Followers

04 October 2010

Awas! cemburu boleh sebabkan mata buta



Tadi baca bahagian Jurnal Metro, dilaporkan baru-baru ini dalam satu kajian oleh pakar psikologi di Universiti Delaware, Amerika Syarikat mendapati cemburu boleh menyebabkan masalah penglihatan. Kumpulan pengkaji tersebut menyimpulkan  pandangan wanita yang memiliki api cemburu mudah terganggu disebabkan kecelaruan minda sekaligus sukar untuk focus kepada apa yang sedang dilihat mahupun dicari.

ermm padanlah orang perempuan selalu lupa.  Mereka kuat cemburu rupanya. hehe. opsss!!!

Dr. Lihanna Borhan, Pensyarah Jabatan psikologi, UIAM dipetik berkata:

“Kajian ini ada benarnya. Pernah berlaku di Barat, seorang lelaki yang baru bergelar bapa mendakwa dia buta selepas melihat isterinya menyusukan bayinya yang baru lahir. Dia mempunyai masalah penglihatan yang teruk. Selepas sesi kaunseling, pakar psikologi mendapati lelaki itu terlalu cemburu dengan anaknya yang sedang disusukan oleh isterinya...”

“Namun selepas lelaki itu dapat mengikis perasaan cemburunya, penglihatannya kembali beransur pulih…”

Alamak biar betul ni? begitu sekali kesannya bila diri dikuasai perasaan cemburu yang melampau. Sampaikan matapun boleh menjadi buta. Tapi bagi akulah, kes lelaki atas tu rasanya bukan saja dah melampau tapi terlampau-lampau gilerrrr cemburunya. Ada juga rupanya manusia sebegitu ya. Aduhai kasihan baby tu.

Aku tertanya-tanya, jika benarlah cemburu boleh sebabkan mata menjadi buta, maka benarlah selama ini, ungkapan yang sering digunakan iaitu  “cemburu buta”. Cemburu boleh menyebabkan buta!!

Oleh itu, kepada rakan-rakan pembaca.. AWAS!!! JANGAN CEMBURU BUTA OKEY! bahaya ni… cemburu celik okey je. hehe

27 comments:

Idalara said...

Cemburu pada yang sayang...tp cemburu pada anak sendiri tu agak tak munasabah juga..

apa2 pun cemburu itu tanda kita menyayangi seseorg...asalkn berpada2.

Afida Anuar said...

Salam cikgu rashid...

Cemburu tengok anak disusukan mak dia? apakah? ehehehe

Marzalina said...

cemburu tanda sayang...hehehe

Cikgu Nurin said...

Saya cemburu sambil celik mata...tak la buta...

Rashid said...

Idalara
cemburu tanda sayang.. takut kehilangan .. jelling-jeling bila cemburu .. hehe

Rashid said...

Afida Anuar
yup! hehe .. apakah??

Fida, teringat satu citer tentang bapa dan anak .. haha!! cuba teka citer apa?

Rashid said...

Marzalina
iyake intan? tapi saya tengok bila intan cemburu lain macam jerr .. buka main panjang lirikan jelingan .. tajam .. macam pelakon bawang merah Indonesia tu.

Rashid said...

cikgu nurin
tau .. sambil celik mata.. jegilkan mata? opss!!!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ada juga yang kata orang kening lebat kuat cemburu..

so En Rashid ni kategori mana eyh?

hehe

Rashid said...

Gadis kampung separa bandar

Alamak!!! mentang-mentang saya berkening lebat, bertaut pula tu.. adoiii ..

Saya rasa.. saya ni ada juga cemburunya. Tapi cemburu saya adalah cemburu untuk senaman hati dan kesegaran cinta ..

http://kerdipanbintang.blogspot.co/2008/12/cemburu-senaman-hati-untuk-kesegaran.html


hehe. okey kan jawapan saya..

annfrendly said...

errr. takutnya..
sampai boleh ilang fokus & buta...
saya kuat cemburu...
saya cemburukan cikgu....
hehehee

Afida Anuar said...

Citer apa cikgu? serius saya tatau ni...:P

UnGu VioLet said...

betul... cemburu kena berpada2 juga.. .

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu..kalau begitu...tak mahu cemburu butalah...ngeh3

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu..kalau begitu...tak mahu cemburu butalah...ngeh3

sue teh said...

Salam Cikgu,

lamanya tak singah blog cikgu..

cemburu myebabkan mata buta..tp kalu yg rabun 2 mcm mana pulak cikgu...hehehehe

annfrendly said...

aikk haritu saya dah komen entri ni.. tapi takde pulak komennye...

tak sangka cemburu pun boleh jadi buta.. isk.. takot..
saya ni kuat cemburu taw cikgu..

heheh.. saya cemburukan cikgu...

Rashid said...

annfrendly
ann.. cemburukan sayake.. atau dot dot si dia?
Mandai je ann pusing ayat .. hehe

Rashid said...

Afida anuar
citer tu tak boleh bagitau.. rahsia besar.. dan akan buatkan ketawa besar juga.. x-file

Rashid said...

Ungu violet
yup! biasanya orang cemburu ni dia rasa ada kekurangan .. dan takut kehilangan ..

Rashid said...

HoneyBunny
tu le ila.. dah dah.. jangan cemburu lagi tau.. cemburu jangan tapi kalau jeling-jeling manja itu okey!!

Rashid said...

sueteh
sue. kalau rabun-rabun tu kena pakai spek le.. “cemburu rabun” – ayat baru

Rashid said...

annfrendly
Orang kata bila kita cemburu pada seseorang itu tanda .. .. opsss!! tarik balik!!! larikss ..

cik beLLanan said...

OMG! thats my lecturer! ngee~
shes awesome!
bahaya gak cumburu kuat sgt ni kan..

Wawa_Nadwa said...

salam..

haa.. cikgu tgk tuh..
cikgu takmo cemburu tau.
nnti buta sapa susah??
wawa gak..
hehehhehe!!

Rashid said...

bella

hehe. tak bahaya kalau jadikan ia senaman hati.. bukan sakiti hati ..

Rashid said...

wawa nadwa

salam

kalau buta.. wawa jadi tongkatnya.. tongkat sakti. Boleh terbang.. hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search