Followers

22 August 2009

Maafkan saya untuk segalanya …

Esok kita dah mula berpuasa. Rasa syahdu je hati.

Sempena bulan baik ini, saya ingin mengambil kesempatan mohon maaf pada teman-teman blogger. Maaf untuk segala-galanya.


Ampun dan maaf andainya terkasar bahasa dan tersilap bicara (rasanya saya dah cuba untuk sentiasa berbaik bahasa), termarah yang tak kena (rasanya saya tak pernah marah pada siapa-siapa), tertanya tak tentu hala (ini biasalakan – anak pintar suka bertanya. walaupun kadang-kala soalan itu agak terbuka dan ‘sikit seksi’), tersasul yang tak sengaja (ada juga yang sengaja. hehe), terpukul kat mana-mana (maklumlah saya selalu dushh dushh kat teman-teman. Tapi percayalah dushh saya itu adalah ‘dushh dengan penuh kelembutan – kena tak kena je’), terpekik kat telinga (mana yang ada guna headphone..), terhantuk di kepala (rasa kecewa dengan saya. ermm mungkinkah?), terhutang tag.


Sejak berblog rasanya banyak juga saya tak sempat jawab. Maklumlah cikgu ini sibuk ( ehemm sebenarnya cikgu ini bukannya rajin sangat - entripun sekadar 2 kali je seminggu) dan yang termacam-macam lagi yang buatkan hati teman-teman blogger tersentuh dan perasaan terusik. Merajuk ..


Maafkan saya ..

Semoga kita beribadah puasa dengan penuh bermakna.


Untuk teman-teman, dengarkan lagu ini .. (opss!! tutup dulu lagu piano saya tu).

21 August 2009

Hidup bersendirian boleh menyebabkan nyanyuk?


Bagi teman-teman yang masih solo trang tang tang itu mungkin akan rasa seriau dan debar je bila baca kajian ini. Rileks okey ..


Tapi bagi yang sudah kahwin dan yang akan berkahwin ... tentu senyum lebar. ahaks!!


Dapatan kajian (disiarkan dalam Buletin Pengguna April 2009) ..


Kajian terbaru di Sweden yang dibentangkan semasa Persidangan Antarabangsa di Chicago mendapati bahawa individu yang mempunyai pasangan hidup adalah kurang berisiko untuk mengidap penyakit Alzheimer (nyanyuk).


Kajian selama 21 tahun itu menekankan risiko berkaitan masalah ingatan dan kognitif bagi individu yang hidup berseorangan.


Kajian yang diketuai oleh Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod seramai 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada 21 tahun kemudian. Dapatan menunjukkan 139 mengalami pelbagai bentuk masalah nyanyuk, 82 masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap nyanyuk.


Penemuan ini masih sama walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang berkaitan nyanyuk termasuklah pendidikan, obesity, kolestrol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina.


Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko 2 kali ganda lebih tinggi untuk nyanyuk!


Rumusan Dr Hakansson, “Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk!”


p/s – indahnya Islam …

19 August 2009

Sinarnya begitu romantis sekali


Kala malam (12:32:57 ), masih sempat berbicara dengan seorang teman blogger.
Dalam bicara itu, lahir bait-bait puisi indah darinya.

Aku tak sangka, pemuitis juga temanku seorang ini.


Dia : Saya baca komen awak tentang puisi.
Rashid: hmm hmm

Dia : Awak nak saya buatkan untuk awak?
Rashid: Dengan senang hati …

Dia : Tapi ini puisi spontan je.
Rashid: Okey saya amat menghargainya.

Bercahaya indah menyinari malam hari

tatkala sang suria melabuhkan diri

meleraikan tabir di hujung sepi

menyemarakkan cinta kasih nan suci

sang bulan tersenyum kini

ditemani kerdipan bintang pengganti diri

sinarnya begitu romantis sekali

sungguh indah ditemani sang puteri

mengadu kasih tidak terperi

tatkala layar melabuhkan tirai sufi...

di manakah kamu kekasih hati

ingin kubawa di samping diri

menjadi peneman hingga akhir nanti

menyemai kasih cinta nan abadi ..


Bait puisi ini terlalu indah
Terima kasih teman …

14 August 2009

Mama, kenapa pakcik itu kata begitu?


Aku layari blog uncle Mountdweller. Seronok baca entri, ‘keliru?’. Seronok bila baca setiap komen yang dilontarkan. Juga balasan komen dari uncle mountdweller itu sendiri. Pedas ..

Teringat aku pada pilihanraya Manek Urai, Kelantan baru-baru ini…


“Mu kafir!!!..” laung seorang pakcik ‘berkopiah’ kepada segerombolan pemuda ‘bersongkok’.


Seorang anak kecil di dalam kereta yang sedang bergerak perlahan melintasi khemah parti kelihatan agak terkejut. Takut. Lantas bertanyakan mamanya.


“Mama, kenapa pakcik itu kata begitu mama. Kan cikgu dah bagitau, tak boleh kata begitu. Marah-marah. Tak baik…”


Mama itu tercengang. Tak tau nak bagitau dan jelaskan pada anaknya. Mama itu juga kelihatan agak keliru dan amat marah. Marah dengan pakcik dan orang-orang politik yang sedang mencaci di bawah khemah parti. Saling menghambur antara satu sama lain. Penuh ayat-ayat busuk. Jijik sekali.


Ayat-ayat busuk itu saling bergema antara mereka. Antara khemah. Antara parti Melayu dan antara orang Melayu. Tiada Cina. Tiada India.


Mama itu masih keliru dan sedih…


p/s - aku hilang kata-kata bila pengadunya mengisahkan cerita ini padaku ..

13 August 2009

Perempuan dan Lelaki Melayu Terakhir?

Senyum aku melihat budak-budak perempuan dan lelaki bermain sepak takraw. Tengok gaya pakaian pemain. Hebat sekali!

Perempuan Melayu Terakhir?


Lelaki Melayu Terakhir?


Sempat aku snap gambar ini. Hati terhibur dengan gaya pemain ...

10 August 2009

Bila kau dah habis belajar …

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari pasanganku
Bila sedih, aku cari Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada Mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Emakku


Bila nak bercuti, aku bawa pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah Mak
Bila sambut valentine... aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu aku ingat pasanganku
Selalu mak ingat kataku
Bila-bila aku akan telefon pasanganku
Entah bila aku nak telefon Mak


Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
boleh tak kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
(Berderai air mata jika kita mendengarnya …)


Tapi kalau Mak sudah tiada …
> MAKKKKK.. RINDU MAK.. RINDU SANGAT...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya?
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?

Berapa ramai yang sanggup membersihkan luka kudis ibunya?

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...

p/s - tersentuh hati bila aku baca e-mail dari kawanku ini..

08 August 2009

Senyum bila membacanya ...

Pagi tadi - aku beli majalah Gila-Gila dan Ujang. Rasanya dah hampir 13 tahun aku tak beli dan baca majalah sebegini. Tiba-tiba terasa nak baca pula.


Aku masih ingat, semasa mengulangkaji pelajaran tingkatan 6 dulu, majalah GILA-GILA adalah antara majalah yang selalu jadi peneman. Aku bacanya pada masa rehat. Belajar 1 ½ jam, rehat 15 minit (baca majalah Gila-Gila). Sambung belajar lagi 1 ½ jam, rehat 15 minit (sambung baca Gila-Gila). hehe..


Sebenarnya bagi aku, baca majalah sebegini dapat juga hilangkan kepenatan otak. Ini kerana bila kita baca - pasti kita akan tersenyum. Bila senyum otak jadi segar je.

p/s- senyum sorang-sorang bila membacanya ...

05 August 2009

Tengok, cikgupun dah sisihkan saya …

Jam 10.30 malam - aku terima sms dari seorang pelajar form 5. Pelajar ini adalah salah seorang pelajar target cemerlang A. Agak pendiam orangnya bila berada di dalam kelas.


Berikut sms nya. (sms dibetulkan sikit..)


Pelajar: A’kum cikgu..
Rashid:
W’kum. Siapa ni?


Pelajar: Pelajar cikgu ni. Su ….
Pelajar: Maaf kalau saya ganggu cikgu. Saya cuma nak minta pendapat dari cikgu.
Pelajar:
Apa perasaan cikgu bila semua orang sisihkan cikgu?

>>> (sms dari pelajar itu aku tak balas kerana sedang chatting (ym) dengan seorang rakan blogger)


Pelajar: Tengok, cikgupun dah sisihkan saya. Tak apalah cikgu ..

>>> (Aku terkejut.. risau pula. Terus aku balas sms tersebut)


Rashid: Ada apa sebenarnya ni Su?
Pelajar: Tak ada apa cikgu. K la cikgu saya tak nak ganggu cikgu. A’kum..


Rashid: Su, ada apa ni?
Pelajar: Kenapa cikgu harapkan saya. Sedangkan famili saya asyik merendahkan saya. Iyalah saya ni tak setanding ngan kak dan abang saya…


Rashid: Okey Su, nanti kat sekolah Su cerita dengan cikgu...
Pelajar: Tengok la dulu cikgu. Sorry la coz jadikan cikgu tempat biro aduan saya.


Rashid: Tak pe. Cikgu sedia mendengar. Nanti kat sekolah Su jumpa cikgu, cerita dengan cikgu k.
Pelajar: K cikgu, TQ sebab sudi dengar masalah saya.

p/s – ermm.. sensitif juga pelajar ini..

01 August 2009

60% keperibadian yang kita kenal penuh kepalsuan?


Kelmarin, Jumaat - Jam 11.15 pagi, seorang Ustaz dalam satu forum bertajuk ‘Dating’ (disiarkan oleh TV9) dipetik sebagai berkata:


“Dalam kajian yang telah dilakukan, 60% keperibadian yang kita kenal sebelum kahwin adalah kepalsuan…”


Wah, terkejut aku mendengar kata-kata Ustaz tersebut.

Bagi aku, jika benarlah kajian itu dilakukan secara ilmiah, sesungguhnya amat menarik sekali untuk kita renungi bersama.


Jika benarlah kajian itu, terdetik hati akan perlunya kita untuk ‘melihat keperibadian’ bukan sekadar dengan pandangan mata tetapi juga dengan pandangan hati.


Namun persoalannya berapa ramaikah antara kita yang melihat dengan pandangan hati? Rasa-rasanya ramai yang suka melihat dengan pandangan mata.


ops! tiba-tiba je aku teringat satu lagu - lagu hijjaz. Sungguh indah sekali senikatanya.


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search