Followers

30 April 2010

Kekecewaan bukan untuk ditangisi tetapi untuk direnungi dan difahami…


Anda pernah kecewa dan kemudian rasa sedikit putus asa? Yup! kita tak dapat lari dari rasa kecewa dan sedikit rasa putus asa. Aku rasa, semua orang pernah didatangi perasaan kecewa. Tipu kalau ada orang kata, “aku tak mainlah ‘kecewa kecewa’ ni.  Buang masa je .. ”.

a’ahh betul tu. Buang masa je.. tapi bila tiba saatnya, terus humbang kepala kat bantal. Sedih.. nangis.. ahakss!! 

Sebenarnya aku rasa, kekecewaan lebih banyak berlaku dalam perhubungan antara dua pihak, berbanding mereka yang hanya kecewa dengan diri sendiri.  Seseorang itu mungkin kecewa kerana gagalnya memenuhi harapan diri dan orang lain. Harapan untuk berjaya dalam pelajaran, harapan untuk melanjutkan pelajaran, harapan berkerjaya, harapan untuk berjaya dalam perniagaan, untuk jadi kaya dan sebagainya.

Sampai tahap inikah perasaan kecewa kerana putus cinta atau cinta tak berbalas?  

Ada juga yang kecewa kerana perasaan cinta yang tidak berbalas. Perasaan cinta dan harapannya terhadap seseorang yang disukai bertukar menjadi harapan hampa kerana kasihnya tidak berbalas. (uiss kan saya dah bagitau: cinta nak berbalas macamana, diam menanti je. Tak berani nak luahkan apa yang dirasai. Sekadar berharap difahami. Sekadar bagi clue / hint tak boleh tau. Orang zaman online sekarang ini dah tak main clue / hint lagi. Itu zaman Rishi Kapoor  dalam filem Bobby. Buang masa. Lain kali berterus-terang saja okey. Tak kisah kalau orang perempuan nak mulakan dulu. Tak rugi. Tak menjejas apa-apapun. Ingat tuu!!)

Kecewa kerana putus cinta dan cintanya adalah cinta terlarang?... dilarang oleh keluarga. Hatinya dah suka. Terlalu suka… tapi… bila ada tapi faham-faham sajalah. Banyak persoalan akan menerjah minda. Bermain di minda. Banyak yang perlu difikir dan ditempuhinya. Kalau rasa lesu tak bermaya sebelum bertarung kat ‘medan cinta’ baik lupakan sajalah. Kecuali kalau hati dan diri rasa, itulah sebenarnya jalan yang perlu ditempuhi. Demi cintaku padanya… lautan biru akan kurenangi…

Rasanya apabila seseorang itu putus cinta atau cintanya tidak berbalas, pasti akan hadir rasa kecewa yang teramat. Perasaan  bercelaru ini kalau tidak diurus dengan baik, dengan kekuatan, ketabahan dan keimanan, ia tidak mustahil akan membawa kepada rasa kecewa yang melampau. Ia boleh membahayakan diri, bunuh diri, dan tindakan lain juga. Ia boleh buatkan seseorang  itu terasa lemah & hilang semangat untuk menjalani kehidupan harian.

Tenang macam saya bila hadapi masalah .. 

Untuk teman-teman tersayang …

Kekecewaan bukanlah suatu yang negatif. Apa salahnya kita tukarkan ia kepada  tenaga untuk kita bangkit dari kegagalan. Kita jadikan kekecewaan untuk menilai diri sendiri, mencari kekuatan dan kelemahan.  Kita jadikan kekecewaan yang dialami untuk kita kuatkan kembali ‘sendi-sendi yang longgar’, seterusnya kita rancang keupayaan dan kekuatan yang baru. Kita bangkit. Kita bangkit dengan gagahnya. Kita bangkit untuk lebih ‘macho’ lagi bagi orang lelaki dan lebih ‘ayu menawan’ bagi orang perempuan.

Ingatilah, kekecewaan bukan untuk ditangisi sepanjang hari tetapi untuk direnungi dan difahami. (kalau nak menangis juga… menangislah…  tapi sekejap saja okey), Sesungguhnya tidak semua harapan kita yang indah-indah akan tercapai dan berjaya digapai. Tidak semua juga harapan orang lain berjaya kita penuhi. Namun kita hendaklah cuba laksanakan yang terbaik. Ambil keputusan dan jalan yang terbaik. Kita adalah diri yang terbaik dan bertindaklah seadanya mengikut kemampuan terbaik yang kita miliki.

p/s - kepada yang tengah kecewa tu.. jom peace ‘v’ ngan saya … senyum okey ..

47 comments:

Marzalina said...

intan pun nak peace V lah ehhehehe...
terima kasih atas kata2 nasihat dan dorongan tu...kekecewaan tu semua hanya bersifat sementara saja..kena kuatkan diri...er..kuatkah diri ni?? hehehe..insyaallah..mudah2mudahan.

Jijahh @ f.k said...

kronik tu kalau dah sampai tahap menggigit lappy tu ...

Hazzy Ishak said...

saya penah kecewa sebab gagal satu paper waktu belajar dulu

saya bangun, saya belajar semula dan akhirnya saya grad dgn pointer yang membanggakan

saya bangga

(macam riak lah pulak he he he)

Pocket said...

tak larat nak senyum jugak wooo!!

kita ditangkap mencurik,
kita tak buat.. tp kita dibelasah
kita dihina, kita diejek..
balik la nak bagi tau cerita sebenar
kat bapak..
mengharapkan bapak cover.
mengharapkan bapak percaya.

skali bapak sambung belasah
bapak sambung menghina,
bapak sambung mengejek.

tak larat nak senyum woooo!!
tak larat nak senyum..^^;

Cik Amy Sensei said...

salam..

taknaklah kecewa...sebab rasa kecewa sangatlah tidak best mcm makan kuih bingka yang sedap..ehhehehhe...

sueteh said...

cekgu..kdg2 sbb terlalu mgenang kisah lalu kita gagal.Sepatutnya, jdkan ianya sempadan agar kita mjd yg lbh baik..tp mslh org kita bl ditegur melatah..ntah la belalang..
sukar utk memahami & difahami..

-silent reader-

Amanina said...

kekecewaan juga adalah untuk diatasi. tak best ah kecewa lama2. haha

HonEyBuNNy said...

motivasi bergna ne cikgu...kekecewaan la yg mematgkn idop ila skrg..ngeh3....berfikir sblm wat kptsn....cikgu..nak ABC...hehhe

hazeleyed lady said...

...selalu kecewa dengan sikap malas dan tak kesah dari pelajar sedangkan kita beria untuk mengubah nya...

piewahid said...

salam ziarah & ukhwah.
stuju dgn pandangan sahabat.
org arab kata "la tahzan!" :)

hana said...

sekuntum bunga buat rashid (suka artikel ni :)). Ehem..rashid dah dapat penuhi harapan orang tersayang? :p

blueCITY® said...

salam,

singgah malam ini
bila hati terdetik rindu
sayu dan sedih kembali...
ingin menangis tapi utk apa

'v' utk cikgu
hehehhe...
boleh pujuk2 ke org tgh sayu pilu
ekekekke....

tq n3 ni
moga bawa kebaikan buat semua

oren said...

time kasih, entry yang sangat membantu jiwa kacau saya sekarang ni. baru-baru ni saya luahkan rasa suka saya, saya tulis mesej panjang dalam fesbuk kawan yang saya suka. saya guna ayat yang paling berlapik sekali, malangnya sampai hari ni kawan saya tu membisu dan menghilangkan diri. saya sempat fikir, apa salah ke saya berterus terang? kalau lah masa boleh diubah, saya tak kan luahkan perasaan saya T_T

annfrendly said...

hehehe..
kalau kecewa pasti nak nangis kan..
sebab saket hati.. sedih..
luka kat jari boleh letak ubat..
tapi luka di hati?
errr...

Idalara said...

salam cikgu Rashid
duhai..bersemangat rasanya pagi ni bila baca tulisan yg penuh motivasi dn sebagai pemangkin semangat yg hampir luruh (dek kerana kisah semalam yg menyedihkan)
Betul...semua tk kira jantina pasti mengalami rasa kecewa wlu dr apa sudut pun...r/tgga,cinta.pekerjaan dn sbginya.
namun keimanan dan kekuatan dalaman sgt penting untuk kita bangkit membina semula keruntuhan semalam.
kecewa tk semestinya kehidupan akan berakhir..pandang ke depan bukan ke belakang...(ingatan utk diri sendiri juga sbnrnya) insyaallah Allah sentiasa ada bila kita tk jemu berdoa dn mendekatkan diri padaNya.

ps: suka dgn kata2 ini 'tak kisah kalau org pompuan nak mulakan dulu - tak rugi,tak jejas apa-apa pun'
lebih baik berterus terang daripada menyimpan perasaan pd org yg tak tahu.

soffya cik bulan said...

betul tu...ku pnh kecewa krn cinta dilarang, tp dlm hatiku thu mereka bnr.dan bnr..ia mmg tk sesuai utkku.akhirnya aku sendiri..hingga kni.

kecewa itu bukan lagi apa2 utkku, hanya mainan semasa......:(

Rashid said...

Marzalina
jom jom intan.. peace ‘V’ – uiss naper peace V.. intan sedang kecewa ek?

ermm.. takper intan. Lupakan rasa kecewa itu. Jom kita lompat-lompat.. exercise .. hehe

Rashid said...

Jijahh
hehhe.. betul tu jijahh, tahap kronik yang melampau …

Rashid said...

Hazzy Ishak
Yes!! satu contoh yang baik sekali. Moga dapat bagi semangat kepada mereka yang pernah dan sedang kecewa.

Hazzyy, itu bukan riak. ia sekurangnya satu perkongsian yang baik.

tq hazzy

Rashid said...

Pocket
Bapak sambung belasah? haha!!! biasalah tu pocket. Baru anak Jantan!! Anak Lelaki!!

Seorang bapa yang belasah anak kerna ‘situasi’ itu dulu sebenarnya seorang bapa yang baik. Tak boleh samakan situasi sekarang… kes dera..

Pocket.. saya senyum ni. Harap pocket pun senyum ..

Rashid said...

Cik Amy Sensei
salam
adoiii .. ahhaha!! adake kuih bingka? naper apa rasa kuih bingka tu? Pahit? Payau..

macam-macam cik amy sensei ni… gelak je saya..

Rashid said...

sueteh
Saya setuju ngan sue. Jadikan kenangan lama utk kekuatan semasa..

Sue, orang kalau ditegur melatah maknanya ia ada tekanan jiwa tuu.. Takper sekurangnya sue dah cuba bagi ‘bunga mawar’ padanya.. terpulanglah ia utk terima atau ndak..

Sue, mana link blog sue???? saya cuba klik link nama sue... tuuu dia pergi kat friend sue lak… Filipina, Jerman, Tokyo, Perancis… New Delhi, Afrika.. haha!! lariks saya … ngeeri ..

p/s- t.kasih kerna jadi silent reader ..

Rashid said...

Amanina
yup! mana ada bestnya kecewa ni.. kita mesti ceria. kan amanina.

ermm teringat pula kisah kecewa masa ting. 6 dulu.. gelap dunia seketika.. hehe. Tapi syukurlah. Cepat bangkit! akhirnya ke ‘U’ jua …

Rashid said...

Honeybunny
Ila.. saya tau. Ila telah bangkit dari kekecewaan. Baguslah. Ila orangnya tabah!

ABC? jom jom.. kita taruk pulut dan sirap perasa sarsi kat dalam ABC. Best!!

Rashid said...

Hazeleyed lady
Sayapun rasa begitu juga.. terutama kelas kat belakang tuu. Tapikan kita kena kuat utk kuatkan semangat pelajar macam itu. Cuba yang terbaik utk sedarkan diri diorang.

Pelajar yang malas belajar sebenarnya ada kisah kat keluarga. kisah yg juga penuh ngan masalah.

Rashid said...

Piewahid
salam piewahid..
La tahzan! yup yup… suka sebut.. La tahzan. Maksudnya 'jangan kecewa' iyake tu?

Rashid said...

Hana
ermmm.. sekuntum je hana? mana cukup.. saya nak setangkai mawar ...
hana, ramainya orang yang saya sayang dan tersayang.. hehe..

sueteh said...

sorry cikgu..sbnrnya blog sy private..sbb kat citu tmpt lps geram sy..tak sesuai utk dibaca.. :)

Rashid said...

Bluecity
salam

Rindu .. sayu.. sedih .. tangisan ..
Semuanya satu anugerah dariNya..

Yup! tu tengok biru tuu.. kan dah senyum walaupun sedang rindu..sayu..sedih..

Biru, saya juga pernah rasa sayu. Malah kadang tu rasa sepi-sesepinya. Tapi bila difikir semua itu yang ada tikanya harus kita alami.. kita kena terimanya dengan hati yang tenang dan doa.. yang penting kita kena bingkas bangun.. bangkit!! genggam jari-jemari .. ngan mata yang jernih memandang masa depan ..

p/s – saya rasa semua orang akan tiba saatnya sepi-sesepinya walaupun dikelilingi suara-suara …

Rashid said...

oren
ermm..sama-sama oren.

Utk oren. Maaf.. pertama kali saya baca nama OREN saya terus suka.. ada ceria dan semangat kat nama 'oren' tu. Rasa diri fresh!! .. Segar.. (saya suka fresh oren)

Sebenarnya saya salute kat oren kerana berani luahkan apa yang diingini dan sepatutnya diluahkan. Sama ada orang tu terima atau tak.. membisu seribu kata tak kisah.. sekurangnya oren dah luahkan! satu kepuasan akan hadir tanpa oren sedarinya.

Tapikan.. saya rasa kalau kawan oren tu..’membisu dan menghilangkan diri’ itu maknanya dia dah tau..dah dapat baca isi luahan oren tu.. Mungkin dia sedang fikir ..
Biarkan ia .. bagi masa..
Oren.. Oren tak salah tau! Itu hak oren.. Hak dia pula utk terima atau tak.. dua-dua berhak k..

Oren.. seandainya dia tau dan akhirnya kehilangan… dia pasti menyesal kerna membisu ..

Rashid said...

annfrendly
a’ahhh ann, saya terfikir juga. Mungkin ada juga yang kecewa tapi gelak sakan je.. (hakikatnya nangis di hati ..)

ann, luka di hati nak kena rawatan khusus.. ‘rawatan .. pembedahan batin’ hehe. ..

Rashid said...

Idalara
salam kak ..
kisah semalam? . ermm ..

Betul tu kak. Kecewa seolah-olah dah berakhirnya kehidupan… itu tak baik ..

Kak ida, saya suka dan selalu juga ingati kat diri.. jangan cepat kecewa! Kenapa perlu kecewa? Sampai bila nak kecewa.. dan biarkan diri tak terdaya.. tak ada semangat! ..

"Rashid! kamu adalah seorang pegawai.. Harus bersikap sebagai seorang pegawai! selesaikan masalah... bukan biarkan masalah .." kata-kata inilah yg sering hadir kt saya kak bila berdepan ngan masalah.

p/s – ermm.. terus-terang kak.. jangan pendam k ..

Rashid said...

Soffya cik bulan

ooooo terima kasih soffya. Bukan senang nak dengar kisah semasa kini, 'kecewa kerana cinta terlarang..'

Bagi saya, cinta terlarang oleh keluarga tentu ada sebabnya. Keluarga hakikatnya ingin yang terbaik utk anaknya..

Sendiri hingga kini? ermm… takper.. saya yakini soffya .. ada mata-mata manja sedang mengintai soffya tu.

blueCITY® said...

hmmmm....

hehehhe..

tq dengan kata2 nasihat dan semangat di atas,
walau sayu pilu
tapi..
hidup bukan hanya ada aku kita
tapi
ada org lain
yg perlu kita jaga dan ambil berat
kalau hanya aku , kita
dah lama aku lara..
tapi aku kena kuat
kena tabah
kena senyum
walau hati didalam?
tuhan saja yg tahu...
aku kena senyum
kena kuat
kena teruskan...

ku masih punya family

salam cikgu...

gooseberries said...

salam..
byk perkara n berkali2 gak lah kecewa. tp walau cmne pon tetap kena kuat semangat utk truskan kehidupan yg lebih baik. peace gak =)

Rashid said...

sueteh

nak juga.. nak juga baca. Utk saya sorang je k sue.. bolehle kan .. (bukan main pujuk tu..)

Rashid said...

bluecity

Benar tu biru. Mereka juga sebahagian dari perjalanan hidup kita. Kita perlu ada mereka. Selagi ada mereka .. di situ ada kekuatan.

Biru, percayalah.. kita diujiNya ngan pelbagai. Kesakitan pada orang tersayang.. pasti kita turut terasa dan kena bersamanya. Memang kadangkala kita akan rasa letih. Namun keletihan itu tak ada taranya jika nak kita bandingkan ngan kasih sayang yang ada padanya. Ia ada dan kekal adanya sehingga akhirnya…

Saya suka bila biru senyum walau kepenatan ..

Kuatkan diri k ..

Rashid said...

gooseberries

salam ..
Berkali-kali ek.. itu tanda kita sentiasa melangkah .. melangkah ..
walaupun jatuh tersandung tapi tetap bangun..

gooseberries .. peace V khas utk gooseberries yang berkali-kali kecewa tapi tetap senyum..

MaizaC'Joe said...

salam

kadang kita merasa begitu kecewa dng apa yang erlaku atas diri.. kita tak menyangka akan terjadi sesuatu di luar tanpa di duga. tapi apakan daya kita hanya manusia biasa. Manusia biasanya akan kecewa pada tahap permulaannya. kemudian istiqomah.. bertenang diri.. menyelami perasaan diri.. InsyaAllah.. moga tenang nyaman abadi...

Nur -al- Ain said...

heppp, tak boleh dah peace 'v'. bace sini,.

http://gadismawarhitam.blogspot.com/2010/04/bergambar-bersama-hand-gesture-yang.html

hari ni kecewe kerane tak dapat jawab examm.. waaaaa~

Rashid said...

MaizaC’joe
hmm hmm.. iya maiza. Kita hanya manusia biasa. Punya perasaan utk kecewa dan dikecewakan.. Apapun yang penting kita tak biarkan rasa kecewa menjadi penghalang utk kita bangun berdiri semula..

Rashid said...

Nur al-ain
ops!! .. a’ahh saya lupa le. Padahal dah baca tentang itu.. adoiii..

ain. jangan kecewa k.. saya doakan ain akan berjaya jua ..

sueteh said...

"Yang paling jauh bukanlah bintang..Mentari pun bukan juga rembulan..Tetapi adalah masa yang berlalu & tidak akan kembali lagi... Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan... Kelmarin yang luput mengukir seribu sesalan...Yang ada cuma hari ini dan juga hari2 yang akan datang.... Gunakanlah hari ini sebaik mungkin.. ...

sueteh said...

"Yang paling jauh bukanlah bintang..Mentari pun bukan juga rembulan..Tetapi adalah masa yang berlalu & tidak akan kembali lagi... Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan... Kelmarin yang luput mengukir seribu sesalan...Yang ada cuma hari ini dan juga hari2 yang akan datang.... Gunakanlah hari ini sebaik mungkin.. ...Kerana esok belum tentu milik kita.. Sedangkan hari semalam sudah pergi buat selamanya"..renungkan2kanlah & selamat beramal.. :)

Rashid said...

sueteh

ermm..
kelmarin, hari ini dan esok ..

Dari dulu sering merenungi akan indahnya bintang, mentari dan rembulan. Sungguh indah ciptaanNya.

Terima kasih sue..

sueteh said...

salam cekgu..

approve.. :)

Putri said...

jom peace (V) ngn cikgu

cikgu, putri suke ayt ni "esungguhnya tidak semua harapan kita yang indah-indah akan tercapai dan berjaya digapai. Tidak semua juga harapan orang lain berjaya kita penuhi. Namun kita hendaklah cuba laksanakan yang terbaik. Ambil keputusan dan jalan yang terbaik. Kita adalah diri yang terbaik dan bertindaklah seadanya mengikut kemampuan terbaik yang kita miliki."

izinkan putri copy dan paste kat fb putri yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search