Followers

25 April 2010

Aku meminta pada Tuhan setangkai bunga indah ...



Lepas solat subuh tadi, aku selak buku catatan. Tiba-tiba terbaca satu petikan. Aku terdiam.  Termenung sekejap. Tertarik sungguh aku dengan bait kata-katanya:

“Aku meminta pada TUHAN setangkai bunga indah, di beriNYA kaktus berduri. Aku memintaNYA kupu kupu, diberiNYA ulat bulu. Aku sedih dan kecewa. Namun... kemudian kaktus itu berbunga indah sekali. Ulat bulu itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan TUHAN, indah pada masanya. TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kala kita sedih, kecewa dan terluka tetapi jauh di atas segalanya, DIA sedang mengatur yang terbaik untuk hidup kita.”

p/s - Aku beri lima bintang kepada si pembait kata-kata di atas! Sungguh indah sekali …  Maaf, aku dah lupa dari mana ya aku mencatatnya.

ops!! dah jam 7.00 pagi. Jom kita pergi laksanakan amanah dariNya. 

41 comments:

blueCITY® said...

salam cikgu,
hmmmmm...
hadiahkan ku ungkapan ini juga
=)


ps:
terlupa lak, cikgu kerja kan hari ini
hehehhe..
selamat bekerja semoga ceria dan bahagia selalu
lalalala

LiNda said...

Rashid ..

Saya sangat menghargai apa yang ada dan lalui ketika ini . Itu menjadikan saya bersyukur yang amat sangat .

Namun , sebagai hambaNya .. saya tetap meminta dan terus meminta . Moga kebahagiaan dan kesejahteraan ini terus mekar dan berkembang di taman yang hakiki . Insyalllah ...

DUN Behrang 2020 said...

Sungguh puitis...dan kala ini juga aku meminta pada TUHAN agar kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya...

Jom!!!

lemonade said...

Cikgu!! Nak copy ayat ni boleh?

Idalara said...

salam rashid..
kak ida pernah baca catatan ini di Majalah MIDI,terkesima sebentar meghayati kata2 itu...
bila muhasabah diri..itulah sebenarnya yg kak ida alami..sgt benar dn sgt tepat...kepahitan yg berkunjung, rupanya ada kemanisan yg diperuntukan buat kak ida...

HonEyBuNNy said...

ya...ila suka jgk kata2 ini...indahnya....

fauzuskamaruddin said...

mmmm..ia juga seperti :-

Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

betul tk cikgu??

bellar0ssa said...

huhu suka bait2 itu.hmm ada powerpoint pasal ni. tapi tak ingat dr mane dpt.

bellar0ssa said...

huhu suka bait2 itu.hmm ada powerpoint pasal ni. tapi tak ingat dr mane dpt.

ketingting said...

wahhh! bes bes!
sangat syahduuu. indahh =)

Rashid said...

bluecity
salam
ermm.. iya utk biru.. hayatinya k ..

iya kat kelantan.. ahad kerja ..

Rashid said...

Linda
Benar Linda. Rasa syukur itu akan buatkan kita rasa hidup ini satu rahmat dariNya.

Iya mintalah Linda padaNya. Sesungguhnya Dia itu sentiasa Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ..

Rashid said...

DUN Behrang
Amin .. doa yang baik DUN .. utk semua ..

Rashid said...

Lemonade
hehe.. okey. copy je elis. Utk kebaikan .. satu perkongsian ..

Rashid said...

Idalara
oo iyaka kak. Saya lupa dari mana saya catatnya. Ia sungguh indah dan terasa sangat bila amatinya…
Pahit manis jua akhirnya kak .. insyaAllah ..

Rashid said...

HoneyBunny
Ila.. memang sungguh indah. Ada sesuatu tersirat dari bait kata-katanya.

Rashid said...

Fauzus

Fauzus terima kasih… moga kita dianugerahi pelangi yang indah..

Rashid said...

bellarossa
itulah.. sayapun dah tak ingat.. kak ida kata ada jumpa dalam MIDI ..

Rashid said...

Ketingting
syahdu ke.. hehe. Tentu penuh penghayatan.

Ija1202 said...

salam,,,
indahnya kata-kata tu... terfikir sejenak :)..

POSH76 said...

Indahnya kata2 ini

lalink7 said...

best sgt~

Rashid said...

Ija

hmm hmm .. 'itulah jalan Tuhan.. indah pada masanya..'

Rashid said...

POSH

Posh.. yup! kita insan yang selalu meminta tapi jarang sekali fikirkan nikmat yang kita terima ..

Rashid said...

Lalink

best? .. macam dengar lagu hindi 'Tu hi mere shab hai' Gangster - imran hashmi ek.. romantis .. hehe

Miss Izah Mohamed said...

indah betol ungkapan tu...
nk ambik boley... hehe

salam ziarah..

Miss Izah Mohamed said...

indah betol ungkapan tu...
nk ambik boley... hehe

salam ziarah..

biru said...

salam,

cikgu
minta izin nak copy ayat puitis ni leh
ku letak link ke blog ini juga
lallalal....

leh kan kan

=p

Afida Anuar said...

Mmmmmm.....cikgu, saya ada satu soalan yang ada sikit2 kaitan dengan entry cikgu..

Cikgu minat 'bunga' yang lagu mana?erkk...

Che' Pit said...

hmm best kata2 tu.. boleh cilok ker? ngeh ngeh ngeh

Frodo Baggins said...

best ayat ni cikgu ...
ada sesuatu n wat wa rasa tenang ~
wa cilok!!! hahahhaha


>>___<<

annfrendly said...

wow..
memang indah kata-kata tu..
mendalam maknanya..
betul lah..
setiap pekara yg didatang kan oleh Nya pasti ada hikmah disebaliknya...

MaizaC'Joe said...

Salam

Alhamdulillah.. sentiasa bersyukur atas apa yang ada... Allah memberi apa yang perlu... jauh atas segala sudah di atur yang terbaik untuk kita.. InsyaAllah mudah-mudahan.. Amen Ya Robb...

Rashid said...

Miss Izah
Miss Izah.. k ambillah .. (lembut je suara ..)

terima kasih datang umah saya ..

Rashid said...

biru
salam

okey biru..
utk biru apa saja…

Rashid said...

Afida
haha!!! fida.. tuuuu nak sindir saya le tuu.. Mentang-mentang saya selalu berbicara tentang bunga… Yup! saya memang sukakan bunga .. ianya satu gambaran keindahan.. ketenangan.. kedamaian .. kesihatan ..

Tapikan ‘bunga’ fida tu ada pengikat kata ek? lain je maksud tuu… dushhhhhhhh …

Rashid said...

Che’ Pit
ermm… che’Pit .. wahh romantis juga ek. Ingatkan orang pompuan je ramai yang suka.
ambik je ..

Rashid said...

Frodo Baggins
cilok? apa tuu??? copy ke? ambik ambik jangan tak ambik.. demi menjadikan dunia ini indah rasa di hati …

Rashid said...

annfrendly
Yup ann. Setiap apa yang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku sebenarnya ada hikmahNya. Tapi kita sering lupa dan jarang untuk menilai dan mensyukurinya.

Rashid said...

Maiza
salam

hmm hmm begitulah baiknya maiza.
Kita perlu merenungi setiap perkara kerna pasti ada hikmahNya yang tersembunyi.

Afida Anuar said...

Alaaa.. cikgu buat2 tak paham:P, jadi tak sudi nak jawab la ni? takpe..takpe.. ada ubi ada batas, ada lori kita naik bas..heheh

..aduhh sakitnya kene dusshh ngan cikgu... whuaaaaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search