Followers

23 February 2010

Cahaya yang kurang boleh menyebabkan tekanan perasaan?


Setiap pagi, bila bangun saja dari tidur, pasti aku akan melihat ke luar tingkap. Melihat suasana cahaya, walaupun masih di subuh yang hening. Seolah-olah cahaya kat luar jendela yang semulajadinya itu bisa berikan kekuatan pada diri. Dapat aku jadikan panduan agakan masa walaupun jam sudah sedia terpampang kat dinding bilik.


Bila disebut cahaya, tergambar pada fikiran aku, akan kegembiraan, keimanan dan suasana yang nyaman. Dengan adanya cahaya yang menerangi, perasaan seolah-olah beroleh kelegaan dan kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kerja. Tanpa cahaya, akan terasa mendungnya diri, lesu dan tak bermaya. Rasa malas akan mudah menguasai diri. Segalanya dilihat tiadanya harapan dan kemenangan. Rasa gelap saja dunia ini.


Aku sebenarnya tertarik dengan satu artikel, yang mengaitkan cahaya matahari dengan perasaan. Cahaya selain menentu bangun lenanya tidur kita seharian, dikatakan dapat memacu perasaan dan psikologi. Dengan itu, satu terapi cahaya telah digunakan untuk mengawal mood dan perasaan sedih terutama kepada sesiapa yang mengalami tekanan perasaan. Tekanan perasaan ini dikatakan juga boleh berpunca bila menjelangnya musim sejuk akibat langit yang suram dan cahaya yang kurang.


Terlintas dalam fikiran aku, betapa pentingnya sinar cahaya. Aku ingatkan perubahan mood itu hanya sentiasa ada pada orang perempuan saja. Maklumlah kan, diorang ini dianugerahi hari istimewa tertentu secara fitrahnya. Maksud aku, mood itu boleh berubah kerana adanya hari istimewa tertentu yang dikaitkan dengan ketidakharmonian dan keseimbangan hormon. Rupa-rupanya ada juga faktor penentu mood lainnya – faktor musim sejuk dan cahaya yang kurang. hehe..


p/s - Aku tak begitu suka kegelapan. Sebab itu suka tidur dalam cahaya yang samar-samar dan romantis. Sekali-sekala juga suka tidur dalam cahaya yang terang…

12 February 2010

Pakaian baru boleh menyebabkan kematian?


Apa yang anda lakukan apabila membeli baju baru? Terus memakainya atau mencucinya terlebih dahulu? Jika anda jenis individu yang suka memakainya terus tanpa mencucinya dahulu, anda dicadangkan mengubah kebiasaan ini!!


Wah!! terkejut aku bila baca statement terbaru dari Majalah Harmoni yang aku beli kelmarin. Memanglah sebelum ini aku pernah dengar, sebelum pakai baju yang baru dibeli kenalah cucinya terlebih dahulu. Tapi ingatkan tidaklah bahaya sangat. Sekadar gitu-gitu saja.


Sebenarnya apa bahayanya memakai baju baru tanpa mencucinya? Satu kajian oleh Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Universiti New York, Amerika Syarikat, menemui banyak bakteria pada pakaian yang baru dibeli. Penemuan ini adalah dengan menggunakan sample pakaian baru yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti seluar panjang, pakaian dalam dan baju yang dibeli dari kedai pakaian yang berbeza.


Ketua Penyelidik, Dr. Phillip Tierno, menjelaskan bahawa kuman dan bakteria mampu bertahan pada pakaian sehingga berbulan-bulan lamanya. (Uisss bahayanya).


Antara kuman yang ditemui pada sehelai jaket ialah feses dan bakteria kulit. Pada pakaian sutera, ditemui bakteria yang biasa dijumpai di vagina, kuman dan najis. Kehadiran kuman dan bakteria ini boleh menyebabkan cirit-birit kepada sesiapa saja yang mencuba dan membelinya. Bahkan ia boleh membawa kepada kematian sekiranya pakaian tersebut memiliki virus berbahaya seperti norivirus (apa jenis virus ini?) dan bakteria Methicillin-resistant staphylococcus aureus (MRSA).


p/s – Baca nama virus / bakteria itupun dah rasa seram… lebih seram dari H1N1. Nampaknya kena hati-hati ini terutama kepada teman-teman blogger perempuan. Mengapa perempuan? Faham-faham sajalah. Diorang inikan bila mencuba pakaian baru kat kedai pakaian, hendaknya 5 - 6 pasang sekali cuba. Itu sekali cuba. Kalau 2 kali cuba? hehe. Jangan marah ek.. hari jumaat ..

06 February 2010

Bila rindu terhenti ...


“Sehari sebelum kejadian, bekas teman lelaki ada menghantar SMS dan mengugut akan membakar rumah saya jika tidak menerima cintanya, tapi tak sangka pula kejadian itu benar-benar berlaku ..” cerita seorang gadis yang rumahnya dilontar dengan 2 bom Molotov cocktail oleh bekas teman lelakinya.

“Saya mahu menyaman bekas teman wanita saya. Saya kecewa kerana dia berterusan memburukkan nama saya sejak percintaan putus dua tahun yang lalu. Kesabaran saya ada batasannya .." luahan kecewa seorang jejaka terhadap bekas teman wanitanya.


>>>>>>

2 petikan kisah dari akhbar semalam. Kisah seorang gadis dan satu lagi daripada seorang jejaka. Puncanya agak sama, perasaan marah dan kecewa. Kecewa kerana putus cinta.

Persoalannya mengapakah semasa ‘fall in love’ dulu segalanya baik. Nampak indah. Mesra dan sentiasa bahagia. Selalu bersama bergurau senda berbual mesra. Tetapi apabila saja hubungan putus, segala yang indah menjadi sebaliknya. Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi perasaan hormat-menghormati. Sebaliknya masing-masing mula mengungkit kata dan kisah lalu. Saling menunjukkan keegoan dan cuba menegakkan kebenaran pada pandangan mata sendiri. Malah ada yang nekad untuk ‘mengajar’ bekas teman wanita / lelaki dengan tindakan yang boleh membahayakan, mencederakan dan memalukan.

Sungguh menyedihkan rasanya jika inilah yang berlaku. Aku tertanya-tanya, ke mana perginya perasaan sayang akan sebuah perhubungan yang pernah terjalin? Mana hilangnya rasa suka dan senyum manis, gelak tawa dan ‘take care’ yang ada pada diri masing-masing semasa rindu-rinduan dahulu? Mana pergi semua itu? Adakah bila rindu terhenti maka segala hati budi hilang dan perlu dilupai begitu saja?

Aku terfikir, alangkah baiknya hubungan cinta yang terputus diterima dengan hati yang terbuka. Redha akannya. Terputusnya cinta tak beerti terputus segalanya. Apa salahnya jalinan itu diteruskan dengan sebuah ikatan persahabatan yang ikhlas. Masih lagi berhubung dengan cara yang profesional. Matang dalam menangani keadaan. Memang adakalanya perasaan kecewa dan terluka bisa menimbulkan rasa tidak puas hati dan kecewa yang teramat. Namun hati dan diri perlu dilembutkan untuk menerima kenyataan, kerana segalanya sudah ketentuan dariNya.

p/s – Sedih andai ‘tertutupnya tirai sufi’..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search