Followers

20 August 2010

Sekejap berpeluk mesra sekejap menjauhi diri



Terus terang aku agak risau dan sedikit muak melihat keadaan politik negara semasa. Maaf cakap, rasanya terlalu banyak sandiwara dari kisah benarnya. Terlalu ikut emosi dari mencari rasionalnya. Gelodak nafsu amarah dan tak seia sekata buatkan semua perkara yang tak sealiran fikirnya adalah tak betul. Sini keluarkan idea sana pula bangkangnya. Sana keluarkan gagasan sini pula perolok-olokkannya. Semua serba tak kena. Semuanya dianggap hanya ada kepentingan. Sekadar sandiwara politik.

Aku keliru. Aku rasa mungkin juga teman-teman juga ada yang keliru. Banyak kes dilihat sekadar ‘bahan lawak’. Sekejap berjabat tangan sekejap menuding jari. Sekejap berpeluk mesra sekejap menjauhi diri. Sekejap lemparkan senyuman sekejap lontarkan ‘peluru’. Mengapakah semua ini harus terjadi di kala realiti semasa kini yang semakin goyah, yang semakin kacau, yang sepatutnya sama-sama mencari jalan penyelesaianya?.

Begitu tegakah kita untuk tegakkan sesuatu demi kepentingan diri daripada fikirkan kepentingan bersama? Banyak lagi isu besar daripada sekadar berhujah menidakkan segala-galanya. Mungkinkah ini gara-gara semuanya melihat sesuatu itu ada ‘udang di sebaliknya’. Masing-masing ada kepentingan membesarkan perut?

Hari ini, aku terbaca lagi kisah sana-sini. Kisah ketidaksepakatan parti. Kisah drama dan sandiwara…



Tertarik dengan kata-kata Abdul Jalil Ali dalam bicara sinisnya:

“Mungkin kita terlalu banyak drama dan sandiwara, sehingga semua pelakon dan penonton terlupa pada perkara lebih besar yang berlaku di hadapan mata setiap detik … “

p/s - risau jika semakin hari gara-gara terlalu banyak drama dan sandiwara, orang ramai mulai melihat sesuatu ‘kisah benar’ itu hanya sekadar cerita rekaan dan picisan semata-mata.

14 comments:

LiNda said...

Salam Rashid ..

Begitulah senario sekarang . Sangat memualkan .

Idalara said...

Dunia politik penuh dengan sandiwara..kita sekadar pemerhati yg bertambah pening kerana tak faham sandiwara mereka..

mudah2an Allah permudahkan urusan kita dunia dn akhirat

Bapak said...

Berdasarkan pengalaman Bapak yang singkat mengajar jika kita bukan atau tidak berniat jadi ahli politik profesional, elok jgn ambik serius sgt kerenah orang-orang politik tempatan ni.

Banyak kali Bapak lihat dengan mata kepala sendiri di depan khalayak mereka bergaduh bagai nak rak mempertahankan prinsip, di belakang mereka boleh duduk makan semeja sambil bergelak ketawa.

Sedangkan rakyat jelata yang menjadi pengikut taksub mereka berperang dan bermusuh sesama sendiri mempertahankan politikus berkenaan. Permusuhan itu hinggakan ada yang sampai ke mati...

Pendek kata, cukuplah sekadar kita jalankan tanggungjawab kita memilih wakil rakyat terbaik semasa pilihan raya...

annfrendly said...

salam...
erm.. betul.. banyak sangat sandiwara semasa.. kalah drama tamil..
sampai orang ramai dah naik bosan dan jelak..
kalaulah kita bole bersatu padu tanpa drama.. pasti lebih aman..

saya pulak cuma risau masa depan negara.. keistimewaan melayu pulak asik dipersoalkan..

akuzle said...

salam komen...

kalo dops, bukae namonyo politik... supo kak pah nge tuk ti tuhlaa... turun mahkamah naik mahkamah, akhirnyer berpelukan jua....waste of money n time!!

Rashid said...

Linda
salam Linda manisss ..
Mual? .. pssttt kena makan asam tu.. hehe

Rashid said...

Idalara
Teringat .. dalam politik semuanya bisa berlaku. Sahabat menjadi musuh dan sebaliknya.. musuh boleh menjadi kawan. Masing-masing ada kecurigaan ..

Rashid said...

Bapak
Benar tu bapak. Mereka gaduh gaduh dalam berkata-kata...berhujah.. kemudian berpeluk, minum-minum, gelak-gelak ( dalam hati mereka tak siapa tau??? )

Pelakon biasanya beri kesan kepada penonton. Penonton teruja terpengaruh dan akibatnya berlakulah gaduh-gaduh bermasam muka dalam keluarga berlainan fahaman…

Rashid said...

annfrendly
hehe. filem tamil? (lama saya tak tengok.. rindu pula ..)
Betul tu ann. Masing-masing bila ada agenda maka perkara lain sanggup diketepikan. Tak peduli apa bakal terjadi.

Perlukah kita senyum bila tengok pemimpin senyum bila bersua antara mereka?. Senyum juga bila pemimpin saling hentam menghentam sesama mereka. Makin senyum bila pecahnya rahsia besar sesama mereka kerana dibuka oleh sesama mereka sendiri.. Senyum lagi bila ada antaranya di penjara kerana ‘pelukan’ mesra yang pernah berlangsung antara mereka …

PinQib said...

dunia politik U--O jer. P-S tak macam tu... AMIN..insyaALLAH


Latest entry:
Jemputan Pink belog
Kambing untuk dijual!

blueCITY® said...

salam cikgu,

dunia politaik? yg penuh dengan hipokrasi dan tipu daya
kalau kuasa dan wang yang jadi sasaran bukan tanggungjawab...
bukan salah politik, kerana politik dan islam seiring tapi salah orang yg dalam politik itu yg mengotorkan nya...

takbir!!!

Rashid said...

PinQib

ermmmm .. iyake macam tu???
Moga kedua-dua membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

Rashid said...

BlueCity
Iya biru. Jika yang dijunjung ialah Kuasa dan wang,maka rakyat jugaah yang akan keciciran..

Islam dan politik memang seiring..

kakLuna said...

sandiwara atau realiti, rakyat juga yang memilih mereka. jadi buatlah pilihan yang bijak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search