Followers

31 August 2010

Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53


Sambutan kemerdekaan di sekolah tahun ini agak rancak juga walau ada sedikit kekangan budget. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk menimbulkan rasa kesedaran, keinsafan dan juga perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia di kalangan para pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah kibaran jalur gemilang, ceria kelas merdeka, melukis mural merdeka, sukaneka merdeka, sajak merdeka, peta minda merdeka, tayangan merdeka dan countdown merdeka.

Apa yang menarik juga kali ini ialah terdapat acara mengimbau zaman sebelum merdeka, iaitu upacara makan ubi kayu dan air kopi asli. Semua pelajar diberi makan ubi kayu yang dibaluti daun pisang dan air kopi asli. Tujuannya ialah untuk mereka merasai sedikit detik-detik jerit perih suasana sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Jom layan gambar yang sempat aku snap. 

zassssssss ...







Masak ubi kayu ..

Malam tadi.. sempat pergi asrama untuk Majlis kemuncak sambutan kemerdekaan bersama pelajar-pelajar asrama. Pelajar-pelajar Asrama dihidangkan dengan tayangan filem Merdeka, bacaan sajak  dan lagu-lagu merdeka Negara. 

Tepat jam 12.00 tengah malam, pengetua melaungkan laungan keramat negara, MERDEKA!! diikuti oleh semua pelajar. Kemudian diiringi lagu NegaraKu, Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang. Majlis disudahi dengan bacaan doa selamat.




Aku sengaja bagi idea agar sambutan countdown merdeka kali ini dibuat di dataran terbuka. Pelajar duduk rileks melihat tayangan Merdeka di dataran terbuka .. hehe. Nasib baik tak hujan walaupun cuaca nampaknya begitu jelas nak hujan. Ada rintik-rintik airnya.
 
p/s - Moga negara kita terus Merdeka selama-lamanya. Apa yang penting lagi, rakyat  harus dan terus berjiwa merdeka dengan iman sentiasa kuat terpahat di dada.


16 comments:

Mohd Ridwan said...

Maaf cekgu rashid, bukan yang ke-53 ke? mgkn ader typing error kat tajuk post nie... :'(

Mohd Ridwan said...

Maaf cekgu rashid, bukan yang ke-53 ke? mgkn ader typing error kat tajuk post nie... :'(

Cikgu Nurin said...

Waahhh ubi kayu dengan kopi...waduuhh...besh tuuhh...tapi ubi kayu sekarang pun dah masuk hotel,saya pernah bermalam di hotel di Kedah,antara sarapan pagi di hotel tersebut,ubi kayu rebus cecah kelapa parut,dan pulut ikan masin...eemmhhh...tak tengok yang lain dah...

eMMe said...

cikgu, bukan 43, 53 la cikgu....ayoo...ingatkan cikgu nak flashback punya story, hiks!

sweet-ladybird said...

cikgu, 43 ke 53 ek?

Nudi said...

Semoga Malaysia akan aman sampai bila-bila

AMIN

Marzalina said...

selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 53 yer..semoga kita sentiasa menghayati apa itu erti kemerdekaan =)

Rashid said...

Mohd Ridwan
Alamak!! adoiii.. Typing error le. Cepat sangat jari jemari tangan bergerak…tak tengok keyboard. Tak perasan .. terima kasih kerana bagitau saya wan.

Rashid said...

Cikgu Nurin
ubikayu rebus cecah kelapa parut sama ikan masin?.. gulppp!! sedap tu.. kena dengan kopi panas. Makan masa hujan turun dengan lebatnya…

Rashid said...

eMMe
a’ahh saya tersalah taip le. No tu duk sebelah menyebelah. Masa taip tu tak perasaan pula... Memang ke-53.
Terima kasih eMME. Saya dah betulkan.

Rashid said...

Sweet ladybird
yup!! 53 .. SORRY dan terima kasih kerana prihatin..

Rashid said...

Nudi
Jom kita doakan sama-sama. Malaysia aman, indah dan permai ..

Mohd Ridwan said...

hehehe... sama la sini.. kekadang nak cepat, tgh syok layan blog. tak perasaan ade typing error... btw baru nak aktive semula. harap dapat beri tunjuk ajar ea cekgu... :P

Sophie Al-yahya said...

meriahnya sambutan kat sekolah cikgu..
sy dah lama x sambut merdeka..
dah kurang rasa meriahnye..dulu banyak kereta pasang bendera tp skrg susah nk nampak..

*sedih*

Rashid said...

Mohd Ridwan

Iya wan. Itu tanda kita ini insan yang terlalu kecil disisiNya.


tunjuk ajar? hehe.. apa nak diajar tu wan? adoii..

Rashid said...

sophie

betul tu sophie. tahun ni rasanya makin kurang meriahle. Cuma kat sini saya cuba meriahkan juga ngan aktiviti-aktiviti. Syukurlah pelajar semuanya ada semangat..

sophie pastikan ada bendera kat meja sophie k..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search