Followers

20 October 2010

Kami cucuk paling lembut sekali kalau kami rawat cikgu

Pagi tadi – semasa mengajar kelas 5 Sains - sempat aku borak-borak dengan pelajar – 32 orang kesemuanya.

“Cuba angkat tangan siapa yang cita-citanya nak jadi seorang doktor?”

Hampir separuh angkat tangan…

“Wow!! bagusnya. Ramai nak jadi doktor .. Mana tau suatu hari nanti bila cikgu pergi hospital.. salah seorang dari kamu yang rawat cikgu.. ‘cucuk’ cikgu. Tapi cucuk kat bahu saja tau.  hehe..”

Semua pelajar gelak ..

“Tapi cikgu takut le. Nanti kamu ‘cucuk’ kuat…”

“ishh cikgu.. mana ada. Kami cucuk paling lembut sekali kalau kami rawat cikgu.” ujar salah seorang pelajar perempuan sambil senyum.

“oh ya ada tak yang nak jadi Dr. Veterinar.. Dr haiwan?”

“Ada cikgu. Tuuu Adawiyah..”

“Adawiyah sorang je. Biar betul ni.. Betulke adawiyah nak jadi Dr. haiwan?” Aku terus ajukan soalan pada Adawiyah, seorang pelajar yang agak pendiam. Macam tak percaya pula tengok gayanya.

“Iya cikgu. Saya memang dah lama bercita-cita nak jadi Dr haiwan..”  katanya penuh yakin. Senyum ..

“owhh bagus tu. Tak ramai yang minat nak jadi Dr. haiwan. Dr. haiwan kena mesra haiwan tau. Kena selalu bercakap dengan haiwan.. dengan kucing.. dengan ayam... usik-usik pegang pegang tikus.. cucuk tikus.. main-main dengan ular.. hhehe”

“hai kucing. Buat apa tuuu? dah makan ke belum? oooo belum makan ek. Nak makan apa? tak nak makan?”

“kucing kenapa diam je ni? sedih je nampak. Tak sihat? alaaaaa kasihannya.. nanti Dr Adawiyah bagi ubat okey.. cucuk.. tak sakit.. geli je.. ”

Semua pelajar gelak ..  aku lagi kuat gelak ..

 p/s - saja je gurau-gurau dengan pelajar ..

17 comments:

dayangredzuan said...

wah bgus cite2 nk jd doktor...
tp kakak x mmpu tengok orang cedera prh..apetah lg darah..lemah seluruh bdn

LiNda said...

Kalau saya ada disitu ,
saya yang paling kuat gelak !

:) .. haha

makdara TERdiva said...

bestnye laaa dapat cikgu mcm cikgu rashid ni..rase nak belajar semula..haha!

Wawa_Nadwa said...

owh rupanya cikgu pandai bergurau yer.
hehehhe!

Marzalina said...

hahaha..lucunya perbualan cikgu ni...terhibur anak2 murid cikgu yer..hehe

Rashid said...

dayangredzuan
ooo ni tentu lemah semangat kan .. tengok darah je terus pitam..tengok orang cedera je terus pening-pening.. hehe

Rashid said...

Linda
hehe.. tau. Linda kan orangnya ceria ..
pssttt kat kelas dulu kan Linda lah orangnya yang paling kuat gelak .. tapi stay control ayu..

Rashid said...

makdara TERdiva
haha!! jom jom datang kelas saya .. saya akan buatkan MDT tak berkelip mata .. senyum je ..

Rashid said...

Wawa nadwa
hah! takkan wwawa dah lupa… kat kelas dulu dulu dulu ..

Rashid said...

Marzalina
Yup intan. Mereka memang happy je bila saya ngajar .. saya biasa gelak sama pelajar.. malah rasanya saya lagi kuat gelak ..

Afida Anuar said...

Pandai cikgu rashid berbicara dengan pelajar2 cikgu eh....saya yang baca ni pun macam dah jatuh...errr..

:P

lalink7 said...

cikgu..
cikgu mmg sempoi..
ada sorang guru sy dlu macam c.rashid..suka kelas dia sbb dia kelakar n sempoi camnie..hehe

HonEyBuNNy said...

salam cikgu...hehehhe..nak ketawa juga la....gurau senda dengan pelajar eh...teringat adik ila...dia memang minat nak jadi dr haiwan...ngeh3

Rashid said...

Afida Anuar
hah! jatuh apa tuu? hehe .. sajaaaa je dia ni .. ;)

Rashid said...

lalink7
Itulah lalink. Bagi saya masa belajar pelajar mesti seronok belajar.. cikgupun mesti seronok juga ngajar. barulah semuanya okey.

psstt ada pelajar pompuan selalu juga peace V ngan saya sambil kenyit-kenyit mata.. saya balas ngan kenyit dua-dua mata berulang ulang.. hahah!!

Rashid said...

Honeybunny
iya ila saja je gurau-gurau ngan diorang.. bagi suasana kondusif sikit.. ceria gitu.

annfrendly said...

alahai.. comelnya telatah anak2 murid cikgu...

nampaknya dorang semua sayangkan cikgu.. sejuk hati dengar, 'nak cucuk cikgu dengan paling lembut sekali'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search