Followers

14 March 2010

Aku disoal-siasat tanpa belas kasihan di UKM



Malam. Lokasi - Asrama  Kolej Tun Hussien Onn, UKM.

Aku menaiki tangga dekat satu asrama kolej. Kolej Z (kini dipanggil Kolej Tun Hussien Onn - kolej pelajar PALAPES). Blok C - Semasa sampai dekat bilik bacaan kolej, aku tengok ada beberapa orang Student sedang berkumpul. Macam ada sesuatu aktiviti sedang berjalan. Melihatkan ada tali bernama kat leher beberapa orang pelajar, aku agak minggu orientasi sedang berjalan. Mungkin itu AJK Orientasi.

Sebaik saja sampai dekat diorang, aku ditegur oleh seorang student perempuan. Serius nampak cara tegurannya. Soalannya bertalu-talu, tak sempat untuk aku menjawabnya.

“Encik.. Tunggu sebentar!. Encik dari mana? Encik datang sini ni ada apa encik?”
“Encik ini nak jumpa siapa?”
“Encik nak jumpa adik encikke atau … ?”
“Encik ini belajar kat sinike?
“Encik ini masih belajar lagike…atau sedang buat Master?”

“Saya dah habis Master. Saya datang sini sebenarnya nak sambung PhD. Tadi ada jumpa kawan. Pensyarah kat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Dr. Zubir namanya…”
“Saya datang kolej ini sebenarnya saja nak tengok suasana. Saya pernah tinggal kat sini masa belajar dulu.. Bukan apa… rasa rindu nak tengok kolej ini..”

“oooo okeylah. Maaf encik.. sekarang ini minggu orientasi. Tu sebab saya kena jaga. Risau orang luar masuk malam-malam ni..”

“okey. Baguslah tu. Jaga keselamatan pelajar …”

Bualan kami terhenti. Aku terus beredar. Menuruni tangga menuju ke kafeteria kolej. Semasa menuruni tangga, .. ada seseorang di belakang aku.

“eeeeeee awak lagi. Awak ekori sayake?”

“Tak adalah encik. Saya nak pergi café… nak minum...”

“ooooo. Saya ingatkan awak ikut saya…”

“hehe.. ”

Aku tengok student itu senyum je pada aku..

Aku terkejut. Bunyi sesuatu. Macam bunyi hujan…
Laaaa aku mimpi rupanya. adehh .. tengok jam pukul 5.30 pm. Baru aku sedar, rupanya selepas solat zohor tadi, aku tertidur sebaik saja baca satu blog tentang UKM.

39 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hehe..
igt betul2 dah tadi
tajuk pun mcm serius je..

kakyong said...

Hehehe...lawak la entry kali ni. Tapi mudah2an hajat kesampaian...

Hana Nasir said...

dah agak dah :)
hehehehe.. join gelak :p

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

laa..haha..em silakan ke ukm:) hehe

hazeleyed lady said...

Ass-Salam
Hahaha!...begitu berkesan dan berpengaruh UKM pada minda saudara...sampai masuk dalam mimpi....
Semuga sehat selalu.

Rumah Kuning said...

ingatkan betul...rupanya mimpi di ptg hari.

annfrendly said...

errr..
ingatkan betul2...
mimpi rupenye..
ni mesti kes rindu sangat kat UKM nie..

pB said...

mimpi lar pulokkkkk

Chenta said...

hahaha


Laaaa... jauhnya bermimpi.

mimpi besh pulak tuh !

Rashid said...

Nur
Haha!! .. sayapun ingat serius. Rupanya mimpi.. adoii ..

Rashid said...

Syafawani
Yup! Lama tak ke UKM. Rindu betul ..

Rashid said...

Kakyong
Hajat kesampaian? Mungkin kerna saya pernah memohon phD kot.. itulah ada keluar bab-bab phD itu. hehe.

Rashid said...

Hana
Hii gelak orang ek? takper takper … ada lori ada bas ..

Tunggu ek..

Rashid said...

Hazeleyed
Itulah.. sebenarnya UKM sentiasa dihati saya. Banyak memori indah kat sana. Sampai termimpi ..

Rashid said...

Rumah kuning
A’ahh mimpi indah.. bestnya kalau betul..

Rashid said...

Annfrendly
Ann macam tau je. Ikhlasnya… memang saya rindukan UKM. Bila jumpa blog yang entrinya tentang UKM saya bacanya dengan asyik sekali. Mungkin itulah kesannya… sampai termimpi ann..

Rashid said...

pB
hehe.. nak buat camana. Mimpi sebegitu hadir. Sedar-sedarje rupanya hujan kat luar.

Rashid said...

Linda
Entahlah Linda. Saya rasa mungkin saya sejak akhir-akhir ini rindu sangat kat UKM. Kalau berkesempatan rasa nak pergi sana kejap.

Rindu ler Linda..
Utk lepaskan rindu. Saya duk baca blog pelajar-pelajar UKM.. nak tau citer tentang UKM..

MizShuai said...

cikgu, datang ukm tak bagitahu pun..
b berhajat nak buat master~

Ada Dalina said...

hehehe..UKM smpai terbawa dlm mimpi...

Rashid said...

Ada ayrissa
psstt!! jangan gelak kuat sangat ada ayrissa.. pelan-pelan je k.

Rashid said...

Lady B
hehe. sindir le tu..

b nanti saya pergi UKM kita jumpa k.
Wah bagusnya b. Teruskan hajat baik tu. Sambung belajar lagi...

ILA HonEyBuNNy said...

aduss..mimpi rupanya..heheh...cikgu..ya entry tu mmg ada kena mengena dengan ila.....ila down skrg...tp alhamdulillah....ila dah dapat kawal hati n perasaan ila....byk cabaran n dugaan yg perlu ila hadapi..semuanya mematangkan ila...coz ila suka bertindak terburu2 tnpa memikirkn hati n perasaan org lain...

CITY® said...

salam,


hahahahhah..
ingatkan betul-betul
nak dapat buah hati lagi la kot
muahhahaha....


jaga diri
xoxo

SwEetForEst said...

mimpi rupe nye..

ayoooo...

^___^

Anonymous said...

mimpi disiang hari rup2nye..haihh!

Rashid said...

Honeybunny

Ila..
ermm. Saya dah agak bila baca entri tu.. memang ada ‘sesuatu’ ngan ila.

Ila segala dugaan itu sememangnya baik untuk kita. Dengannya kita akan dapat melihat diri kita.. dan juga melihat perhubungan kita dengan teman-teman persekitaran.

Ila.. hati dan perasaan itu satu anugerah dariNya. Jagailah ia k kerna ia akan kembali juga pada kita. Pada hati dan perasaan kita juga …

p/s – saya tau ila orangnya baik sekali… utk ila.. dugaan dariNya tanda ila disayangiNya.

Rashid said...

bluecity
Biru..

dushhhhhhhhhh biru.. (ngan lembutnya..)
mana adaaaaaa….

Rashid said...

Sweeforest
Itulah.. mimpi itu sebenarnya ada ‘sedikit ikatan’ ngan apa yang saya sedang fikirkan.

Rashid said...

makdara terdiva

haishhh!!! mimpi siang.. mimpi malam..

ermm ada bezake? hehe

p/s - bila le nak mimpi terbang lagi.

Syida Shu said...

heheh . ingat kan budak tu marah lagi :P

Unknown said...

wah..kena soal siasat ngan urusetia..hehehe...

QERY HASAN said...

rindu nyer~~ saya pun terindu gak kat skolah dulu!!

Rashid said...

Syida shukor
hehe.. tak. dia senyum je

Rashid said...

Nazatul shima
Itulah.. kejam tul urusetia tu. Tapi rupanya baik..

Rashid said...

wanhairi
Rindu itu juga satu anugerah dariNya..

Wawa_Nadwa said...

mimpi rupanya.
hee..

Rashid said...

wawa nadwa

heee... seronok sangat mimpi cam tu.. psstt!!

dr itu! said...

alumni ukm ker...

memang best hidup kat ukm...mcm2 program kat kolej...! skrg dah belajar tmpt lain...tapi ukm gak kat hati!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search