Followers

12 November 2010

Jangan biarkan diri tak bermaya! Nak call .. sms pun boleh ..


Jumaat (8.30 pagi – 11.00 pagi),  kelas tuesyen kepada pelajar-pelajar SPM ..

“Okey hari ini adalah hari terakhir cikgu adakan kelas tuesyen untuk kamu semua. Moga segala apa yang cikgu sampaikan dapat kamu ingatinya sebaik mungkin. Jangan lupa balik nanti, ulangkaji semua bab dan tajuk terpilih yang cikgu berikan itu. Kuatkan semangat!!. Jangan biarkan diri tak bermaya. Dikuasai oleh perasaan malas!”



“Peperiksaan SPM dah tak lama lagi. Minggu depan hari persekolahan hanya tinggal 3 hari saja lagi. Kalau ada apa-apa nak tanya cikgu … jumpa je cikgu bila-bila masa. Kat bilik cikgu ke... kat kantin ke… atau terserempak kat pasaraya ke… kat mana saja cikgu tak de masalah. Nak call … sms pun boleh  …”

 
“Percayalah, selagi ada masa selagi itu ada ruang untuk raih kejayaan. Kejayaan itu adalah satu kepuasan. Juga satu kesyukuran. Pasti ia menjadi milik kamu semua!! jangan leka, jangan cepat putus asa !!! Ayuh kamu semua mampu buktikannya!!! katakan yes!!  yes!! pada diri sendiri.

28 comments:

Rozuan Ismail said...

good luck utk anak murid cikgu.. erm..teringat zaman SPM dulu..

p/s jom komen blog saya

HonEyBuNNy said...

salam..wahh..baiknya cikgu....sms dan call pun boleh..kasi number fon cepat cikgu...ila nak tanya soklan final ila neh....hehehehe

y@n@ M!B said...

wahh bagus kata² semgt cikgu utk anak murid =)

semoga dorang boleh jwb dgn tenang exam nnt ^_^

Cikgu Nurin said...

'Berburu ke padang datar,dapat rusa berbelang kaki,berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi..' selagi memikul nama guru,selagi itulah bakti dicurah tak kira masa dan tempat..semoga jasa semua guru dapat memanusiakan orang...

Marzalina said...

gudluck utk student cikgu...

p/s: saya nak call n sms boleh? :p

Siti said...

uhukk.. teringat masa zaman belajar dulu.. rindunyee

makdara TERdiva said...

saya pun nak sms jugak la..haha!

Ain Atika Zailani said...

wahh cikgu !! nak panggil cikgu jugak lah !! cikguu!!! =)selamat berjaya kepada semua !!

Idalara said...

Salam cikgu Rashid
bertuah anak2 didik dapat cikgu yg mcm rashid..insyallah mereka pasti berjaya dengan cemerlang

Afida Anuar said...

Selamat berjaya buat semua anak didik cikgu rashid...yang membaca komen ni. InsyaAllah, usaha...tawakkal, akan berjaya...

ryann said...

motivasi betul ni. moga adik-adik ini berjaya.

ckLah@xiiinam said...

Semoga berjaya semua anak didik cikgu....



....tahun ini paling berdebar buat aya, kerana dalam ramai2 murid calon SPM saya ajar, salah seorang adalah anak sulung saya sendiri .....


Lain getarnya...

Rumah Kuning said...

Yes! Yes! Semoga kejayaan menjadi milik kita.

Rashid said...

Rozuan
terima kasih wan ..
p/s - nanti saya singgah k.

Rashid said...

Honeybunny
Ila bukan apa. Moga mereka terus bersemangat hadapi spm ..
Mana tau ada nak tanya apa-apa ke ..

Phone saya? boleh je 01999202?? hehe. mandai je.. soalan final pula tu. rasa cam prof. je.

Rashid said...

Yana
Iya yana. Moga-moga.. kejayaan diorang tu satu kepuasan bagi saya

Rashid said...

cikgu nurin
cikgu nurin.. moga bunganya akan kembang indah mekar mewangi ..

Sukakan jadi cikgu ..

Rashid said...

Marzalina
terima kasih intan
p/s – okey takde masalah .. call ..sms je .. hehe

Rashid said...

Siti
hah! sama rupanya kita siti. sayapun memang rinduuuuuuuuu sangat zaman sek. rasa nak terbang ke era sek dulu-dulu.

Rashid said...

makdara TERdiva
iyake.. tak risauke bila dapat sms saya nanti.. nanti MDT tak lena . .. haha!!!

Rashid said...

Ain Atika
iya ain!!!! (panjangnya sebut nama ain)
terima kasih akan doa.

Rashid said...

Idalara
salam kak ida
iya kak ida. saya mau tengok kejayaan mereka.. sekadar usaha yang termampu.

Rashid said...

Afida Anuar
InsyaAllah .. moga mereka semua melangkah dengan segak dalam dewan peperiksaan nanti ..

Rashid said...

ryann
Moganya ryann .. tq ..

Rashid said...

ckLah
wah! lagi debarkan .. tapi saya yakin .. kebanyakan anak ckgu semuanya berjaya ngan cemerlang. InsyaAllah .. keikhlasan kita mengajar biasanya akan berikan satu jawapan yang baik.

Rashid said...

Rumah Kuning
hmm hmm .. betultu cikgu .. moganya

annfrendly said...

kalaulah saya ada cikgu macam cikgu rashid dulu.. mesti dapat 9A1..
bestnya dapat cikgu yang caring & baik hati macamni..

Rashid said...

annfrendly
9A1 wow!!
kalaule saya dapat pelajar bersemangat macam ann tentu pecah rekod sek ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search