Petang - beli majalah Al-Islam keluaran Oktober. Terasa sayu hati apabila baca kisah budak-budak Palestin.
Kisah ini diceritakan oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik yang pergi ke sana awal ramadhan lalu.
“Kami melihat 2 orang pesakit Palestin yang datang mendapatkan rawatan di tempat kami. Kedua-duanya kudung kaki akibat terkena serangan bom. Pun begitu mereka masih mampu mengukir senyuman tanpa menunjukkan kepedihan dan keperitan. Mereka tabah. Masih boleh bergurau senda dan mengacau rakan-rakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku!”
“Di sana, kami perhatikan rakyat Palestin tidak pernah putus asa. Dikatakan, mereka hanya dibenarkan keluar memancing hanya sejauh 3 kilometer dari pantai. Puas kami fikir, ikan apalah sangat yang ada di sepanjang 3 km itu. Airnya juga cetek!”
“Sekalipun mereka hidup serba kekurangan tapi tidak sampai terdesak untuk melakukan jenayah, mencuri bagai. Pernah satu ketika, seorang wartawan Inggeris sengaja meninggalkan wang di atas meja makan di sebuah restoran yang mempunyai ramai pelanggan. Seorang lagi rakannya sedia merakam aksi yang mungkin berlaku ke atas wang tersebut. Mereka ingin melihat sejauh manakah terdesaknya rakyat Palestin. Ternyata kerja mereka sia-sia kerana beberapa jam menunggu tapi tiada seorangpun yang mengambil wang tersebut apalagi mencurinya. Itulah kehebatan…”
>>>>>>>>
Begitulah negara orang. Kehidupan harian yang perit yang entah bila akan berkesudahan.
Setiap hari telinga mendengar dentuman …
Tangisan dan esakan …
Kepungan dan penjajahan durjana …
Sekatan bekalan dan sempadan …
Tiadanya nilai kemanusiaan …
Kediaman yang teruk …
Serpihan-serpihan dari runtuhnya bangunan …
dikumpul, dibangunkan semula …
Tikanya runtuh lagi …
kita dan negara kita?