Followers

30 March 2010

Awek Ganas ...

Kelmarin, Metro menyiarkan kisah Awek Ganas!! Aku sekadar menggelengkan kepala membaca kisahnya. Dalam hati, hebat betullah perempuan sekarang ini. Tapi salah siapa?

Antara petikan akhbar Metro:

“Hanya kerana dinasihati agar menjadi wanita baik, seorang gadis tiba-tiba mengamuk dengan memukul dan memaki-hamun kekasihnya di depan khalayak. Kekasih (Lelaki) itu turut dicakar mukanya, selain dihentak dengan topi keledar di kepala serta diketuk menggunakan laptop”


Bila laptop itu rosak, lelaki itu diminta pula untuk bayar gantirugi.
Akhirnya lelaki itu buat laporan polis!

>>>>>>>>

Petang semalam, dalam perjalanan ke Kota Bharu, selama 2 jam (6.00 ptg – 8.00 mlm) aku mendengar coleteh DJ Radio THR Gegar dengan pendengar. Isu bualan ialah ‘Lelaki pukul wanita… Wanita pukul lelaki’.

Antara bualan kat radio THR GEGAR:

Pemanggil 1 (wanita): “Saya ada jiran. Suami dia tu umur 50+ kahwin dengan orang pompuan umur 20+. Kasihan suami dia. Bila bergaduh, suami dia diam saja. Maklumlah mungkin dia sayang sangat kat isteri…”

Pemanggil 2 (wanita): “Ada tu suami isteri bergaduh. Saya tengok sendiri. Isteri dia baling pinggan mangkuk kat suami dia. Bila jiran-jiran pergi jengok. Terus isteri dia diam.”

Pemanggil 3 (lelaki): “Ada saya tengok seorang lelaki bergaduh dengan kekasih dia kat tepi jalan. Saya cuba nak tolong leraikan. Sebaliknya saya sendiri kena herdik dimarahi lelaki itu. Saya dah serik. Tak nak tolong lagi… Tapi bila perempuan itu bawa kereta dan tinggalkan lelaki itu di tepi jalan.. lelaki itu minta saya tolong tumpangkan dia pula.. ”

Pemanggil 4 (wanita): “Orang perempuan kena simpan kuku panjang. Senang nak cakar muka pasangan...”

Antara faktor orang perempuan ‘mengganas’ menurut pandangan pendengar radio tersebut.

1. Orang perempuan tertekan…
2. Suami dia terlalu sayang sangat kat isteri. Terlalu memanjai isteri. Itulah jadinya.
3. Orang perempuan kan suka simpan kuku panjang. So bila lagi nak guna...
4. Bila suami pergi kerja, orang perempuan suka tengok wrestling / gusti kat rumah.
5. Suami tak ada ilmu pertahanan diri. Isteri dia pula ada belt hitam.
6. Mungkin suami dia terlalu kecik … isteri dia besar... haha!!

Pengajarannya, jangan bagi orang perempuan simpan kuku panjang. Takut salah guna. Kalau guna untuk cakar rimau kucing okey gak.. tapi kalau guna untuk cakar muka cucuk mata .. aduhai ..

Kalau setakat baling dengan pinggan mangkuk plastik okeylah lagi. Tapi kalau kena baling dengan pinggan mangkuk kaca, kuali besi, periuk nasi elektrik… alamak ..

Lagi bahaya kalau kena baling dengan durian… adoiii ..

p/s – Tetap yakin masih ramai perempuan di luar sana yang berjiwa penyayang, lembut, gediks sikit-sikit dan bernaluri keibuan …

42 comments:

blueCITY® said...

salam cikgu,

biru tak suka kuku panjang
maaf, tak suka wrestling..bila balik kampong ayah mak tgk wrestling, i masuk bilik..heheh
lebih suka diam or nangis dari gaduh, kuikui...

awwwwwwwwwww
lalalala

LiNda said...

hahahaha...

Kebetulan. Dipetang yang sama saya dengar Radio THR ketika perjalanan balik dari Dungun .

Gelak saya dengar celoteh DJ Isma .

Apapun... wanita perlu pandai menjaga diri dan tatasusila .

Jasfyra said...

ganasnya awek tu..cian bf dia kan

Che' Pit said...

mungkin itu hanya kes terpencil yang peratusan nya kecik sangat.. yer, CP setuju dan kata2, masih ramai perempuan di luar sana yang berjiwa penyayang, lembut, gediks sikit-sikit dan bernaluri keibuan …

Super Nia Hana said...

hmm...lelaki ganas pukul awek lg byk tau...

piewahid said...

rasenya slh lelaki pun ada juge.

lelaki adalah pemimpin, mesti mpunyai ciri² kepimpinan.
kalau dh degil sgt, buat apa tunggu lagi...

makdara terdiva said...

selalunya kite salahkan sebelah pihak saje..sedangkan kite x tau yg mane 1 betul, mane 1 salah..

p/s: tak suka gadoh2..kalau marah sgt..i diam..

hazeleyed lady said...

hahaha!...ada ke...???

aliadijamina said...

Hahahahahha....ilmu cakau - mencakau.

kakyong said...

haha...lawak la cikgu Rashid. Tapi apa pun keganasan tidak menilai gender...ganaz tetap ganaz...baik laki atau pompuan yang bersifat ganaz ni bawak2 la ingat kat Tuhan...malu la kat orang lain..

annfrendly said...

selalunya perempuan mengamuk mesti bersebab..
tentu marah sangat.. tu yg keadaan tak terkawal tu..

tapi jarang2 kes macamni berlaku kan..
ann selalu tengok pasangan yg gado disebabkan kes kecurangan..
tu yg jadi baling2 pinggan mangkok periuk.. silap2 haribulan petiais pun dia baling..errrr...


tapi pasal perempuan mengamuk sebab bf dia tegur berubah jadi baik tu.. memang tak patutlah..
kesian bf nye..

Shamsudin said...

huhuhu..kalau gurlfren saya ganas...saya tinggalkan aje...yah masih ramai lagi yang penyayang dan lemah lembut di luar sana.....sayang..akan ku tungguu dirimu! miahahaha :P

hana@cat said...

hmm.. hmm..hmmm..
nak komen ke tak.. hmm :p
tak nak lah komen. nak pergi asah kuku dulu.. :p

HonEyBuNNy said...

hahaha..lawak la lau kena baling dgn durian...hiih...insya allah ila xgtu cikgu...cm membebel jah..huuh

Nik Zulina said...

Dunia sudah terbalik..perempuan lebih ganas daripada lelaki. Sebab tu lah Islam menggariskan agar rumahtangga yang dibina hendaklah berasaskan iman dan taqwa ..Insyaallah semua akan selamat.

Nik Zulina said...

Dunia sudah terbalik..perempuan lebih ganas daripada lelaki. Sebab tu lah Islam menggariskan agar rumahtangga yang dibina hendaklah berasaskan iman dan taqwa ..Insyaallah semua akan selamat.

Nik Zulina said...

Dunia sudah terbalik..perempuan lebih ganas daripada lelaki. Sebab tu lah Islam menggariskan agar rumahtangga yang dibina hendaklah berasaskan iman dan taqwa ..Insyaallah semua akan selamat.

Marzalina said...

ganaz??

hehehe...skang ni mmg ramai aweks terpaksa buat ganaz agaknya hahahahaha..tapi intan taklah ganaz sangat..maintain gitu..ahakzz hehe

Rashid said...

BlueCITY
salam ..
auwww sentimental value rupanya blue..
Diam & nangis.. ermm .. tentu blue ni orang yang suka simpan segalanya kat dalam hati. Tak suka luahkan. Takper. Kalau segan .. luahkan saja pada saya k .

Rashid said...

Linda
Iya Linda. Memang gelak sakan saya mendengarnya. DJ tu memang pandai borak & cuit-cuit pendengar. Kalau ada pemandu kereta lain tengok saya gelak sorang-sorang kat dalam kereta masa tu. aduhai .. hehe

Rashid said...

Jasfyra

Jasfyra.. kasihan ada makna tuu..
Memang nasib badanle kalau dapat awek ganas macam tu. Hari-hari gosok minya panas cat daun.. TYT punya .

Rashid said...

Che’Pit
Sayapun agak gitu juga. Kes kecil dibandingkan dengan keganasan kaum lelaki.. Aniaya itu ini.. sepak pukul sana-sini .. cekik hantuk.. ishh..

Rashid said...

Super Nia Hana
wah!! ada pengalaman tu watashi.. jom kongsi citer..

Rashid said...

Piewahid
Memang salah laki. Takkan sampai begitu sekali diperlakukan oleh orang perempuan.

Saya juga tertanya-tanya.. mana perginya sikap macho sebagai seorang laki? Mana hilangnya kepahlawanan Hang Tuah dan kejantanan Hang Jebat? .. fuhh makkk..

Rashid said...

makdara terdiva
Betul tu makdara terdiva. Saya tak salahkan sesiapa. Bagi saya, kalau ada kes macam ini, biasanya kedua-duanya ada salahnya.

p/s – saya kalau marah suka pergi pantai.. marah kat ombak.. hehe

Rashid said...

hazeleyed lady
hah!! adale tu. fakta tau ..

Rashid said...

aliadijamina
haha!!! ishh minat betul alia ni.. sebut je cakau-cakau terus muncul .. hehe.
Takper, cakau-mencakau demi kebahagiaan.

Rashid said...

kakyong
Iya betul tu kakyong. Buat malu kaum dan bangsa je.
Petua terbaik kalau marah.. ambik wuduk.. padamkan api kemarahan. Tentu nangis jin syaitan.

Rashid said...

annfrendly
Perasaan amarah pastinya bersebab ann. Cuma sejauh mana punca dan perasaan dapat kawalnya atau tak. Kalau tak dapat kawal maka meletuslah gunung berapi kat dalam dada itu.

Ann.. kalau peti ais dibalingnya.. adoiii.

Biasalah ann. Teguran kadangkala dianggap suka mengongkong apa ke.. itulah jadinya. Ego tercalar.

Rashid said...

Shamsudin
wah! itulah baru dikatakan gentleman. Buat apa lagi disimpan kalau dapat aweks cam tu kan din. Tak pasal-pasal. bila tertidur.. sedar-sedar je dah hilang telinga. haha!!! kan bahaya din.

Din, saya salute kat din..

Rashid said...

Hana
haha!!! lariksssssssss … hana dah mula asah kuku. Nak cakar rimau belang ..

Rashid said...

Honeybunny
Saya tau. Ila orangnya baik.. bebel tu biasalah. Luahan hati.

p/s - sedang bayangkan ila duduk bersipu tertunduk malu .. sopan gitu.

Rashid said...

Nik zulina
Memang dunia dah senget le nik zulina. Sebab itu yang hidup inipun dah turut sama.. hehe. Perempuan jadi lelaki .. lelaki jadi pondan.. bagai lagi.

Moga segalanya akan baik. Kembali kepada jalanNya akhirnya.

Rashid said...

Marzalina
alaa saya tau. Saya kenal intan. Intan memang sopan ayu. Rasanya bila intan bersembang.. mata tak pandang mata. Intan pandang kat kolar baju je. hehe

Cikgu Adham said...

slm.. hangat gok weh isu ni heh heh

AzRi AzyAn said...

kuku panjang sbb lupe potong la..hehehe

SwEetForEst said...

sweet bukan awekz ganas yer..
hehehe..

^____^

mizara said...

org pompuan zaman nih takleh lembut gemalai sgt..kene ganas2 skit ahaksss..

Rashid said...

cikgu adham
salam.. hehe. Panas sebab orang pompuan kan biasanya lembut gemalai.. tiba-tiba mula cakar mengcakar harimau ..

Rashid said...

azri azyan
azyan takkan lupa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.. sengaja tu. Senang nak gunakan time darurat.. kan kan ..

Rashid said...

sweetforest
Iya saya tau. Cara renungan itupun dah tau.. renungan perempuan melayu terakhir.

Rashid said...

mizara

Mizara Saya setuju. Sekali-sekala ganas elok juga tu.

Kalau tak ganaspun kira gediks ayu pun kira okey juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search