Followers

27 July 2009

Latihan tentera bersama ular?



Semua anggota tentera perlu memegang dan mencium ular? hehe.. iyake ni?

Psstt!! mana cikgu rashid ni. Tak adapun gambar bersama ular?

“Aku ada kat sana juga tapi bukan bersama ular tapi duk asyik tengok binatang satu lagi tu.. yang manja manja tuu."


Tentu ada yang bertanya, cikgu rashid cium ular jugake?


“uisss jangan duk berharap aku nak cium ular, aku ni pegang ular okeyle tapi kalau nak cium tu rasanya lebih baik aku cium yang lain, cium bungake apake. Bukan apa, aku ni penggeli sikit. haha!!


Ketawa aku bila aku dapat tau, salah seorang anggota tentera kat kem aku ini bukan main lagi minat dengan ular. Pantang jumpa je ular pasti dia akan 'menyerang' ular itu. Ditangkapnya, dipeluknya, diciumnya..


Satu petua yang aku dapat dari anggota tentera yang juga penjinak & pemain ular ..


“Jangan bergerak bila ular tiba-tiba melintas kat kaki kita!! sebab kalau kita tak bergerak ular itu biasanya tidak akan patuk. Sebaliknya jika kita melangkah (kerana terkejutke apa ke) maka nasiblah..”

23 July 2009

Majlis Pemakaian Pangkat .. Kapten Rashid ..

Pagi kelmarin - 22 Julai 2009 - lebih kurang jam 9.00 pagi, satu Majlis Pemakaian Pangkat kepada pegawai dan anggota tentera dari rejimen telah berlangsung sempena Perasmian Latihan Kem Tahunan Rejimen 506 Negeri Kelantan.


Majlis pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 506 Kelantan, Leftenan Kolonel, Mohd Zulkipli, bertempat di Batalion 3 Kem Sg. Durian, KK. Hadir sama adalah para pegawai dari Rejimen 506 Pengkalan Chepa dan Machang.


Seramai 2 orang pegawai telah dinaikkan pangkat dari Leftenan ke Kapten, 3 orang dari Leftenan Muda ke Leftenan dan 7 orang dari Prebet ke Lkpl / Kpl.


Dalam majlis ini, aku telah mendahului pemakaian pangkat…


Semasa pemakaian pangkat, hati kecilku berbisik pada diri,


“ermm, nampaknya sekarang ini semakin bertambah tanggungjawab kau rashid.."

"Kapten Rashid… Pangkat itu adalah satu tanggungjawab dan tanggungjawab itu semakin berat kerana kau kini akan merangkap OC batalion …”


Aku berbisik pada hati,

“Okey, demi agama, bangsa dan negara, insyaAllah aku akan laksanakan tugas dan tanggungjawab ini sebaik mungkin, sedaya yang termampu… ”



Timbalan Komander Rejimen 506, Leftenan Kolonel Mohd Zulkipli (dari Rejimen Artileri Di Raja)

Anak buah yang sentiasa gagah perkasa ..


p/s – Aku ingin dan akan melangkah gagah …







17 July 2009

Aku rindu pada renangan ...

Petang kelmarin, aku ada singgah sekejap kat kedai aquarium. Melihat anak-anak ikan berenang... cantik sekali ikan-ikan itu. Penuh warna-warni.


Malam tadi aku teringat je pada renangan ikan-ikan di dalam aquarium tu.


Balik dari sembahyang jumaat petang tadi, aku teringat lagi… (sempat snap gambar. belum buka songkok lagi tu. blogger katakan. hehe)


Perasaan nak pelihara ikan dalam aquarium itu datang tiba-tiba je.


Semasa kat Sabah dulu, aku ada juga memelihara ikan dalam aquarium. Tapi bila balik ke Kelantan, semua ikan-ikan itu aku dah berikan pada seorang kawan.


Kini perasaan nak bersama .. melihat renangan ikan-ikan itu datang lagi.


InsyaAllah.. esok aku akan ke kedai aquarium untuk meninjau-ninjau ikan.

Psssttt!!! sekurang-kurangnya dapat temankan aku semasa kat rumah.. terutama di kala malam. hehe.


Aku teringat pada kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah, satu cara juga untuk mencari ketenangan (juga melihat kekuasaanNya) ialah dengan bersama memerhati renangan ikan-ikan..

14 July 2009

Terlalu banyak menonton TV membawa kepada risiko asma?

Kelmarin, jam 4.30 petang. Aku masih lagi kat bilik kerja. Sambil duk berkemas nak pulang ke rumah, sempat lagi aku membelek-belek Buletin Pengguna.- terbaca pula satu hasil kajian semasa bertajuk, “Terlalu banyak menonton TV membawa kepada risiko asma di kalangan kanak-kanak?”


Aku kerutkan dahi …


Andrea Sherrif dan rakan penyelidik di University of Glasgow telah mengadakan ujian ke atas lebih 3,000 orang kanak-kanak (dari mereka lahir sehingga berusia 12 tahun) dan menyoal selidik ibubapa kanak-kanak tersebut. Mereka mendapati bahawa kanak-kanak yang menonton tv melebihi 2 jam sehari berisiko dua kali ganda menghidap penyakit asma. Antara simptonnya ialah sesak nafas, batuk dan sakit dada.


Mereka melaporkan, “terdapat teori terkini yang mengaitkan corak pernafasan dengan kekurangan senaman yang boleh menyebabkan perubahan dalam paru-paru dan nafas berbunyi pada kanak-kanak”.


“Penemuan ini membuktikan maklumat yang mengaitkan senaman yang kurang dan berat badan yang berlebihan menunjukkan peningkatan risiko menghidap penyakit asma”, kata Elaine Vickers dari Asthma UK.


Satu kajian dalam Jurnal Thorax pula melaporkan, penyakit asma boleh mengakibatkan 1 kematian bagi setiap 250 orang di seluruh dunia setiap tahun. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sesetengah negara, hampir 30% kanak-kanak menghidap penyakit kronik ini.


p/s – Pernah melihat anak sepupu tercungap-cungap kerana asma. Pernah melihat pelajar tercungap-cungap semasa berlari dan hampir pitam… Pernah juga melihat rakan sekerja terpaksa menggunakan alat sedutan (entah apa namanya??) untuk melegakan asma… kasihan sungguh aku melihatnya..

09 July 2009

Jadikan stress pencetus idea


Rashid: "Hello fiza, naper ni.. tiba-tiba nampak lain je hari ni?"
Sahabat: "ermm.. fiza tensionle rashid"
Rashid: "hmm hmm.."


Anda sedang stress atau pernah mengalaminya? Stress dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan. Bagi aku, kadang-kala stress ada baiknya. Maksud aku, stress yang terkawal. Macamana stress yang terkawal ek?. Mandai-mandai je si rashid ni..


Aku terfikir, baik juga dengan adanya stress sekali sekala (jangan selalu, kalau hari-hari stress bolehjadi lain pula. hehe). Kita sebenarnya mampu untuk gunakan keadaan stress untuk menghidupkan diri kita. Dengan stress, kita mampu memanggil idea. Dengan stress kita mampu bergerak melangkah dengan gagah. Dengan stress, kita bisa berfikir dengan baik yang kadangkala tak terfikir oleh kita dalam keadaan biasa.


Bagi aku, dengan stress, idea itu boleh kita panggil sepantas kilat dan menggerakkan diri untuk kita melakukan sesuatu dalam jangkamasa yang kritikal. Aku selalu juga jadikan stress untuk berfikir dengan pantas. Bila stress datang je, aku akan cuba berfikir pantas dan bertindak cepat!. ishh iyake ni? iya.. betul.. tapi kena pandai le kawal dan gunakan keadaan stress. Jadikan stress sesuatu yang positif. Berfikir seeloknya. Bertindak sewajarnya.


Pssttt!!!! kalau tak dapat kawal stress, ermm ada ke cara mudah nak kawal stress?


Menurut pakar refleksologi - urutlah pada bahagian paha kiri. Ini kerana dikatakan antara penyebab stress ialah kerana jantung yang berfungsi mengepam darah ke seluruh anggota tubuh dan urat saraf terhalang kerana masalah otot yang tegang. Dengan mengurut paha kiri, dapat mengimbangi fungsi jantung agar lebih optimum. Di samping itu, jangan lupa urut juga pada tapak kaki kanan, yang merupakan titik utama tubuh.


hehe selamat mencuba.. .


p/s – Jangan lupa, air sembahyang, solat dan al-Quran sebaik-baiknya penawar ...

04 July 2009

Berjumpa dengan mama seorang blogger

Kelmarin, balik kerja aku terus drive menuju ke Machang. Ada hal sikit kat sana. Setelah selesai urusan, terlintas pula nak singgah sekejap kat rumah salah seorang kawan blogger. Tapi masalahnya, aku tak pernah ke sana. Aku tak taupun mana lokasi rumahnya.


Satu saja panduan yang masih aku ingat semasa bersembang dengan blogger itu, iaitu ada satu tapak fun fair. Dari sana teruskan perjalanan. Perlu melalui 2 buah kampung. Ada rumah berwarna kuning.


Berdasarkan panduan ringkas yang diberinya itu, aku terus mencari rumah tersebut. Aku ingatkan senang saja nak mengenali rumahnya. Rupa-rupanya rumah berwarna kuning sepanjang jalan yang dimaksudkan itu terlalu banyak. Nak call blogger tu.. Aku tak tau pula nombor telefonnya. Adoiii..

Berdasarkan keyakinan dan gerak hati. Aku teruskan pencarian …


Hampir 15 minit aku drive, akhirnya aku temui jua. Bukan bertemu dengan blogger.. sebaliknya aku telah bertemu dengan mamanya (Blogger itu tak ada kat rumah). Seronok sekali berbual dengan mamanya. Sungguh mesra dan peramah. Malah tak keberatan apabila aku ingin mengambil gambar bersamanya.


p/s – Dalam perjalanan pulang, aku tersenyum sendirian. Biasanya blogger berjumpa sesama blogger. Aku pula berjumpa dengan mama blogger. hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search