Followers

26 September 2010

Aku menangis kerana tidak dapat lakukan solat lagi …


Masa rehat - Aku capai sebuah buku karya Imam Al-Ghazali, Penenang Jiwa terjemahan dari kitab Mukashafah Al-Qulub.

Baca-baca, tertarik dengan satu petikan. Abu Ali Ad Daqaqi berkata:

Aku datang menjenguk lelaki soleh sedang sakit. Dia dikerumuni murid-muridnya. Dia memang seorang guru yang warak. Ketika itu dia kelihatan menangis padahal umurnya sudahpun lanjut. Maka aku tanya dia:

“Wahai syeikh, apakah engkau menangis kerana dunia ini?”

Syeikh itu menjawab, “Bukan. Aku menangis kerana aku tidak dapat melakukan solat lagi… kerana ini hari terakhir bagiku. Padahal aku sujud dalam keadaan lalai. Aku angkat kepalaku pun dalam keadaan lalai. Jangan-jangan aku mati dalam keadaan lalai juga.


Kemudian dengan nafas terputus-putus dia membacakan syair:

Kufikirkan hari perhimpunan dan kiamat.
Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara.
Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya.
Tubuhku tergadai dengan tanah liat.
Kurenungkan panjang dan lebarnya hisab.
Juga hinanya makamku waktu diberi kitab.
Namun harapanku kepada Engkau.
Wahai Tuhanku.
Wahai Penciptaku.
Engkau ampuni kesalahanku.

>>>>>>>>

Aku merenung diri sekejap. Berfikir …

Memang kita selalu solat. Cuma adakalanya kita terlambat dan adakalanya kita melambatkan waktu sedikit apabila kita dikekangi masa dengan sesuatu perkara. Itulah hakikatnya.

Keadaan ini mungkin kerana kita tidak rasa terlalu terdesak dan risau kerana melambatkan solat. Kita tidak terfikir apa akan terjadi seandainya kita tidak sempat dan bisa mengerjakan solat lagi. Kita tidak terfikir akan kesempatan yang diberi olehNya untuk menikmati solat merupakan masa yang amat tinggi nilainya.

Ya Allah aku masih terlalu jauh dariMu … dekatkan diri dan hatiku padaMu …


18 comments:

LiNda said...

Salam Rashid..

Saya datang ziarah .

HonEyBuNNy said...

salam cikgu..alamak..baca entry neh insaf la....xsolat isyak lagi...lambat...lalai sungguh ila neh....

Marzalina said...

memang benar...kita menuanaikan solat tapi kadang2 kita melengah2kan solat..dan adakalanya solat dgn lalai...hati tak bg tumpuan dan tak khusyuk...kalau 100% pahala solat..ditolak2 dgn yg lalai tu..berapa peratus sgt yg akan kita dpt...tapi, yg pentingnya ada usaha utk meningkatkan taraf solat kita..mudah2an Allah terima semua amalan. saya selalu terfikir...kalau masa muda ni ramai yg tak beratkan akan solat..nanti bila dah tua..tak ada daya pula utk buat amal ibadat..masa muda nilah kita nak kumpul semua pahala beribadat..bila dah tua dan sakit..atau terlantar sakit..tentunya payah utk buat semua tu kan?

Whitetulip Tales said...

salam cikgu..lama x jenguk blog ne..dah banyak berubah..post entry sangat menarik. Semoga kita semua sempat solat sebelum pergi berjumpa Azza wajalla..amin..

p/s salam Aidilfitri..maaf zahir & batin!

Idalara said...

salam cikgu Rashid
terlalu bnyk kekurangan diri,terlalu banyak lalai dan silap....insaf bila membaca kisah ini...

Rashid said...

Linda
salam Linda .. uiss datang tak maklum awal-awal. kalau tak boleh masak special ..

Rashid said...

HoneyBunny
hah! cepat solat ila!! ishh ishh dah jam 12.13 tengah malam tu

Rashid said...

Marzalina
Tentang % tu yang sangat merisaukan intan .. apa taknya kita ni sering lalai dan lena ..
Itulah bila dah tua-tua sakit sana sini.. kan susah nak beramal ..

Moga amalan kita sentiasa diterimaNya..

Rashid said...

Whitetulip Tales
Iya moga kita sentiasa dalam laluanNya ..

Rashid said...

Idalara
Kak ida, kita ini insan yang bermusafir sementara.

LadyBird said...

cikgu.. :( kenapa lady rs hati lady jadi keras..

sukarnye nak menjadi muslimah sejati.. terllau byk cbrn dn dugaan yg diterima.. kdg2 terleka tntg hakikat kita sbg hamba :( sob sob sob

annfrendly said...

salam..
betul..saya pun selalu terlalai dan leka dengan keduniaan.. sepatutnya solat kena dahulu kan.

betul cakap cikgu tu..
Takut..kalau segala nikmat yang ada ni ditarik oleh NYA.. tak dapat menikmati solat macam biasa..
maklumlah.. kita tak tahu masa depan tu macam mana kan..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice n3 terimakasih kerana kongsi

Rashid said...

LadyBird
lady .. lembutkan ia dengan sirami air solat..
yup memang sukar.. apapun kita berusaha terus k lady .. moga kita diberi hidayah olehNya

Rashid said...

annfrendly
salam..
Itulah ann. Kita sekarang terlalu sibuk dengan keduniaan. Risau seandainya kesibukan itu buatkan kita terlalai.. dan hanya sedarinya bila kita dah mulai tak kuat..

Rashid said...

brutalsolo
okey.. sama-sama ..

cinta said...

salam~

Boleh saya tahu, Dimanakah sy bOleh dapatkan Buku tersebut "Penenang Jiwa"(Mukashafah Al-Qulub)???

Saya seperti berminat sgt2 nak beli & baca..

Terima aksih.. :)

Rashid said...

cinta

salam
ermm .. susah nak bagitau kat kedai mana. Saya beli dari jurujual yang datang sek..

Apapun penerbit kat buku tu Wholesale-Mart.
Memang bagus amat buku ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search