Followers

15 April 2010

Remaja perempuan mudah hanyut ...




Kebelakangan ini aku sering terbaca tentang kisah remaja perempuan, baik yang masih bersekolah mahupun yang dah tak bersekolah, dengan pelbagai kisah, pelbagai kes dan  dari pelbagai sumber. Juga bila berbicara dengan teman-teman …

Tiba-tiba rasa terpanggil je nak bagi nasihat ini kepada adik-adik ..  (kakak-kakaknya juga..)

Tidak kira betapa sayangnya anda pada teman lelaki (jika ada).. jangan cepat tewas dengan segala macam pujuk rayu dan kata-kata bermadah kasih sayang. Jangan sekali-kali leka. Jangan sekali-kali biarkan diri dikuasai oleh rasa sayang yang melampau. Rasa sayang sehingga tidak lagi mampu membuat keputusan yang betul dan tegas. Jangan biarkan mata dan hati tertutup. Bertindaklah dengan berani jika diri anda diusik disentuhi secara fizikal.

Percayalah, jika teman lelaki anda itu benar-benar ikhlas dan menyayangi anda, dia akan melindungi dan akan sentiasa menjaga batasan antara anda dengannya. Pastinya diri anda akan dilindunginya. Kehormatan anda akan dijagainya. Kewangan anda juga tidak mudah dimintanya.

Jika anda ingin menguji kesediaan dan kesungguhannya, bawalah berjumpa mak ayah anda. Perkenalkanlah padanya. Jika teman lelaki anda jujur dan ikhlas, pasti dia ingin berjumpa dengan mak ayah anda. Malah dia juga tidak keberatan berjumpa seisi keluarga anda sekali! Tetapi jika seribu alasan diberi... terbukti tiadanya keikhlasan pada dirinya!



Laporan salah sebuah akhbar:

“Remaja perempuan generasi kini makin ‘miskin’ dari segi hubungan sosial sehingga mudah terperangkap dengan pujuk rayu teman lelaki.  Ramai remaja perempuan masih keliru.. menganggap teman lelaki sebagai bakal suami dan sanggup menyerahkan diri, wang, material dan segalanya. Ini berbeza dengan remaja lelaki yang kebanyakannya cinta adalah lebih sekadar mencuba dan mencari pengalaman seks.

Lebih malang lagi, ramai remaja perempuan tidak tahu mengenai organ reproduktif mereka! Hasil selidik Kotex Bodylife IQ ke atas 1,800 orang wanita berusia antara 16 hingga 24 tahun di 6 negara Asia, mendapati hampir 97% remaja perempuan tidak memahami asas tubuh badan mereka sendiri, khususnya berkaitan sifat kewanitaan”.

p/s- Maklumat dihujung jari tapi malangnya semakin berleluasa adik-adik remaja terhanyut …  kepada adik-adik remaja, hargailah diri ..


38 comments:

EDDY DY said...

Semoga adik2 di luar sana dapat memahami nasihat di atas...insya Allah...sekurang2nya awak telah menasihatkan mereka..dan ianya satu ibadah...Semoga Allah memberkati awak dan usaha awak....

piewahid said...

salam,
bagus n3 ni sbg peringatan..

jane said...

hmmm
mngkin sesuatu yg Tuhan mahu tunjuk ;(

mg kite smua dipeliahara-Nya

HonEyBuNNy said...

cikgu...terima ksh atas nasihat cikgu...1 g ila geram kes buang bayi...eeee kejam la depa tu...cian baby..

asyfiqaz said...

urrmm..btol 2..
girls, beware with boys outside there..
*tp sy baik yer..huhu*

Nur -al- Ain said...

remaja perempuan hanyut dengan pujukan lelaki, remaje lelaki hanyut dengan pujuk rayu dadah musuh negare ;(

pB said...

manusia makin hari makin 'sakit'

husnazainal said...

ingat lah adik2..

Lady B said...

cikgu rashid : betol2..b pun risau.
b buat youthsays and tanye persoalan ni kan
rmai yang cakap sebab pengaruh kawan..

aqish basir said...

takut tgk bdk2 pmpn skng=(

hajarus said...

betul la hajar setuju ngan n3 ni...

pastu zaman sekarang ni pun remaja terlalu bebas dalam pergaulan... pembuaangan bayi pun dah banyak... huhuhu...

Rashid said...

Eddy Dy

Eddy terima kasih ..Bukan apa, sekadar luahkan sedikit apa yang dirasa..

Rashid said...

Piewahid
hmm hmm.. untuk adik-adik..

Rashid said...

jane
Keputusan semuanya terletak pada diri. Kitalah yang harus fikirkan yang mana baik yang mana tak baik.

Moganya..

Rashid said...

HoneyBunny
Sama-sama ila.
Mereka yang buang bayi itu sebenarnya sudah dibelenggu sifat kebinatangan. Hilang deria kemanusiaan..

Rashid said...

asyfiqaz
Iya asyfiqaz, tak semuanya begitu. Ada yang ikhlas.. Cuma sekadar sedikit peringatan untuk adik-adik. Jangan cepat ‘kalah’ dan 'serah' ..

Rashid said...

Nur Al-Ain
hehe.. betul tu ain. Ramai remaja Melayu, lelaki khususnya yang menjadi penghuni pusat serenti…

Rashid said...

pB
yup! kesakitan yang dicari

Rashid said...

husnazainal
Moga adik-adik buka sedikit minda. Fikirkan yang terbaik untuk diri. Demi masa depan ..

Rashid said...

Lady B
Betul tu B. Saya setuju. Pengaruh kawan adalah antara faktor utama yang buatkan mereka hanyut terbuai. Lena …

Rashid said...

aqish basir
ermm.. terlalu terbuka, berani dan tak ada lagi perasaan malu pada diri. Apatah lagi padaNya..

Rashid said...

Hajarus
Ada satu kes area kat sini. Seorang pelajar buang dan bakar bayi kerna terlanjur dengan Mat Indon pekerja buruh binaan. MasyaAllah …

fauzuskamaruddin said...

salam ,

yea btul remaja prempuan mudah hanyut dan terpengaruh...sbnrnye pada pendapat saya bukan remaja perempuan shj ttp lelaki juga..cuma yg lebih parents takuti ialah anak perempuan..ini kerana perempuan akan menanggung malu yang lebih besar daripada lelaki...

pernah satu hari saya beraya ke rumah saudara tak silap waktu tu jam 11 malam...bila nak balik saya ada lalu satu tamn permainan nampak sekumpulan remaja lelaki lepak dan yang saya paling sakit hati terselit pulak sorang remaja perempuan..apa kejadah??? kalau apa-apa terjadi kita nak salahkan siapa...parents budak perempuan tu?? keluar rumah tu parents tahu ke tak? ke curi curi keluar?? budak-budak perempuan ni pantang dipujuk skit cair lah...

nau'zubillah...saya mmg takut betul sebb saya ada adik perempuan...smpaikan saya ada borak-borak dgn SIL pasal benda ni and SIL ckp "takut plak nk mengandung anak perempuan"...

bak kata pepatah "menjaga lembu sekandang lebih senang dari anak perempuan seorang"...

semoga kita dijauhi dari segala keburukan...

rumah kuning said...

budak2 perempuan sekarang segelintirnya terover berani.Kita yg tua ni pun takut mengalahkan mereka.

Rashid said...

fauzus
Iya betul fauzus. Sebenarnya kedua-dua remaja memang kalau tak dikawal akan mudah hanyut.. Cuma yang dirisaukan lebih kepada remaja perempuan. Mereka ini dari rusuk.. agak lembut.. so perlu dipertahankan..

Aduhai.. .seorang pompuan lepak ngan sekumpulan lelaki. Apa punya kes tu? Itulah masalahnya bila dah tak ada lagi perasaan malu pada diri dan agama.

Moga kita semua.. adik-adik.. dilindungiNya dari malapetaka yang tak baik.

Rashid said...

rumah kuning
hmm hmm.. tak taulah apa yang diorang fikirkan. Berani tapi salah.

MiSs TOrA said...

patut le mak sy ckp ank perempuan lg ssh nk d jga..br sy paham mksd die tu..semoga adik2 d luar sana mengambil ikhtibar dari pe yg terjadi skrg..kes2 buang bayi pn smkin byk skrg..sedey sgt bayi yg x bedosa jd mangsa

Idalara said...

salam cikgu rashid..
suatu waktu dulu kak ida amat tertekan menjaga anak gadis tanpa ayahnya bersama tak athu dimana silapnya..sgt tertekan hinggkan kdg rasa tk mampu untuk ditanggung sendirian,bila dia sudah berkahwin dlm usia mudanya rasa sudah selesai segala msalah.... namun sesuatu diluar jangkaan pula berlaku..hnya Allah yg tahu apa yg kak ida tanggung skrg..dugaan buat kak ida seorg ibu tunggal..kdg rasa airmata sudah kering namun pada Allah kak ida tk berhenti berdoa..mudah2an kak ida diberi kekuatan dn ketabahan menghadapi dugaan ini...
dua hero kak ida ini pula..alhamdulillah setakad ini mahu mendengar kata dn teguran kak ida..mudah2an mereka akan menjadi anak2 yg soleh dan menjaga kak ida kelak..sebenarnya remaja lelaki dn perempuan di zaman skarang sama2 mudah terpengaruh jika tidak dikawal.

MaizaC'Joe said...

Salam

ehm.. sekarang nie dah dengar macam2.. bila akhlak tak terjaga.. hati tak di didik, akal tak di bendung, jiwa tak di pupuk.. semuanya jadi tak berselindung.. masing2 mengikut hawa nafsu.. hanya di fikir berseronok saja.. tapi bila dah terlanjur.. mulalah... buang anak sana-sini... kesal betul.. jika 'Tiang' tidak kukuh menyebabkan 'binaan' mudah runtuh.. eemmm.. wallahu'alam

lama tak singgah sini sejak blog maiza jadi semcm ja.. Tapi sekarang Alhamdulillah.. dah ok..

ryann said...

umur masih muda itulah perlu ada kawalan tetapi diri yg merasa terkongkong. syukur dapat jalani remaja dengan kawalan yang menyedarkan

Rashid said...

Miss Tora
hmm hmm.. miss, itulah yang saya risaukan sangat. Marilah kita doakan yang terbaik… moga adik-adik semua tak mudah terpengaruh dan lena dengan segala hiburan yang ada. Dunia ini sesungguhnya sementara cuma untuk kita tumpangi..

Rashid said...

Idalara
salam jua kak
Dari kata-kata kak ida.. saya dapat rasakannya kak.. Moga kak ida sentiasa tabah hati dan kuat semangat. Moga kak ida tak cepat menyerah kalah. Saya tau kak ida sudah berusaha terdaya terbaik dalam berfikir dan bertindak untuk kebaikan anak-anak dan semua.

Kak berdoalah kak.. doa itu satu kekuatan untuk kita hadapi segala kerumitan dan kebelengguan pelbagai masalah. InsyaAllah akan terlerai jua.. dan saya percaya kak, sesungguhnya Allah itu tidak sesekali menganiayai hambaNya yang berusaha...
Saya doakan anak kak ida itu juga cekal..

Juga mudah-mudahan 2 hero kak ida tu akan sentiasa menjaga kak ida bila diorang berjaya dewasa kelak nanti..

Rashid said...

Maiza
betul tu maiza. Bila nafsu membelenggu diri, segalanya tiada lagi terlihat akan dosa..
Pernah kawan cina saya bersembang.. dia kata, ‘orang Melayu sebenarnya ada kekuatan.. kekuatan itu ada pada solatnya. Masalah yang berlaku sekarang sebenarnya berpunca dari kurangnya orang Melayu jaga dan amalkan solat! Itu kata orang Cina..

Maiza, 2..3 hari lepas saya ada buka blog maiza..tak dapat.. harap semua dah baik k..

Rashid said...

ryann
Umur muda jika diisi dengan sesuatu yang baik.. sungguh indah sekali.
Bagi saya, lebih baik terkongkong dari hanyut dibuai nafsu.. dan sesal ..
ryan, baguslah kerna dapat batasi segala yang bersifat tak elok dalam jalani kehidupan ini..

annfrendly said...

ermm bagus entry cikgu nie..
pada ann lah kan.. sebagai seorang anak.. kita patut tau bezakan mana yg baik dan mana yg buruk.. sebelum lakukan apa2 yg tak baik.. fikirkan hati dan perasaan ibubapa kita dulu..

Wawa_Nadwa said...

mudah terpedaya dgn kata-kata manis lelaki sbb tu mereka hanyut..
kdng2 mereka terlalu advance dgn benda-benda ni semua, mereka mahu mencubanya..
dan akhirnya memakan diri sendiri..

Rashid said...

aanfrendly
Betul tu ann. Anak yang baik akan selalu fikirkan mak ayah sekurang-kurangnya sebelum buat benda yang tak elok.

Rashid said...

Wawa

Itulah. Naper tak ambil wawa sebagai modelnya. Walaupun nampak sikit gediks tapi wawa tetap kuat. Tak mo layan sangat godaan dari laki. Kalau dah suka masuk je minang.. kan wawa.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search