Followers

04 March 2010

Sinar matahari ubat jerawat ...


Matahari, bulan dan bintang adalah anugerah dariNya. Subhanallah..  Alhamdulillah ..

Matahari dan jerawat. Ada kaitankah?


Masalah Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh. Perubahan hormon katakan. Aku masih ingat lagi, zaman sekolah menengah - orang tua-tua selalu kata, bila jerawat tumbuh pada muka, itu tanda seseorang itu sedang dilamun cinta. hehe..  Benarkah semua itu? Tapi masalahnya, masalah jerawat juga sering dialami oleh orang dewasa baik lelaki mahupun perempuan. Bagi orang perempuan, jerawat adalah satu mimpi yang sangat mengerikan, kalahkan cerita ngeri bersiri tv. ‘JANGAN PANDANG BELAKANG’.  

Bagi orang lelaki, jerawat itu tanda macho…

Sebenarnya, aku bukan nak perkatakan tentang punca jerawat,  perubahan hormon atau nak promosikan ubat jerawat. Dah banyak rasanya iklan sapu dan telan yang tertera kat majalah. Nak atau tak nak je. Serasi atau tidak je. Duit ada atau tak ada je. Apa yang aku nak perkatakan di sini ialah berkenaan matahari dan jerawat! Kajian mengenainya.

Kelmarin semasa di library, aku terbaca satu kajian yang disiarkan dalam majalah Kosmik. Kajian tersebut mengatakan bahawa cara terbaik untuk mengurangi jerawat adalah dengan mendedahkannya kepada matahari! Yup! ulangsuara – Matahari bukan matahati.  ahakss!!

Ini kerana sinar matahari di pagi hari mempunyai ultraungu yang bersifat anti bakteria. Sinar ultraungunya mempunyai antiseptic jika digunakan secara terkawal dan bijak. Kajian mengatakan bahawa ultraungunya bisa menjana vitamin D bagi mengawal aras kalsium dan fosfat dalam darah. Di samping ubat jerawat, sinarnya juga perlu untuk  mengelakkan osteoporosis (tulang rapuh – 80% biasanya dialami oleh orang perempuan).

Menurut pakar penyelidikan kulit, sinar ultraungu matahari akan mengaktifkan kimia forfirin yang wujud dalam jerawat. Folfirin kemudiannya membantu membunuh bakteria yang mengaktifkan jerawat mengeluarkankan singlet oxygen.

Kajian tersebut mendapat terapi selama 3 hari dapat membantu mengurangkan bakteria di dalam liang kulit sebanyak 99.9%. Malah selepas 3 bulan, 76% hingga 80% pesakit mengatakan bahawa berlakunya penyusutan jerawat yang ketara.

p/s – Lama rasa tak berjemur kat tepian pantai dan dapatkan ultraungu di pagi hari.

38 comments:

Super Nia Hana said...

sejak keja nih..jarang kena cahaya pagi matahari
asyik aircond jekk

badan pun mkin tak sihat

N said...

good info .

huhu,kalau macam ni nak berjemur la tiap2 hari ;)

CITY® said...

heeeeeeeeeeee..

ya ke?
bila piyed, mula la tumbuh jerawat sebijik 2, huh
ekekkeke..

sue said...

hurm..camnela nak dpt matahari pagi klu pepagi lagi dah kuar g keje.. blk lak dah nak malm..huhuhuhu

Anonymous said...

rentongla mak pasni duk bejemor tgh panas..haihhhhh!!!

Ena said...

owyh.. camtu ker cara merawatnyer..

annfrendly said...

wah..
info yg sgt bagus nih...
nak kena berjemur selalu pagi hari..

ermm..
yelah.. kalau lelaki.. jerawat takde masalah..
tp pada perempuan.. sgt merisaukan..
nak kuar umah pun tak confident..

Kei Hiroki said...

wah, lpas ni trpaksalah berjemur dulu tiap2 pagi utk hilang jerawat! heheh..
kalau parut jerawat plak?? keh3..

Ija1202 said...

salam cikgu...semogo cikgu berada dalam keadaan sihat & berbahagia sll...
wah macam menarik untk di cuba....hari biasa susah lah sikit sbb keje dlm opis...hari sabtu ni blh try...ada sebiji dua jerawat gatal naik..hehee

Cikgu Nurin said...

memang geram bila muka tumbuh jerawat. tangan tu gataaalll jer nak picit biar pecah.lepas ni kegiatan lepas sidai baju di pagi hari ialah...jemur muka...he he he..nasib baik muka jarang tumbuh jerawat...

Afida Anuar said...

Owhh matahari pagi..ingatkan tengah panas terik tu!...

pernah dengar jugak yang matahari pagi ni sumber vitamin E. Bagus utk kulit..tp utk jerawat, ni first time dengar..hehe..

Rashid said...

Super Nia Hana
Watashi, sama le kita. Jarang berjemur.. Asyik kat bilik ber aircond je kecuali bila ada kelas.

Tapi takper, dah ada jadual futsal & badminton sekali seminggu – utk jaga kesihatan.

Rashid said...

Perempuan itu
hah! tiap-tiap hari? Kalahkan Mat Saleh pula ni.. kalau diorang tengok tentu jeles..

Rashid said...

Sue
a’ahh itulah masalahnya sue. Nampaknya kita kena luangkan masa pada hujung minggu. Berjemur di pagi hari ..

Rashid said...

Bluecity
haha!! jerawat nakal tu blue.. saja dia nak usik-usik blue.

Rashid said...

makdara terdiva
Comel apa hitam panas terbakar kerna ultraungu makdara terdiva.. makin ayu..

Rashid said...

annfrendly
Ann. Ann kan tak boleh kena panas matahari, allergic.. manja .. hehe

uiss sampai gitu sekali penangan jerawat ek? Hilangkan keyakinan diri..

p/s – Ada orang kata, orang perempuan ni selalu tengok cermin utk tengok jerawat. iyake ann?

Rashid said...

asyfiqaz
Parut jerawat? hah! biarkan saja. Ia makin menampakkan ‘macho’nya orang laki. Kalau orang perempuan pula.. ia beri amaran, ‘awas! perempuan ini orang laki jangan suka usik-usik. Ia ada tali pinggang hitam’.. haha!! (gurauan jer k ..)

Rashid said...

Ija 1202
salam ija. uiss lamanya ija menghilang diri.

Saya alhamdulillah sihat je.

Jerawat gatal? .. tambah satu lagi ija. Gatal, nakal dan manja gitu.

Rashid said...

Cikgu Nurin
Sayapun tak tau. Mungkinkah jerawat ini ada daya penariknya. Bila ia keluar je ada saja tangan-tangan yang nak memicitnya.

Aktiviti menjemur muka di pagi hari.. eeee seronoknya ..

Rashid said...

Afida anuar

Fida, matahari pagi le. Kalau matahari terik tengahari, alamak jerawat bukan saja tak akan hilang tapi makin membesar.. hehe

Rashid said...

Ena

ermmm.. entahle ena. itu sekadar kajian diorang je. Nak cuba cubalah.

Sebenarnya memang cahaya matahari pagi baik untuk kita. Tak taulah pula utk ubat jerawat.. hehe

Wawa_Nadwa said...

Salam Cikgu..

owh yeke.
baru tau ni.
muke wawa senang naik jerawat la.
pasni tiap pagi wawa akan jemur muka ini kat matahari.
heeeeeeeee!!

klu jerawat tumbuh je takde semangat nk pi keje.
uwaaa!
tak shuke..
=(

Rashid said...

wawa nadwa
salam wawa ..

Jangan lupa, time jemur tu snap gambar k. Nak tengok masa jerawat ada & masa ia ilang.. hehe

Cikgu Kool said...

OK...lepas nie nak berjemur la...
Eh...muka daddy tak berjerawat plak..
Thanks for the info Rashid!

Cikgu Kool said...

OK...lepas nie nak berjemur la...
Eh...muka daddy tak berjerawat plak..
Thanks for the info Rashid!

Chenta said...

Rashid..

Jerawat saya pemanis ...

hahahaha

Unknown said...

great info! now, malaysia pon tgh panass kan, so why not take this advantage? jemur kat depan rumah pon boleeh. hahaa (:





Love,
Miya

Rashid said...

Daddy cool
Daddy muka bersih. Jerawatpun segan nak kuar..

Rashid said...

Linda
Itu bukan jerawat nasi (batu?) Linda. Itu jerawat fresh oren.. ia menyegarkan..

Rashid said...

Miya
Miya.. jangan berjemur tengah panas membahang. Nanti hangus.. jemur di kala pagi. Panas yang menyegarkan. Kena kat pipi rasa macam sentuhan manja gitu. ahakss!

Ada Dalina said...

tp dgn cuaca yg t'lalu panas skang ni sesuai ke?
huhu.....

Hana Nasir said...

Salam :)
lebih suka berjemur di waktu malam :p
ehem..makan coklat dan kemudian berjemur di matahari untuk hilangkan jerawat :) hmm..belum pernah mencuba

Unknown said...

sy kalau kena panas makin byk jerawatla....adeh...

Rashid said...

Ada ayrissa

Rasanya tak begitu sesuai le ada ayrissa. Nanti terbakar pula kan..

Rashid said...

Hana

Cokelat? adehh.. itu makanan kesukaan saya. Tapi makan sikit je.. suka cokelat hitam.

Berjemur waktu malam? ishh tak pernah dibuat dek orang. Ade je dia ni.. ishh..

Rashid said...

anak ain

Takper. Itu tanda ain orangnya lembut.. sensitif ..

Tengok ain je dah tau. Kena sejuk je ..

SwEetForEst said...

ouh ptot la makin kurang jerawat nieyh..sejak keje nek moto nieyh.. bleyh dikatekn tiap2 ari kene matari pg..hehehe..alhamdulillah..tp gelap da muke nieyh..huhu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search