Followers

06 August 2010

Mengapa perlu marah dengan saman ekor?


Hari ini, semalam, kelmarin dan minggu-minggu yang lepas, isu saman ekor masih hangat diperkatakan. Rata-rata sesiapa yang kena saman menzahirkan rasa tak puas hati berkenaan kes saman ekor. Ada parti politik siap buat satu program khas,  ‘Program bertemu mangsa saman’ di hotel terkemuka. Sebagai permulaan ia akan diadakan di wilayah Persekutuan dan Selangor, kemudian di Melaka dan Negeri Sembilan. Kata penganjur, tujuannya adalah untuk memberi taklimat undang-undang Akta JPJ termasuk PDRM yang dikatakan ‘berlaku sedikit salah urus tadbir’(sekadar memetik kenyataan yang tersiar).

Aku hanya membaca penuh minat. Maklumlah aku juga mangsa saman ekor.  Opss mangsa? lain macam je bunyi perkataan ‘mangsa’. Baru-baru ini, aku telah terima surat saman dari Cawangan Trafik Bukit Aman yang mengatakan akan menyenaraihitamkan jika aku tak jelaskan bayaran saman. Pada mulanya terkejut juga aku dibuatnya. Maklumlah surat saman itu menyenaraikan 3 kesalahan yang telah aku lakukan. Dendanya tak banyak. Semuanya berjumlah  RM900.00. (RM300.00 untuk setiap satu kesalahan). Tertelan air liur walaupun tekak tak kering. hehe. 

Aku terkejut bukannya kerana tak boleh atau tak mau bayar saman tersebut. Cuma rasa sedikit terkilan kerana saman tersebut telah terkumpul sebegitu,  dan dipos kan setelah 3 kesalahan aku lakukan. Terfikir aku, lama benar proses nak maklumkan kesalahan traffic pada tuan punya kereta? Kesalahan hampir setahun yang lalu baru dimaklumkan hari ini?


Aku tertanya-tanya juga, mengapakah surat saman itu memakan masa yang lama untuk diposkan?
Tidak bolehkah surat saman itu terus dihantar apabila seseorang itu melakukan kesalahan kali pertama? Maaf! Aku bukannya pakar undang-undang. Tak tau cara dan proses hantar surat saman menyaman ekor ini. Bukan apa, sekurang-kurangnya bila terima saman pertama, seseorang itu boleh lebih berhati-hati. Aku bukannya tak nak bayar, cuma tak berapa setuju dengan kelewatan surat saman itu sampai di tangan!  

Sebenarnya isu saman ekor ini sudah menjadi isu hangat baik di mana-mana. Kat sekolah misalnya, rata-rata kebanyakan guru bila menyemak melalui sms, ada je saman ekornya. Biasalah kan semuanya macam tak berapa setuju dengan saman ekor ini. Semua pot pet pot pet nada marah. kan ini bahaya untuk masa depan negara?

Sehari dua ini, aku mula senyum bila terdengar berita PDRM dikatakan turut memberi cadangan agar kerajaan menetapkan kadar kompaun saman ekor yang mampu dibayar pesalah trafik. Ini berikutan pelbagai rungutan di kalangan orang ramai berhubung kadar saman itu.

Mungkinkah saman ekor ini akan dikurangkan dendanya? Aku senyum lagi bila terbaca berita,  Ketua Pemuda UMNO sendiri turut meluahkan rasa tak puas hati dengan saman ekor ini? wah nampaknya … ada persefahaman antara parti … 

Moga ada cara yang lebih baik lagi untuk mendidik pesalah jalan raya ini. Nah! aku salah seorang pesalahnya … tabik tuan!!  ampun tuan!!

p/s – tertanya-tanya pada diri sendiri, aku rasa akulah pemandu paling berhemat. Sentiasa cool pandu kereta sambil dengar lagu hindustan. Tapi rupanya kena saman ekor juga. hehe.

19 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

tak pernah marah dengan saman ekor......sebab bos yg bayar, hehehe! :)

Nur -al- Ain said...

heheee..saman ekor tak pernah kene lagi.. takyh kene la kan.mahal bebenor...baik g shopping ;)

Afida Anuar said...

CIkgu Rashid... kereta cikgu ada ekor rupanya.. sebab tu kene saman ekor..kehkehkeh..

eMMe said...

hahahaa...kenkadang kan nye sedang kereta yg kita pandu tu slow atau laju kan...

PinQib said...

lenkali berhati3 untuk elak kan saman. OKe.. banyak tu.. leh beli ps2 satu dh tu



Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

Blogging boleh dapat kanser?

Magibon, makhluk comel

MaizaC'Joe said...

salam

err... maiza geram sebab kena saman.. saman parking.. dah tak da tempat lain.. nak jumpa doktor klinik dh nak tutup trpaksa parking.. huhuhu... tengok2 kena saman.. ok terima kenyataan.. tp bila nak bayar kompaun.. check ja.. nah.. RM100 huh.. melanyang gaji sehari, dah xbleh kurang dah.. buat muka kesian minta kurangkan chargh kompaun pun xjadi.... sakit hati!! tak ada rezki..

MaizaC'Joe said...

salam

err... maiza geram sebab kena saman.. saman parking.. dah tak da tempat lain.. nak jumpa doktor klinik dh nak tutup trpaksa parking.. huhuhu... tengok2 kena saman.. ok terima kenyataan.. tp bila nak bayar kompaun.. check ja.. nah.. RM100 huh.. melanyang gaji sehari, dah xbleh kurang dah.. buat muka kesian minta kurangkan chargh kompaun pun xjadi.... sakit hati!! tak ada rezki..

DUN Behrang 2020 said...

Salam cikgu...

Tika dan saat ini sy belum menerima sebarang surat saman...mungkin ada dan spt yg dicatatkan mungkin belum tiba masa utk diposkan...

Hati bimbang bila rakan2 bercerita ttg saman yg mereka perolehi dan satu saranan rakan....boleh disemak di kaunter berhampiran...perlu ke kita yg tak tahu sama ada disaman atau tidak dan kita pula yang perlu semak di kaunter? Rasanya teknologi canggih telah lama tersedia...

Saya pun rasanya pemandu berhemah cam cgu gak...hahahaha!

Rashid said...

Ieda Al-Habsyi
ooooo okeylah cam tu. Kena saman je bagi bos bayar.. bestnya. Boleh bawa laju-laju.. hehe

Rashid said...

Nur al-ain
yup! betul tu ain. Bayangkan RM900 terbang gitu je. Kalau bawa shopping kan dah boleh beli bagai.. kalau ainlah RM900 tu rasanya dari pagi sampai petang duk shopping.. orang pompuan katakan.. kan kan ..

Rashid said...

Afida Anuar
haha!! mandai j eek.. dushhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (panjang tuu)

Rashid said...

eMMe
a’ahh tak taulah saya. Saya rasa masa mandu tu dah terlalu romantis dah.. cool.. tapi kena saman ekor juga. aduhai..

Rashid said...

PinQib
Iya terima kasih pinqib. Nampaknya lepas ni.. makin sentimental je le saya bawa kereta. Orang naik basikalpun boleh lintas kereta saya. hehe

Rashid said...

MaizaC’joe
salam
RM100 utk salah parking? adoii.. kaya le diorang tu.
Nasib baik gaji sehari. Kalau yang RM100 tu utk gaji 1 minggu? kan debar susah bukan main nak bayar tu.

Maiza, saman sekarang dah tak boleh kurang lagi kompaun. Itu yang ramai sedang hot ni.

Rashid said...

DUN Behrang 2020
salam
DUN. rata-rata mesti ada sangkut. sekurangnya satu.. kalau satupun takde maknanya memang DUN pemandu paling berhemah kat dunia. haha!!

Ada kawan .. semak sms takde kena saman tapi bila gi semak di kaunter.. tu dia ada 7 saman!!! terus naik darah tinggi dia. Demam ..

Idalara said...

Salam
Alhamdulillah masa drive dulu (wlupun sesekali jd minah rempit)tak penah pulak kena saman ekor ni...kalau kena mcm kwn Rashid mau demam gak.

annfrendly said...

sala..
lamanya tak lawat blog cikgu ni..

sampai rm900..
erkk... kalau saya dah pengsan...
rm900 tu boleh wat makan besar taw..
memang tak patut laa..
isk..

Rashid said...

Idalara
salam
minah rempit? ahaksssssss ..
Ni tentu kak ida pakai ilmu .. kena belajar ni..

Rashid said...

annfrendly
salam
itulah ann. hairan juga kerna rasanya dah terlalu sentimental saya bawa kereta .. tapi kena saman juga.

Makan besar? hehe ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search