Followers

26 June 2010

Aku, takwim dan masa



Aku melihat takwim, kemudian melihat jam. Memerhati arah jarum. Juga melihat jarum saat yang bergerak. Geraknya yang bagaikan mengingatkan aku, masa itu juga ada denyut nadinya. Sama seperti badan, ada denyut jantungnya.

Aku berfikir sejenak. Sering aku bersituasi sedemikian. Melihat takwim dan masa. Situasi rutin tanpa aku sedari rupanya.



Dua minggu kebelakangan ini, bagi aku hari-harinya masih lagi mencengkam masa. Masa terasa mengalir deras. Siang ke malam dan sebaliknya. Adakalanya terasa baru saja tadi masanya.  Baru tadi berlalunya.

Aku bangkit dari kerusi kerja. Bergerak sekitar meja kerja. Selang tak lama, duduk lagi… bangkit lagi… Kemudian terus keluar dari bilik kerja. Masuk bilik kerja lagi. Di muka pintu, aku pandang kerusi dan meja kerja.  Sekejap lagi pasti aku akan ke kerusi dan meja kerja itu lagi.

Perbagai program mendatang dalam satu masa. Semuanya mengejar masa. Sana ingin cepat, sini ingin cepat. Semuanya ingin cepat. Semua Ingin hasil yang segera  Masing-masing tangan ingin berada di atas. Masalahnya semuanya agak ‘ad hoc’, sedangkan bagi aku semuanya sepatutnya perlu ada ‘logik masa’nya. Perlu ada ‘fikir’nya. Perlu berikan sedikit masa untuk selesaikan segalanya.

Tiba-tiba terlintas akan satu sabda Rasulullah s.a.w.

"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati."

Aku rebahkan badan sambil merenungi ayat sabda ini. Pejam mata beberapa saat ...  

Akhirnya aku bangkit lagi, menuju ke kerusi dan meja kerja. Kali ini aku bangkit dengan senyuman kerana hati aku mula berbisik:

"Rashid... seorang pegawai bukan hanya berfikir untuk selesaikan masalah tapi selesaikan dengan tindakan..."

16 comments:

Adinda Amy Sensei said...

salam cikgu rasyid....

apa khabar?
lama x singgah ekk..
moga baik saja di sana..
senyum sokmo..

Rumah Kuning said...

kesian kita. asyik terfikir pasal kerja hingga kadang2 mengabaikan keperluan untuk diri sendiri.

Idalara said...

Assalamualikum cikgu rashid
terkadang kita rasa terlalu pantas waktu meninggalkan kita, padahal sebenarnya kita yg tidak bijak mengatur waktu..

Bila merenung sabda Rasulullah itu buat kita lebih menghargai waktu tanpa dipersiakan, kesemua 5 perkara sebelum 5 perkara itu wajib kita rebut sebelum terlewat.

annfrendly said...

erm..
cikgu.. masa tu berlalu dengan amat pantas..terasa macam baru aje saya meninggalkan zaman sekolah.. padahal dah berzaman.. risau bila umur makin meningkat.. entah kenapa.. saya pun tak pasti..

CITY® said...

salam,

apa khabar orang disini. semoga sihat adanya...
saya juga kdg2 takut bila melihat masa dan mengira2 masa
terasa terlalu pantas masa berlari
sedangkan saya masih berjalan2
niat ingin mengejar
namun, masih lemah diri ini

Rashid said...

cik amy sensei
salam cik amy ..
baik.. maaf.. sibuk sikit maklumlah nak jadi orang besar... hehe..

Rashid said...

Rumah Kuning
yup. Betul tu. kerja. kerja.. tapikan dengan adanya kerja itulah kita ini ‘hidup’ tak sunyi.. Cuma kadang tu memang terasa juga akan kelapangan diri berlalu gitu je..

Rashid said...

Idalara
salam
Iya kak ida. Kita yang control masa. Cuma kak.. sekarang ni bila kita kejar sana sini, berlari, berenang .. rasa masa begitu cepat je berlalu.

5 perkara tentang masa itu sungguh banyak hikmahnya..

Rashid said...

annfrendly
hehe.. iya ann. rasa baru je lepas sekolah darjah 2. Masih ingat masa tu sungguh nakal.. suka usik-usik kawan..

Umur? ermm.. naper nak risau. Ia tetap akan berlalu. Kita kena terima hakikatnya ann.. kehidupan ini hanya sementara cuma. Kita ini musafir dibumiNya ..

Rashid said...

bluecity

saya baik-baik je.. terima kasih biru

Biru, rasanya ramai antara kita agak ‘debar’ membilang hari demi hari berlalu.. tahun-tahun silih berganti. Semuanya rasa baru semalam ..

Kuatkan diri biru. usah biarkan diri rasa tak bermaya k.. sama-sama kita berlari..

Kei Hiroki said...

lama xsinggah sini laa..ckgu sihat??

Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid.

Apa khabar, Cikgu. Semoga Cikgu sihat hendaknya ye.

Lama sy tak b`kunjung ke sini.

**Cepat sungguh masa b`lalu, kannn.
Rasa s`makin dewasa....setiap hari sy tgk kalendar & masa. Pejam celik, pejam celik....dah nak habis 2010 ni.

:)

Arianni said...

Salam..

Anggaplah kerja itu satu ibadah..Bekerja kerana Allah untuk manusia..

Sememangnya kerja itu menuntut sedikit pengorbanan masa dan tenaga namun banyakkan bersabar..jangan stress..

Yang penting, kita tahu apa priority kita..

Semoga ceria2 selalu :)

Rashid said...

asyfiqaz
yup. alhamdulillah.. sihat-sihat je.

t.kasih asyfiqaz

Rashid said...

catwoman
salam zyma
saya sihat je…

hmm hmm. Rasanya masa sekarang ini semakin cepat berlalu.
Pejam celik pejam celik rasanya baru semalam duk borak ngan zyma.. hehe

Rashid said...

Arianni
salam ari
terima kasih ari.. nasihat yang baik sekali.

saya senyum..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search