Followers

03 November 2010

Wanita menjeling tajam ... Lelaki merenung tajam

Berita harian semalam memaparkan bagaimana dek dikuasai oleh perasaan cemburu, seorang lelaki memukul dan memijak isterinya sehingga mati. Kejadian tersebut berlaku di Bintulu. Lelaki berusia 33 tahun itu marah apabila isterinya yang berusia 34 tahun dilihat sedang minum bersama empat rakannya di rumah kongsi mereka.

Cemburu? rasanya semua orang ada perasaan cemburu. Apa yang membezakan ialah bagaimana perasaan cemburu itu berjaya ditangani dengan baik atau sebaliknya. Bagi aku, cemburu itu sebenarnya perlu ada. Ia tanda sayang akan sebuah perhubungan yang terjalin.  Namun cemburu itu biarlah ada tempatnya. Biarlah ada masanya dan bukannya sepanjang masa. Apa yang sangat penting, biarlah perasaan cemburu itu ditangani dengan cara penuh berhemah dan professional. Bukannya dengan mempamerkan kekuatan, keegoan dan kemarahan sehingga sanggup melukai dan mencederakan pasangan.



Tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku, kalaulah dibandingkan antara seorang lelaki dan perempuan, rasanya yang mana satukah yang paling mudah dan kuat cemburu? Lelakikah atau perempuankah? Siapakah pula yang paling bahaya bila cemburu? Lelakikah atau perempuankah?

Rasanya pelbagai cara spontan ditunjukkan bila cemburu itu menguasai diri. Wanita biasanya menjeling tajam. Lelaki pula merenung tajam. Mungkin ada setengah tu menyindir dan berkias kata. Mungkin ada yang suka berterus-terang pada pasangannya. Mungkin ada juga yang buat ‘dhek’ je. Maklumlah dia rasa dia boleh mendapat ramai lagi pengganti. Seorang pergi berpuluh-puluh lagi yang sedia menanti.

p/s – Bagaimanakah pula cara yang pernah anda guna bila anda rasa cemburu pada pasangan anda?  Saja je nak korek rahsia sikit .. hehe

20 comments:

Dzailin Dzulkaflie said...

saye tak suke laki2 yg kuat cemburu buta!huh![ni betul2 luah prasaan.hahaha]

Unknown said...

bahaya sungguh zaman sekarang ini..silap renung pun boleh bawa maut..

Marzalina said...

intan kalau cemburu lebih baik luahkan saja...tak mampu nak pendam2 atau simpan dan sekadar menjeling hehehehe

Anonymous said...

rasanya lelaki kot jadi berbahaya kalau cemburu neh. ye la, boleh sampai membunuh. jarang dengar kes wanita mmbunuh kerana cemburu. kan?

Cikgu Nurin said...

Orang macam tu telah dikuasai syaitan...saya kalu cemburu....eeemmmdiam diam dulu,tengok reaksi nye...tapi biasanya,kita tahu siapa pasangan kita kan...dan tahu kalu riaknya lain macam jer....jangan diikut sangat rasa cemburu...

Anna Boleyn said...

saya akan merajuk. klu dia tanya kenapa..haa start dr situ lah bangkitkan isu cemburu tu. hehe

Ain Atika Zailani said...

kebanyakkan perempuan...tapi lelaki pun banyak jugak..keh3...

Rashid said...

elyn
hah!! elyn pengalaman ni .. kan kan ..

Rashid said...

rozuan ismail
Renung bukan sebarang renung.. boleh kuar api ..

Rashid said...

Marzalina
Intan, jelingan intan tu tentu boleh buatkan orang tu tak boleh duk diam ..

Rashid said...

Fifi Rahmat
a’ahh memang rasanya lelaki lebih bahaya.. tapi fifi, saya ada gurau & berbual ngan beberapa org pompuan. Dia kata.. orang pompuanpun ada bahaya juga bila cemburu. Bahaya nanti di potongnya 14 kerat … hehe

p/s – pernah baca akhbar, gara-gara cemburu isteri potong …

Rashid said...

cikgu Nurin
Iya. Diam-diam ubi .. berisi.
Cemburu milik semua orang .. Cuma jgn dilayan sangat nanti kita pula sakit dibuatnya. Cool ..

Rashid said...

Anna Boleyn
ermm.. saya rasa ini satu pengakuan jujur. saya percaya stail ini banyak dilakukan orng pompuan. Rajuk .. tak nak layan cakap .. bila ditanya barulah luahkan segalanya yg terbuku.

bagus cara ini. Bagus jika si dia tak buat dhek je..

Rashid said...

Ain Atika
yup! Orang kata, cemburu biasanya milik orang pompuan. Tapi lelakipun sama gak.. ramai juga cemburu. Makwe citer & sebut lebih sikit tentang nama seseorang.. mulalah lain macam je .. hehe

yanamib said...

klu sy cemburu, sy ty dia dlu, siapa pompuan tu and apa motif berhubung dgn pompuan tu..klu jwpnnya logik, xkn nk mrh gak kn? klu ada motif len br la mrh ..hehe~ =)

Ain Atika Zailani said...

hahha..tau tak pe...dua dua sama je..

Rashid said...

yana
ermm.. terserlah kelembutan yana walaupun sedang marah..

siasat dulu baru buat keputusan kan ..

Rashid said...

Ain Atika
hehe.. tak sama tak sama .. (masih tak nak ngaku kalah cikgu ni..)

ILA HonEyBuNNy said...

suka jeling sampai terbeliak biji mata bila marah...heheh

Rashid said...

Honeybunny
hehe .. nak tengok mata ila bila ila menjeling.. tapi nak tgk jelingan manja bukan jelingan marah ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search