila difikir-fikir dan direnung-renung, terdapat juga akan kebenarannya. Tengoklah dalam blog kawan-kawan wanita. Tak dapat dipisahkan dengan entri soal makan-makan ni. hehe. Berselera je...

Satu penyelidikan di Britain mendapati bahawa wanita sememangnya lebih lemah berbanding lelaki dari segi menahan lapar dan menolak makanan. Ini terbukti melalui kajian oleh Saintis di mana mereka telah menjalankan kajian menggunakan imbasan otak sukarelawan lapar.

Kajian ini membantu menjelaskan mengapa wanita lebih berisiko menghadapi masalah makanan dan mengapa lelaki lebih mudah hilang berat badan (betulke ni?).

Kajian membandingkan aktiviti otak lelaki dan wanita untuk melihat jika perbezaan biological antara kedua-dua jantina mempengaruhi kemampuan otak menahan kelaparan.

Penyelidik meminta 23 sukarelawan yang sihat dan kurus supaya berpuasa selama 17 jam, kemudian memberikan sepinggan makanan kegemaran mereka, termasuklah sandwich telur, ais krim dan kek cokelat. Mereka kemudian diminta cuba menahan lapar dengan memikirkan perkara yang tiada kaitan dengan makanan. Tapi ternyata orang perempuan kalah. Kalah dengan godaan makanan itu.. manakala orang lelaki cool jer.. huhuhuuu..

p/s – Adoiii kenapa tiba-tiba rasa lapar ni? ishhhh…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search