Followers

13 August 2010

Kita hanya ada satu jasad, satu roh dan satu nyawa


Malam tadi, semasa layari laman maya (jam 12.30 tengah malam), terbaca petikan dari Malaysians Unite For Road Safety (MUFORS). Mengikut MUFORS, Kadar kemalangan jalanraya di Malaysia semakin tinggi, iaitu purata 17 orang terbunuh setiap hari.  Faktor penyebab yang dirumuskan adalah tak lain tak bukan adalah kerana kecuaian dan sikap pemandu itu sendiri.

Aku cuba search di google dengan menaip perkataan kemalangan jalan raya. Hasilnya terdapat ‘345,000 results’ yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya.

Kemudian search pula Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) untuk melihat statistik kemalangan jalan raya.

Ku amat-amati statistik kemalangan yang tertera. Nampaknya saban tahun, jumlah kemalangan terus meningkat.  Mengikut statistik, sejak tahun 2000 hingga tahun 2009, jumlah kemalangan telah meningkat iaitu dari 250,429 kes (2000) telah meningkat kepada 397,194 kes (2009). Apa yang merisaukan, dari tahun 2000 – 2009, kadar kemalangan yang melibatkan kematian juga telah meningkat begitu tinggi sekali iaitu 6,035 (2000) telah meningkat kepada 6,527 (2008) dan 6,745 (2009).

Statistik kemalangan tahun 2010?

 kita hanya ada satu jasad, satu roh dan satu nyawa

Akupun tak tau. Saban hari, kes kemalangan jalan raya ada saja terpapar kat suratkhabar dan media TV. Boleh dikatakan setiap hari ada saja kes ini (sama seperti kes buang bayi, rogol dan dadah).

Rasanya setiap orang pasti pernah terserempak dengan kes-kes kemalangan jalan raya. Akupun tak terkecuali, selalu juga terserempak dengan kes kemalangan ini, baik yang melibatkan kereta, motor mahupun pejalan kaki.

Pernah satu ketika (tahun lepas), kejadian berlaku di depan mata aku, sebuah kereta melanggar motorsikal menyebabkan pemandu dan pembonceng motorsikal terlambung jatuh kat jalan raya. Aku yang sedang memandu perlahan sempat melihat bagaimana pemandu itu (lelaki) dalam keadaan terhuyung hayang dengan darah, bangun mendekati pembonceng (perempuan) yang tertiarap lesu … sedih aku melihatnya… pelbagai andaian timbul. Mungkinkah perempuan itu isterinya? Kekasihnya? Kakak atau adiknya? Apapun situasi yang berlaku di depan mata aku itu, situasi nilai kasih sayang itu hingga kini masih tergambar jelas sekali. Ia begitu memilukan hati.

Moga tahun 2010 ini, dalam bulan ramadhan dan menjelang hari raya nanti, kes kemalangan ini tidak selalu kita dengari dan bacanya. Ini kerana “Kita ini hanya ada satu jasad, satu roh dan satu nyawa … ” Ia amat berharga sekali.

p/s –. Kepada teman-teman alam maya, “Selamat berpuasa dan berterawih. Moga bulan ramadhan ini membawa keberkatan dan kemuliaan kepada kita semua”.

16 comments:

Hazzy Ishak said...

rasanya kes buang bayi sama meningkat dgn kes kemalangan jln raya.

harap2 raya tahun ni tak byk kes macam tu.

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

Salam Ramadhan moga sihat hendaknya. Kemalangan di Malaysia ini, bila tengok statistik makin meningkat takt pun ada. Entah mahu di kata apa.. kecuaikan kah atau mungkin sudah tiba masa entahlah wallahu'alam.. Apabila meninggal dlm kemalangan sayu sekali hati. Maiza setiap kali hendak memandu mesti baca ayat kursi dulu.. tawakkal pada Allah minta di jauhkan serta di lindungi. Kalau boleh kemalangan di depan mata pun tak mau tengok.. terasa lembut lutut ja.. nanti tak pasal-pasal tak boleh memandu.. :)

blueCITY® said...

salam cikgu,

saya pernah juga beberapa kali saksikan kemalangan maut, ngeri dan insaf. nak kena berhati2 memandu dan ingat org tersayang, ingat mak ayah yg perlukan kita...

selamat memperbanyakkan amalan dibulan mulia ini dan semoga diberkati Allah swt selalu. amin

maaf salah silap ku ya...

makdara TERDIVA said...

sedih plak baca N3 ni.. tsks!

baru jer td ada treller terbakar kat tol seafield

Noor said...

haritu masa praktikal dok kuaters guru sblh hospital teluk intan

setiap kali dengar bunyi ambulans hati berdebar2

adakah org yg tersayang dan yang dikenali terlibat?

annfrendly said...

errr...
cikgu saya takleh tengok orang yang eksiden.. darah pun takleh tengok..
ingat lagi dulu saya gi beraya kat kuala selangor, pastu ade eksiden tapi mangsa dah dibawa ambulans..
darah masih ada kat jalan raya.

Masa tu saya dalam kereta, kebetulan saya ternampak orang jirus sebaldi air untuk bersihkan kesan darah kat jalan raya..

Sampai aje kat rumah nenek sedara, saya dapat tahu mangsa eksiden tu rupanya dah meninggal ditempat kejadian. Kena langgar masa melintas jalan.

balik tu terus saya demam.. siap menyigau.. sampai sekarang fobia kalau dengar berita eksiden..

kekadang cara pemanduan yang berbahaya, pentingkan diri dan sikap kurang sabar yang menyebabkan eksiden...

Rashid said...

hazzy ishak
iya hazy. Kita doakan sama-sama k

Rashid said...

MaizaC’joe

w’kum ..
Maiza, memang ajal dah ketentuanNya.. Cuma prosesnya yang mendekatkan diri kita kepada kemalangan itu yang perlu kita semua cuba hati-hati dan hindarinya. Ia usaha ..
Doa yang maiza amalkan itu sungguh baik sekali ..

yup sayapun tak nak tengok. Bila terbaca bab-bab kemalangan j/raya.. saya tutup je mata bila terpandang gambar-gambar kemalangan.. ngeriiiiiiii ..

Rashid said...

bluecity
salam
Biru, bukan senang kita dapat tengok kemalangan depan mata.. ia beri hikmah pada kita.
Kita akan lebih berhati-hati ..

ermm.. moga kita sama-sama biru..

Rashid said...

makdara TERDIVA
owhhh treller terbakar? aduhai camana boleh sampai begitu sekali. Terbalik apa ..

Rashid said...

Noor
a’ahh sayapun. Bila dengar je bunyi siren terus rasa tak sedap hati .. dan sejak kebelakangan ini selalu je terserempak dengan ambulan. Kejar sana sini ..

Rashid said...

annfrendly

ann. saya tau.. ann ni miliki jiwa dan hati yang lembut. Cepat dan mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi bila berdepan dengan peristiwa sedih dan darah. Tentu tak lena dibuatnya.. tuuu sampai mengigau ..

Nampaknya ann kena jaga mata. Risau kut-kut terlihat lagi kemalangan depan mata.

Betul tu ann. Saya sering terserempak dengan si pemandunya memecut gilerr lajunya. Tak tau le apa yang dikejarnya..

annfrendly said...

isk.. saya mintak simpang sangat..
janganlah eksiden jadik depan mate..

selalu kalau kat jalan raya bila nampak lori himpit motor @ kereta ikut dekat2..
mesti saya doakan "ya allah selamatkanlah orang tu.. janganlah jadi ape2 kat dia" risau..

kalau jadi depan mate saya.. aje histeria dibuatnya..
isk.. memang takleh tengok.

cikgu takpe..
lelaki kan gagah, berani..tabah.. macho..hehehee

anggar berkawand said...

Bila kata merangkai dusta..
Bila langkah membekas lara…
Bila hati penuh prasangka…
Dan bila Ada langkah yang menoreh luka.Mohon bukakan pintu maaf…
MARHABAN YAA RAMADHAN...

SALAM BERKAWAND ....

Rashid said...

annfrendly
Iya ann. Saya doakan ann utk tak diberi kesempatan melihat kemalangan. Risau hysteria nanti. Tak lalu makan.. tidur termimpi-mimpi pula. Kan naya tu..

“cikgu takpe..
lelaki kan gagah, berani..tabah.. macho..hehehee”

HAHAHA!!! terima kasih ann. Lelakikan pelindung wanita so kalau lelaki juga 'semput' 'asyik mengigau' 'takut' 'hysteria' ngalahkan orang perempuan.. alamak!! abislah... tarak guna hidup!! heehe

Rashid said...

anggar berkawand
ermm.. suka baca. Ayat-ayat penuh makna..

ni tentu seorang pemuitis ni ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search