Followers

08 January 2010

Mencintai tidak harus memiliki


Jam 2.45 petang. Balik dari sembahyang jumaat. Aku terima sms..


Pelajar: “Salam cikgu.. cikgu duk wat apa?”

Rashid: “Salam. Sapa ni?”


Pelajar: “Saya Umie cikgu. Kelas 5 Mawar”

Rashid: “ooo umie. Ada apa umie?”


Pelajar: “Tak ada apa. Saja tanya khabar cikgu”

Rashid: “Cikgu alhamdulillah .. sihat.Umie sihat? Sekarang kerja ke?”


Pelajar: “Umie duk kat rumah. Tak berapa sihat cikgu. Sekarang umie ada kat rumah mak saudara. Kat Ketereh. Umie sedang berubat”

Rashid: “Berubat? Umie sakit apa ni?”


Pelajar: “Umie kena santau. Dah lama dah. Sekarang ni nak berubat balik Takut bertambah kuat… ”

Pelajar: “Cikgu, umie takut. Umie takut nak tengok result SPM nanti. Doakan umie cikgu”

Rashid: “okey umie. Cikgu doakan umie sembuh dan dapat result yang baik. Jaga diri okey. Jangan risau..”

Pelajar: “Terima kasih cikgu..”


Aku termenung sekejap. Umie, salah seorang pelajar tingkatan 5 tahun lepas. Aku mengajarnya. Dalam kelas, ceria dan rajin orangnya. Suka senyum. Selalu menyapa dan datang berbual dengan aku. Tapi tak pernah pula aku dikhabarkan tentang santau menyantau ini…


Aku terus teringat, 2 minggu lepas ada seorang bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah menelefon. Dia juga orang Kelantan. Sekarang belum kerja tetap - sekadar guru ganti di salah sebuah Sekolah Menengah di Johor. Bila berbual dengannya, dia bagitau – sekarang dia agak kurus. Sakit. Sakit terkena ‘buatan orang’. Orang lelaki itu tergila-gilakannya (sejak belajar di UMS lagi) tapi dia tak dapat terima…


Aku termenung lagi. Tertanya-tanya, mengapakah masih ada manusia yang sanggup minta bantuan ‘bomoh’ untuk menakluki hati seseorang? Mengapakah masih ada manusia yang tak berperikemanusiaan sebegitu?. Adakah kerana cinta? Adakah itu sebenar-benarnya cinta?. Bukankah bila kita mencintai seseorang, tidak bermakna kita akan dan harus memilikinya?. Bukankah bila kita mencintai seseorang, kita sepatutnya mendoakannya agar si dia itu sentiasa gembira, sihat dan bahagia? huhh!!



p/s- kedua-duanya sememangnya cantik orangnya …


52 comments:

Zyma Saad said...

Salam Cikgu Rashid......

Zaman yg semakin canggih dan pembangunan tumbuh begitu pesat di sana sini, namun xtvt "hitam" cenggini tetap terus berleluasa.

Minta dijauhi dari segala kejahatan ini. Amin.

Cikgu pun jaga diri ye...

;)

Cikgu Adham said...

salam..

uh uh mntak jauh la dr bnda2 x molek tu huhuhu

asyfiqaz said...

eeee..
tkut tol la santau2 nih..
nauzubillah...

Afida Anuar said...

Hurmm...ada jugak manusia mcm ni. Tu bukan namanya cinta kalau sanggup buat orang menderita... nak panggil apa entah.
Kalau betul2 cinta,kita sanggup buat orang tu bahagia dan gembira,bukan derita kan?...

Mencintai bukan bererti memiliki...baru tau ertinya skrang,lihat dia bahagia bersama orang yang dia sayang, hati ni juga terasa sungguh bahagia.. owhhh..

Putri said...

Mencintai tetapi x dapat memiliki terlalu sakit cikgu, lebih2 lagi cinta kita dipermainkan..

LiNda said...

alahaiii....

manusia memang tidak pernah merasa puas ! sentiasa inginkan sesuatu yang diluar kemampuan . Hingga sanggup mencari jalan songsang .

Moga kedua-dua wanita yang teraniya tersebut, akan segera sembuh and menjalani kehidupan yang normal .

Rashid said...

Zyma saad
salam zyma..
hmm hmm.. Dunia semakin maju namun bila tiadanya iman inilah jadinya...

T.kasih zyma..

Rashid said...

Cikgu Adham
salam adham..
Kat sanapun kena hati-hati.. lagi banyak ilmunya. Mungkin lagi hebat kesannya.

Rashid said...

asyfiqaz
yup! moga kita semua dalam lindunganNya

Rashid said...

Afida Anuar
Dendam bernafsu amarah.. itulah namanya.
Manusia macam ini tidak lagi boleh berfikir dengan baik. Dosa dan pahala tiada lagi bertempat di hati. Maka itulah jadinya.

Afida
‘ … baru tau ertinya sekarang.. lihat dia bahagia..’ oooooo pecah rahsia.. hehe

Rashid said...

Putri
Iya putri. Saya tak nafikan. Hati yang terluka terlalu pedih rasanya. Hanya mereka yang alaminya akan bisa mengerti. Kalau tiada iman mungkin bunuh diri jalan singkatnya..

Tapi percayalah putri, apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kita tak bersamanya kerana kita telah ditakdirkan nanti bersama orang yang sememangnya akan kita sayangi sepenuh hati.. yang akan memahami dan berkongsi suka-duka segalanya. Saat itu barulah kita sedarinya.

so jangan sedih k..

Rashid said...

Linda
Linda, mungkin juga itulah kepuasan bagi orang yang dah tak keruan dan kemaruk cinta tapi tak terbalas. Bila hilang kewarasan akal maka itulah jalannya.. walau jalannya dilorong serba hitam.

Moganya Linda. Kita doakannya..

BEiB said...

salam..
cinta tidak semestinya berakhir dijinjang pelamin...
Ironis ya...?
CINTA... tapi buat yang dicintai MENDERITA...

Nauzubillah..
Didoakan dalam peliharaan ALLAH.

HonEyBuNNy said...

setuju sgt2 cikgu..cinta xsemestinya memiliki..hya org yg xdk pegangan agama kuat jek wat gtu..iman xkuat..

blueCITY said...

salam n selamat kembali kesekolah cikgu,

saya juga pernah n sedang alami menda yg sama kot.
ntah, saya pernah berubat dgn ustaz di serawak n ustaz di darul shifaq bangi. cuma saya sendiri, seperti malas nak berubat lagi. malas nak pergi lagi selepas ustaz tuh suruh pergi lagi bawa 7 biji limau dan air.
hmmm..
tapi mmg saya rasa down juga sekarang.
entah...
samada percaya atau tak?
sama banyak..

hmmmmmmmmm
entahlah..

MaizaC'Joe said...

Salam

Cinta tak semestinya harus di miliki. Tapi kerna cinta di tambah hasutan syaitan.. hal yg tak elok pula di buat.. ishh... takutnya.. manusia mcm2 karektor, ada dapat menerima hakikat cinta di tolak.. ada pula sebaliknya.. minta di jauhkan... kesian betul dengan student tue.. semoga dia sembuh. Dalam family maiza tak ada pengalaman mcm tue, tapi ada pernah tengok jiran cousin terkena begitu. Itu gara-gara cemburu dengan kebahagiaan orang.. mcm2 hal.. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya.. InsyaAllah.. Amen..

quantum_purple said...

hi...
cantik blog cikgu..

Idalara said...

salam cikgu rashid
mencintai tk semesti memiliki....tetapi ada segelintir manusia yg tidak berpegang dgn takdir yg Allah tetapkan..kemana pun kita lari jika dia jodoh kita tetap jodoh kita begitulah sebaliknya..bila akal dikuasai nafsu yg buruk begitulah jadinya..wanita yg menjadi mangsa..jarang pula kita dengar lelaki menjadi mangsa buatan org kerana kecewakan cinta..

Arianni said...

Salam..

Jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah s.w.t..Seharusnya kita redha sekiranya itu bukan jodoh kita dan mendoakan kebahagiaannya..
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik bg kita..
TQ singgah blog :)

sakurasa 2 said...

Salam dari Sakura di brunei darul salam

cik EPAL said...

tak thrill la main bomoh bomoh...hehh

Super Nia Hana said...

santau..?
hmm..watashi sipi2 dari santau rasanya

asyik nampak menda yg menakutkan..
mcm kena histeria tuh...

yg paling best..yg wat kt watashi jugak seorang cikgu

cikgu tu suka kt watashi
ajak watashi kawen

tp watashi ms tu baru form 4
huhuhu

PinQib said...

orang skrang x knal erti perikemanusiaan.
yang diorang tahu nk puaskan kehendak ati jek.
muga2 manusia jaman ini akan berubah

Rashid said...

Beib
salam ..
hmm hmm.. bertuah mereka yang dilamun cinta dan akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Itu jodoh cinta. Tapi usah derita dan membuatkan seseorang itu menderita kerna gagal memilikinya.

Moga-moga beib.

Rashid said...

Honeybunny
Ila, ketiadaan iman akan buatkan seseorang itu hilang panduan. Hilang arah..

Rashid said...

Bluecity
ooo maksudnya kena mandi air limau untuk berubat. Sampai begitu sekali..
Takper.. berubatlah. Setiap penyakit ada ubatnya. Kita kena ikhtiar di samping bentengi diri dengan mengingatiNya selalu.

Perasaan was-was dan rasa lemah .. hilang semangat juga adakala kerna kesannya.

Moga bluecity kuat dan sentiasa dalam lindunganNya.

Rashid said...

Maiza
salam..
Macho jika berani mencintai dan berani juga untuk tidak dicintai..
kan itu semua hakikat yang perlu kita terima. Ia berkait dengan hati. Tak semua orang dianugerahi rasa cinta dan mencintai..

Rashid said...

quantum purple
uiss.. biasaje quantum purple.
ohya naper tak boleh komen kt blog quantum? tak dapat kerna tak dpt tarik scroll kt komen.

Rashid said...

Idalara

salam kak ida
Iya kak. Kita kena percaya pada takdir. Ia satu rukun yang wajib kita percaya.
Kena terima hakikat seseorang itu akan jadi milik kita dan sebaliknya.
Saya setuju.. orang yang kita benci kalau dah jodoh apakan daya kita menolaknya. Orang yang kita sayangi, kalau bukan jodoh hakikatnya kita tak mungkin bersamanya.

kak ida,

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus ..

Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Wanita selalu menjadi mangsa buatan orang? ermm.. mungkin betul. Mungkin kerana perasaan egoisme yang selalu ada pada setiap orang laki..

Rashid said...

Arianni
Salam utk ari..
Benar ari, jika kita berfikir positif, perpisahan akan berikan kita kekuatan. Ada hikmahnya yang tak terduga dan terjangkau oleh fikiran kita.

Rashid said...

Sakurasa

Salam sakura.. ermm jauhnya.. moga tenang-tenang je kat sana k.

Rashid said...

Cik Epal
iyakan. Tak macho. Tak rugged.. tak rock.. tak dangdut.. hehe..

Rashid said...

Super Nia Hana
uisss iyake ni watashi. ..
cikgu???? adoiii.. biar betul?

Cikgu itu juga manusia biasa. Tapi tak sepatutnya seorang cikgu sebegitu..

Rashid said...

PinQib
Manusia era kini makin kurang nilai dan rasa berperikemanusiaan..

Duniapun semakin marah dengan manusia..

Marzalina said...

"mencintai..tak bererti memiliki.."

tapi..kita boleh doakan..agar si dia gembira..dengan pilihannya...

intan dah lama sedar..akan hakikat cinta yg begitu...=)

Ada Ayrissa said...

takutnyaaaaaaaaa...
minta dijauhkan dr sihir dan ilmu2 hitam ni..huhu

Rashid said...

Marzalina
ermm.. siapa orang tu intan? lain je bunyi suara tu..

Intan.. jom kita berlari. Jangan sedih-sedih k..

Rashid said...

Ada Ayrissa
Ada, moga kita semua terpisah dari amalan tak elok tu.

Anonymous said...

saya pon penah rase cinta tk dpt dimiliki...smpai ke hari ini msih dtg ingatan itu..:)

tp alhamdulillah..semua ada hikmah dari Nya...

ryann said...

itu...cinta yang gelap

Cikgu Adham said...

salam..

insyaAllah dok sarawak ni yg ptg kena jaga hubungan sesama msykt.. ila kita wat aik dgn org insyaAllah terjaga kut hehhehe

Cikgu Adham said...

salam..

insyaAllah dok sarawak ni yg ptg kena jaga hubungan sesama msykt.. ila kita wat aik dgn org insyaAllah terjaga kut hehhehe

Rashid said...

Anonymous

Dik.. jangan diingati kisah lalu. Lalui kehidupan sekarang dengan semangat dan harapan baru.. Jangan biarkan ia membelenggu diri k.

Rashid said...

ryann
Cinta gelap.... hehe

Rashid said...

cikgu adham
iya benar tu adham. kena jaga segalanya.
Moga apa yang kita buat tu tak ada menyentuh hati apatah menyakiti hati orang lain.

Putri said...

Cikgu, macamana dah keadaan adik tu?

Rashid said...

Putri

Adik tu. Sekarang dia okey.. baru malam tadi sms dengan dia. Dia sibuk sikit ngan kerja..

Cik Amy Sensei said...

salam..

:))

Rashid said...

Cik Amy sensei

ermmm.. salam cik amy sensei.. (senyumm jer..)

wani said...

sy pun mengalami masalah itu juga..sampai sekarang masih belum kahwin..ada gak pi berubat..doakan sy sembuh

Anonymous said...

sy pun mengalami masalah yg sama..
sampai sekarang sy blm kawin..
doakan sy sembuh

waniey..... said...

saya pun mengalami masalah yg sama,
sampai sekarang sy blm kawin..
doakan sy sembuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search