Followers

28 April 2009

Sakitnya rasa macam tangan dihiris-hiris oleh pisau

Pagi tadi aku menemani emak ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Dalam menunggu giliran, aku singgah minum kat café hospital. Oleh kerana meja yang terhad, meja aku kemudian didatangi oleh seorang pakcik. Dia minta kebenaran untuk duduk bersama aku.

“Pakcik datang hospital ni…” Aku cuba mulakan bicara.

“Pakcik ada temujanji dengan doktor..” Pakcik tu bersuara. Agak mesra.

“ooo.. pakcik sakit apa?”

“Injap jantung tersumbat..”

“hmm hmm..”

>>>> Diringkaskan bicara aku dengan pakcik >>>>>>
Kami saling kenal-mengenali. Aku lebih banyak mendengar kisah darinya. Penuh empati..

“Hari tu… adalah sikit pakcik marah pada anak-anak. Kemudian rasa sukar bernafas. Terus dikejarkan ke Unit Kecemasan.”

“ooo..”

“Cikgu.. sebenarnya sebelum ini dah banyak kali pakcik masuk wad. Sukar bernafas..”

“hmm hmm..”

“Cikgu nak tau tak.. rasa sakitnya?”

“Camana pakcik?”

“Sakit yang teramat sangat cikgu. Ikhlas pakcik bagitau cikgu... sakitnya rasa macam tangan kita ni dihiris-hiris oleh pisau. Rasa macam dah nak kehabisan nyawa.”

“Oh ya cikgu. Cikgu tau tak. Hari tu sekali semasa pakcik di bilik Dr Pakar. Pakcik ditanya oleh Dr… Dr perempuan... dia tanya pakcik, “adake pakcik baru bersama dengan ‘ibu’?. Pakcik hairan juga.. macamana Dr tu boleh tau..”

“Dr perempuan tu nasihatkan pakcik. Dia larang pakcik bersama ‘ibu’. Dia suruh pakcik rehat dahulu. Rehat beberapa bulan. Bagi sembuh betul-betul. Dr tu kata bila bersama ‘ibu’ serangan tu boleh datang mengejut. Sangat bahaya. Sebabnya bila bersama ‘ibu’, Dr tu kata kita akan guna semua dan sehabis tenaga yang ada.”

“Nasib baik Dr tu bagitau.. Pakcik mana tau itu semua…” Pakcik tu tersenyum.

“hmm hmm...” Aku turut tersenyum.

p/s – Aku masih ngeri bila teringat kata-kata pakcik tu .. “Sakitnya rasa macam tangan kita dihiris-hiris oleh pisau...”

26 April 2009

Aku rindukan suasana tenang dan damai...

Beberapa hari ini aku terasa badan sedikit letih. Mungkinkah kerana aku banyak melangkah dan berfikir…

Planner 2009 cukup terisi. Penuh dengan perancangan program dan pelbagai aktiviti.

Dan dalam seminggu dua ini nak beronline lamapun aku tidak berapa sempat. Bukan masalah line internet tapi gerak langkah dan gerak fikir yang perlu aku lakukan.

Namun dalam kesibukan, sempat juga aku curi-curi online walau seketika cuma. (ops!! bila sebut ‘curi-curi’ ni teringat lagu hindi pula.. lagu ‘chori-chori chupke chupke’. hahah!!! dasar peminat hindi - dusshh!! cikgu rashid).

Kepada teman-teman blogger - maaf kerana seminggu dua ini aku tidak sempat nak baca & beri komen seperti biasa. Harap-harap selepas ini semuanya kembali seperti biasa. Aku dan blog - tenang dan penuh damai (aku rindukan suasana ini…).

Kelmarin aku cuba timbang beratku. Rasa tidak percaya je. Beratku turun 5 kg. Padanlah seluarpun dah rasa sedikit longgar. Kena ketatkan sedikit - guna tali pinggang. Adehh.

Aku cuba webcam gambarku. Takut-takut dah berubah. Tapi aku tengok macam biasa je. (yake ni???)

Gambar terbaru – snap pada 25/4/2009 (sabtu) - di bilik kerjaku. (saja je nak bagitau kepada teman-teman - aku masih di tempat kerja walaupun jam dah 6.45 petang. Bukti tu.. hahah!!)

19 April 2009

"dari hati ke mata ..."


Imam al-Ghazali mengungkapkan, “mata adalah pintu paling luas, sangat berkesan dan memberi banyak pengaruh pada hati.”

>>>>>>>>

Selalu kita dengar, “dari mata turun ke hati …” tapi aku rasa ada juga baiknya dalam situasi tertentu jika berlaku sebaliknya, “dari hati ke mata …”

Mata umpama sebuah jendela yang mengekspresikan jiwa. Hampir semua perasaan datangnya dari pandangan mata. Dunia yang indah malah mungkin juga kenikmatan, kebahagiaan dan ketenangan dari hal yang indah akan tak bermakna jika perasaan selalu diuliti kekeliruan. Kadang-kala ia kosong tak bermakna. Sepi.

Moga dari hati ia akan lebih bermakna dan ikhlas ...

18 April 2009

Arrrrgghhh tension!!!!

Tension betul aku. 3 hari aku tak dapat online internet kat rumah. Tiba-tiba je internet buat hal. Adoiii benci betul aku. Baru aku tahu betapa sepinya hidup tanpa internet - terutama waktu malam. Sepi woiii.. Siang hari okey je - sibuk kerja. hahahh!!!

Aku cuba buat panggilan ke 100. Disuruhnya aku check itu dan ini.. intai lampu itu dan ini. Kemudian klik ‘run’ dan taip itu ini.. klik sana sini.. ermm baru okey. 100 juga rupanya yang dapat tolong aku. Kenapa ya aku tak terfikir nak terus call 100? Tiga hari aku sepi tanpa internet kat rumah.

……………….

Dapat je online internet, aku terus buka blog. Tengok kotak shoutmix chat. Tersenyum aku.. ada sapaan dan gurauan di sana. Baca lagi - wah!! ada kiriman hadiah dan award.

Dari uncle Mountdweller – award bertarikh 17 April 2009. Terima kasih uncle..

Dari kak Tirana – hadiah bertarikh 16 April 2009. Terima kasih kak..

p/s - Ketensionan aku dah hilang. Suka hati kerana internet dah okey. Malah dapat hadiah dan award pula.


12 April 2009

Lelaki mangsa keganasan rumahtangga?


Balik kerja. Sambil baring-baring - belek-belek akhbar Sinar. Terpandang satu tajuk, “Lelaki mangsa keganasan rumahtangga” Aku cuba baca sekali lagi.. “LELAKI mangsa keganasan rumahtangga” Ya tak salah lagi.. LELAKI!!!! Aku ingatkan akhbar itu tersilap taip ke apa ke..

Adoiiii.. biar betul ni. Apa dah nak jadi pada kaum lelaki sekarang ini?

Aku baca lagi.. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon dipetik berkata:

“Sepanjang tahun 2005 – 2007, 50 mangsa keganasan melibatkan lelaki. Antara punca utama ialah tiadanya toleransi antara suami isteri, tiada persefahaman, isteri cepat berang dan tekanan jiwa”.

Isteri cepat berang? Wah!! nasib le sapa-sapa dapat isteri macam tu.. hehe.

Tekanan jiwa? Aku tertanya-tanya kenapa sampai begitu sekali jadinya. Adakah kerana pudarnya nilai kasih sayang. Kasih sayang yang bukan main hebat lagi masa tengah dilamun cinta sebelum kahwin dulu. Penuh madah dan manisnya kata pujangga, “Lautan api kan kurenangi… gunung yang tinggi kan kudaki… lurah yang dalam kan kuturuni... ambik kapak belahlah dada… itulah bukti setia dan hebatnya cinta.

Tapi bila dah bersama... tekanan jiwa pula!!

Terlintas dalam fikiran aku... Mungkinkah kerana tiadanya rasa kebersamaan dalam perkongsian hidup. Atau kerana wujudnya konflik kewangan dalam keluarga. Kan zaman sekarang ini duit itu walaupun bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit!!

Mungkinkah kerana kongkongan keterlaluan dari pasangan… atau kerana rasa sepi dan terkurung seperti burung walaupun sangkarnya dari sangkar emas. Apalagi jika sangkarnya dari kayu yang dah nak reput dan tunggu masa nak runtuh!!

Aku baca lagi..

“Dalam tempoh yang sama, seramai 1,278 mangsa kes keganasan rumahtangga adalah melibatkan kaum wanita!!”

Adoiii.. sah lelaki (kaum aku le tu) walaupun segelintir cuma sekarang ini makin gila!! makin hilang kewarasan dan sifat sebagai pelindung!! Mana perginya gelaran ‘macho’ dan ‘gentleman’...

Aku merenung jauh melihat sesuatu tanpa sempadan...

06 April 2009

Lagi lama.. lagi merdu.. markahpun tinggi..

Secara kebetulan, dalam perjalanan melihat tanah di Bt Tandak, aku melihat ramai orang di satu kawasan. Kereta berderetan di tepi jalan. Aku berhenti melihat apa yang berlaku. Wah!! rupanya ada pertandingan Burung Candik. Terasa pula nak tengok. Dalam duk tengok-tengok tu, aku sempat menemubual dengan seorang pakcik. Berikut antara temubual aku:

“Pakcik, berapa ramai peserta terlibat ni pakcik?”

“ermm ramai. Lebih 100 orang. Burungpun lebih 100 ekor.”

“Cantik burung-burung tu. Burung apa yang bertanding semua tu pakcik?”

“Burung Candik..” Aku tengok pakcik tu merenung aku. Mungkin dia hairan.. (hairan dari mana asal budak ni!! jenis burungpun tak tau.. hehe)

“Macamana burung tu dinilai pakcik?”

“ ermm tengoklah bunyi burung tu. Merdu atau tak suara dia. Lama atau tak dia berkukuk. Lagi lama .. lagi merdu.. markahnya pun tinggilah.

“Banyak burung tu pakcik. Camana hakim nak pilih yang terbaik?..”

“Ada 4 pusingan semuanya. Dia nak 12 mata. Satu pusingan kalau dah dapat 3 mata kira okeylah. Tapi yang penting peringkat akhir tu.. 30 saat akhir tu. Masa tu hakim akan menilai. Burung mana yang berkukuk paling lama. Paling merdu.. burung itulah menang.

Tapi kira nasib juga. Masa hakim ada depan dia.. masa tu burung berkukuk.. hah!! menanglah dia.Tapi kalau hakim ada depan dia.. burung tu diam semacam je. hehe. takde harapanlah.”

“Berapa orang hakim terlibat semua pakcik?”

“ermm 3 atau 4 orang je. Mereka ni pakar burung..”

“Pakcik, berapa harga seekor burung candik yang masuk bertanding ni?”

“Macam-macam. Ada yang berharga RM2,000.00 Ada juga berharga RM4,000.00”

“Yang paling murah seekor berapa pakcik?”

“ermm yang paling murahpun RM100.00 - RM140.00 seekor. Tapi yang murah ni suara dia tak merdu. Tak berkukuk sangat!! Kukukpun sebentar je. Masih liar”

“Hadiahnya pakcik?”

“Hadiahnya tak mahal sangat. No 1 dan 2 akan dapat basikal budak. Harga lebih kurang RM140.00 sebuah. No.3 akan dapat kain selimut Narita.”

“oooo okeylah pakcik. Pakcik, boleh saya ambik gambar pakcik?”

“Boleh boleh.. Ni nak masuk dalam apa ni?”

“hmmm masuk dalam internet pakcik. Nak promosi..”

“oooo yake?” Pakcik itu membetulkan bajunya..hehe.

“ops!! lupa tanya. Nama sebenar pakcik?’

“Pakcik, Wan Adi Wan Lah.. Orang panggil Pak Wa Colek Rantau Panje.”

“Pakcik, terima kasih..”


>>> kepada teman-teman.. Jom kita layan gambar..

Peminat burung.. tak kisah duduk di tengah panas terik mentari.

Menunggu dengan sabarnya..

Pelbagai jenis sangkar diukir indah

Wah!! banyak juga burung candik ni. Disusun macam askar. Berbaris bertiga-tiga. hehe..

ishh.. kenapalah kau diam je ni sayang? adooiii .. berkukuklah sayang ..


Inilah pakcik yang sempat aku temubual.. terima kasih pakcik..

Hadiah pemenang pertandingan burung candik.. tak seberapa. Tapi yang penting kepuasan bagi peminat burung!!!

p/s - Kenapalah aku tak minat bab bab bertanding burung ini? Mungkinkah kerana aku tak suka tengok burung terkurung dalam sangkar. Macam dipenjarakan. Aku suka tengok burung yang terbang bebas!!!.. terbang dengan tenang ..

04 April 2009

Award dari Intan & kad dari Eiza

Award dari Intan, The Secret of My Heart 2 Share With.....

Intan.. salah seorang teman blogger. Dirinya nampak tenang je tapi tak sangka suka bergurau juga rupanya intan ni ..

Intan, terima kasih kerana beri award ini kepada saya. Saya sangat menghargainya. Wah! nampaknya saya kena belanja makan ni. Tapi makan kat mana ek? ermmm…alaa intan jelah yang tentukan. Senang cerita.. hahahh!!

Intan, pssstttttt!!!!! apa cerita budak nakal tu? dushhh dia..



Kad dari Eiza, bicarakueiza..

Eiza, terima kasih atas kad ini. Saya gembira kerana blog eiza kembali bersinar.. dan yang pentingnya eiza terus berblog. Moga kita semua sentiasa berkongsi kisah, cerita dan catatan kehidupan. Walau cuma sebaris ayat, sekurang-kurangnya bila kita berblog - kita dah berkongsi sesuatu dengan dunia maya dan dengan teman-teman..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search