Followers

01 March 2010

Perasaan bila diserang harimau …

“Saya sedang berkebun dan melihat sebatang pokok pisang. Oleh kerana pokok pisang itu sudah tua, tidak lagi berbuah malah menjadikan kebun saya semakin semak, lantas saya mencantas, mencincang dan menebangnya! Tapi sedang saya tekun mencincangnya, saya terdengar suara jeritan, saya rasa seolah-olah terbangun dari mimpi yang panjang. Saya terkejut dan bingung… rupanya yang saya cincang adalah tubuh ibu. Ia bukan mimpi. Sebaliknya suatu kenyataan... ”


Kebelakangan ini, seringkali kita mendengar berita dan kisah, membaca petikan pelbagai sumber. Kisah tentang segelintir manusia yang semakin gila. Hilang kewarasan akal. Bertindak mengikut nafsu amarah. Tidak lagi bersulamkan iman.

Kejadian membunuh, merogol, membakar, mencabul, menusuk senjata secara bertubi-tubi, mencincang, mengerat anggota badan, memijak, memukul, menyepak dan membuang anak (juga membuang ibubapa?)… segalanya dilakukan tanpa ada rasa bersalah. Kosong. Tidak lagi mengenal rasa belas kasihan. Tidak kenal usia mangsa dan ikatan perhubungan darah keluarga.

Aku resah. Marah sebenarnya setiap kali menatap dan membaca kisah sebegini. Kadang-kala terluah juga kata-kata beremosi dalam diri tehadap si pelaku. Namun akhirnya hanya doa …

Mengapakah kes dan kejadian sebegini semakin banyak tersiar? Adakah ini satu gambaran bahawa masyarakat kita kini mulai sakit dan tahapnya semakin parah? Walaupun segala tindakan dan hukuman telah diambil namun nampaknya ia seakan tidak lagi dalam kawalan masyarakat?

Aku tertarik dan bimbang sebenarnya bila membaca kata-kata Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, Presiden Persekutuan Asean bagi Kesihatan Psikiatri dan Mental. Beliau mengaitkan pelaku kejadian ini dengan pesakit psikosis.

“Pesakit psikosis boleh menyebabkan berlakunya perubahan perilaku termasuk meracau, delusi, halusinasi dan tidak dapat melihat sesuatu dalam bentuk realiti. Keadaan ini menjadikan pesakit tidak mampu mengawal perasaan. Ia boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja.”

“Cuba bayangkan perasaan bila kita sedang diserang harimau, tetapi dalam mimpi? Tentu sekali dalam keadaan itu, kita akan melawan harimau itu. Kita melawannya setenaga mungkin dan segala peralatan yang ada akan kita gunakan untuk melindungi dan menyelamatkan diri!”

Inilah bahayanya pesakit psikosis …

Nota: Sempat mencari makna istilah yang mudah difahami. Menurut Singgih D. Gunarsa (1978: 140), psikosis ialah gangguan jiwa yang meliputi keseluruhan keperibadian, sehingga penderita tidak mampu menyesuaikan diri dalam norma-norma hidup yang wajar dan berlaku umum. Ia suatu gangguan jiwa dengan kehilangan rasa kenyataan (sense of reality). Delusi adalah suatu perasaan kepercayaan atau keyakinan yang keliru. Halusinasi pula adalah fenomena gangguan penglihatan di mana seseorang itu merasa melihat suatu  objek, namun deria penglihatan orang lain tidak dapat menangkap objek yang sama.

30 comments:

Ena said...

memg parah la yg bermasalah ngan penyakit tu.. nauzubillah.. dah minta dijauhkan lah dr segale penyakit..

Aishah Malik said...

eii.. seram nye.. ni btl2 mmg ada ke..?

DUN Behrang 2020 said...

Sedih kan bila perkara sebegini berlaku...tapi dalam perjalanan yang masih panjang di hadapan...akan timbul pelbagai lagi kisah yang tidak berkesudahan...semoga kita semua dan ahli keluarga sentiasa dalam perliharaan Allah S.W.T...

Ada Dalina said...

Ya Allah, mintaklah kita dijauhkan dr penyakit tu kan...?huhu..

Cikgu Nurin said...

Dekat dengan Allah selalu dan memohon perlindunganNya,syaitan memang selalu memperdayakan....

Hana Nasir said...

di serang 'harimau'..
maaf sekali pandang terbaca lain, En Rashid. Sememangnya masalah zaman moden..yang didera, andai tidak dibantu, membesar menjadi pendera atau tertekan dengan trauma semalam.

Rashid said...

Ena
Betul tu ena. Bukan parah pada diri sendiri saja tapi juga kat orang lain..

Rashid said...

Cik Ecah
hmm hmm.. Memang betul ada ecah. Saya pernah belajar satu semester kat UKM dalam bidang kaunseling. Ada disentuh tentang psikosis ini. Mereka ada kalanya berada dalam dunia mereka sendiri. Tapi bahayanya ‘dunia’ mereka turut disatukan dengan dunia realiti..

Rashid said...

DUN Behrang
Sama-sama kita berdoa DUN. Demi kesejahteraan dan menjadikan dunia ini selamat dan indah untuk didiami.

Rashid said...

Ada Ayrissa
Moga kita semua sentiasa dalam lindunganNya..

Rashid said...

Cikgu Nurin
Dekatkan diri denganNya.. insyaAllah ..

Rashid said...

Hana
Naper baca lain? ishh.. mandai je hana ni.
Didera mendera.. gejala ini akan berterusan. Tanpa akhir..
Ubatnya didikan solat..

annfrendly said...

agak menakutkan..
sebab kdg2 kita tak tau pun org yg terdekat dgn kita mengalami gangguan jiwa.. mintak2 dijauhkan..

teringat kejadian yg berlaku di Ampang tahun lepas.. seorang perempuan cedera teruk setelah ditinju2 oleh seorang lelaki yang di kaki lima lot2 kedai.. kesian perempuan tu.. pecah2 dan lebam2 mukanya. padahal dia lansung tidak mengenali lelaki tu. rupanay lelaki tu mengalami sakit jiwa.. kes teraniaya..

Rashid said...

Ann

Ann, itu yang dibimbangi. Ancaman yang tidak dapat dijangka. Tangan-tangan yang bila-bila masa boleh mencederakan ..

kasihan perempuan itu. Dah nasibnya.

Orang yang terganggu jiwanya bisa melakukan apa saja. Ia tak lagi dapat berfikir secara rasional.

p/s - masih suka melihat orang gila yang tak akan melintas jalan yang keretanya berarus.. hanya melintas apabila jalan selamat untuk dilalui..

deqyalalink in-situ said...

rashid : takut baca story ann.. kalau mcm tu semua org tak brani keluar rumah sbb bahaya dtg tnpa kite sedar..

MaizaC'Joe said...

Salam

Ya Allah.. mcm2 kita dengar sekarang nie naik takut pun ada.. moga kita semua di lindungi.. maiza sekarang nie nak baca paper pun dah malas semacam.. bukan malas membaca.. tapi takut tengok mcm2...

Marzalina said...

cikgu..masayrakat kita pada hari ini sebenarnya sedang sakit dan perlukan rawatan...hanya dengan keimanan dan taat pada perintah Allah dan menjauhi larangan Dia sahaja serta mengamalkan gaya hidup Rasulullah...maka umat akan berjaya, tetapi lihatlah gaya hidup masyarakat kita sekarang yg banyak mengamalkan gaya hidup orang-orang barat yg tidak ada kepercayaan maka runtuhlah moral dan akhlak serta ini menjadikan sedikit demi sedikit keruntuhan dalam institusi kekeluargaan dan juga merangsang manusia itu sendiri menjadi individu yg tidak dapat mengawal diri dan hawa nafsu..betul tak?

n a r d indie winkie said...

ish.. kalo kes budak 3 tahun yang kena dera tu psikosis jugak ke? kesian budak tu. nak kesian kat mak dia pun rasa cam mak dia 2 x 5 jek dengan boyfren dia. huhu

kakyong said...

Seeloknya jgn terlalu bersendirian ketika bersedih..

Rashid said...

deqyalalink
Itulah lalink. Sukar sebenarnya kita nak kenalpasti orang itu waras atau tak. Sedar-sedar dah tercedera parah… adoii. Kan harubiru jadinya.

Rashid said...

MaizaC’joe
salam ..
saya juga maiza. Rasa sedih tau bila baca kisah budak-budak diperlakukan sebegitu kejam. Apalah yang ada pada mereka.. disepak, ditumbuk, ditendang sehinggakan alami pendarahan otak, perut, usus. ishh..

Rashid said...

Marzalina
Iya intan. Keimanan dan solat yang tak bertakhta di hati akan begitulah jadinya. Gaya hidup moden kebaratan yang menepikan nilai dan agama akan bawa kemudaratan yang tiada tandingnya.

Bila institusi keluarga tak terjaga maka akan hancurlah segalanya…

Moga segalanya akan kembali baik. Sama-samalah kita doakan intan.

Rashid said...

Nard

Entahlah nard. Pesakit psikosis juga akan semakin parah jika terlibat dengan syabu dadah bagai..

Mak dia? Banyak kisah dibalik tabir sebenarnya tentang mak dia. Kita ikuti seterusnya nanti k.. sebab suaminya dalam penjara selama bertahun maka segalanya sukar nak kita hakimi. Keadaannya.. situasinya sebagai seorang perempuan yang tidak mampu …

Dr. Zuhaira said...

Salam En Rashid n semua pembaca blog,

Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

ataupun boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

Anonymous said...

bila iman hilang didada atau pudar

kita akan cenderung utk bertindak diluar kawalan

Rashid said...

myfuzzyworld

terima kasih ..

Rashid said...

rathiqah

Teringat lagu..

iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Rashid said...

kak yong

Setuju ngan kak yong. Seeloknya bila rasa sedih je terus pergi kat pasaraya ke.. kat majlis kendurike.. makan-makan ke..

hehe..

Wawa_Nadwa said...

bahaya la penyakit tuh.
mereka tak sedar apa yang dilakukan.
seolah2 dirasuk dan ape yang kita nampak sekarang kes bunuh sgt kejam!!

Rashid said...

Wawa
Iya wawa. Pembunuh sekarang ni lagi kejam. Takde rasa kasihan langsung. Ini mungkin kerana penyakit mental ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search