Followers

07 November 2010

Itu bukan isteri saya. Itu awek lain. Ini awek lain pula …

Petang semalam, aku mengajak salah seorang anggota batalion Rejimen 506, Prebet Azhan pergi makan kat satu gerai roti canai. Saja ajak. Buat teman berbual.

Pbt. Azhan: Tuan, susah betulla awek ni. Asyik sms je .. (sms dia asyik berbunyi)

Rashid: Awek? Awek yang mana satu pula ni?  Kat pasaraya hari tu siapa pula? kan ada bagitau saya dia itu isteri.

Pbt. Azhan: hehe.. takdelah tuan. Itu bukan isteri saya. Itu awek lain. Saya masih solo.

Rashid: Ramainya.

Pbt. Azhan: Hari tu awek lain. Ni lain pula tuan (senyum).

Pbt. Azhan: Tuan, awek yang ini taklah comel sangat. Badan besar. Gemuk. Boleh buat bantal tidur. Tak payah pakai selimut. haha!!! .. (kuat dia ketawa)

Rashid: hehe!!! (aku ketawa juga. Tak tahan gelihati. Gelihati sebab dia spontan je cerita tentang fizikal aweknya. Siap ketawa kuat lagi tu)

Pbt. Azhan: Tapi tuan, dia baik sangat pada saya. Hari tu masa saya hilang dompet. Hilang ic. Dia ada bagi RM150 pada saya untuk urus… pergi balai …

Rashid: Baguslah tu. Itu tanda dia ambil berat.

Pbt. Azhan: Itulah tuan. Dia tu baik sangat.  Sayapun rasa malu pada diri. Dia selalu ajak saya keluar. Setiap kali keluar, dia saja belanja saya. Mungkin dia tau saya ni kerja gaji tak besar …

Pbt. Azhan: Tuan, dia ni garang tau tuan. Garang macam singa .. hehe

Rashid: haha!! ishhh ..  (aku gelak lagi)

Pbt. Azhan terus ceritakan kisah dia …  aku sekadar dengar … lucupun ada bila dengar dan tengok gaya dia bercerita …



Rashid: Azhan ada tak rancangan nak bersama dengan dia. Maksudnya nak kawen dengan dia?

Pbt. Azhan: ermm .. ada juga tuan..  (terdiam)

Rashid: Bukan senang nak cari macam dia tu. Ambil berat. Sanggup bagi duit. Selalu belanja. Kalau fikir baik-baik kasihankan kalau sekadar nak main-mainkan dia tu. Azhan cuba jaga dia dengan baik. Jaga hubungan.  Biar dalam diri kita ni ada rasa tanggungjawab. Tanggungjawab untuk jaga orang yang baik macam dia tu. Kasihan ..

Rashid: Azhan, paras rupa bukan ukuran. Terima dia seadanya. Apa yang penting dia suka kita, kitapun suka dia. Kalau dapat cun macam modelpun kalau hati tak baik.. tak setia dengan kita..  tak sedia untuk berkongsi ... kan susah juga tu. Biar kita cari yang suka bersama kita. Suka berkongsi suka duka kita …  (bla bla bla ..)

Pbt. Azhan: Ya tuan .. (mengangguk tanpa kata)

29 comments:

princeduyong said...

betul jugak tu tuan...memang cinta tak kira paras rupa...mata hati yang memilihnya...

Cikgu Nurin said...

Hmmm...kali dia kawin dengan girl tu punn..ikhlas ke dia?atau mungkin sebab dia tau,dia boleh bergantung harap dengan perempuan tu...eemm tak payahla...nanti dia guna perempuan tu untuk kesenangan dia,kat luar sms perempuan lain....( sorry cikgu...emo sket...)

LiNda said...

Baiknya hati Tuan itu kaans..

erk Tuan,
saya hauslah..
belanja saya fresh orange
gelas besarrr !

hahah

inipaencomot said...

saya sukong encik rashid ! =D

Rozuan Ismail said...

no komen lah..walaupon umur saya hampir mencecah 20 tahun beberapa hari lagi.. dan study kat u ni org kaitkan ngan bercinta,tapi saya x terfikir lagi pasal benda tuh..sedang kawan sy yg lain tgh hangat bercinta..huhu..kelakar betol cerita kat atas..rmai sungguh awek dia kan..huhu

beLalanG said...

nasihat yg bgus bang! :)

beLalanG said...

nasihat yg bgus bang! :)

Afida Anuar said...

SAlam cikgu rashid...

yg pasal pt azhan saya takmo tau.. nak tau pasal komander merangkap cikgu rashid tu... siapa yang bertahta di hati dia skrang ni eh?errrr...

lariiiiiiiiiiiiiiiiii

Rashid said...

Princeduyong
eeee apa tuan tuan ni.. jangan le berbahasa gitu kat sini ..
yup! biar ia datang dengan ikhlas. Dari hati ke mata ke dari mata turun ke hati?.

Rashid said...

cikgu nurin
“ermm tak payahla..” wah marah nampak cikgu nurin?
Itulah pbt azhan tu masih muda remaja. insyaAllah dia akan dapat fikirkan yang terbaik nanti..

Rashid said...

Linda
Linda jom jommm saya belanja …

.. memang Linda ngan fresh oren gelas besar tak dapat dipisahkan .. tambahan kalau duk tengok ombak berombak tenang kat pantai.. jauh mata memandang .. hehe

Rashid said...

inipaencomot
Terima kasih inipaencomot ..

naper takde link?

Rashid said...

Rozuan Ismail

Rozuan .. fikir jangan tak fikir.
Takde salahnya, siswa siswi U punya buah hati .. utk bakar semangat belajar. Tapi kalau rasa menganggu .. terpulanglah pada diri k ..

Pbt azhan tu orangnya suka buat lawak .. gembirakan hati orang .. mungkin itu salah satu daya tarikannya.. (teringat kat abg salleh yaacob pula … hehe)

Rashid said...

belalang
ermm terima kasih.
Ambil peluang utk bukakan hatinya .. biar ada keikhlasan .. jgn suka main-main anak orang ..

Rashid said...

Afida Anuar
salam fida ..

erkkk ..

naper fida nak naiki takhta ke? hehe …

mandai-mandaiiii je dia ni ..
kejarkan baru tau.

Ayue Aishah said...

kenapa saya sedikit emo dgn entry ini? maybe sbb saya perempuan.

xsuke lelaki yang ambil kesempatan atas kebaikan kite...
awek keliling pggang! eeeeeeee.... xsuke... please. jgn bagi harapan klu xrase nk jdkan isteri. jgn kecewakan org yg syg kite..
=( sakiiit!

Anna Boleyn said...

hmm jangan lah mempermainkan perasaan orang. tak kisah lah yang laki ke yang pompuan ker. bila dah kena balik baru lah tau camne rasanya.

Afida Anuar said...

hehe...cuba la kejar cikgu, tengok dapat ke idak:P...

errr...jangan marah cikgu, saje saya gurau. Cikgu punya hati susah sket nak duga la.Sebab tu saya tanya straight to the point.....err..(memandai lagik!!! hehe)...

PS: sy takde keturunan raja,sultan,tengku,syarifah bla bla bla...jd mcm tak layak je nak naiki tahta...errrr..

ryann said...

best le ada yg minat

BEiB said...

tapi Tuan...saya bimbang Tuan yg terpikat nanti...heheh

asyfiqaz said...

hot jugak kan pbt. azhan ni? banyak aweknye..huhu

HonEyBuNNy said...

salam cikgu..ya betul tu....kalau ila bercinta..ila xpndang rupa paras...tp apa yg pntg bagi ila..kejujuran, keikhlsn yg dia tunjkkn...yg pntg agamanya...yg lain2 ila xkisah sgt..paling xsuka lelaki yg curang..ngeh3

Rashid said...

Ayu Aishah
Ayu saya paham ..
Saya juga setuju ngan ayu. Saya amat menghargainya.
Orang pompuan itu satu anugerah tak terhingga .. baik dan murah hati ..

Hargailah ia ..

Rashid said...

Anna Boleyn
Anna.. kalau kena balik baru dapat tau akan erti sakit.. pedih akan lukanya ..

Sampai satu tahap dapat rasakan betapa sepinya hidup ini walaupun dikelilingi gelak tawa teman-teman ..

Rashid said...

Afida Anuar
Fida .. saya tau fidakan suka gurau .. tak marah pun. Senyum je ni.

p/s – nak darah putih macam mahsuri .. hehe (uiss iyake putih?)

Rashid said...

ryann
Tentu ada tariknya kan ryann ..

Rashid said...

Beib
haha!! beib .. saya takdenya ..

Rashid said...

asyfiqaz
Nak kata hot tu tak taule pula asyfiqaz .. tapi dia ni setau saya suka buat lawak. Suka gurau .. yang jelas dia ni berani. Agak gentleman ...

Rashid said...

HoneyBunny
salam ila ..
Betul tu ila. Kejujuran dan keikhlasan .. diri seadanya .. bertanggungjawab .. itu yang pentingkan.

Jom kita bagitau dunia.. dushh dushhh “katakan tidak kepada lelaki curang!!!!”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search