Followers

16 May 2010

Dari hati... kepada cikgu-cikgu yang pernah menjadi guruku ...



Dari hati …

Kepada Guruku … kedua ibubapaku…


Kepada cikgu-cikgu yang pernah menjadi guruku;


Cikguku kat Sek. Ren. Rantau Panjang, Kelantan, Sek. Men. Rantau Panjang, Kelantan, Sek. Men. Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, Kelantan. Kepada Guru-guru agamaku, Kepada para pensyarah & tutor UKM Selangor, para pensyarah UMS Sabah, Teman-teman tutor UMS Sabah, teman-teman tutor OUM Sabah, Guru-guruku kat Pusat Latihan Askar Wataniah, Ipoh Perak,  Guru-guruku kat Kem Tentera; iaitu di Kem Pengkalan Chepa Kelantan, Kem BN 3 Rejimen 506 Kelantan, Kem Bukit Perwira Kota Kinabalu Sabah, Kem Lok Kawi Kota Kinabalu Sabah, Kem Harrington Kota Kinabalu Sabah, Kem Kota Belud Sabah .. dan kepada semua teman yang pernah menjadi guruku secara langsung dan tak langsung.


Terima kasih akan segala ilmu yang diberi dan dikongsikan …

 
>>>>>

Tak lupa, terima kasih juga kepada rakan-rakan sekerja, rakan-rakan bukan sekerja, teman-teman blogger, bekas pelajar dan pelajar atas ucapan yang diberikan kepada saya. Saya amat menghargainya.




Antara ucapan kat sms yang menarik hati  …

“Ya Allah … Muliakanlah saudaraku ini. Bahagiakan keluarganya. Berkatilah rezekinya. Kuatkan imannya. Berikan kenikmatan ibadahnya dan jauhi fitnah … amin. ‘Selamat Hari Guru’. Jasa dan budimu tetapku kenang”. – Pengetua

“Apakah cita-cita anda sebelum jadi guru? Majistret? Lawyer? Engineer? Anda menyesal jadi guru? Cuba lihat, ada tak Lawyer yang sanggup pakai topi arkitek? Ada tak majistret yang berani sarung kot doctor? Tapi guru adalah semua itu. Kita la doctor bila budak sakit, lawyer bila parents soal, majistret bila budak bergaduh. Hatta security guard dan ahli nujum pun kita!  Hari ini pula jadi Tukang Kebun sempena gotong royong Perdana. Oleh itu, banggalah jadi cikgu. Selamat Hari Guru” – Wan Adlan

“Kadang-kadang guru ibaratkan seperti NTV7 kerana ‘Ceria Selalu’, Kadang tu guru juga seperti TV3 kerana ‘Kau InspirasiKu’, kadang guru juga diibararkan sebagai packages Astro kerana ‘macam-macam ada’.. Selamat Hari Guru Cikgu..” – Alif 5pd 2009

“Untuk para guru; guru tadika, guru sekolah memandu, guru besar, guru kecik, guru ganti, guru sandaran, guru rajin, guru selalu tak ada kat sekolah, guru yang sering isi borang tukar, guru malas masuk kelas, guru mengandung, guru yang tak suka jadi guru, guru disiplin, guru tak disiplin, guru keluar makan dan tak lupa guru-guru yang tak suka relief, guru yang buat relief… Selamat Hari Guru. Semoga anda terus ceria.” - Irwan

“Selamat Hari Guru cikgu .. Jasamu akan kukenang sampai bila-bila. Halalkan segala ilmu yang telah cikgu berikan kepada saya. Terima kasih cikgu..” -  ikhlas daripada bekas pelajar cikgu, 2008

“Kain sutera baju kebaya, cantik dipakai anak dara jelita, SMS diutus pengganti hadiah, tanda ingatan hari guru …” - Fazili, bekas pelajar cikgu

“Selamat Hari Guru. Moga sentiasa mendapat pertolongan dan keberkatan dari Allah s.w.t dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa”. – Mazuki, Tanah Merah

“Selamat Hari Guru. Jasa guru untuk mendidik anak bangsa tak pernah lekang dengan pengorbanan dan curahan kasih sayang. Terima kasih cikgu” – Yussalina

“Selamat Hari Guru cikgu…” – Nur

“Terima kasih cikgu”  - Sabrina, anak murid cikgu 

“Selamat Hari Guru. Semoga terus menjadi guru yang cemerlang dan dirahmati Allah … amin. - Zubir, UKM.



21 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

semoga terus cekal menjadi seorang pendidik..

cikgu kan mcm LOREAL... (dirimu begitu berharga)

zulkbo said...

Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU..

Marzalina said...

selamat hari guru...
semoga sentiasa tabah mendidik anak bangsa..

kaulah cikgu hatiku heheheheh :p

Unknown said...

Baca entry n follow..
Jemput ke blog ye.. ;)

CITY® said...

sms gak ni:


" selamat hari guru cikgu
teruslah menjadi guru yang disayangi & dihormati " - biru


lalalala
=p

Kuronofu91 said...

salam...selamaT HarI gUru kpd semua guru2ku....dan kpd cikgu Rashid juga...dan kpd semua guru di malaya ni!!!!!!!!!!!! wahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!ha3

Rashid said...

nur

Loreal? wah.. terima kasih nur.

Rashid said...

zulkbo
suka ayat .. melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda. Indah ..

Terima kasih zulkbo. InsyaAllah saya akan terus melakarinya.

Rashid said...

Marzalina

hehe.. cantik je perumpamaan itu intan. Terima kasih..

Rashid said...

Mommy Pinky
okey mommy. nanti saya pergi k..
terima kasih.

Rashid said...

blueCity
Balas sms .. “ terima kasih biru... “ (sambil petik piano mainkan lagu ..)

Rashid said...

Kuronofu
kuronofu.. uiss nama..
Terima kasih..

Adinda Amy Sensei said...

salam cikgu kerdipan bintang..

apa khabar tu..sihat..
moga baik seadanya di sana..

bagaimana dgn sambutan hari guru di sana..
tentu meriah dan ceria kan..hehe..

erm..
SELAMAT HARI GURU 2010 buat cikgu rasyid yang bintangnye selalu berkerdip...hehehhee..

moga terus tabah dan ceria mendidik anak bangsa..

majulah..demi sebuah cita dan cinta..hehehhee

Rashid said...

cik amy

saya sihat je amy.
kat sini .. sambutan hari guru esok pagi.. hehe. Tertangguh kerana peringkat kebangsaan punya ..

Terima kasih amy. Utk amy juga. Moga kita sama-sama mendapat kepuasan dalam mendidik anak bangsa.

s h a said...

hehe...cikgu rashid...huk2...sowi lmbt wish...selamat hari guru...teruskan usaha mendidik anak bangsa...

eiza in the house.. said...

Happy teacher's day..
moga didikan yg cemerlang,
membuahkan hasil yg terbilang cikgu..

lama tak dgr berita cikgu..

ryann said...

selamat hari guru bang. terlambat ucap

Rashid said...

shee

terima kasih shee..

Rashid said...

eiza

ermm terima kasih.
saya.. ada ni. hehe

eiza biasalahkan tuan tanah. Sibuk manjang .. sana sini..

Rashid said...

ryann

ryann.. terima kasih ucap kat abg.

Super Jeans & Co said...

slamat hari guru! ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search