Followers

15 November 2010

Aku yang menkliknya pula terasa berdebar

Pagi tadi -  keputusan yang dinanti-nantikan sudah boleh dilihat. Mana-mana guru yang telah memohon pindah sekolah, baik antara negeri mahupun dalam negeri sudah boleh menyemak keputusannya secara online. Beberapa guru kat sekolah inipun ada yang memohon pindah. Mereka semua kelihatan resah gelisah.


Bilik aku diserbunya. Maklumlah bilik berinternet. Ada kabelnya.  Wireless internet sekolah ada tapi agak lemah linenya.

“Cikgu rashid, baca bismillah dulu ..” ujar salah seorang guru perempuan.

“Okey… sabar ek. Kalau dapat dapatlah. Kalau tak dapat terima je keputusannya. Tentu ada hikmahNya. Ada rezeki lagi kat sekolah sini ..” balasku perlahan. Cuba menenangkan keadaan.

Aku klik laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemudian klik bahagian e-GTukar.  Dimintanya ID Pengguna, Kata laluan dan No kad Pengenalan.

Aku yang menkliknya pula terasa debar. Seorang demi seorang aku semak keputusan permohonan mereka. Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak berjaya. Dari air muka, jelas terbayang reaksi suka dan duka. Guru yang berjaya kelihatan begitu gembira sekali. Sebaliknya permohonan yang gagal,  tergambar kekecewaan pada airmuka.

Aku perhatikan reaksi seorang demi seorang …
Kasihan juga aku melihat guru yang beriya pindah tapi tak berjaya. Tentu ada sebab tersendiri mereka mohon pindah.

Tapi ketentuanNya tiada siapa yang tau …

Tahun depan cuba lagi ...

17 comments:

Anna Boleyn said...

ada lah sebba diorang tersendiri tu. mesti kecewa gila kan. cikgu rashid tak buat permohonan pindah? :)


p/s :hari sabtu ngan ahad rajin on9 tak? bagi jawapan kat sini :

Anna Boleyn's Survey 2 : Weekend....... Get Online or Hang Out??

Cikigu Nurin said...

Ye la Cikgu,tadi seorang kawan datang minta pertolongan dari suami,isterinya di pedalaman sarawak,di di KL,anak masih kecil,baru dua bulan,dah dua kali mohon tukar,tak berjaya,sian nengoknyer....

Afida Anuar said...

Ingatkan kekandaku rashid yang nak pindah...

kekandaku? wohaaa!..hehe..

gurau je cikgu, jangan marah noo:P

PS: ala, cikgu gak yg start dulu, saya ni mengikut je..kehkehekeh

Rashid said...

Anna Boleyn
a;ahh nampak jelas kecewa. Iyalah .. satu kes. wife dapat pindah tapi suami dia tak dapat. Ni apa kes?? kan haru biru jadinya tu..

Saya? tak.. setiaku di sini .. hehe
Nak pindah bila dapat naik pangkat..tawaran jadi pengarah ke .. (dushhh angan ..)

p/s – okey anna nanti saya terjah sana ..

Rashid said...

cikgu nurin
Itulah masalahnya. Tak fikirke diorang sana tuuuuuuuuuu …
Camana nak bekerja kalau asyik teringatkan kat anak kecik .. 2 bulan pula tu .. ishh ishhh ..

Maaf, kadangkala pelik ngan cara posting..

Rashid said...

Afida Anuar
eeeeee ngeri nyaaaaa ……

p/s - haha!! .. saja je fida. sekali sekala gurau .. asyik nengok rosyam nor je berlakon kan.

Hidupkan tak boleh serius manjang. tak elok utk kesihatan.

Yua said...

memang kesian kat mereka yg x bjaya mmohon ptukaran mereka

ryann said...

sedihkan bagi sesiapa tak dapat tu. takde rezeki.

ainnoraini said...

salam ziarah dari saye..

HonEyBuNNy said...

wah..seronoknya cikgu cikgi...bila la ila nak jadi cikgu jugak neh..hehe

annfrendly said...

alahai..
sedihnya..
kesian cikgu2 yang nak berpindah tu.. mesti hampa.

kadang2 ada yang nak pindah sebab keluarga.. kesian jugak.. suami keje tempat lain.. isteri tempat lain...

cikgu tak minta pindah??
gembira di sana kan?? :)

salam aidiladha cikgu (",)

Rashid said...

Yua
Yua .. tambahan lagi yang terpisah dari suami … ada anak kecil pula tu..
Motivasi mereka walaupun kuat tapi rasanya terbeban sikit fikiran tu ..

Rashid said...

ainnoraini
terima kasih ain .. datang sini ..

Rashid said...

HoneyBunny
Tak susahpun jadi cikgu ila … jadije. hehe

Rashid said...

annfrendly
ann iya.. kecewa betul saya tgk cikgu-cikgu tu terutama yang dah mohon 4..5 kali dah ..
saya? tak .. seronok kaat sini. semua ada ..

salam juga utk ann .. (symbol apa tu? hehe.. tak paham le ann)

Ain Atika Zailani said...

mesti sedih bila tengok cikgu kita sedih....=(

Rashid said...

Ain Atika
iya ain .. sedih kerna mereka terpisah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search