Followers

05 April 2010

RM175,000.00 okey ke tak?


Jam 8.24 malam. Aku terima sms .. (aku penuhkan ayat smsnya)


“A’kum … Cikgu, nak beli tak tanah getah? Harganya RM175,000.00. Luasnya 8 ekar. Getah penuh.  Pokok getahnya sudah boleh ditoreh. Pokoknya tak rosak lagi. Ada seorang cikgu nak jual.  Umie tolong sampaikan je ni. Tanah itu kat Lata Rek …”

“Umie mana ni? Umie pelajar tingkatan 5 tahun lepas ke ni?”

“Iya cikgu. Umie cuba tanya cikgu ni ... kot-kot cikgu berminat. Cikgu tu tanya ayah umie. Ayah umie manalah ada duit. Sebab itu umie tanya cikgu rashid ni…”

“haha!! iyakan. Cikgu rashid inikan banyak duit. Tauke tanah.  adoiii. Umie ni”

“hehe.. umie tanya cikgu je..”

“Umie, kebun getah tu kat mana. Kat tepi jalan besarke atau jalan kampung?”

“Tanah getah itu kat jalan Kampung. Tidaklah tepi jalan sangat. Tapi kereta boleh masuk rapat kat kebun getah tu cikgu”

“Mahallah umie. Kalau setakat RM120,000.00 tu bolehlah juga cikgu fikir-fikirkan.. hehe”

“Memang mahalpun cikgu…”

“Takperlah umie. Terima kasihlah kerana sms cikgu … “

“Okeylah kalau macam tu  cikgu...  sama-sama cikgu. A’kum .. ”

“W’kum..”

 Sekadar gambar hiasan - nak tunjuk kebun getah kat belakang tu ..

P/Sermm nak tanya pandangan teman-teman blogger semua. Macamana dengan harga kebun getah tu? Mahalke?     8 EKAR BERHARGA RM175 RIBU.

Hati ini rasa nak beli je.. hehe ( dushh dushhh macam le ada banyak duit.. haha!!!)

29 comments:

Afida Anuar said...

ermm..bab2 harga tanah ni fida kurang arif la cikgu..hohoho..

tapi gambar tu menarik!!..hahahaha..

PS: in case fida ada cash 175000, fida sambar CRV sebijik..erkk (berangan!!)

piewahid said...

slm cikgu,
kalau ada modal, elok la beli sbb selain harga yg xkan jatuh, getah tu dpt hasil. beli kreter mahal yg confirmed jatuh harga org sanggup...
dulu2 saya dah byk buat silap sbb terlalu minat kereta...

annfrendly said...

ermm... tak tau sangat pasal harga tanah ni..
kena tanye broker tanah..
tapi memang best..
8 ekar..pokok baru lagi.. hasil pasti lumayan......

Che' Pit said...

salam cgu

kalau dah byk duit tu beli jelah..
tapi kalau kurang, pk2 kan lah..

Ija1202 said...

salam...
rasanya harga tu x terlalu mahal cikgu..., cuba buat pengiraan sekar tanah (batang pokok) x 8ekar x 20 thn.... kurang dari 20thn dah dapat modal semula...sbb pokoknya sudah boleh di toreh...mungkin klu cikgu jumpa sendiri tuan tanah tu blh dpt kurang lagi mana tahu kan??//sekadar pendangan// :)

pB said...

Salam

harga tanah di Kota Bharu dah melambung tinggi sekarang nie ...

LiNda said...

Getah sekarang dah naik harga !

wahh... ada potensi tuh .

Anonymous said...

RM175K untuk 8 ekar tak le mahal. dah murah sangat tu.. kalo kat area manjung ni, 1 ekar je dah ratus ribu.

Rashid said...

Maaf!!!!!

SORRY kepada bbrp orang pengkomen awal.. adoiii.. tadi ada terlihat nama-nama.. ann dan lain-lain. Entahle saya tertekan apa ntah. Hilang pula komen-komen tu.. yang tinggal 5 je ni.

sorry .. tengah mamai kot.. hehe

Rashid said...

Che’pit
salam ..
haha!! che pit itulah kena fikir ni.. sebelum ini dahpun beli 6 ekar harganya tak sampai RM100 ribu. Mungkin masa tu harganya murah. Sekarang dah melambung..

Rashid said...

Ija1202

salam ..
Wah ija ni. Memang akauntan punya orang. Bijak matematik.. saya memang setuju ija. Beli tanah bergetah ini tak rugi. Boleh balik modal. Pengalaman saya beli sebelum inipun terbukti. Saya tak payah kuar gaji untuk bayar balik pinjaman. Keuntungan dari getah itulah saya bayar kat bank malah ada fulusnya masuukkkkk lagi walaupun dah dibagi 2 ngan penoreh.. rezeki tuhan bagi ..

Rashid said...

pB
Tanah kat KB memanglah.. tanah Bandar tu..

Rashid said...

Linda
Linda apa tu?? mandai je .. potensi nak jadi tauke getah ek?

Rashid said...

Anonymous
F.... 1 ekar ratus ribu? aduhai..
F.... sekarang ni tengah merancang sesuatu yang lain ni.

blueCITY® said...

salam cikgu,
1st kalau ada duit tak salah beli utk pelaburan masa depan

2nd,
wooo gambo tuh dalam maknanya kan,
samaada nak beli kebun ke nak kawin? kuikui..

3rd,
kalo cikgu jadi beli, sila jumpa saya. sebab?
agak2 bila kita boleh kapel ya?
hahhahahha...

salam

DUN Behrang 2020 said...

Kira ok la dgn harga tu kalau pokoknya elok2 belaka...tak cukup orang nak toreh getah...kawe buleh je...siap naik beskal lagi g kelate!

Rashid said...

Bluecity
salam biru..

haha!!! 3rd tu.. jom jom sekarang juga ..

Biru, senyum je saya baca biru punya komen. 5 minit tak lekang saya senyum.

Apapun terima kasih kerana menceriakan saya malam-malam ni biru. Hilang rasa sepi saya ...

Rashid said...

DUN Behrang

okey set!!

Cuba bayangkan DUN menoreh. Abis hancuss saya punya pokok getah.. Sebab DUN toreh pebagai bentuk.. haha!!

Ija1202 said...

kalau dah mcm tu apa lg cikgu.... x rugi beli tanah tu.. :)
sy sokong...hehee

Marzalina said...

tanah kat penang lagi mahal..
tapi ok apa kalau beli tanah kebun tu..boleh jd tauke getah sekerap hehehe..:p

blueCITY® said...

Biru, senyum je saya baca biru punya komen. 5 minit tak lekang saya senyum.

Apapun terima kasih kerana menceriakan saya malam-malam ni biru. Hilang rasa sepi saya ...

awwwwwwwwwwwwwww...
malu kita taw!!
kehkeh...

lalalall =p

Rashid said...

Afida Anuar
Afida tentu tengah angankan nak pakai baju putih comel tu kan.. kan ..

p/s – haha!! ada ke CRV? tin kosong tuu.. hehe

Rashid said...

Piewahid
salam
ermm.. itulah.Memang saya tau beli kebun getah ini suatu pelaburan masa depan yang baik Cuma sekarang ini ada suatu yang sedang saya rancang..

Saya ni orangnya memang minat juga kat kereta tapi lebih berminat dalam soal bab tanah dan kebun getah. Aduhai tak taulah. Kawan-kawan yang lain asyik duk bergaya je ngan kereta baru. Saya pula duk borak-borak ngan orang tua-tua kampung.. borak soal tanah..soal kebun.. soal rumah ..

Rashid said...

Annfrendly
Ann. hasil tu rasanya okeylah. Bukannya kita yang pergi menorah. Orang lain menoreh kita duk terima duit je.. sekali-sekala jenguk-jenguk kat kebun getah tu. Ambik ..kutip biji getah.. hehe

Rashid said...

Ija1202
Terima kasih ija kerna sokongan tu..

alaa camana ni.. nak labur ke .. ishh.. dummm dumm arrgghhh zzzzz

Rashid said...

Marzalina
Kat penang memang lah. Tak boleh nak mimpi sangat beli tanah kat sana kalau tak ada ratusan ribu..

Tauke getah sekerap? hehe.. takper janji duit penuh intan

Rashid said...

bluecity

Sedang bayangkan biru tertunduk malu.. sipu-sipu.. sambil mata menjeling tajam..

Arianni said...

Salam,

Kalau rasa2 menguntungkan dan fulusnya ada..apa salahnya..teruskanlah :)

Rashid said...

Arianni
salam

a'ahh ari. Tak pasti lagi.. nak pergi nengok dulu camana keadaan sebenarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search