Followers

29 July 2010

Guru dibenarkan berpolitik satu tindakan berani kerajaan?


“1 Ogos, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG44 – DG48 dibenarkan berpolitik” – PM

 “Benarkan guru giat dalam politik akan berikan peluang mereka berkhidmat kepada rakyat” – Timbalan PM

"Terpulang kepada guru nak sokong mana-mana parti politik…” – Timbalan PM

Rasanya pengumuman Perdana Menteri dan Timbalannya berkenaan isu guru berijazah DG44 dan DG48 dibenarkan semula berpolitik ini amat memeranjatkan juga bagi aku. Maklumlah sekian lama, golongan guru ini terperuk menyembunyikan wajah ekoran larangan daripada terlibat dengan politik. Walau hakikatnya kebanyakan guru memang sudah lama terlibat dengan politik sama ada secara aktif mahupun tidak.

Namun guru-guru perlu ingat, kebenaran yang diberi adalah bersyarat iaitu mereka diwajibkan mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dulu sebelum boleh bergiat dalam politik.

Persoalannya mengapakah perlu meminta kebenaran bertulis? Berapa ramaikah guru akan berbuat sedemikian? Rasanya syarat ini pasti tidak akan dipersetujui kerana seolah-olah ada tapisan dan agen risikan di sebaliknya? Dan aku tahu, golongan guru penuh dengan pertanyaan dan persoalan. Pasti syarat ini akan turut menjadi isunya.



Aku tertarik dengan ingatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin:

 “ … pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah yang dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, supaya tidak membawa ideologi politik mereka ke dalam bilik darjah.”

Mengapakah ingatan ini diberi kepada guru? Adakah masih ada kebimbangan guru akan ‘sembang-sembang politik’ dengan pelajar sekaligus dibimbangi guru menyuntik ideologi politiknya kepada pelajar secara halus? Begitu tegakah guru untuk melibatkan pelajar dengan politik ikutannya? Terlalu fanatikkah golongan guru  ini?

Pada aku, kebenaran guru berpolitik ini sememangnya amat baik sekali. Ia satu tindakan sungguh berani kerajaan. Namun secara peribadinya, aku amat setuju sekali guru dibenarkan berpolitik. Ia sepatutnya dah lama diberikan. Guru adalah golongan profesional. Mereka sudah lama terdedah dan suka dengan perkembangan sejarah dan semasa politik, malah secara diam-diam (ada juga secara terbuka) sudah lama terlibat dengan jawatan dalam parti, baik parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Ini faktanya!

Guru-guru perlu ingat, mereka dibenarkan berpolitik dengan tujuan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat di luar waktu persekolahan. Ulang suara, di luar waktu persekolahan!  Sekali lagi, ia ada kaitan dengan sumbangan. Tapi kalau sekadar suara-suara menidakkan kerjabuat kerajaan, suara-suara membidas, merendah-rendahkan kerjabuat kerajaan rasanya baiklah direnungi semula akan erti ‘sumbangan’ kepada masyarakat.

p/s – Pengalaman sebelum ini, ramai juga pelajar yang bertanyakan soal politik dan suka ‘sembang-sembang politik’ dengan gurunya.

Sabar untuk mendengar  ‘suara-suara politik’ golongan guru ... moga ia akan bawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

8 comments:

blueCITY® said...

salam,

ada pro n kon
jangan pula nanti kalau yg sokong pembangkang di diskriminasi pulak. di tukarkan , sukar naik pangkat dan lain2 yg -ve.

semoga cikgu sentiasa dirahmati allah swt selalu. amin

makdara TERDIVA said...

salam cikgu rashid,

teringat dulu mase sekolah kat phg..sekolah ni mmg majoriti cikgu dr belah pantai timur yg obses dgn parti kaler hijau..

byk xtvt sekolah yg dibuat ade jer x kena..byk yg x boleh dr boleh..mcm dah sekolah agama plak..padahal sek kebangsaan biasa..

nnti kalau kerajaan dh bg lesen besar pd cikgu2 ni sume..habislah..

ryann said...

saya setuju tetapi mungkin sukar untuk tidak bercakap tentang politik di dlm kelas. kecualilah guru itu benar-benar boleh 'mengasingkannya'.

Rashid said...

bluecity
salam
ermm.. moga tidak sebegitu biru.. tapi kalau gitu juga alamak rasanya ramai yang akan mendiamkan diri..

terima kasih doa biru… Moga biru juga.

Rashid said...

makdara TERDIVA
salam
uiis iyake cam tu. Itu dah dikira tahap gaban melampau tu.. hehe.

Lesen besar perlukan hati yang besar juga.. kalau tak alamak susahlah..

Rashid said...

ryann
Iya. Saya rasapun. Nak tak nak akan terkeluar juga sikit-sikit. Maklumlah kalau dah kuat sangat ..

annfrendly said...

salam..
wah.. keputusan yang drastik ni... nanti perang politik di sekolah pulak.. macam mana?

Rashid said...

annfrendly
salam..
hehe. taklah. cikgu-cikgu semua rasanya dapat kawal emosi politik masing-masing.

Tapikan rasanya akan ada perang politik juga sikit-sikit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search