Followers

05 January 2010

"Rashid, apa azam tahun ini?"

Setiap kali menjelang tahun baru, pelbagai azam akan dirancang oleh sesiapa saja. Ada yang berazam nak maju dalam kerjaya, nak tambah harta kekayaan, nak cari jodoh, nak pasang itu ini.. nak tambah itu ini. Bagi aku semuanya baik. Tak ada salah. Malah sesiapa yang menanam azam, itu dah dikira bagus kerana dengan adanya azam, maka akan ada usaha untuk mencapainya.


Kelmarin ada seorang teman bertanyakan tentang aku punya azam


“Syid, apa azam tahun ini?” spontan je dia bertanya.

“Azam? ermm… ada..” jawabku senyum.

“Apa dia?”

“ermm.. adalah. Banyak juga. Salah satunya masih sama. Berikan bunga…”

“Bunga?”

“A’ahh.. hehe. alaaa lupakanlah..” Aku mula mengalihkan tajuk... senyum melihat teman yang juga mula senyum walaupun kelihatan masih tak puas hati dengan jawapan yang aku beri.


Dalam perjalanan pulang dari kerja, teringat satu petikan yang aku baca:

“Tak kira apa azam anda, perkara paling penting ialah menjaga ‘harta kesihatan diri’. Kesihatan diri umpama harta cair yang boleh susut pada bila-bila masa jika tak dijaga. Tiada orang yang boleh membantu mengekal atau menambah nilai harta ini kecuali kita sendiri”


Aku terus menambah kata-kata,

“iya, harta kesihatan diri sangat penting. Penting untuk diri dan juga penting untuk orang-orang yang bersama kita... di persekitaran kita. Moga semuanya sihat, tenang dan sentiasa damai selalu. Tidak lagi memendam rasa, berjiwa resah, sakit dan terluka”


26 comments:

LiNda said...

Salam manis dari saya ...

wahh, begitu berharga and bermakna kata-kata dari awak .

Yup . saya setuju .

Rashid..

untuk membuktikannya.. now, saya sedang minum Fresh Orange gelas Besarrr ... nak ke ? owhh ... sorry , beli sendiri yea...

Afida Anuar said...

Berikan bunga? maksud cikgu rashid? erkk

Marzalina said...

yup..intan setuju. Kesihatan adalah harta yg paling berharga...tanpa kesihatan, harta yg bertimbun pun bagaikan tiada makna...apa yg penting adalah kita menghargai masa sihat kita...sebelum datang masa sakit.

DUN Behrang 2020 said...

Tiada siapa yg ingin memendam rasa, berjiwa resah, sakit dan terluka tapi
kadangkala ia datang tanpa disapa dan akan terus 'mendewasakan' kita...

n a r d indie winkie said...

selamat tahun baru cikgu rasyid. hehe.. moga tahun ni lebih banyak entri kan? saya pun macam tu jugak. cuba melapangkan masa dengan blog lagi. yeah.

blueCITY said...

salam cikgu,

azam saya 2010
nak tukar keta baru la
nak beli hp baru kot
nak beli kamera baru
nak renovate rumah
cari soul mate?

hahahhahhaha
azam = angan2
ada motivasi
boleh berjaya or masih gagal?
perlu usaha

caiyok!!!

hana said...

Azam..? (senyum)
Selamat Tahun Baru, Selamat Mula Sekolah dan Selamat Berazam. :)

cik EPAL said...

betul betul..jadi sehat :)

Ada Ayrissa said...

slamat thn baru cikguuu..
semoga beroleh apa yg diimpikan...

Rashid said...

Linda
salam manis jua ..
bukti dengan minum fresh orange? bestnya… lagi best pekena fresh orange bila duk di tepi pantai sambil tengok budak-budak main kejar-kejar.. main istana pasir..

Rashid said...

Afida Anuar

naper erk? ni tentu fikir bukan bukan ni..

Berikan ‘bunga’.. ia simbolik afida… Dengannya kita cuba untuk gembirakan sesiapa saja yang berhubungan dengan kita. Kita ceriakan suasana… berikan ketenangan. InsyaAllah kita juga akan terima ‘keharuman’nya. Kita juga akan sama-sama ceria dan mendapat ketenangannya.

Di mana ada benci, biar kita membalasnya dengan sayang

Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya

Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan

Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan

Di mana ada kesedihan, di situ kita berkongsi ceria

Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Rashid said...

Marzalina
Benar intan. Sekaya manapun kita, jika selalu saja ‘bertemankan katil kat hospital’ rasanya hilang segala nikmatnya.. kan kan..

Rashid said...

DUN Behrang
ermm.. yes!! semua itu bisa ‘mendewasakan’ kita. Dengannya barulah kita terasa hidup kita ini sememangnya indah. Ada luka tapi masih tetap ada penawarnya.

Rashid said...

Nard indie winkie
Nard terima kasih. eeee lamanya nard menyepi.. ni tentu memendam rasa ni.. hehe
Moga kita sama-sama kuarkan entri sekerapnya.. (iyake ni??? ahaksss )

Nard, saya tak janji tapi nard janji ek.. janji tuuu..

Rashid said...

BlueCITY

salam jua..
YeS yEs!!!!!!! suka saya dengarnya.
saya pula.. azam.
nak tambah umah..
nak tambah kebun ..

hehe..

Segalanya mungkin…

Rashid said...

Hana
oooooooooo senyum ek.. lain macam je senyum tu hana..

dushhh dushhhh. hana, saya dapat rasakannya..

Rashid said...

cik Epal
yup!! bila sihat segalanya bisa buatkan kita senyum & ceria.

Rashid said...

Ada Ayrissa
Selamat tahun baru jua Ada..


Kadang kala masih bermimpi dalam mimpi..

HonEyBuNNy said...

semoga semua nya sihatt....aminnnn

Rashid said...

Honeybunny

terima kasih. moga ilapun..

BEiB said...

salam..
Cg Rashid...
kata bijak pandai
HEALTH is WEALTH.
Kekayaan sejati ialah kesihatan yang baik..
Selamat Tahun Baru 2010 dan Maal Hijrah 1431.

Rashid said...

Beib
Salam jua..
iya beib. Itulah kekayaan sebenarnya.

MaizaC'Joe said...

Salam..

panjang lebar reply komen pasal nak beri bunga.. hee... iya lah kan.. maiza pun nak macam tu lah.. tapi ubah sikit.. bukan bunga.. senyuman ceria.. barulah ceria.. damai ja kan.. boleh la juga kurangkan pening, kusut di minda.. azam tahun baru.. resolution list maiza boleh tahan banyak juga.. sebabnya terpaksa di carry forward kanlah.. tak semua impian azam boleh tercapai 100% wlupun puas berusaha tapi tak apa.. sebagai motivation juga kan.. kesihatan maiza setuju. kalau tak sihat macam mana nak capai azam.. apa2 pun kita merancang tapi Allah yg tentukan..

Selamat tahun baru 2010
moga sihat, bahagia & ceria selalu

Nadia Yuna said...

cikgu

terima kasih selalu jenguk saya

=)

Rashid said...

Maiza

Salam jua
Maiza, senyuman ceria maiza bisa bikin dunia ikut senyum manja. Bagus juga tu kerna makin hari kita lihat dunia semakin sedih. Agak marah.. keberantakan ekoran tangan-tangan manusia sendiri.

wah banyaknya senarai azam. Takper. Azam itu bagus maiza...
T.kasih atas doa..

Rashid said...

Nadia Yuna

Nadia, ziarah menziarahi kunjung mengunjungi bisa mempertautkan ikatan persahabatan yang sudah terjalin selama ini... walaupun sekadar di alam maya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search