Followers

10 November 2010

Kisah anak ikan yang keresahan

Malam .. hujan turun ..  aku perhatikan rintik-rintik hujan. Cantik dan sungguh indah rupanya.

Tiba-tiba aku teringat kisah anak ikan yang keresahan … (maaf aku mengolahnya. Guna ayat sendiri. Ingat-ingat lupa sebenarnya akan kisahnya)

Ada satu ketika, seorang ayah berbicara dengan anak bungsunya di tepian sungai. Dengan lembut, ayah menyatakan pada anaknya.

“Lihatlah .. betapa pentingnya air kepada kehidupan. Tanpanya semua jenis kehidupan akan lesu, kering dan akhirnya musnah”

Anaknya mengangguk-ngangguk walaupun masih kurang mengerti.

Dalam masa yang sama, seekor anak ikan sedang mendengar percakapan itu. Anak ikan itu berasa resah dan tertanya-tanya, tercari-cari di manakah letaknya air itu?. Dek kerana rasa ingin taunya begitu tinggi sekali maka berenang-renanglah anak ikan itu ke sana ke mari bertanyakan pada setiap ikan yang ditemui …

“Di manakah air? Ini kerna aku mendengar kata-kata manusia tadi ... tanpa air semua kehidupan akan lesu, kering dan akhirnya musnah”

Semua ikan yang ditemui sekadar mengeleng-gelengkan kepala. Tak tau dan sedikit kebingungan dengan soalan anak ikan tersebut.

Sampailah satu detik dan ketika, anak ikan itu berjumpa dengan seekor ikan senior yang kelihatan tenang. Agak macho gayanya. Lalu ditanyailah soalan tadi. Maka ikan senior itupun memberikan jawapannya dengan senyuman terukir.

“hai anak ikan, air itu sebenarnya sentiasa ada. Ia ada di sekelilingmu. Cuma kamu tidak menyedarinya. Kamu terlepas pandang. Kamu tidak pernah untuk cuba merasai kehadiran dan menghargainya.”



Begitulah rasanya kita semua. Mencari-cari sesuatu yang boleh buatkan kita gembira dan suka. Seringkali kita agak lupa akan kebahagiaan yang pernah hadir dalam hidup kita. Kebahagiaan yang sebenarnya sudah bersama kita sebelum ini. Mungkin juga kita sedang bersamanya kini.

Percayailah kita semua pernah alaminya dan alangkah baik dan indahnya jika terus bersamanya.

Dalam meniti hari-hari, kadangkala kita perlu luangkan sedikit masa untuk melihat ke dalam diri. Merenung diri akan perjalanan yang kita tempuhi sehari-harian. Melihat di mana kekuatan dan kekurangan diri. Mencari peluang dan membuka ruang untuk terus merasai bahagia.

Sebuah persahabatan … teman-teman … ia satu anugerah dariNya. Hargailah selagi ia masih ada dan ingin serta sedia untuk bersama kita.

23 comments:

princeduyong said...

kebahagiaan...penting dalam kehidupan..

Cikgu Nurin said...

Betul tu cikgu..dan kerap kali kita ni selalu melihat yang jauh..mencari yang jauh..sedangkan kita lupa yang di depan mata itu lebih membahagiakan....

Afida Anuar said...

Salam cikgu Rashid...

Serupa mcm hidup kita ni jugak la kan, selagi kita tak hargai apa yang ada di sekeliling kita, selagi tu la kita akan rasa hidup kita ni.....errr..apa eh..cikgu sambung la sendiri. saya tatau exact word ..(pulak!)

hehe

HonEyBuNNy said...

salam cikgu..betul tu..kadang2 kita lupa kebahagiaan kita...n asyik tgk kebahagiaan org lain..tu bg ila la...hehehe

Rashid said...

princeduyong
yup! walau kekayaan menenggelamkan diri tapi kalau hati selalu resah tak de gunanya .. kan ..

Rashid said...

cikgu nurin
cikgu nurin, siapa ek duk depan mata? hehe .. duk cari cari ni ..

Rashid said...

afida anuar
salam

fida.. okey saya sambung .. “selagi tu la kita akan rasa hidup kita ni rasa sepi-sesepinya.. walaupun berada di dalam taman yang sungguh indah.. penuh bunga-bungaan mekar mewangi.. kicauan suara manja burung.. mengalirnya air yang jernih kebiruan .. “

so .. fida cari cepat-cepat!! hehe

Rashid said...

Honeybunny
salam
ermm ila. betul tu.. so ila jangan asyik tgk kebahagiaan orang lain k .. cari dan rasai kebahagiaan yang sedang bersama ila sekarang tuuuu.. ehemm ehemm ..

LadyBird said...

Air itu ibaratkan seperti ape yang berada di sekeliling kita lah cikgu? nice story :).. tq cikgu :)

Rashid said...

Ladybird
hmm hmm .. kiasan yang sungguh bermakna sekali .

sama-sama ..

Anna Boleyn said...

tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. itu lah manusia..

ryann said...

seringkali manusia mahu mencari bahagia yang lain tapi tak pasti itulah bahagia yang dicari-cari

Aisyah AR said...

kita ni kadang2 lalai, kadang2 alpa. kita gagal hargai sesuatu sehingga kita kehilangannya. lumrah manusia. huhuu...good entry!! loike it!!!

Marzalina said...

tiaba-tiba intan teringat dekat anak2 ikan yg pernah intan bela dlm aquarium...rindu kat ikan2 tu..tapi Allah lebih sayangkan mereka...

SURIA AMANDA said...

suka entry ni..sangat2 memberi erti..kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada di saat ini..

Afida Anuar said...

Tengah cari la ni cikgu...sabar...sabar:P

eh ke cikgu nak tlg carikan? errr...

Rashid said...

Anna Boleyn
anna, manusia selalunya mudah lupa walaupun ia ada di depan mata .. terlalu sibuk dengan diri sendiri.

Rashid said...

ryann
yup! ryann .. kita selalu mengejar pelangi sedangkan warna-warni yang indah sebenarnya dah ada kat sekitar kita.

Rashid said...

Aisyah AR
ermm .. betul tu aisyah kita bergelak tawa dengannya. Kita juga buat tak endah padanya. Hinggalah kita kehilangannya .. masa itu baru kita sedarinya .. kita mula kehilangan gelak tawa .. saat-saat indah bersamanya.

Rashid said...

Marzalina
Alaaaaaa sedihnya intan..
Intan carilah anak ikan yang lain k .. cari yang manja-manja. Buat teman utk damaikan hati.

Rashid said...

Suria Amanda
Selalu juga hati berbicara .. manakah letaknya kebahagiaan ..

Rashid said...

Afida Anuar
Okey!! nak saya carikan ke afida? boleh je… ramai tau …..

cik Ladies said...

entry niey superp .. !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search