Followers

11 July 2010

Bila diri tak lagi diperlukan ...


Bagaimanakah perasaan anda bila diri anda seolah-olah tidak lagi diperlukan dan dipedulikan? Maksudnya seperti anda tidak lagi mendapat perhatian sewajarnya daripada orang yang anda sayangi?

Ada atau tak perasaan seakan-akan rasa tidak puas hati dan marah hadir dalam diri? Marah kerana kerisauan anda sebenarnya. Anda risau dan teramat takut kehilangan dirinya?

Pernahkah terlintas sedikit perasaan ingin melakukan sesuatu yang kadangkala di luar batas dan nilai kemanusiaan? Pernah tak rasa sakit hati itu sehinggakan terbawa-bawa dalam diri untuk anda membalas dan menyakitinya secara fizikal?



Perunding Motivasi, Prof. Madya Md Izuddin Ali berkata:

“Sikap merasakan sesuatu adalah hak milik mutlak diri sendiri termasuk pasangannya, mampu merosakkan akal seseorang kerana dia tidak mampu menerima penolakan terhadap kemahuan sehingga bertindak ganas kepada temannya.”


Aku tertarik sebenarnya bila terbaca akan kisah seorang wanita yang membelasah teman lelakinya hingga parah dan patah kaki selepas mengetahui lelaki itu mahu meninggalkannya. Sebenarnya sudah banyak kes sebegini berlaku. Dulu pernah juga gempar bila seorang suami kehilangan ‘anu’ akibat dipotong oleh isterinya gara-gara pernah bersuara nak tambah ‘satu cawangan’ lagi?

Tapi kes ini lain. Ini kes teman lelaki bukan kes suami isteri.

Pada awalnya timbul juga pertanyaan pada diri. Begitu  berani dan tega sekali wanita itu membelasah dan mencederakan teman lelakinya? Sudah tentu wanita itu nekad kerana lelaki itu sudah bersifat keterlaluan. Lelaki itu membuang sepah setelah mengambil madunya? Lelaki itu terlalu jahat ...  sering mempermainkan malah mungkin telah menghabiskan wang ringgit, memeras dan mencederakan  wanita itu baik segi fizikal mahupun emosi?  Menganiayai sehingga wanita itu sudah hilang tahap kesabarannya?

Tapi timbul juga pertanyaan, apa kata jika seandainya lelaki itu baik orangnya. Cuma wanita itu berkelakuan sebegitu kerana tidak dapat menerima hakikat dia akan kehilangan? Dia takut kehilangan kerana dirinya teramat menyayangi lelaki itu …

22 comments:

Hana Nasir said...

kerana fitrah manusia..berfikir apa yang dimiliki adalah hak dia selamanya (tak boleh memandang, dipandang oleh orang lain). terlupa yang setiap insan ada hati dan fikiran tersendiri.
Kata orang tua tua: Ikutkan hati , mati. Ikutkan rasa, binasa.
Teringat artikel rashid tentang 'Lepaskan burung itu terbang'.. :)

hazeleyed lady said...

Wanita lahirnya lemah...dan lembut...tapi bila teraniaya bisa menggoncang dunia!
Wallahualam

hamzah ian said...

nice entry btw..

rumah kuning said...

sekarang ni perbuatan dan tingkah laku manusia memang tidak terduga dan amat menakutkan...

annfrendly said...

salam...
isk.. dasyatkan berita tu. terkejut saya..

errmm.. perempuan akan bertindak agresif & mengikut perasaan kalau rasa dirinya teraniya..

tapi sepatutnya tak boleh macamtu.. kena ingat... setiap perbuatan jahat biarlah tuhan yang tentukan hukumannya..

Marzalina said...

satu topik yg sangat bagus...tiada siapa pun dlm dunia ni yg mahu kehilangan insan2 yg di sayangi..terutama sekali pasangan yg bercinta...itu adalah hakikat cinta...tapi, andai itu takdirnya...tentulah hati akan terluka..tapi taklah sampai sanggup nak cederakan...jalan terbaik adalah redha dan berdoa..segala yg berlaku pasti ada hikmah tersembunyi yg kita tak tahu...doakan agar si dia bahagia bersama jalan yg dia pilih...dah tentunya perlahan2 kebahgiaan akan muncul utk kita...

Rashid said...

hana
hmm hmm .. suka apa hana kata ..
kalaulah semuanya berfikir begitu tentu aman damai setiap makhluk di bumi..
Ikutkan hati mati .. ikutkan rasa.. macam-macam rasa ada. Manis pahit tawar masam .. hehe

Iya hana. Kisah ini ada kaitannya ngan kisah ‘terbang tinggi-tinggi dan jauh ..”
ermm masih ingati kisah itu ek?

Rashid said...

hazeleyed lady
itu yang takut.. bab goncang menggoncang dunia tuu.. seriauuuuu…

Rashid said...

hamzah lan
terima kasih .. sekadar bicara apa yang dirasa ..

Rashid said...

rumah kuning
Yup! manusia tak kira lelaki pompuan.. orang tua muda .. semuanya sukar nak diduga sekarang ini.. putih tak tentu lagi ‘putih’nya

Rashid said...

annfrendly
ermmm.. betul tu ann. Bab kata seorang pujangga.. ‘biar kita diberi racun.. balaslah ngan memberi ‘bunga’…

tapikan soal hati memang sukar nak kata. Kan banyak kisah tertera.. selembut-lembut air titisannya bisa melunakkan dan menghiris batu yang keras..

Rashid said...

Marzalina
Cinta buatkan seseorang itu menjadi ceria dan dunia ‘milik ana yang punya’.. hehe
Namun cinta juga bisa berikan panahan pada hati. Luka .. malah bisa ‘ana rasa nak bunuh diri je..’

Tahap kelukaan itu tak dapat nak dikongsikan. Hanya empunya diri bisa merasainya.
Namun jika diri ada iman pasti akan terima segala kemungkinan yang diberikan dan diuji olehNya.

Intan.. sejuknya hati.. ‘doakan agar si dia bahagia bersama jalan yang dipilih.. perlahan-lahan kebahagiaan akan menjadi milik kita jua ..

Arianni said...

Salam..

Begitulah hakikat bercinta..inilah risiko yg perlu kita hadapi iaitu takut kehilangan org tersayang..

Sebaiknya terimalah ia sbg ujian keimanan dan redha akan takdir ketentuanNya dgn penuh keikhlasan..

Cinta pada dunia..dunia akan pergi..
Cinta pada manusia..manusia akan mati..Maka
Cintalah pada Allah krn Dialah yg abadi..

ILA said...

Assalamualaikum cikgu...
Alhamdulilah..selagi ada IMAN di dada, tidak akan berlaku ianya..
walau jeritan di hati amat 'kuat', tangisan air mata tersembunyi dan keluhan serta kemurungan..mbuatkan diri bagaikan seorang di dunia iniii...namun bila kita bermuhasabah..mungkin 'sidia' bukan yg TERBAIK utk kita...:)
BE POSITIVE!!!
Tapi ..jika teman lelaki tu dah 'sentuh' perempuan tu tanpa status halal...memang patut kena rejammmm jerrrr!!!ye lerr..dah prempuan tu dah syang sgat..n bergantung harap yg lelaki tu nak bertanggungjawab tapi lelaki tu berhidung belang lah pulakk..
so brutal tak saya??heheheh:p

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu ....itu lah kuasa cinta bila kita dah mula sygi seseorang....syg itu melebihi segalanya...jangan kerana kita hilang seseorang diri kita terus down kan cikgu..hidup perlu di teruskan dan berfikir lbh waras dan matang...

n a r d indie winkie said...

hish, mcm2 kat dunia ni kan. mgkn perempuan tu stress sgt kot. Dan bile stress, setan pun senang nak cucuk kita. Tambahan kalo kita tak kuat iman. Itu yg jadi konon-konon ada suara suruh dia buat itu ini. hurmm

ckLah @xiiinam said...

Menarik...


Pernah juga merasa bagai melukut di tepi gantang...Ibarat itik tak patuk, ayam tak sudu...


:)

Rashid said...

Arianni
salam
Ari, rasanya semua orang takut ‘kehilangan’ .. dan pasti pada mula kehilangan akan mengalir airmata. Bukan senang nak control macho bila kehilangan.. kan kan.. hehe

Itulah sebaiknya. Cinta pada Allah .. tenang .. damai ..

Rashid said...

Ila
salami la.. wah! lamanya kita tak borak kan ila .. almaklum.. PMT sibuk ..
Ila ‘jerintan di hati amat ‘kuat’, tangisan air mata tersembunyi.. saya rasa seakan-akan pernah ada ‘gurisan di hati’.. mungkin kenangan lalu ila? opss!!

haha!! saya sokong.. rejam je lelaki cam tu! bagi saya jadi tukang rejam okey juga .. biar kita sama-sama brutal ..

Rashid said...

Honeybunny
salam
ermmmmmmm … kuasa cinta bisa menggegar dunia ..
Ila saya teringat .. jangan berikan 100% hati kita pada sidia.. ruangkan 10% pada hati utk diri menerima segala kemungkinan..

ada orang, bila kehilangan.. selera makan makin naik.. hehe

Rashid said...

nard
Yup! diri bila dikuasai nafsu cinta segalanya pasti akan mudah hilang pertimbangan.. akal dah tak dapat fikir yang mana baik buruk dosa pahalanya ..

nard.. seriauuuuuu je bila ‘ada suara suruh buat itu ini..’

Rashid said...

ckLah
iyake? sampai gitu sekali ek ckLah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search