Followers

18 November 2010

Kepada kaum wanita, bersimpatilah dengan orang lelaki ..


Pakar kesihatan lelaki, juga seorang penulis Helping Men Live Happier, More Fulfilling Lives dari Amerika, Will Courtnay mengatakan:

“Rata-rata lelaki meninggal dunia lima tahun lebih awal daripada wanita…”

Courtnay berpendapat demikian kerana menurut beliau, ramai lelaki kurang mengambil berat soal kesihatan mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka beranggapan tubuh mereka lebih ‘kebal’ berbanding wanita.

Aku baca lagi …

“Lelaki  hanya bertemu doktor apabila dirinya tidak mampu lagi menahan kesakitan …”


Baca lagi …

 “Jumlah lelaki yang mengalami masalah mental adalah 40% lebih tinggi daripada wanita …”

“Akibat tidak mampu menanggung tekanan hidup, ramai lelaki mengambil keputusan untuk membunuh diri …”


Kesimpulannya, kepada kaum wanita … orang perempuan … sila dan cuba fahami serta bersimpatilah dengan orang lelaki!!!  hehe


p/s – padanlah aku asyik terserempak dengan orang gila yang kebanyakannya adalah orang lelaki .. kasihan kan ..  kan ..


19 comments:

Ain Atika Zailani said...

haha....apa plak kena kesian.

Marzalina said...

kesiannya...lelaki..hehe...(ni tgh bersimpati ler ni..hehehehe)

Anna Boleyn said...

hahaha lg 1 faktor lelaki cpt ada masalah mental adalah masalah 'perempuan' nak nak klu ada awek macam den. kuikukui. penin kepala dibuatnya. ;p

DUN Behrang 2020 said...

Orang perempuan lebih banyak bercakap...orang lelaki lebih banyak 'berfikir'...sebab apa??? Hihihihi...

ryann said...

dan lelaki kan bang kena betul-betul ambil perhatian tentang fakta ini. sedih baca.

Anonymous said...

assalamualaikum sdr. rasyid..
wa..kesian yek kaum kita nih...
tapi memang betul pun.. kita ni tanggungjawab besar. nak jadi imam untuk diri sendiri, famili dan komuniti..
justeru banyak terfikir fasal tanggungjawab berat tu sampai terbabas untuk fikir diri sendiri..
ingat tu pempuan..

Anna Boleyn said...

salam..sy dah masukkan link blog ni dlm bloglist HLN. sila check kat bloglist 'Another Love Nest'. Thanx taw:)

MaizaC'Joe said...

Salam

apa khabar? sihat ka tu...

ermm.. memang org lelaki klu tak sakit betul2 tak mau la p berubat.. cth paling terdekat ayah maiza.. tak larat sangat2.. sampai Maiza paksa keras punya baru mau p.. huhu..

sebenarnya org perempuan kesian sangat kat orang lelaki..

annfrendly said...

salam..
cikgu..
betul lah apa yg cikgu cakap tu..
memang banyak orang gile tu dikalagan lelaki..bila baca ni baru saya terfikir.. orang gila yg saya jumpe kebanyakkannya lelaki..

kesian lah pulak...
lelaki banyak tanggungjawab..

Rashid said...

Ain Atika
Ain .. kena kasihan kerana diorang lelaki ni fikirnya tak pernah abis demi wanita .. sampai ramai yang dah tak betul kepalanya .. (cam dlm gambar tu!!)

Rashid said...

Marzalina
bagus intan kerana bersimpati .. terima kasih .. tapi naper gelak tu??

Rashid said...

Anna Boleyn
Yup! anna .. betul tu. ramai lelaki tak betul.. jadi gila-gila gara-gara wanita .. kan kan …

Rashid said...

DUN behrang
DUN orang lelaki kan macho .. wanita pula apa ek? gedikssssss .. hehe
ops!! lariks!!

Rashid said...

ryann
ryan.. abang harap begitulah. Harap orang lelaki terus gagah perkasa .. dapat jaga wanita di sisinya.

Rashid said...

abgreds
hah! kan betul tu. Tanggungjawab yang besar terletak pada bahu lelaki .. senget sakit bahu dibuatnya.. so orang pompuan kena picit bahu lelaki .. kasihan ..

Rashid said...

Anna Boleyn
salam ..

k hana .. ‘thanx taw’ .. (suka ayat ni)

Rashid said...

Maiza
salam
saya alhamdulillah .. sihat .. baru abis latihan ni..
Maiza .. egokah lelaki?

baguslah kalau orang pompuan ada rasa simpati pada lelaki ..

Rashid said...

annfrendly
salam ann
hehe.. tapi tak semua orang lelaki tu gila tau ann ..

sudah suratan bagi orang lelaki ..

Dya Atira said...

xnak kesian...:-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search