Followers

26 March 2010

Anda rasa anda seorang yang HOT?

Jam 12.12 mlm tadi sempat melayari blog kawan-kawan alam maya. Dalam menjawab komen kawan-kawan, tergerak pula hati untuk ke rumah miss wawa (antara kenalan lama sejak berblog ..).

Aku baca entri terbaru kat blognya. ooooooooo padanlah. Rupa-rupanya kena tag. ishh wawa ini.  (wawa ini masih tak serik. Dia tau.. cikgu dia ini sibuk manjang tapi tetap nak juga tag saya.. hehe.).

Betullah kata pakar psikologi, jika hati terdetik pada seseorang -  itu tanda ada sesuatu yang sedang dikirimkan.

Apapun terima kasih wawa. Saya menghargainya …

Untuk tidak mengecewakan pelajar saya yang nakal dan suka buat simbol peace V  ini, saya jawab juga..

1. Adakah anda rasa anda HOT?
hot? hehe. Cool tu adale..  jom peace V  ngan saya


2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang? 


3. Cerita pasal gambar ini?
Suka tengok budak-budak kampung  - lompat-lompat dengan pelbagai aksi… terimbau kembali zaman kanak-kanak. Rasa seronok..  senyum sorang-sorang ..

4. Kali terakhir makan pizza?
ermm.. bulan lepas. Sambil berehat tenangkan diri dari kesibukan kerja.

5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu Wali band – cari jodoh (klip video sebenarnya). Ketawa je saya tengok klipnya.

6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Minum air barli sambil makan mangga …

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Abang .. (huhuuuu manjanya..)

8. Tag lagi 5 orang..
Adoiii.. bab ini yang susah. Rasanya ramai teman blogger dah tau.. cikgu ni memang susah nak tag orang. Tapi takperlah. Saya senaraikan juga. Nak 5 orang saja? Susah tu.. kalau 50 orang okeylah. Apapun 5 orang yang saya nak ‘kenakan’ ialah Linda, Hana, DUN BehrangAnn & Lady B.

9. Siapakah orang no. 1 pada anda?
Seorang teman yang agak penyayang. Penuh kisah dan petua kebahagiaan. Manis juga.. sesuai dengan blognya ‘semuanya manissss’.

10. Katakan sesuatu kepada orang no. 5
ermm.. “b, nak kata apa ni? Tolong bagi idea…”  b ini asalnya dekat kampung saya tapi dah berhijrah ke Selangor. Orangnya suka dengan kanak-kanak.  Hari-hari dengan kanak-kanak. Cekal. Kuat semangat. Suka melancong. Tauke syarikat katakan.  (p/s - b kena belanja saya ni...)

11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Kawan blogger. Orangnya agak macho.. gentleman..  (mula-mula saya baca blognya saya ingatkan dia ini ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang. haha!!)

12. Bagaimana pula dengan no. 2?
Kawan juga. Hana ini suka menulis. Suka bersajak.. Ideanya kritis ..  mempunyai banyak blog. Rajin amat. 

13. Kata-kata cinta untuk orang no. 4
Alamak! apa ni..  tentu gelak je ann bila dia baca ini. 

14. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang tag anda.
- Masih single trang tang tang.. (cepat!! kepada pemuda gagah perkasa pergi tackle dia.. orangnya lawa..)
- Suka buat pertemuan kalangan blogger. Makan-makan… chaiyok chaiyok ..
- Rajin orangnya.. entri kat blognya sentiasa yang baru. Sampai sayapun tak sempat nak baca. hehe
- Minat snap gambar. Blognya penuh warna-warni dengan gambar terbaru.. ceria gitu ..
- Suka senyum. Awas! … haha!!


34 comments:

PinQib said...

hot itu subjektif

blueCITY® said...

salam,
taq tiq tuq

lalalalla

anak ain said...

selalu bertukar HOT bila tgok buku rekod murib banyak kaler merah..

annfrendly said...

heheh..
yer.. ann tengah gelak ni...

senyum tengok cikgu posing cool aje..

LiNda said...

Jawab dah !

takde hutang okeh ...

Ku Tak Sempurna said...

oooo.... suka mencari jodoh ya... eh silap... suka lagu cari jodoh ya

.
.

best best best kaan

hikhikhik ;D

Afida Anuar said...

Erkk..abang?? manjanyerr!..ahakss..

jangan marah abang..eh cikgu..hehe..

PS: ampunn..gurau2 je..^_^

Tirana said...

Dah mula balik ke musim tag dan award ni..Alahai seram aje dengar..hehehe Letih nak menjawab kalau kena tag.

hana said...

Adoii.. rashid tag hana juga? :p saja le tu :) sure hana ni ke atau tersilap orang lagi? :)

Catwoman said...

salam Cikgu Rashid.....

Suka sy baca ttg Cikgu m`jawab tag si Wawa tu.

Ceria je....

:)

Rashid said...

PinQib
Yup! hot itu mungkin panas kot.. maklumlah musim kemarau sekarang ini.. hehe

Rashid said...

blueCITY
taq tiq tiq.. pcb? Nengok bintang berkerdipan ek..

Rashid said...

anak ain
hah! itulah. Pelajar sekarang ini lebih suka warna merah dari biru. Diaorang kata warna merah itu lebih mengancam… berani & berjiwa kental.. penuh semangat!

cikgu jugale yang sakit kepala..

cikgu ain kena cool okey .. cool macam saya ..

Rashid said...

annfrendly
ann.. dah dah.. Jangan gelak lama.. jap je okey.. malu saya.

Rashid said...

Linda
Wah!! cepatnya bayar hutang..
Terima kasih linda.. Linda memang hebat. Orangnya pantas bertindak..
hehe tak macam saya.. agak lambat.. terutama tentang jawab tag mengtag ini.

Rashid said...

Ku Tak Sempurna
a’ahhhh best sangat! Lagi best bila tengok video clipnya.. lawak betul.

Rashid said...

Afida Anuar
hehehe … ada je.
Afida, bila fida panggil nama tuuu.. eeeeee berderau .. naik roma!! ahaha!!

Rashid said...

Tirana
Itulah kak Tirana. Sayapun dah mula seram sejuk tau. Lain kali saya pejam mata..

Nasib baik tag yang simple. Kalau tag nya panjang alamak tahun depan le saya jawab.

Suka jawab tag wawa ini kerana ia simple, ringkas, jimat taip, jimat masa.. & tak ada yang personel.

Rashid said...

Hana
ishh siapa lagi.. tuuuu hana @ cat ..
p/s – sindir le tuu.. tak salah lagi.. hari tu sama mamai. Sekarang dah terang lagi disuluh dengan lampu spot light! Dengan bantuan lampu kalimantang 8 biji tau..

Rashid said...

catwoman
Zyma sayakan suka menjawab secara santai.. tenang.. ceria gitu.

peace V utk zyma

LiNda said...

ewahh...ewahh.. awak puji saya lagi .

sukaa..suka... hahaha

Actually, soklan dia simple . Tuh yang cepat bertindak .

Rashid said...

Linda
Betul tu linda. Soalan simple kita jawabkan seronokkan..

Linda camana? ni tentu badan makin ringan terangkat lantas terbang di awanan.. haha!!!

Saya stay cool je.. tengok linda terbang..

hana said...

ok.. :) dah siap.
Rashid jangan le tag hana lagi k :)

wanhairi said...

ANda ditag,,,,sila ke blog saya ek!!

DUN Behrang 2020 said...

Dah 'bayar' gak...terima kasih sbb letak saya no.3...nombor tu 'sinonim' dengan saya....

Rashid said...

Hana
Hana.. kat blog hana tu tak boleh komen (cuba check settingnya).. so saya balas kat sini je k.

ehemmm ...

Pertamanya terima kasih utk hana kerna walaupun demam tapi masih sudi balas tag .. inilah teman dikala sihat dan demam .. tetap ingin bersama.

Hana.. pssttt!! naper pecah rahsia. Mana ada saya suka mengusik orang.. ishh ..

Adoiiii… suka film bollywood? mana ada.. sy suka tengok film hindi dan dengar lagu hindi je..

Ramai peminat? mandaiiiiiiiiiii jer dia ni…

Yang e) tu okeylah.. saya setuju kerna memang saya berblog antara satu tujuannya nak bagi teman-teman senyum.. ilang resah, tak gundah hati.

Rashid said...

Wan hairi

ishhhh.. cikgu rashid dah pergi bercuti le wan hairi. Saya cuba call dia.. tak dapat..

hehe

Rashid said...

DUN Behrang

Saya dah pergi sana. Lucu bangat DUN. hot tak berbaju.. memang hot terlampau tu. Nasib baik pakai kain pelikat.. hehe

Idalara said...

ada terima dua tag..tp tk sempat lg nk jwb..sibuk manjang..

ps..bestnya bila jd org org no 1 dalam hidup seseorg kan...

Rashid said...

Idalara

Itulah kak. Harap dah takde lagi tag ni.. tak sempat nak balas. Nanti buat sedih je orang yang mentag..

Satu lagi.. dah tau. sayakan ni orangnya agak lemah bab tag mentag ni..

p/s - org no 1? haha!! larikss.

Nazatul shima said...

hehe...hot di kalangan cikgu-cikgu ni..:)

Wawa_Nadwa said...

wahh!!
buat pon, terharu wawa.
hee!!

maceh macehh abg!
ewah tertibe tukoo plak.
hahhaha!

terima kasih cikgu!!
^_^

Rashid said...

Nazatul shima

Hot dikalangan cikgu-cikgu? ishhhh.. pleaseeeeeeeeeee... haha!!




ada-ada je shima ni..

Rashid said...

Wawa Nadwa

sama-sama wawa.

Wawa panggil saya abg? eeeeeeee ... terbatuk tiba-tiba.. 5..6 kali.

Cepat ambil air.. fresh oren..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search