Followers

26 December 2010

Malaysia Lawan Indonesia ... Tahniah pemain bola sepak Malaysia!!

Perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 menjadi milik Malaysia. Tabik pada semua pemain-pemain Malaysia. Syukur.. rasa bangga woiiii!! Rasa bangga sebagai rakyat Malaysia!!!

Malaysia menang 3-0 kalahkan Indonesia. Tahniah kepada pemain-pemain Malaysia. Tahniah kepada K. Rajagobal. (Tak nak tahniah kepada yang pancar laser kat muka penjaga gol Indonesia. Jangan malukan Malaysia!!. Tak payah laser .. Malaysia yakin menang dan boleh menang!!!)



Aku yang menontonnya terasa begitu bangga sekali. Bangga dengan pemain-pemain muda Malaysia yang bersemangat kental.Tak kenal erti penat.

Kita harap kemenangan Malaysia malam ini akan berulang di Stadium Bung Karno, Indonesia pada 29 hb nanti. Harap-harap di sana nanti, Malaysia dapat kalahkan Indonesia 3-0 lagi. Kalau takpun 2-0.

25 December 2010

Berita menggemparkan negara!! Abis laaaaaaaa rakyat Malaysia kali ni …

Hari ini bagi aku tidak ada berita yang menggemparkan negara selain berita kenaikan roti canai dan teh tarik mamak. Gempar gempita bagi peminat roti canai.  Riuh penduduk kampung. Mungkin juga penduduk Bandar.

Ini berikutan langkah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan menaikkan harga roti canai dan teh tarik mulai tahun 2011. Sebenarnya semua jenis makanan dan minuman kedai mamak di semua rangkaian restoran mamak di seluruh negara akan dinaikkan.



Adakah ini berita menggemparkan bagi rakyat Malaysia? Malah telah menjadi laman utama beberapa akhbar tempatan negara!!! Alasan kenaikan hanya satu, disebabkan kenaikan harga gula dan minyak!!

“Kami tidak perlu berbincang dengan kerajaan untuk naikkan harga … terpulang kepada orang ramai nak beli atau tidak” kata Presiden Presma, Noorul Hassan Sahul Hameed.

Wah!! ucapan yang begitu tegas!! hebat!! Pedas!! Pekat!! (sedap?) macam kari rotinya juga.

Nah! itu dia penangan dari roti canai dan teh tarik mamak. Nampaknya kali ini baru rakyat Malaysia terkejut!!

“Boikot je!!!” selamba je FOMCA menjawabnya.

Aku .. sekadar cuba membayangkan nasib rakyat Malaysia tanpa roti canai mamak... Tanpa teh tarik mamak... hehe. Gelak je aku bila fikirkannya. Boikot? haha!!  gelak lagi...


p/s – dulu suka makan roti canai mamak ..  sekarang tak berapa suka. Minyak!! kolestrol tinggi.. kesihatan beb!! kena kawal!!

24 December 2010

Puisi Arab, “Kepedihan yang mendera”


Pagi jumaat, baca puisi Arab …



Kepedihan yang selalu mendera
pada saatnya nanti pasti akan pergi.

Begitu banyak orang yang lega
setelah putus asa mendera
begitu banyak pula orang berbahagia
setelah dia putus asa
Siapapun yang berprasangka baik
kepada pemilik ‘Arasy
maka ia akan memetik buah manis
di tepi sungai yang jernih.


23 December 2010

Ramainya anggota tentera datang rumah aku

>>>>> Sedang aku duk berkemas barang di rumah, tiba-tiba aku tengok ramainya anak-anak buah aku (anggota tentera kat kem) datang ke rumah – nak tolong aku kemaskan barang. Mereka datang untuk tolong aku!!  Bagusnya diorang ni <<<<<

Aku buka mata perlahan. Amati sekeliling. Sunyi je. Laaa aku mimpi rupanya. Mimpi askar lagi. Mimpi anak-anak buah aku. Terus tengok jam di dinding. Dah pukul 9.30 malam. Aku terlelap rupanya tadi. Terlelap selepas solat maghrib ..   uisss .. rugi-rugi  ..  rugi masa ..  aku terus bangun – mandi, solat, buat kerja sikit.

Kenangan bersama anak-anak buah ..  tahun 2008. Walaupun perangai ada gila-gila sikit tapi tak pernah ingkar perintah ..


Pagi tadi, aku terima panggilan dari kem tentera.

“Tuan, nak maklum. Pada 17 Januari hingga 17 Februari 2011 ada latihan kat kem. Perlukan seorang Kapten. Tuan boleh hadir tak latihan ini?”

“Sarjan, Maaflah .. saya tak dapat hadirlah. Bulan Januari, Februari .. awal-awal tahun ini saya sibuk sikit dengan perancangan dan pengurusan sekolah. Boleh pihak kem cari kapten dari batalion lain tak?”

“Okey tuan. Sebenarnya saya dah agak. Tuan sibuk .. Cuma saya telefon ini nak pastikan tuan telah dimaklumkan…  kita ada latihan tentera pada Januari dan Februari. Sekurang-kurangnya saya dah maklum pada tuan. Kemudian dapatlah saya maklumkan pada pihak atasan… tuan sibuk dan tak dapat hadir latihan kali ini. Bolehlah kami cari Kapten dari batalion lain untuk tumpangan kat kem ini.”

“Okey terima kasih sarjan …”

p/s – naper le aku asyik mimpi tentera .. anak-anak buah aku ni ..

21 December 2010

Hanis Zalikha dilayari 16,000 pengunjung sehari? Apa petuanya?

Sekejap tadi, baca blog. Klik sana klik sini ..  baca berita online sana sini. Akhirnya sampai pada tajuk rungkai misteri, myMetro.

Tertarik dengan berita yang dipaparkan. Tertarik kerana ada menyentuh tentang kehebatan seorang blogger melalui hasil penulisan dalam blognya. Makin tertarik kerana ada kaitan dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin... 

 Hanis Zalikha

Baca lagi..

Seorang blogger mengatasi populariti Siti Nurhaliza dalam enjin carian Google Malaysia!!

Wah!! hebat tu .. siapakah blogger itu? Tak lain tak bukan beliau ialah Hanis Zalikha dan blognya, inibelogsaya.blogspot.com

oooo rupanya Hanis Zalikha. Kalau begitu aku memang tak terkejut.

Hanis Zalikha seorang model. Cantik orangnya. Blognya penuh maklumat tentang kisah kehidupan hariannya. Pelbagai fesyen terkini digayakannya. Malah blognyapun penuh dengan petua kecantikan. Sesuai dengan status orangnya. Malah ada juga petua berblog yang boleh dikongsi darinya.

Apa yang aku lihat, gaya penulisannya agak santai dan agak fresh ..  dan mungkin itu salah satu sebab yang menjadikan penulisan kat blognya suka dan dibacai ramai.

Namanya telah tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi, malah dilihat mengatasi populariti aktor kacak, Min Ho dan Lambert.

Bila ditanya tentang diri dan blognya, Hanis berkata:

“… terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari”.

16,000 orang sehari melayari blognya!!  Memang hebat!!

Aku tabik pada Hanis Zalikha. Tabik kerana beliau seorang pelajar yang berjaya, juga seorang model, masih bersedia dan berjaya meluangkan masa berblog .. menulis .. menulis …

Dalam hati, tak semua orang suka menulis …

Blognya masih menggunakan blogspot. Rasanya pernah aku baca sebelum ini, beliau ada berikan alasannya kenapa beliau menggunakan blogspot. Nak tau sila carinya.

p/s – tadi buka satu laman web rasmi Jabatan Pelajaran … terbaca tajuk yang sama, “Hanis Zalikha mengatasi populariti Siti Nurhaliza dalam enjin carian Google Malaysia!!”


19 December 2010

Mata ini merah pula. Nak kata mengintai ...

Pagi tadi – kat pasar tamu. Aku singgah satu warung untuk makan nasi berlauk. Semasa duk makan tu, mata melihat persekitaran. Sudah jadi kebiasaan - suka melihat gelagat orang.

Seorang pakcik berbual dengan tuan kedai. Aku agak-agak pakcik tu dah berumur 60-an gitu. Manakala tuan kedai, seorang kakak sekitar umur 40-an.

 Gambar sekadar hiasan

Suara pakcik itu agak kuat. Aku mendengarnya ...

“ishh mata ni merah pula. Nak kata mengintai .. takdelah pula. Orang tua …” selamba je pakcik tu bersuara sambil tersengih-sengih. Agak kuat volume suaranya. Rasa aku satu kedai boleh dengar.

“Itulah .. tengok ke tuan pun dah tau. Nak melangkah batang pinangpun tak larat ...” tuan kedai bersuara sambil senyum. Nada suaranya pun sama-sama kuat.

“Mana ada tu.. tengok gaya memanglah. Melangkah batang pinang tak larat. Tapi kalau angkat batang balak larat lagi tu ..” sampuk seorang lagi pakcik. Juga agak berumur. Mungkin kenalannya.

Aku senyum. Aku tengok pelanggan-pelanggan yang tengah duk makan di kedai itu juga senyum. Senyum tercuit dengan senda gurau orang tua-tua. Malah ada yang mengeleng-gelengkan kepala sambil senyum.

Dalam hati aku, mereka ini mungkin dah biasa. Dah kenal lama. Gurau-gurau .. menceriakan keadaan.

p/s – kan hidup ini tak boleh terlalu serius .. kena ada gurauan. Baik untuk kesihatan .. 

18 December 2010

Kempen Menutup aurat .. hidup ini sementara cuma ..

3 hari lepas, terima ruangan komen daripada adik asyfiqaz.

“cikgu, harap cikgu boleh join sekali 'cover your aurat campaign'. Harap dengan usaha yang kecil ni dapat memberi satu perubahan.”

thanks cikgu

>>>>>>>>

Okey adik asyfiqaz. Saya jawabnya …

Bila diamati, rasanya usaha adik asyfiqaz dalam blognya thepotpetking ini baik sekali. Bagi saya, tiada usaha yang kecil. Jika ia baik walaupun kecil ia amat beerti sekali. Ia boleh bawa kesan yang besar dan bermanfaat jika dinilai, direnungi dan dihayati. Oleh itu, usaha ini perlu diberi sokongan yang baik.



Hukum menutup aurat rasanya semua orang dah tau. Ia fakta yang benar. Ia tuntutan dalam Islam. Tiada jawapan aneka pilihan lagi untuknya.

Tag 3 orang? rasanya saya nak tag semua teman-teman yang baca entri ini … segalanya terserah kepada anda okey. Moga yang baik itu datang dariNya dan sesungguhnya hidup kita ini hanya sementara cuma.

17 December 2010

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu ...



Kelmarin, pergi kat Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. 3 jam je perjalanan dari rumah. Sampai je terus cari hotel. Kali ini bermalam kat Hotel Tanjung Vista pula. Hotel ini murah tapi selesa sangat. RM150 lebih je untuk satu malam.


Sekadar untuk rehatkan diri. Ini kerana minggu depan, bermula 19 hb dah start mesyuarat sana sini. So sebelum kesibukan, baiknya pergi rehatkan diri. Tengok keindahan permandangan pantai, ombaknya, anginnya dan gelagat manusianya.  

Petang – habis ronda-ronda bandar, terus ke pantai. Seronok sangat.. ramainya orang..

Sempat snap …

 wah!! macam-macam rupa wau sekarang ni ya ... cari wau bulan tapi tak jumpa ..
 
Macam kat luar negara pula. Dewasa RM5.00, kanak-kanak RM3.00 sorang. Tolong promosi..

 Takde kerja. Snap bayang sendiri. Begini ke gambar hantu galah? hehe ..

14 December 2010

Jadikanlah cinta ini cinta yang terakhir untukku …

Jam 10.15 malam tadi - semasa memandu kereta ke restoran citarasa, sempat buka Radio Malaysia Kelantan F.M .. terdengar DJ radio menyebut mengenai ramai orang sekarang mencari cinta terakhir. Ini kerana cinta pertama dah berlalu ..  dah tiada.

Sampai je kat restoran, aku pesan air laici kang (keluar rumah sorang-sorang malam malam semata-mata nak minum air laici kang je. hehe.) Bukannya lapar, cuma haus je.

Sambil minum, aku keluarkan pen & kertas. Coret-coret …

Aku senyum. Terfikir sejenak. Tertarik dengan ungkapan yang aku dengar tadi, “Cinta Pertama dan Cinta Terakhir”. Ungkapan yang sungguh simple. Kalau dalam novel, boleh kot bagi nama novel itu, Cinta Pertamaku & Cinta Terakhirku.

 sempat snap ... air laici kang, pen & kertas

Pada pandangan aku, kedua-dua ungkapan ini sungguh indah.  Penuh bermakna bila direnungi. Makin bermakna kerana rasanya ramai orang di zaman global sekarang ini, baik remaja mahupun yang dah lebih remaja, majoriti mengimpikan cinta yang tulus ikhlas. Hanya satu. Tiada dua. Cinta pertama dan terakhir. (Kecuali yang nak berpoligami. Itu lain)

Semuanya bila ditanya, ingin cinta yang dialami adalah yang pertama dan terakhir. Baik menyintai atau dicintai. Ingin kekal mekar selamanya.

Memang aku akui, semua orang pernah alami cinta pertama. Cuma cinta pertama jarang kekalnya. Tak dapat bertahan. Cinta zaman sekolah. Cinta drama bersiri “Sicapik”. Ada sesetengah tu bagi istilah cinta monyet (sampai sekarang aku duk fikir, kenapalah diorang bagi nama cinta monyet?. Siapa yang bagi? Kasihan kat monyet .. jadi mangsa)

Apapun aku tabik dan hormati kepada mereka yang berusaha nak jadikan cintanya, walaupun bukan cinta yang pertama tapi adalah cinta yang terakhir. Ingin bersama sehingga ke akhir hayat …

Cuma rasa nak gelak juga apabila ada yang masih mengaku, “ini adalah cinta pertama saya... cinta pertama lagi .. lagi .. lagi .. dan lagi.. ”   tipu wehh!!!

Tiba-tiba aku teringat ayat romantis dari seorang jejaka kepada gadis pilihan hatinya. Lama dah ini ..

“saya akui walaupun awak bukanlah cinta pertama saya, tapi ingin saya jadikan awak… cinta yang terakhir dalam hidup saya  ..”

seriau roma bila dengar …

13 December 2010

Hari ini ada 48 blogger jadi follower blog kerdipanbintang?


Tadi macam tak percaya pula bila aku buka blog. Tak percaya bila tengok kat follower .. 613 orang? uiss biar betul. Malam tadi rasanya follower hanya 565 je. Tapi bila buka blog tadi, dah meningkat jadi 613?

Maknanya ada lebih kurang 48 orang blogger telah menjadi follower blog ini hari ini …

 Terima kasih ..

Aku pejam mata. Berbicara dengan hati …
Aku buka mata. Terus buka blog saudara Ben Ashaari. Rasanya ada sesuatu di sana. Itu bisikan hati kecilku.

Seingat aku, pagi tadi - 13 Disember 2010 jam 01:56 aku ada komen kat entri Ben Ashaari yang bertajuk “Bukan Mudah Jadi Blogger kan?”

Aku komen kerana tertarik dengan motivasinya terhadap blogger yang ‘frust’ lalu berhenti berblog. Bagi Ben, seorang blogger perlu tekal dan kekal bersemangat dalam menulis entri. Jangan mudah kecewa dengan usikan dan kritikan yang diterima. Aku amat bersetuju dengan kenyataannya ini. Dah berulangkali hati aku berbicara mengenai ini.

Gerak hati aku benar... cuba baca entri Ben Ashaari bertajuk  Tak ku sangka blogger ini rupanya …”. Pada ayat-ayat akhirnya telah mempromosikan blog kerdipanbintang ini.  Kata-katanya:

“Ops.. ok .. malam ni aku nak perkenalkan korang dengan satu blog yang istimewa !!! Rugi kalau tak follow dia .. serius ... ok .. jom kita singgah ke blog Kapten Rashid..”

Adoiii … apale Ben Ashaari ini. Malunya saya .. blog istimewa pula tu.

Tak sangka ya, blogger glamour ini sedia promosikan blog yang biasa-biasa je ini.
Apapun terima kasih Ben Ashaari. Terima kasih juga kepada blogger seramai 48 orang yang follow saya hari ini.

p/s - aku tabik pada saudara Ben Ashaari, rajin mengupdate entri kat blognya … berpuluh entri dalam sehari ..  dan memang selayaknya beliau mempunyai follower seramai 5973 orang!! kalahkan artis ..  syabas!! teruskan berkarya …

11 December 2010

"Syid, kenapa isteri saya dah tak sukakan saya lagi?"

Kes cerai semakin meningkat saban tahun … angkanya begitu merisaukan sekali.

Kajian Jakim tahun 2007, sebanyak 32.2% perkahwinan bagi tempoh 5 tahun pertama mengalami perceraian, 27.7% berlaku untuk tempoh 6 hingga 10 tahun pertama perkahwinan. Pada tahun 2009, dalam 135,136 perkahwinan yang didaftarkan, sebanyak 27,116 kes perceraian direkodkan dalam tempoh tersebut!

Prof Madya, Dr. Muhd Suhaimi Osman, Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UITM, berkata:

“Perkenalan suami isteri walaupun telah berlaku sejak sekian lama, ia sebenarnya tidak menjamin kesejahteraan rumah tangga yang bakal dibina. Kedua-dua pasangan perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai keadaan setelah bergelar suami isteri yang sah. Setelah tinggal sebumbung, pelbagai perkara tidak menjadi rahsia lagi. Di sinilah keadaan akan menguji sejauh mana persefahaman yang akan wujud antara kedua-dua suami isteri itu.”


Tiba-tiba aku teringat. Dua minggu lepas, aku didekati seorang kawan. Suaranya agak lemah.

“Syid, saya tak tau, kenapa isteri saya sekarang dah tak sukakan saya lagi. Dah 4 bulan kami tak tinggal bersama…”

“hmm hmm .. Camana boleh jadi macam tu? Tentu ada sebabnya..”

“Saya tak dapat pasti. Bulan puasa lalu, pernah ada panggilan kat handphone orang rumah. Masa tu jam 4 pagi. Saya angkat ..  saya dengar suara lelaki, “Sayang, belum bangun lagi. Tak bersahur ke?” Saya tak sempat bercakap, orang rumah bangun dari tidur, terus dia marah saya kerana angkat handphonenya...”

“Saya mula naik angin. Saya tanyanya .. tapi dia tak mau jawab. Saya marah sangat masa tu.”

“Ada sentuh dia .. pukul dia ke?”

“Tak. Saya tak pernah pukul dia. Sepanjang kami kahwin, tak pernah saya tampar dia sentuh dia ..”

“k ..”

“Bermula dari situlah hubungan kami renggang. Sehingga kini dia tak mau jumpa saya lagi. Dia asyik tanya saya, bila nak selesaikan semuanya. Dia kata dia dah tawar hati dengan saya. Keluarganya pun dah tak dapat buat apa-apa … ”

“Syid, orang rumah saya tu terlalu keras hati. Hitam katanya hitamlah. Putih katanya putihlah …”

“Keluarga sayapun dah tak kisah kalau saya lepaskannya. Tapi saya masih fikir .. fikirkan tentang anak. Anak baru berusia 6 bulan …”

“Maaf, ada tak selepas peristiwa itu… ada buatkan sesuatu yang buatkan orang rumah makin jauh diri. Jauh hati?”

“Iya syid. Saya mengaku. Saya pernah terkeluar kata .. ‘okey bagi saya RM25,000 kalau betul-betul nak saya lepaskan awak’. Masa tu saya hilang sabar. Saya amat marah kerana dia asyik tanya saya bila saya nak lepaskan dia … sayapun tak tau macamana saya boleh kata begitu padanya..”

“hmm hmm …”

09 December 2010

BlogLarian? apa pula blog larian ini?

Tadi, dalam duk baca blog teman-teman bloggers, terbaca pula kata-kata adik ila kat blog iladelarossa nya“mari ramai-ramai kita join ‘Blog Larian’. Kita meriahkan dunia blog kita ni”.

Blog Larian? tertanya-tanya pula aku apa pula blog larian ini?

Dek kerana perasaan ingin tau, saja-saja klik blog larian itu. Baca-baca, klik klik ..
Wah!! idea yang menarik sekali. Sungguh kritis dan kreatif. Tak sangka diorang ni asah idea untuk cipta blog sebegitu.

Aku tertarik kerana dalam satu page, ada 6 laman blog boleh dibuka, dilihat dan di scroll sekaligus. Satu kelainan rasanya.

Sebagai tanda sokongan, hati rasa nak join sama blog larian ini.

owhh ada syaratnya.Tapi takper syaratnya mudah je..

1. Letak banner blog larian dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com
     

    2. Lengkapkan slogan “Saya suka berblogwalking kerana … (tak lebih 30 patah perkataan)
      “Saya suka berblogwalking kerana dapat melihat warna-warni kehidupan pada blog rakan-rakan bloggers. Ada ramuan dan rencahnya. Ada perasanya. Ada senyum tawa dan ada dukanya. Semuanya adalah lakaran kehidupan yang boleh dikongsi dan direnungi bersama.”

      3. Follow bloglarian. 

      4. Tag 3 orang atau lebih rakan.
          Okey saya pilih 3 teman yang selalu kuar jogging bersama...
          i.                     http://annfrendly.blogspot.com
          ii.                   http://afidaanuar.blogspot.com/
          iii.                  http://marzalina707.blogspot.com/ 

          5. Beritau rakan yang anda tag melalui komen.
          6. Tinggalkan link post anda di komen entri bloglarian bersama nama blog anda.. 

          p/s - sokong idea yang ada kelainan ...

            06 December 2010

            Terus terbayang di kala malam ...


            1 minit tadi, aku baca kat ShoutMix Chat

            “hye cr.. dtg jln2 lawat tapak.. damai selalu yer.. rindu kat blog ni.. tk cre”

            ehemm ehemm rindu kat blog ini je ke? kat tuan empunya blog tak rindu ke? hehe ..  terima kasih me.

            >>>>>

            Pagi semalam,  terserempak dengan seorang rakan sekerja.

            “Camana latihan kapten rashid? Tak penat ke selalu ikut latihan askar ni?” aku disapanya.

            “Tak adalah. Seronok sangat …” aku balasnya. Senyum.

            Seronok? Terus terbayang di mata … gerak mara berjalan kaki sejauh 28 km melintasi beberapa buah kampung.

            Terus terbayang bagaimana mengawal pasukan dan memberi arahan kepada pegawai-pegawai muda untuk mengawal anggota lain-lain pangkat.

            Terus terbayang melihat titik peluh dan kelesuan di muka anggota memikul beg dan senjata berat, LMG dan GPMG.

            Terus terbayang bagaimana terdapat anggota melecet kakinya tapi masih gagah menaiki dan menuruni bukit di tengah panas terik matahari.

            Terus terbayang bagaimana menyusun gerak anggota seramai 3 platun apabila latihan serangan kompeni dilakukan ke atas kubu musuh di atas bukit.


            Terus terbayang betapa akurnya anggota terhadap arahan yang diberikan tanpa dolak dalik.

            Terus terbayang betapa pentingnya kekuatan mental dan fizikal serta kerjasama dalam pasukan.




            Terus terbayang betapa pentingnya 'fokus' dalam fikiran dan tindakan.


            Terus terbayang di kala malam, tidur beralaskan buaian ringkas dan ada kalanya tidur dalam basahan hujan.

            Terus terbayang bagaimana seronoknya makan nasi yang hanya dapat memasuki kerongkong dengan meminum air … kerna kepenatan.

            Terus terbayang kesejukan mandi air sungai di kala jam 5 pagi. Menggigil aku dibuatnya. (lama tak mandi air sungai. hehe)

            Dan sekarang … aku di rumah -  sedang minum fresh oren dengan nyamannya …  sambil melihat filem hindi lakonan preity zinta …

            Bukankah seronok semuanya itu?



            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
            Search