Followers

23 February 2010

Cahaya yang kurang boleh menyebabkan tekanan perasaan?


Setiap pagi, bila bangun saja dari tidur, pasti aku akan melihat ke luar tingkap. Melihat suasana cahaya, walaupun masih di subuh yang hening. Seolah-olah cahaya kat luar jendela yang semulajadinya itu bisa berikan kekuatan pada diri. Dapat aku jadikan panduan agakan masa walaupun jam sudah sedia terpampang kat dinding bilik.


Bila disebut cahaya, tergambar pada fikiran aku, akan kegembiraan, keimanan dan suasana yang nyaman. Dengan adanya cahaya yang menerangi, perasaan seolah-olah beroleh kelegaan dan kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kerja. Tanpa cahaya, akan terasa mendungnya diri, lesu dan tak bermaya. Rasa malas akan mudah menguasai diri. Segalanya dilihat tiadanya harapan dan kemenangan. Rasa gelap saja dunia ini.


Aku sebenarnya tertarik dengan satu artikel, yang mengaitkan cahaya matahari dengan perasaan. Cahaya selain menentu bangun lenanya tidur kita seharian, dikatakan dapat memacu perasaan dan psikologi. Dengan itu, satu terapi cahaya telah digunakan untuk mengawal mood dan perasaan sedih terutama kepada sesiapa yang mengalami tekanan perasaan. Tekanan perasaan ini dikatakan juga boleh berpunca bila menjelangnya musim sejuk akibat langit yang suram dan cahaya yang kurang.


Terlintas dalam fikiran aku, betapa pentingnya sinar cahaya. Aku ingatkan perubahan mood itu hanya sentiasa ada pada orang perempuan saja. Maklumlah kan, diorang ini dianugerahi hari istimewa tertentu secara fitrahnya. Maksud aku, mood itu boleh berubah kerana adanya hari istimewa tertentu yang dikaitkan dengan ketidakharmonian dan keseimbangan hormon. Rupa-rupanya ada juga faktor penentu mood lainnya – faktor musim sejuk dan cahaya yang kurang. hehe..


p/s - Aku tak begitu suka kegelapan. Sebab itu suka tidur dalam cahaya yang samar-samar dan romantis. Sekali-sekala juga suka tidur dalam cahaya yang terang…

44 comments:

Unknown said...

kat sini
cahaya terang benderang
petang mesti hilang...ha

ha...satu perkongsian yg menarik

annfrendly said...

betul lah..
kalau hari mendung mesti hati pun rasa suram..

tapi kalau terlampau banyak cahaya pun bahye..
buleh rentung woo kulit.. hehehe

LadyBird said...

bestlah blog cikgu..banyak ilmu yang putri dapat.. tq putri.. tak tahu lak putri cahaya leh mempengaruhi mood. mmm baru putri perasan, ade kwn putri suggestkan bilik pengantin elok hanya diserikan dengan cahaya lilin sahaja.. lebih romantis..

p/s : putri suke tidur dalam keadaan gelap gelita.. kalau x, putri terpaksa tutup mata ngn kain. kalau x mmg xleh tidur.. huhuhu

Pocket said...

pocket suka terang terangan,
biar nampak:D

kalau gelap susah,
kang tersilap paham:D

kalau terang adalah positif dan menyebabkan positif result untuk psychology anda.. makan pocket yg
duk bergelap ni mesti mentally disturbed kan :D hahahahahah

*eh mana mouse nih?

Hana Nasir said...

Terbalik.. :) Hana cukup suka hari mendung dan hari hujan. Sejuk dan damai terasa di hati. :) Hari panas, terasa resah.. :) Cendol pun sedap juga :p

Ena said...

Salam..

Tanpa cahaya suram la hidup kite kan!.. kecuali bg insan2 terpilih yg tidak berpeluang menikmati indahnya cahaya. Tp kate org gelap pandangan mereka tp terangya hati mereka.. :)

ILA said...

chayok2!!!
bgitulah smangat positive yg harus ada.
dan...
melayan sifat romantis tersendiri..
ekehkehhhh:P

Anonymous said...

tekanan perasaan akan datang bile lapo..huhuhu..rase mcm nak mkn org.. :)

Mama Danish said...

saya pun tak suke akan kegelapan..rase cm suram jek idup ni..sbb tu sy pun prefer tdo dlm suasana yg suram..xtrlalu gelap n xtrlalu terang..

p/s:wahh cikgu ni orgnye romantik gtu..

Cikgu Nurin said...

eemmm..betul la,kalau cahaya kurang memang susah nak nampak apa-apa...mana tak tension..tapi kadang kala kalau terlebih cahaya pun,sakit gak,contohnya kena pakai sunglasses kalau cahaya matahari panas terik...ha ha ha betul ke contoh ni?tapi saya amat amat amat suka la akan cahaya bulan....

Unknown said...

tak suka kegelapan :D

Rashid said...

Jinggo

Cahaya terang buatkan kaki senang je nak melangkah sana-sini.. kan jinggo..

Rashid said...

Ann

ann ni tentu tak boleh kena cahaya.. alergic kan kan..
Ann hitam kulit kan nampak lebih macho? hehe

Rashid said...

Putri

Warna lilin menerangi bilik pengantin? wow!! teramat romantis. Lagi romantis kalau lilin itupun yang terdiri dari pelbagai warna..

Tidur dalam cahaya gelap.. eeee ..

Rashid said...

Pocket

haha! iya jugakan. Nanti lain yang nak disentuh lain pula yang disentuh. seram.. kan banyak kisah seram kat tv sekarang ni.

Rashid said...

Hana

kita sama. Sayapun suka hujan. Tapi takle hari-hari hujan. Banyak tergendala aktiviti.

Bila hari hujan.. malam .. ermm rasa indah, tenang dan damai. Tidurpun best!! lena semacam je.

bila nak belanja cendol ni?

Rashid said...

Ena

ermm. Betul tu ena. Kita bersyukur ngan apa yang kita nikmati. Mereka itu.. tak beza siang dan malam. Cahaya terletak pada hati ..

Rashid said...

Ila

Ila memang kita kena damaikan dan pujuk hati agar sentiasa segar mekar. Biar semangat itu datang dalam diri selalu k.

ehemmm ..

Rashid said...

makdara terdiva

ishhh.. sampai gitu sekali ek. Setengah orang tu tak kira cahaya terang ke gelap ke yang dia tau nak makan je..

Makan orang? heheheeeeeee... lain je maksud tu.

Rashid said...

Mama danish

Lily, cahaya yang suram dek cahaya lampu yang romantis akan buatkan tidur kita diulit mimpi yang indah tau. Tidurpun akan lena selenanya..

Rashid said...

cikgu nurin

yup! cahaya bulan memang indah. Tambahan lagi bila ia mengambang ..

p/s - suka cahaya bintang. Kerdipannya begitu indah. Saling menerangi antara satu sama lain.

Rashid said...

cik Epal

ermm sama kita. Bukannya takut gelap tapi rasa tak begitu selesa. Rasa ruang terlalu sempit..

Kei Hiroki said...

betol 2 cgu..
selalu klu time2 mndung o mlm msti rmai bad mood..huhu

Cikgu Kool said...

Betul-betul...bila nak tidor bior le samar-samar sikit...orang rabun cam daddy nie siap tertidor pakai cermin mata lagi...

Adeh...hehehehe

Rashid said...

asyfiqaz
asy, bad mood tu banyak puncanya. Tak dapat apa yang diinginipun boleh bad mood. Di tambah ngan cuaca yg mendung.. lagi mendungle mood itu.

p/s - saya suka senyum tengok orang yang mendung..

Rashid said...

Daddy cool

hehe. Tertidur ngan cermin mata. adoii.. nasib baik ia tahan lasak. Bahaya tu daddy..

nurayunni said...

suke jgk tid0 dgn lampu terpasang.....

Marzalina said...

intan pulak..tak boleh tidur dlm cahaya..nak kena gelap baru boleh lena..hehehe

zaijb said...

ikut moodlah cgu... kekadang bila ada keje yg nak disiapkan kena buka lampu supaya senang nak bangun...
tapi kalau mahu tido yg nyenyak kena tutup lampu...he

sekuntum mawar berduri said...

Salam...
Cahaya adalah sumber kekuatan, ketenangan dan kebahagian.Hidup akan lebih bermakna jika di sinari dengan cahaya iman bagai malam di sinari cahaya rambulan.

Rashid said...

Nurayunni

Orang kata jika siapa suka tidur dalam cerah biasanya orang itu sifatnya tak suka dikonkong, dan ia suka suasana yang chaiyok chaiyok.. hehe

Rashid said...

Marzalina

Intan, orang yang suka tidur dalam gelap biasanya suka menyendiri, suka impikan impian yang tinggi dan segan nak luahkan rahsia hati..

Rashid said...

zaijb
iya zaijb. Kita perlukan cuaca terang utk lakukan kerja. Kalau redup je camana nak buat kerja kan.. kan .. tapi ada juga yang suka cuaca samar.. hehe

Rashid said...

Sekuntum mawar berduri

salam jua mawar.

Iman cahaya mutiara di dalam hati manusia, ia teramat indah mawar.

azizi said...

ada masa kita suka terang,
ada masa kita suka yang samar,
ada masa kita suka yang gelap,
yang pasti kita masih akan suka jika kita masih dapat menghayati semuanya kerana jantung masih lagi berdegup, jika tidak. ada kah mungkin semua jenis cahaya tadi kita nikmati...
Al fatihah utk arwah cgu Noraza.

Hidup itu insyaallah, mati itu pasti....

ILA HonEyBuNNy said...

cikgu...ila perlukan cahaya untk ketengan...uuhuhu

Idalara said...

salam cikgu Rashid..
terimakasih berkongsi info yg menarik ini..baru harini sempat baca.
bagi kak ida cuaca mng mempengaruhi mood kak ida..kak ida tk suka cuaca mendung, sunyi dn gelap..kerana saat itu kak ida rasa terlalu sepi dn sayu hingga menyebabkan semua kenangan pahit akan kembali di memori..boleh menitis airmata dibuatnya..
keadaan seperti itu membuat kak ida lebih senang tidur di dalam suasana bercahaya atau terang..benar..cahaya yg terang buat hati dn perasaan juga terang benderang dan bertenaga.

BEiB said...

Salam..
Cahaya ada kaitan dengan warna. Warna ada kerana tindak balas cahaya.
Saya senang tidur dalam cahaya suram dan warna yang subtle.
SHUTDOWN!

Rashid said...

Azizi
Terdetik..
akan kata puisi ..

Degup Jantung
seakan-akan berbicara
bahawa sesungguhnya
hidup ini terdiri dari
minit-minit dan detik-detik

al fatihah ..

Rashid said...

honeyBunny
Ila, saya dapat rasakannya bila baca entri itu ..
Moga ila tabah dan kuatkan semangat k
Ingat tau, sesungguhnya setiap ujian itu tanda kita disayangi olehNya

Rashid said...

Idalara
salam kak
Kak ida, air mata itu terlalu indah. Ia sangat berharga. Satu anugerah tidak terhingga dariNya. Jika hati terasa sepi sesepinya dan sayu.. usah dipendamkannya kak. Menangislah kak..
Moga segalanya akan lega selepas menitis airmata.

Rashid said...

Beib
salam beib
Shutdown. Lena selenanya ..

Wawa_Nadwa said...

cahaya yg terang juga buleh buat kan seseorang tu dapat menyakit..
migrain..
wawa la tuh.
hahahha!

ske tdo gelap.
lena diulit mimpi.
nyaman nyerr.
owh tetibe rindukan bantal dan katil dirumah.
heee!!

Rashid said...

Wawa

hhehe. tidur tidur.. tidur je ingat ek. Apa seronoknya tidur ni wawa. Rugi je rasanya kalau kita asyik tidur ..

Penyakit migrain tu ada sebabnya. Sebabnya wawa masih single.. haha!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search