Followers

31 October 2010

The red warriors


Wira Merah tetap di hati.

Sejarah tercipta. Dendam terbalas. Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya kalahkan Negeri Sembilan 2-1. Tahniah kerana berjaya menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama.

TAHNIAH!!! kepada pasukan Kelantan.

Apapun Negeri Sembilan rasanya telah bermain dengan baik dan hebat sekali. Cuma Kelantan lebih hebat!!!!!!!! hehe

Jam 8.00 pagi tadi – pergi ke sekolah sekejap. Dalam perjalanan, berselisih dengan deretan kereta dan bas. Kebanyakannya memasang dan mengibarkan bendera Kelantan.  Bunyi hon kedengaran. Mungkin baru pulang dari menonton bola sepak malam tadi.

Hujan turun tak berhenti. Di tepi jalan besar, kelihatan kanak-kanak riang ria mengibar bendera Kelantan. Mereka bersorak beramai-ramai sambil kibarkan bendera Kelantan kepada kereta dan lori yang melintas di depan mereka. Macam hari raya je.  Riuh ..

Aku memandu lagi. Jumpa lagi ..


Dalam kepala aku, rakyat kelantan memang patriotik (dan fanatik?). Bangga …

>>>>>>>>
Sampai je di sekolah, nampak pelajar asrama sedang bermain bola sepak. Wah!! ramai pakai baju merah.



“hoiiii pasukan kelantan mana main pakai kaki ayam. Buat malu je…” aku melaungkan suara.

“Ni apa ni.. kain pelikat kat palang pintu gol ni. Adoiii ”  aku kuatkan lagi suara. nak tergelakpun ada.

“Cikguuuuuu jom main sama …” laung pelajar.

“Tak nak main. Hari ini hari dalam sejarah. Cuti umum. Cikgu kena cuti. Kena berehat!!!” hehe

24 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

waahh semangat!
jgn lupa singgah blog n vote for me ok! =)

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu..tahniah2 kelantan menang..yeahhh...he2

Afida Anuar said...

SAlam cikgu rashid... yeayyy kelantan menang. Semangat saya tengok dari minit pertama game sampai depa sampaikan hadiah.

Puas hati dapat kalahkan neg 9... eh orang ganu memang sokong kelantan dari dulu tau..hahaha

DUN Behrang 2020 said...

Mmg terserlah kegembiraan melalui gmbr2 tersebut...tahniah KELANTAN!!!

Cikgu Nurin said...

Cikgu,tahniah..tapi saya suka budu jer....he he he...

Marzalina said...

alahai..pasukan kegeramaran intan kalah la..huhu..apapun tahniah kpd kelantan =)

pB said...

salam cikgu



rejki Klatae tahun nie


harap harap tahun depae , masuk final lagi

Rashid said...

Syafawani
Semangat kenegerian.. hehe
vote? wah ni tentu nak jadi YB ni …

Rashid said...

Honeybunny
Terima kasih ila .. Yes yes!!!!!!!!!

Rashid said...

Afida Anuar
Fida.. hah! camtu le.. kan kita ni jiran. kena dahulukan jiran dekat baru jiran jauh ..

tak sangka, ‘hantu’ bola juga fida ni..

Rashid said...

DUN Behrang
Budak-budak dengan sokongan orang tua mereka.. tak kisah anak mereka basah dalam hujan .. demi pasukan the red worriors

Rashid said...

Cikgu Nurin
haha!! budu? ishhhh … geli geli .. sekali makan nak tambah lagi..

Rashid said...

Marzalina
uisssssssssssssssssssssssssss … penyokong negeri 9 rupanya? tak mo baik .. tak mo baik .. ;)

Rashid said...

pB
salam

Rasanya kalau masih pemain sama tentu boleh menang lagi .. sedap je tgk diorang main.

Meera said...

haih~ naseb baek ta minat bola :D

Yaya said...

erkk..ala menang tu sbb aidil injured..lau x n9 mng kan kan heheh jgn mareee

SURIA AMANDA said...

dah rezeki kelantan kan..NS redho jer la..

Rumah Kuning said...

yeayy.... kelate mene.

Rashid said...

Meera
Sayapun takle minat sangat. Minat bila pasukan kelate main je.. haha!!

Rashid said...

Aleeya
uisss mana ada leeya. kalau bagi 5 aidilpun belum tentu n9 boleh menang.. main bola ni perlukan satu pasukan bukan seorang je.. hehe.

PERHATIAN!!! Sila akui kehebatan pasukan kelantan. Ini adalah kenyataan walaupun pahit bagi penyokong n9. ;)

Rashid said...

Suria Amanda
hehe. yup!! gitulah. Akuilah ..

Rashid said...

Rumah Kuning
Yes! Yes!!!!!!!!!!!!!

amal said...

semangat ore kelate hehe..

salam singgah :)

Rashid said...

alwaniamalini

semangat gomo kelate gomo..
gomo bola je tau..

terima kasih singgah umah alwani .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search