Followers

20 September 2010

Pejamkan mata. Biarkan hati berbicara ...



Buka yahoo! messenger  (lama aku tak buka… ). Terus bersapa. Berbual dan bergurau dengan seorang sahabat.  Usik-usik. Kemudian diajunya aku ngan persoalan tanpa henti ... 

cintasufi: "maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu”. Pernah dengar tak?
Sahabat: kata-kata itu sungguh indah ..
cintasufi: iyakan. Sungguh indah jika hati kita hadir padaNya.

>>>>>>>> 

cintasufi:  saya teringat ada satu bait kata dalam filem Indonesia,  “Cinta.. ia tak sama dengan perasaan ingin memiliki"
Sahabat: rashid, apa guna bercinta jika tak ingin memiliki?
cintasufi: iya. kadangkala ada orang hanya ingin memiliki ... sedangkan cinta … kadangkala juga terpaksa memberi ..

Sahabat: kenapa mesti kita saja yang kena berkorban rashid? kenapa tak orang lain?
cintasufi: kerna kita seadanya. Ia hadir pada hati dan diri .. bukan kita pinta.. apatah lagi nak tolaknya.

Sahabat: rashid, adakah kita tak berhak untuk rasa gembira?
cintasufi: memberi kadangkala lebih buatkan kita rasa gembira tapi hati kita selalu ingin memenangikan?

Sahabat: gembira ke rashid jika lihat orang yang rashid sayang dengan orang lain?
cintasufi: tentu menangis ..

Sahabat: kita tak berhak sesekali fikirkan tentang diri kita sendiri?
cintasufi: kita berhak ..

Sahabat:  sekali dalam seumur hidup, biar orang lain pula yang berkorban. Tak boleh ke rashid?
cintasufi: hmm hmm ..

Sahabat: Bagaimana jika diri ini terlalu inginkan seseorang  ..?
cintasufi: Pejam mata.. biarkan hati berbicara.. kemudian kita terimanya. Sama ada kita nak berlari dan kejarnya atau kita terus melangkah tenang dengan senyuman. Sekali sekala kita menjeling padanya..

Sahabat: sukarnya..
cintasufi: iya memang sukar. Ini kerana kita ada perasaan. Perasaan rindu. Cinta teramat. Kadang tu kita menangis kerana dia. Kala sepipun kita menangis... kala rindu lagi kita menangis…

Sahabat:  rashid selalu katakan apa yang saya tak terucap. Cinta tu kadangkala datang sekali saja seumur hidup. kan rashid?
cintasufi: InsyaAllah cinta itu pasti akan hadir. Masa dan tikanya. Ia tiada noktah ..

30 comments:

Anonymous said...

terlalu bermakna bait dialog diatas..

tp kannnn..saya kalau pejam mata jer mesti lena ..huhu!

Marzalina said...

kalau berbicara soal cinta..pasti lidah kelu..kerna cinta sebenarnya bagaikan mistik...

adakalanya bila kita kejar cinta tu..ia akan lari jauh...bila kita biarkan..tiba2 ia datang menyapa...
cinta sebenarnya adalah aneh! sukar utk dimengertikan...

Hana Nasir said...

kasihan ye rashid.. bila diserang dengan pelbagai soalan :)

Rashid said...

makdara TERDIVA
MDT.. kita sama. pejam je mata terus terbang tinggi-tinggi dan jauh

Rashid said...

Marzalina
cinta mistik? wow! hebat tu intan.
Tapi saya percaya ramai orang mudah terkelu lidah tak terkata bila berdepan dengan orang yang disukai.. tanpa disedari..

Intan, tertanya juga perlukah kita kejar cinta? atau biarkan cinta itu hadir sendirinya.. dr fadzilah kata kita perlu kejar juga ..

Rashid said...

hana
a’ahh hana. rasanya hana kenal bangat sahabat kita tu.. ia juga sahabat hana.. terlalu dekat ngan hana ..

DUN Behrang 2020 said...

Tetiba jer rasa nk pejamkan mata menjelang tgh hari ni...

ILA HonEyBuNNy said...

cikgu cinta...he2...cinta kadang2 membuatkan hati seseorang bersedih...kerana cinta hidup merana...cintailah Alah sblm mengejar cinta manusia...ila dah malas fikir soal cinta....skrg masa untuk hargai diri sendiri~~~..he2...(out of topic n apa ila merepek pun xtahu la)...heheh

annfrendly said...

salam..
cikgu...
selamat hari raya...
maaf jika saya ada terkasar bahasa dengan cikgu ya..

sedihnya perbualan cikgu dan sahabat..
saya rasa cikgu mesti pernah melalui sesuatu pengalaman yang menyedihkan..
erm.. baca entri cikgu ni..
tetiba aja saya teringat apa yang kawan saya selalu cakap kat saya..
dia cakap.. 'bercinta tak semestinya memiliki'.
dia percaya tu.. sebabnya dia bercinta dengan orang lain.. tapi nak bertunang dengan orang lain... sabtu ni kawan saya tu nak bertunang.. dan bf lama dia tak tahu pun.. dan dorang masih lagi contact..dan bakal tunang dia tak tahu menahu yang dia masih berhubung dengan bf lama...(banyak pula 'dan'..hehhe. bila saya tanya.. sayang ke tak bakal tunang..
dia jawab "entahla.. dah jodoh.. aku terima aja"

eMMe said...

cikgu Rashid arif yea tentang Cinta?

** SaLLy ** said...

kadang2 cinta juga memerlukan pengorbanan untuk insan yg benar2 kita syg & cintai..lg2 jika kita bukan pilihan keluarganya dan insan lain adalah pilihan keluarganya..tegarkan kita utk memisahkan ikatan kekeluargaan itu? tegarkah kita utk khianati cinta itu? tegarkah kita utk meneruskan perhubungan itu tanpa restu yg blm pasti mendapat KeredhaanNya~

MaizaC'Joe said...

Salam

ish.. bait kata2 tue.. mcm berputus asa ja.. :) Pada Maiza.. Cinta itu ada tapi kadang kala begitu sukar nak di luah ungkapkan. Kadang kala bila berbicara dengan 'Dia' kita dapat rasakan ya itulah Dia.. tapi ada yang cukup sukar.. tapi seperti biasa pelan-pelan.. ‎"CINTA adalah MATEMATIK.. maka yg mencintai kita akaN MENDARABKAN kebahagiaan smpai x terhingga.. MEMBAHAGI kesedihan hingga x bererti.. MENAMBAH keyakinan hingga utuh.. MENGURANG keraguan hingga habis..

Ibrahim an-Nakh'iy berkata: "Bukti adanya cinta terlihat dari diri orang menyintai, walau lidahnya tidak berbicara."

pssstt... tak sempurna menyintai sapa tue.. hehe

MaizaC'Joe said...

oppss.. lupa2.. Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin.. ampun maaf di pinta jika ada terlajak gurau senda.. hehe.. bergurau dl baru minta maaf.. maaf ya.. agak lama Maiza tak singgah sini. Terlalu sibuk dng kerjaya menukarkan maiza duduk mengadap lappy mlm2 hehe.. mlm ni cuba jg merangkak singgah sana sini.. ziarah rakan2 blogger..

tak buat open house ka?

Rashid said...

DUN Behrang
hehe.. pejam mata bukan sebarang pejam tuu DUN..

Rashid said...

HoneyBunny
cikgu cinta??? hah!!! mandaiiiiiiiii je ila ni
ila naper malas nak fikir. cinta perlu tau.. kerna dengannya kekuatan akan hadir. seseorang itu akan rasa gagah bila melangkah ..

ehemm ehemm macam pernah alami kekecewaan yang masih tak terubat je tu ila…

Rashid said...

annfrendly
salam ann
okey.. ann tak pernah ada salah ..

ann bualan saya ngan sahabat tu spontan je.. takde kena mengena tau.. (uhukk uhukkk)

yup! kita semua hanya merancang ann. Dan selalunya bila merancang pasti semuanya yang indah-indah. kalau boleh nak terbang ke sana sini.. akhirnya terpaksa terima kenyataan..

alaa kasihannya kat kawan ann tu. Tentu dia dalam dilemma. TApi nampaknya ia bijak kerana berpijak di alam nyata. Terima apa yang hadir di depannya.

Kita selalu dengar dan baca.. malah ada juga kisah .. bercinta ngan si A bertunang ngan si B dan berkawen ngan si C. Malah ada cinta bagai rak.. kawen seminggu putus pula. susahkan ann.

Rashid said...

eMMe
takde le eMMe .. sekadar berkongsi pandangan ngan sahabat je.

Rashid said...

Sally
Betul tu sally. Bercinta perlu restu keluarga.. restu ibu ayah. Selagi tak de restu jangan ikatkan ia kerana pasti ada keresahan dalam melayarinya kelak.

Rashid said...

MaizaC’joe
salam
cinta adalah matematik? ermmm… bertuah le orang yang pakar matematik kan maiza. hehe.

suka ngan kata-kata ibrahim tu.. benar, cinta tak semestinya lahir dari kata-kata. Ia terzahir dari diri orang yang mencintai .. Cuma jika keduanya saling terzahir lagi baguskan maiza .. Cuma biar ia wujud dari keikhlasan dan kejujuran ..

psstttt …

Rashid said...

Maiza
sama-sama maiza.. salam aidilfitri juga.. kita 0-0 k ..
takper. Biasalah kan maiza. kadang-kala kita free, kadangkala dihambat kesibukan teramat..

open house? ada juga.. tapi banyak pergi open house kat rumah keluarga dan teman-teman lain. jemputan sana-sini. hehe.

Myalycia said...

salam.. timakasih pollo blog alycia.. alycia pollo jugak yer ;)

Yuni Aisyah said...

suka ayat ini.."Pejam mata.. biarkan hati berbicara.. kemudian kita terimanya. Sama ada kita nak berlari dan kejarnya atau kita terus melangkah tenang dengan senyuman. Sekali sekala kita menjeling padanya.."

yer sy setuju..x semestinya cinta yg kita ingginkan akn menjadi milik kita..

annfrendly said...

cikgu..
apa kabar? saya ingat cikgu dah update.. rupanya belum lagi..

harinilah kawan saya tu bertunang..
saya tak pergi pun..errmm.. memang susah kalau jadi macamtu kan..
saya pun risau.. pelik sebab dia pun tergesa2 padahal umur pun sebaya saya.. apalah nak dikerjarkan.. baik cari duit bebanyak dulu kan..
ish.. manusia ni pelik2 lah.. macam2 perangai.. susah nak faham..
saya dah kawan dengan dia dari form 2 pun tak faham dia..

TrahAssan said...

salam . trah baru dapat BW blogger lain hari ni . huhu .

btw , satu huraian tentang CINTA yang sangat mendalam :) seronok bila baca . huhu ,.

LadyBird said...

Cikgu, mampukah kita alihkan cinta kita pada org lain? Adilkah untuk dia?

Rashid said...

Alicia

okey Alicia.. terima kasih. saya tengok pic .. penuh warna-warni. Ada gaya tersendiri. Candid yang cantik ..

Rashid said...

Yuni Aisyah
yup betul tu yuni. Moga kita akan dapat yang terbaik. Jangan risau.. jodoh sedang menjeling manja.

Rashid said...

annfrendly
saya baik je ann. Maaf.. ada kesibukan sikit ..

ann takper. Biarkanlah. Mungkin itu adalah keputusan yang terbaik baginya. Kita doakan agar kawan ann itu akan ikat tali kebahagiaan tak lama lagi.

psstttt ann.. ann pun dah boleh ikat tau… bagitau eric tu. Jangan lama-lama nanti terlepas. Ada jelingan mata dari seseorang. hehe

Rashid said...

Trah wann
hmm hmm.. terima kasih trah. Sekadar berkongsi pandangan ngan sahabat tu je..

Rashid said...

Ladybird
ermmmmmm …. rasanya mampu jika itulah yang terbaik dan sudah ketentuanNya..
Adil dan segalanya sebenarnya hanya kita yang menilai. Paling penting semua akhirnya akan mendapat sesuatu dalam hidup ini.. dan juga akan terlepas akan sesuatu ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search