Followers

30 April 2010

Kekecewaan bukan untuk ditangisi tetapi untuk direnungi dan difahami…


Anda pernah kecewa dan kemudian rasa sedikit putus asa? Yup! kita tak dapat lari dari rasa kecewa dan sedikit rasa putus asa. Aku rasa, semua orang pernah didatangi perasaan kecewa. Tipu kalau ada orang kata, “aku tak mainlah ‘kecewa kecewa’ ni.  Buang masa je .. ”.

a’ahh betul tu. Buang masa je.. tapi bila tiba saatnya, terus humbang kepala kat bantal. Sedih.. nangis.. ahakss!! 

Sebenarnya aku rasa, kekecewaan lebih banyak berlaku dalam perhubungan antara dua pihak, berbanding mereka yang hanya kecewa dengan diri sendiri.  Seseorang itu mungkin kecewa kerana gagalnya memenuhi harapan diri dan orang lain. Harapan untuk berjaya dalam pelajaran, harapan untuk melanjutkan pelajaran, harapan berkerjaya, harapan untuk berjaya dalam perniagaan, untuk jadi kaya dan sebagainya.

Sampai tahap inikah perasaan kecewa kerana putus cinta atau cinta tak berbalas?  

Ada juga yang kecewa kerana perasaan cinta yang tidak berbalas. Perasaan cinta dan harapannya terhadap seseorang yang disukai bertukar menjadi harapan hampa kerana kasihnya tidak berbalas. (uiss kan saya dah bagitau: cinta nak berbalas macamana, diam menanti je. Tak berani nak luahkan apa yang dirasai. Sekadar berharap difahami. Sekadar bagi clue / hint tak boleh tau. Orang zaman online sekarang ini dah tak main clue / hint lagi. Itu zaman Rishi Kapoor  dalam filem Bobby. Buang masa. Lain kali berterus-terang saja okey. Tak kisah kalau orang perempuan nak mulakan dulu. Tak rugi. Tak menjejas apa-apapun. Ingat tuu!!)

Kecewa kerana putus cinta dan cintanya adalah cinta terlarang?... dilarang oleh keluarga. Hatinya dah suka. Terlalu suka… tapi… bila ada tapi faham-faham sajalah. Banyak persoalan akan menerjah minda. Bermain di minda. Banyak yang perlu difikir dan ditempuhinya. Kalau rasa lesu tak bermaya sebelum bertarung kat ‘medan cinta’ baik lupakan sajalah. Kecuali kalau hati dan diri rasa, itulah sebenarnya jalan yang perlu ditempuhi. Demi cintaku padanya… lautan biru akan kurenangi…

Rasanya apabila seseorang itu putus cinta atau cintanya tidak berbalas, pasti akan hadir rasa kecewa yang teramat. Perasaan  bercelaru ini kalau tidak diurus dengan baik, dengan kekuatan, ketabahan dan keimanan, ia tidak mustahil akan membawa kepada rasa kecewa yang melampau. Ia boleh membahayakan diri, bunuh diri, dan tindakan lain juga. Ia boleh buatkan seseorang  itu terasa lemah & hilang semangat untuk menjalani kehidupan harian.

Tenang macam saya bila hadapi masalah .. 

Untuk teman-teman tersayang …

Kekecewaan bukanlah suatu yang negatif. Apa salahnya kita tukarkan ia kepada  tenaga untuk kita bangkit dari kegagalan. Kita jadikan kekecewaan untuk menilai diri sendiri, mencari kekuatan dan kelemahan.  Kita jadikan kekecewaan yang dialami untuk kita kuatkan kembali ‘sendi-sendi yang longgar’, seterusnya kita rancang keupayaan dan kekuatan yang baru. Kita bangkit. Kita bangkit dengan gagahnya. Kita bangkit untuk lebih ‘macho’ lagi bagi orang lelaki dan lebih ‘ayu menawan’ bagi orang perempuan.

Ingatilah, kekecewaan bukan untuk ditangisi sepanjang hari tetapi untuk direnungi dan difahami. (kalau nak menangis juga… menangislah…  tapi sekejap saja okey), Sesungguhnya tidak semua harapan kita yang indah-indah akan tercapai dan berjaya digapai. Tidak semua juga harapan orang lain berjaya kita penuhi. Namun kita hendaklah cuba laksanakan yang terbaik. Ambil keputusan dan jalan yang terbaik. Kita adalah diri yang terbaik dan bertindaklah seadanya mengikut kemampuan terbaik yang kita miliki.

p/s - kepada yang tengah kecewa tu.. jom peace ‘v’ ngan saya … senyum okey ..

27 April 2010

Kekuatan dan ketenangan ketika bersujud


Tadi semasa baring-baring, lepak-lepak atas katil.. capai majalah Solusi, edisi terbaru April 2010. 

Jom kita kongsi dan refresh akan manfaat dan kelebihan sebenar bernafas ketika sujud  dalam solat yang diakui oleh pakar perubatan.



Antaranya;

1. Melegakan sistem pernafasan.  
2. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.  
3. Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.  
4. Melegakan sakit hernia.  
5. Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.  
6. Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.  
7. Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.  
8. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh. 
9. Meringankan bahagian pelviks.  
10. Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.  (perhatian!!! utk orang pompuan...)
11. Mengelakkan pendarahan otak jika  tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut, dan juga akan terhindar penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels. (penyakit apa ni?. adoii …)

    p/s -  Ketenangan dan kekuatan ada di sana…

    25 April 2010

    Aku meminta pada Tuhan setangkai bunga indah ...



    Lepas solat subuh tadi, aku selak buku catatan. Tiba-tiba terbaca satu petikan. Aku terdiam.  Termenung sekejap. Tertarik sungguh aku dengan bait kata-katanya:

    “Aku meminta pada TUHAN setangkai bunga indah, di beriNYA kaktus berduri. Aku memintaNYA kupu kupu, diberiNYA ulat bulu. Aku sedih dan kecewa. Namun... kemudian kaktus itu berbunga indah sekali. Ulat bulu itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan TUHAN, indah pada masanya. TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kala kita sedih, kecewa dan terluka tetapi jauh di atas segalanya, DIA sedang mengatur yang terbaik untuk hidup kita.”

    p/s - Aku beri lima bintang kepada si pembait kata-kata di atas! Sungguh indah sekali …  Maaf, aku dah lupa dari mana ya aku mencatatnya.

    ops!! dah jam 7.00 pagi. Jom kita pergi laksanakan amanah dariNya. 

    23 April 2010

    Anda kehilangan orang tersayang ... bersediakah anda?


    Membuat kejutan dan diberi kejutan – dua perkara yang berbeza. Kejutan kecil yang baik sebenarnya agak seronok dan kadangkala buatkan kita ketawa dan ceria saja. Aku selalu baca entri kat blog kawan-kawan, ceria dalam membuat kejutan dan diberi kejutan. Ada yang dikejutkan dengan sambutan hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan, hari ulangtahun perkenalan, yang kita lupa tarikhnya tapi tiba-tiba dikejutkan dengan pelbagai hadiah… kek berlilin, hadiah barangan bernilai, pakaian, cincin, jam tangan dan  minyak wangi berjenama,  spek mata hitam yang harganya mungkin puluhan, ratusan dan mungkin juga ribuan.

    Bagi yang berduit, mungkin dikejutkan dengan tiket bercuti kat mana-mana destinasi pelancongan terkenal. Apapun, semuanya satu kejutan yang buatkan si penerima kejutan berasa amat gembira sekali, tak sangka tapi amat suka sehingga hampir menitiskan airmata.

    Alangkah indahnya apabila dikejutkan dengan pemberian sesuatu yang bernilai, apatah lagi yang dah lama diidam-idamkan. Mungkin kejutan ini buatkan seseorang itu melompat riang. Ada juga tanpa suara sebaliknya rasa teruja hingga hilang kata-kata.

    Namun, adakalanya bila aku amati, baca kisah semasa serta pernah melaluinya sendiri, tidak semua kejutan itu buatkan kita rasa suka. Ada masanya kejutan itu buatkan kita rasa lemah, terus terduduk kerna hampir pitam dan airmata yang keluar spontan. Persoalannya, adakah kita bersedia untuk menerima kejutan yang lebih besar? Kejutan yang buatkan kita rasa seluruh badan lemah longlai kerana hilang tempat berkongsi kasih?


    Bersediakan kita andai kita tiba-tiba dikejutkan dengan kehilangan seseorang yang amat kita sayangi dan bergantung padanya selama ini? Bersediakah kita untuk bangkit semula dan melangkah tanpa orang tersayang yang sebelum ini sentiasa bersama kita… sentiasa bagi kita semangat …  juga punca sumber kewangan kita? 

    Aku tertanya-tanya, sejauh manakah kita bersedia dengannya? Bagaimanakah kita menghadapi situasi ini? Mampukan kita bersikap redha, tenang dan menenteramkan perasaan dalam menerima kejutan besar ini? Dapatkah kita menerima situasi mengejutkan sebagai satu ujian dariNya terhadap ketabahan dan keimanan kita?

    Kepada teman-teman, moga kita semua tabah dan perlu sentiasa bersedia dalam menerima kejutan, tak kira besar kecil, warnanya indah mahupun suram kelam, apatah lagi kejutan yang besar dan terlalu pahit untuk dilalui dan dirasai …  


    19 April 2010

    Rasa hati nak terjun... dari tempat tinggi… terbang melayang…

    Minggu lepas, kat facebook aku pernah luahkan rasa hati. Rasa hati nak terjun... dari tempat tinggi… terbang melayang… jatuh tenang … mendarat ke bawah.

    Malam tadi, aku teringat lagi. Masa belajar kat UKM dulu, aku salah seorang anggota PALAPES. Sebaik tamat latihan PALAPES dan selepas ditauliahkan, aku dan kawan-kawan pegawai yang lain telah ditawarkan untuk menjalani latihan payung terjun dan sekaligus membuat penerjunan udara. Aku apalagi… bersama 8 orang kawan (daripada 150 orang ) telah bersetuju dan telah berikan nama untuk jalani latihan tersebut.

    Tergambar akan seronoknya dan mencabarnya bila terjun dan terbang bebas di udara. Terapung di awang-awangan. Bak burung terbang tinggi-tinggi dan jauh …

    Dalam aku duk menunggu proses pengambilan dan hadir temuduga itu, tiba-tiba saja aku dapat panggilan / tawaran untuk sambung Diploma Pendidikan kat UKM juga. Oleh kerana tawaran diploma dan masa latihan payung terjun jatuh dalam bulan yang sama, terpaksalah aku korbankan keinginan aku untuk terjun. Iyalah.. orang kata bila dapat tawaran diploma pendidikan, kerja dah ada di dalam tangan. Sedangkan masa itu, ramai kawan yang risau bila dah dapat ijazahpun, kerja belum tentu dapat lagi.



    Kini 2, 3 kali aku duk tengok terjun bungee kat youtube... tentu seronokkan jika dapat terjun bungee. Aku tengok terjun bungee ini agak ‘lebih gila’ berbanding dengan terjun payung terjun. Payung terjun ada juga payungnya. Tapi terjun bungee.. sekadar ikat kat kaki badan gitu je. adoiiii… bayangkan kalau terlepas? hehe. Agaknya memang bebas melayang-layang terjunan ..

    Aku tengok terjun bungee ibarat seorang itu lepas bebaskan diri. Tapi rasanya bukan calang-calang orang yang berani terjun bungee ini. Aku? hehe.. teman-teman blogger? sama le gamaknya... haha!!

    15 April 2010

    Remaja perempuan mudah hanyut ...




    Kebelakangan ini aku sering terbaca tentang kisah remaja perempuan, baik yang masih bersekolah mahupun yang dah tak bersekolah, dengan pelbagai kisah, pelbagai kes dan  dari pelbagai sumber. Juga bila berbicara dengan teman-teman …

    Tiba-tiba rasa terpanggil je nak bagi nasihat ini kepada adik-adik ..  (kakak-kakaknya juga..)

    Tidak kira betapa sayangnya anda pada teman lelaki (jika ada).. jangan cepat tewas dengan segala macam pujuk rayu dan kata-kata bermadah kasih sayang. Jangan sekali-kali leka. Jangan sekali-kali biarkan diri dikuasai oleh rasa sayang yang melampau. Rasa sayang sehingga tidak lagi mampu membuat keputusan yang betul dan tegas. Jangan biarkan mata dan hati tertutup. Bertindaklah dengan berani jika diri anda diusik disentuhi secara fizikal.

    Percayalah, jika teman lelaki anda itu benar-benar ikhlas dan menyayangi anda, dia akan melindungi dan akan sentiasa menjaga batasan antara anda dengannya. Pastinya diri anda akan dilindunginya. Kehormatan anda akan dijagainya. Kewangan anda juga tidak mudah dimintanya.

    Jika anda ingin menguji kesediaan dan kesungguhannya, bawalah berjumpa mak ayah anda. Perkenalkanlah padanya. Jika teman lelaki anda jujur dan ikhlas, pasti dia ingin berjumpa dengan mak ayah anda. Malah dia juga tidak keberatan berjumpa seisi keluarga anda sekali! Tetapi jika seribu alasan diberi... terbukti tiadanya keikhlasan pada dirinya!



    Laporan salah sebuah akhbar:

    “Remaja perempuan generasi kini makin ‘miskin’ dari segi hubungan sosial sehingga mudah terperangkap dengan pujuk rayu teman lelaki.  Ramai remaja perempuan masih keliru.. menganggap teman lelaki sebagai bakal suami dan sanggup menyerahkan diri, wang, material dan segalanya. Ini berbeza dengan remaja lelaki yang kebanyakannya cinta adalah lebih sekadar mencuba dan mencari pengalaman seks.

    Lebih malang lagi, ramai remaja perempuan tidak tahu mengenai organ reproduktif mereka! Hasil selidik Kotex Bodylife IQ ke atas 1,800 orang wanita berusia antara 16 hingga 24 tahun di 6 negara Asia, mendapati hampir 97% remaja perempuan tidak memahami asas tubuh badan mereka sendiri, khususnya berkaitan sifat kewanitaan”.

    p/s- Maklumat dihujung jari tapi malangnya semakin berleluasa adik-adik remaja terhanyut …  kepada adik-adik remaja, hargailah diri ..


    13 April 2010

    Di mana saja anda mungkin ketemui jodoh ..

    Semasa memandu … agak tertarik dengan kata-kata Dr Fadzilah Kamsah kat radio. Berikut antara kata-katanya:

    Mungkin sekadar bertegur sapa... bertanya khabar .. rupa-rupanya orang itu adalah jodoh anda? (ops!! ini kata-kata saya okey, bukan Dr. Fadzilah Kamsah. hehe)


    … sesiapa yang ingin mencari pasangan hendaklah sentiasa bersedia! Bersedia pada bila masa-masa saja. Ini kerana jodoh itu akan datang pada bila-bila masa, ia tak pilih tempat. Di mana saja, anda mungkin ketemui jodoh pasangan anda.

    Satu cara bersedia ialah hendaklah berpakaian cantik. Biar sederhana tapi nampak cantik. Orang perempuan mesti nampak cantik. Jangan kerana hanya nak keluar ke kedai Mamak je … pakai gitu-gitu saja. Tak nampak cantik. Masih pakai bedak sejuk kat muka. Iyalah kedai mamak bukannya ada apa… tapi orang perempuan mesti ingat! Mungkin bukan mamak itu tapi anak mamak itu. Anak Mamak yang handsome macam amir khan itu yang sedang duk perhati anda …

    Orang lelaki mesti ingat, satu daya tarikan kuat kepada orang perempuan ialah dengan berpakaian kemas. Tapi jangan ter over pula. Berpakaian kemas adalah first impression kepada orang perempuan. Orang perempuan suka lelaki berpakaian kemas! Dengan berpakaian kemas… boleh cair hati mereka ...

    Dalam mencari pasangan, orang perempuan juga boleh mencari dan mengejar. Bukan hanya orang lelaki saja yang boleh mencari dan mengejar …

    Satu lagi ialah biar hati itu dipenuhi rasa kasih sayang. Jika dalam diri anda penuh kasih sayang maka maka orang lainpun akan lebih-lebih sayang anda! Tapi jika diri dan hati dipenuhi perasaan benci maka oang-orang di sekitar juga akan turut membenci anda!

    p/s - ermm orang perempuan pun boleh kejar-mengejar juga ek. Jangan biarkan lelaki saja mengejar okey. Nanti melepas .. kan rugi tu. hehe


    10 April 2010

    my dream my imagination ..


    2 hari aku berada kat kem tentera - Jumaat dan Sabtu, bermula dari jam 8.00 pagi  hingga jam 6.00 petang.  Kepala rasa fenin-fenin. Maklumlah cuaca sungguh panas.
    Walaupun fenin-fenin, aku gagahi diri untuk bersama ‘anak buah’ … 

    Kasihan juga aku tengok ‘anak buah’ berkawat dan berjemur di tengah panas. Tapi itu  sebahagian dari latihan yang perlu dijalani. Bagi aku, kekuatan mental dan fizikal harus direfresh selalu … ‘Berlatih seribu tahun untuk berperang satu hari!’



    Tamat latihan, pulang...

    Malam – jam 10.00 baru teringat baju kerja belum bergosok lagi. uisss esok kerja. Ada satu program lagi tu. Apa lagi aku terus zassssssssss  4 helai baju kerja. Gosok beb!!



    Habis gosok baju, terus on9 sekejap. Baca blog kawan-kawan. Kejap je kerana kepala masih rasa fenin-fenin. Sambil-sambil tu layan video clip ‘my dream my imagination... ermmm …  rasa tenang … terus hilang fenin-fenin.  hehe (amaran! video clip di bawah untuk tontonan orang dewasa saja. Siapa tengok tanggung sendiri... baik jangan tengok.. )



    Tenang bila tengok kehijauan pokok... kebiruan tasik ..

    Makin tenang bila tengok senyuman berlesung pipit. Jap je..   aku terus zzzzzz … 

     p/s - comel kan rambut preity zinta atas tuu.. opss sorry.. itu aurat ..

    07 April 2010

    Suara hati melawan bisikan ...


    Jam 5.00 petang tadi. Balik dari kerja, aku singgah beli akhbar. Dalam asyik menatap akhbar, terdengar suara tuan kedai, menachi India sedang bercakap dengan seorang pakcik. Aku berpaling. .

    “Pakcik nak minum air ke?” Menachi itu bersuara.
    “Takperlah. Pakcik nak rehat..” (aku dengar agak gementar suara pakcik itu..)

    Aku amati pakcik itu. Dia duduk atas lantai kaki lima kedai menachi. Rupanya Kelihatan lemah dan sakit.

    Dengan suara perlahan, aku tanya menachi …
    “Kenapa pakcik tu?”

    “Pakcik tu baru keluar dari klinik. Dia sakit. Dah lama sakit. Tak larat nak berjalanlah tu…”

    “oooooo..” Aku amati lagi pakcik tu. Kasihan pula aku tengoknya. Duduk atas lantai kaki lima kedai menachi. Riak mukanya macam menahan sakit.

    Aku menghampiri pakcik itu.

    “Kenapa ni pakcik.. Pakcik sakit apa?”
    “Macam-macam.. Ni buah pinggang dah teruk dah. Darah tinggi..kencing manis.. semua ada..”

    “Pakcik tinggal kat mana? Ni nak balik camana ni. Tunggu sapa ambik?”
    “Tak taulah nak…Pakcik tinggal kat Batu Jong. Sebelah warung..”

    “Batu Jong.. alamak jauh tu. Pakcik ada sapa-sapa ke kat sini. Anak ke.. boleh saya telefon”
    “Anak pakcik semuanya tak ada kat sini. 2 orang kerja kat Putrajaya.. sorang lagi kerja kat Maybank.. sorang lagi kerja bahagian timbang.. semua duk jauh”

    [Aduhai camana ni.. Aku mula berbelah bagi. Hati ada bisikan - alaaa tinggalje lah pakcik tu. Mungkin ada kereta lain akan ambik pakcik tu. kan baru pulang dari kerja. Rasa letih .. baju kerja dari pagi masih belum bertukar. Badanpun rasa melekit je. Tambahan lagi, aku dah dekat dengan rumah. Terasa nak mandi.. nak berehat. Tapi suara hati aku... iya suara hati melawan bisikan … ]

    “Okeylah pakcik, biar saya hantar pakcik”.
    “Takperlah nak..”
    “Takper pakcik. Biar saya hantar..”
    “hmm ..”

    Dalam kereta, aku terus berborak dengan pakcik. Diceritakan segala penyakitnya… tentang Doktorpun dah tak dapat buat apa-apa. Kata doktor, kedua-dua buah pinggangnya dah rosak. Diceritakan juga kisah anak-anaknya… Diceritakan juga tentang… “bila pakcik matipun, bukannya anak-anak pakcik boleh buat apa. Mereka kerja… duduk jauh.. bla bla bla..”

    Semasa memandu pulang, tanpa aku sedar.. menitis airmata… sebak dada. Sebak bila melihat keadaan pakcik itu tadi dan mendengar kisahnya.

    p/s – Masih teringat akan senyuman pakcik itu dengan matanya bergenang airmata semasa aku tinggalkannya...


    05 April 2010

    RM175,000.00 okey ke tak?


    Jam 8.24 malam. Aku terima sms .. (aku penuhkan ayat smsnya)


    “A’kum … Cikgu, nak beli tak tanah getah? Harganya RM175,000.00. Luasnya 8 ekar. Getah penuh.  Pokok getahnya sudah boleh ditoreh. Pokoknya tak rosak lagi. Ada seorang cikgu nak jual.  Umie tolong sampaikan je ni. Tanah itu kat Lata Rek …”

    “Umie mana ni? Umie pelajar tingkatan 5 tahun lepas ke ni?”

    “Iya cikgu. Umie cuba tanya cikgu ni ... kot-kot cikgu berminat. Cikgu tu tanya ayah umie. Ayah umie manalah ada duit. Sebab itu umie tanya cikgu rashid ni…”

    “haha!! iyakan. Cikgu rashid inikan banyak duit. Tauke tanah.  adoiii. Umie ni”

    “hehe.. umie tanya cikgu je..”

    “Umie, kebun getah tu kat mana. Kat tepi jalan besarke atau jalan kampung?”

    “Tanah getah itu kat jalan Kampung. Tidaklah tepi jalan sangat. Tapi kereta boleh masuk rapat kat kebun getah tu cikgu”

    “Mahallah umie. Kalau setakat RM120,000.00 tu bolehlah juga cikgu fikir-fikirkan.. hehe”

    “Memang mahalpun cikgu…”

    “Takperlah umie. Terima kasihlah kerana sms cikgu … “

    “Okeylah kalau macam tu  cikgu...  sama-sama cikgu. A’kum .. ”

    “W’kum..”

     Sekadar gambar hiasan - nak tunjuk kebun getah kat belakang tu ..

    P/Sermm nak tanya pandangan teman-teman blogger semua. Macamana dengan harga kebun getah tu? Mahalke?     8 EKAR BERHARGA RM175 RIBU.

    Hati ini rasa nak beli je.. hehe ( dushh dushhh macam le ada banyak duit.. haha!!!)



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Search