Followers

18 September 2010

Pernah dengar orang gila bercakap? jom kita dengar …


Malam semalam aku singgah satu kedai makan. Ramai juga orang tengah makan masa tu. Semasa duk tengah makan, aku terdengar suara seorang lelaki di belakang aku sedang bercakap sesuatu. Aku ingatkan dia duk cakap dengan aku … so aku pusing belakang sikit. Nak juga aku borak. Maklumlah aku inikan mesra alam.

Tapi sebelum sempat aku buka mulut, aku tengok dirinya semacam je. Rupanya orang tu orang gila. haha!! Nasib baik aku tak layan borak dengannya. adoiiii…ishh kalau tak…

Sambil makan nasi paprik, aku pasang telinga. Cuba dengar apa yang dicakapkan oleh orang gila tu. Bukan apa. Saja jeeee...  rasa ingin tau …

Berikut antara isi percakapan orang gila tersebut yang aku masih ingat. Dia bercakap slow dan steady je. Mukanya serius. Macam orang tua-tua lama - ‘non stop’.  Senyum aku mendengarnya. Nak gelakpun ada.

 Gambar ini sekadar hiasan ..

Jom kita dengar ..

“Sape tak hisap rokok abis sebungkus malam ni aku nak kutip tampar” (mukanya serius je)
“Hoi budak ni… nanti mati pula le rakyat aku ni” (ada seorang budak kecil berlari di depannya)

“ishh..  buah durian aku tak boleh sebutir habuk”
“Main dengan motor loni sakit kepala aku.. aku nak buat motor dengan kayu”
“Dikir barat malam ni.. main wau pun malam ni” (ketawa aku, adake main wau malam-malam?)

“Sorang sorang duk sengih budak tu” (sambil tunjuk pada seorang pakcik tua)
“Nyanye (kasihan) rakyat loni.. mahal make kedai ni”
“Malas gi Kota Bharu malam ni.. air milopun lambat” (dia asyik duk minta air milo je dari tuan kedai tapi tak dilayan)

“Minum belaka.. makan belaka.. esok lapar belaka”
“Aku dulu keturunan raja. tuuuuu gambar tuuu (Ditunjuknya gambar kopi janda. hehe)
“Jangan duk belaga le jantan betina malam ni”
“Zainal Abidin nak lipat seluar.. orang asli..” (lalu dilipatnya kaki seluar. Mungkin dia peminat Zainal Abidin, penyanyi tu. hehe.

“Adik aku ni.. aku nak sekolah dia nak sekolah”
“Mari le nak badi gagah dengan aku..”

>>>>>>>>

Aku senyum. Aku tengok tuan kedai dan beberapa orang yang sedang makanpun duk senyum juga. Kemudian apabila tuan kedai bangun untuk pasang tv.. orang gila tu terus bersuara kuat.

“Pise (pisang) blue jangan duk pasang .. pise blue jangan duk pasang..” 

'uisss dah mula mencarut le tu'. Aku terus bangun. Bayar dan beredar.

Dalam hati … “Nak buat camana. Lelaki tu memang betul-betul gila. Orang gila macam ni tak le bahaya sangat. Bagi aku orang gila yang bahaya ialah orang gila yang tak gila tapi boleh menjadi gila yang betul-betul gila…”

24 comments:

chentaMAYA said...

uihs! haha. klako. kalo aq ade skali kat ctu mmg klako!~

kakLuna said...

aduh..mmg ketawa baca skrip org gila tu..aritu kat stesen bas sg petani pun ada org gila..sekejap2 bersilat...sekejap2 gaya mcm sembahyang (di tengah2 'dek' bas tu,tapi x penah pula dilanggar bas)..tp kebanyakan nya dia tabik2 pd org yg lalu lalang dan senyum2. makin ditengok makin banyak langkah silatnya. tapi tak mengganggu org la..tapi menghiburkan

makdara TERDIVA said...

salam cikgu rashid,

yg siuman tapi sebenarnya gila lagi ramai..tu yg paling byk dlm masyarakat kita..nak buat macamane mgkn sbb byk sgt pikir masalah negara yg tak selesai2..hehe..semoga anak cucu kita terhindar dari penyakit2 kegilaan sebegini..

chekgu Moe said...

kelakar....dia cakap ape yang terlintas didepan mata...

Afida Anuar said...

Salam cikgu...hehe..melayan cakap orang gila ya cikgu...

cuma saya kesian kat dia, nak air milo, tapi tuan kedai tu tak layan...

kat kampung saya ni, ada satu kedai makan. Sering disinggah oleh seorang orang gila ni. Tuan kedai tu, nampak je orang gila ni, terus dilayannya macam orang biasa. Di bagi makan minum. Ya Allah baiknya hati tuan kedai tu.... dan Alhamdulillah, Allah bagi dia murah rezeki dan senang. Ayah saya cakap berkat sebab dia selalu kasi orang gila makan..waAllahualam..

HonEyBuNNy said...

salam cikgu...banyaknya cikgu ingat kata2 org gila tu....he2....ish...ila tak faham la apa dia kata....yg nak tergelak wau tu jugak...he2

Sophie Al-yahya said...

hurm..kesian dia.entah apa yang menjadikan die gila. Kalau gila tapi tak membahayakan orang lain takpe.

nurayunni said...

mcm2 org gile nie kan..
makin dilayan makin menjadi plak kdg2 tue...

N SuZiEaNnA.. said...

slm
mcm btol je ader kturunan diraja tu. wakakakakakaka.

kuina said...

kekadang kesian gak....

Rashid said...

ChentaMaya
hehe.. kalau ada sekali tentu makin rancak orang giler tu..

Rashid said...

Kak Luna
Iyakan. Orang giler ni macam-macam stye ada. Kalau bersilat itu dah kira bagus tu.. hehe. Takper janji diorang tak ganggu orang lain.
Kak Luna, saya terfikir gak.. jarang orang giler kena langgar.. mereka tau pula nak lintas bila kereta takde..

Rashid said...

makdara TERDIVA
salam
Siuman tapi gila tu yang bahaya.. sukar diramal. Kejap dia senyum kejap dia tengking kejap dia baling ngan pasu bunga.. kejap dia minta maaf ..

p/s – dulu masa budak-budak suka sangat baca majalah gila-gila

Rashid said...

Chekgu Moe
yup memang gelihati.. nak ketawa je bila dengar..

Rashid said...

Afida Anuar
salam.. tak le layan. saja jeeee fida.

Sebenarnya tuan kedai tu dah bagi milo.. jap jap dia minta milo.. hehe. Tuan kedai tu dah lali.. tak boleh layan sangat..

Iya. Saya ingat nak belanja.. rupanya saja je tn kedai tak bagi.. dia selalu datang kedai tu..

Rashid said...

HoneyBunny
salam..
uissss alaa bukannya susah nak ingat. Lucukan.. tu yang mudah ingat..
Ila kena kursus dengan saya ni baru faham bahasa giler giler..

Rashid said...

Sophie
Kasihan kan.. kata orang .. orang gila tak ada dosa? betulke?

Rashid said...

Nurayunni
iya. Makin dilayan makin menjadi.. tapikan kalau tak dilayan rasanya gitu juga le jadinya.. hehe

Rashid said...

N Suzieanna
hahaha!!! keturunan raja kopi janda … adake suzie?

Rashid said...

Kuina
iya. memang kasihan. Dah nasib dia kan..

pB said...

salam


Selamat Hari Rayo


lonni , rama sungguh orghe hok tok 'saro' nie

annfrendly said...

hihhihii..
part keturunan raja pastu dia point kat kopi janda tu paling lawak..
kelakar sangat...

saya cukup fobia dengan orang gila..
takut..

erm.. betul juga cakap cikgu tu.. orang gila yang tak gila lagi merbahaya...

Rashid said...

pB
salam

selamat hari raya pB
iya. rAmai tak ‘saro’ sebab ramai tak ambil ‘caro’ ..

Rashid said...

annfrendly
itullah ann. Gelak je saya bila ingatnya…

ann.. saya tau. ann allergic sangat ngan orang gila.. tuuu… makan biskut kucing.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search