Followers

06 March 2010

Menatap matamu ...


Wah!! cerianya lagu ini.




Lagu ini aku telah download dari you tube. Sejak 2 hari kebelakangan ini, lagu ini selalu aku buka, tengok clip video dan dengarinya. Sebaik saja bangun dari tidur dan semasa berpakaian hendak ke tempat kerja. Malah semasa membaca blog teman-teman dan juga semasa ber ‘ym’ dengan teman blogger. (aku rasa ini juga selalu dilakukan oleh teman-teman blogger lain. Blogging sambil dengar lagu)

Mengapakah aku suka dengar lagu ini? Sebenarnya akupun tak tau... hehe.

Bila dengar lagu ini, tengok gaya lucu aril, hati turut ceria sama. Senyum seorang diri. Seakan-akan ada sesuatu ‘auranya’. Walaupun ia tidak ada apa-apapun kaitannya dengan aku. (Tolong percaya okey... )

Itulah penangan sebuah lagu. Ia dapat membangkitkan dan menyegarkan emosi. Ia berjaya buatkan diri bertambah ceria dan bersemangat. Rasa nak berlari laju. Nak terbang...  (cikgu jiwang ek? oooo sorry..  seorang berpangkat Kapten tak boleh jiwang!! hehe..)

Sebenarnya saja nak berkongsi dengan teman-teman blogger. Hari inikan hari Sabtu. Hari Cuti. Hari untuk berehat. Jadi kita semua kena santai-santai sambil gedik-gedik. Rehat minda. Rehat segalanya dari kemelut dunia.

Pesanan penaja blog:

Selalulah dengari lagu yang dapat bangkitkan semangat dalam diri kita okey. Tak kisahlah apapun jenis lagu itu sama ada lagu Melayu, Inggeris, Cina, Tamil atau Korea. Tak kisah juga siapa penyanyinya, bahasanya (janji sopan) atau rentaknya. Apa yang penting, bila kita dengar lagu itu, kita akan rasa bertambah bersemangat. Segar emosi. Terasa gagah diri.

p/s -  Sekurang-kurangnya bila dengar lagu, kita telah berbuat baik pada diri, hati dan emosi kita. Diri, hati dan emosi yang penat bekerja sehari-harian.

40 comments:

mountdweller said...

Salam Rashid.

Nampaknya dah bertukar hobby. Lain macam jer jadinya?

hazeleyed lady said...

ass-Salam.
..singgah sebentar setelah sekian lama tidak berkesempatan...
Selamat berhujung minggu

Anonymous said...

hyeee...
kenape suke lagu yg saya jg minat ni..aiseyyyy...
memula ME tk suke dgn penyanyi tp ME suke dgn lirik nyer yg merdu..even tkde kaitan dgn ME>..
sguh bst kan CR...damai..;)

blueCITY® said...

menatap mata mu,
ekekekke....

andai kau jadi milikku
kan ku nyanyikan lagu rindu
andai kau dan aku bersatu
dunia ini kan beseri selalu...

huwaaaaaaaaaaaaaaa....

layanz!!

Ena said...

Salam..

sebelum nie.. lagu tu juga lah jd lagu tema kat bolg sy tp skrg x dakkk dahh.. dah x der lagu2 ;agi.. baru last week kot delete.. sbb nyer nak tukar lagu lain pulak lah.. tp tetap minat lagu tu.. ehehhe..

Cikgu Adham said...

slm.. he he he lama x dgr cerita cikgu.. smoga sihat sokmo.. lagu2 gni mmg betol hehe dpt kembalikan nostalgia

kisahremaja said...

lagu nie okey gak..... ala2 jiwa remaja gitu....

Jeff Syiru said...

laye lagu ni meme sedak kalu kena pada masa... tp kalu tgh sedih jange duk laye lagu sedih, takut btambah sedih....

annfrendly said...

ehem... ehemmm...
menatap mata siapakah itu??
hihiihiikk..

Betul.. muzik adalah terapi untuk menyegarkan emosi..

huhuhuu..
kalau saya sedih... suke dengar lagu sedihh...
hurmmm pastu lagilah bertambah sedihh..
hehehehhe.. camno tu...

Idalara said...

opppss...tmbh sikit..
rajin gak berYM ek..tp bila nk ber ym dgn kak ida..hehehe

Idalara said...

salam cikgu rashid..
apa salahnya seorg berpangkat kapten berjiwang sesekali...namapun insan biasa kan..ada hati dan perasaan.

kak ida pun suka dgr lagu ni..tmbh pulak tguk wjah cute aril ni..

kak ida memnag suka dgr lagu dan menyanyi tp untuk diri sendiri je...rasa segar dn ceria..

HonEyBuNNy said...

salam...yeahhh..ila suka dgr laju jiwang2 bila tension...hiihih

Rashid said...

Mountdweller
salam uncle..

Tak ada apa yang berubah uncle. Saja je ni.. sedikit strategi semut ..

Rashid said...

hazeleyed lady
Terima kasih singgah umah ..
Selamat cuti dan berehat. Tenangkan diri untuk kembali bangkit bekerja dengan lebih bersemangat lagi.

Rashid said...

Anonymous
Utk me. Yup memang best. Tapi dengar untuk semangat je k. Jangan hanyut terbuai. Bagi saya, antara tujuan kita dengar lagu untuk dapatkan kekuatan. Dapatkan motivasi diri.

p/s - Kedamaian ada dalam diri. Sekadar sedarkan ia.

Rashid said...

blueCity
wah! tak sangka pandai juga blue nyanyi lagu.
hehe..

saja je layanz sekali-sekala.

Rashid said...

Ena
salam ena.
Iya saya tau. Lagu ni dah lama keluar. Cuma saya je lambat ikutinya. Fahamlah kan saya ini bukannya selalu dengar dan ikuti lagu-lagu terbaru. so… banyak tertinggal .
Ingat ena.. dengar utk dapatkan semangat. Semangat untuk bangkit dari lena. Kerja.. kerja ..

Rashid said...

Cikgu Adham
Saya sihat je adham.
Nostalgia .. bagus kalau macam tu. Nostalgia kadangkala dapat berikan kita semangat untuk mendatangi segala cabaran.

Gempur wira 3 x !!

Rashid said...

Kisahremaja
Betul tu. Cuma pada saya, jiwa remaja harus disegarkan. Bukan setakat mendengar lagu dan terbuai. Lalu lena selenanya. Sebaliknya, jadikan lagu.. dengarkan lagu untuk kembali bersemangat. Semangat belajar. Semangat untuk mencapai kejayaan ..

Rashid said...

Jeff Syiru
Saya sokong. Semuanya terletak pada diri dan penerimaan. Apa yang saya inginkan .. agar lagu didengari untuk kalahkan perasaan malas dan lemah .. takde semangat ..

Rashid said...

ann friendly
Tak ada mata siapa-siapa ann. Lagu ini tak ada kaitan dengan sayapun. percayakan ..

Ia, saya lebih suka dengar lagu untuk segarkan emosi.

Ann, bila sedih perlukan luahan. Cari teman untuk berkongsi dan dapatkan kekuatan dari perkongsian bicara. Itu lebih baik dari dengar lagu sedih.

Rashid said...

Idalara
salam kak ida
hehe. Memang tak salah kak. Saja saya gurau tu.

Kita perlbagaikan cara untuk dapatkan kekuatan dalam diri kak. Terbaik adalah dengan solat dan bersamaNya.

Cuma hari ini memang kita tak dapat terpisah dengan lagu. Pilihan lagu dan cara kita dekatinya untuk diri dan emosi sangat penting. Dengar agar tak terluka .. sebaliknya kita harus bangkit! bangkit!! terus bangkit..

Kita perlu gagah diri untuk mencapai kejayaan dan kemenangan kak. Ini kerana dunia kini dan mendatang akan semakin hebat cabarannya.

Rashid said...

Idalara
ber ym. Tak le selalu kak. Masa terluang baru on9 .. hehe.
Ber ym ngan kak ida? okey je. InsyaAllah .. ada masa dan ruang nanti kita ym k.

Rashid said...

Honeybunny
ishh. Adake macam tu pula ila.
Bagi saya, jiwang itu tak ada masalah. Ia lumrah. Biasa berlaku pada sesiapa saja. Cuma dalam jiwang itu perlu ada kekuatan. Jiwang tapi hati bersifat waja. Sanggup ‘memikul senjata’ seandainya perlu untuk ‘bertempur’..

*Dak kecikkk* said...

En Rashid..
Tima kasih ye terjah ke my blog n slamat berkenalan.

DUN Behrang 2020 said...

suka gak layan lagu2 yg kena atau tak kena ngan kisah hidup...asal best...mcm lgu ni mmg catchy! Berbuat baik pada diri....

Rashid said...

Dak Kecikkk
okey.. sama-sama. terjah menerjah.. kenal-mengenal.

Selamat berkenalan juga dari saya.

Rashid said...

DUN Behrang

DUN suka ayat tu.. 'berbuat baik pada diri'. Yes!! Kena sayangi diri dulu baru sayangi orang lain (iyake ni?)

E.d.Y said...

wah wah..peminat aril ke??hehe

Ada Ayrissa said...

hehehe...
tp kan cikgu, kiter xleh dgr la lagu ni..cam rasa geli jer..heheh..
ibu mengandung ni mungkin lain mcm sket...

Marzalina said...

mula2 intan tak suka lagu ni..lama2 dengar mcm best pulak hehehe..

bila menatap mata...pastikan mata itu mempunyai sinaran yg dapat menembusi hati hehehehe

Marzalina said...

mula2 intan tak suka lagu ni..lama2 dengar mcm best pulak hehehe..

bila menatap mata...pastikan mata itu mempunyai sinaran yg dapat menembusi hati hehehehe

Marzalina said...

mula2 intan tak suka lagu ni..lama2 dengar mcm best pulak hehehe..

bila menatap mata...pastikan mata itu mempunyai sinaran yg dapat menembusi hati hehehehe

Putri said...

Aril - Menatap Matamu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Rashid said...

E.d.Y
edy. bukan peminat. Sebenarnya baru je jatuh minat dengan lagu ini..

Rashid said...

Ada Ayrissa
geli? ahahhaha!!! adake macam itu pula. pssttt geli camana tu? ahakss!!!

Yup ibu mengandung kena banyak dengar lagu nasyid.. bacaan ..

Ada ayrissa.. jaga diri dan baby baik-baik okey.

Rashid said...

Marzalina
Itule intan. Saya suka dengar sebab rasa segar je lagu ini. Tambah-tambah bila tengok gaya ‘gilerrrr’ aril. Rasa nak gilerrr juga.. hehe

Rashid said...

Putri
uisss!! tak sangka. Merdunya suara ..


TERIMA KASIH KERNA NYANYIKAN LAGU INI UTK SAYA PUTRI..

Rasa nak terbang sambil nyanyi lagu ini..

chempaka said...

chempaka pun suka lagu nie...siap bt ringtone....haha....

Rashid said...

Chempaka

ermm.. bestkan chempaka lagu ni. Santaiii ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search