Followers

21 December 2010

Hanis Zalikha dilayari 16,000 pengunjung sehari? Apa petuanya?

Sekejap tadi, baca blog. Klik sana klik sini ..  baca berita online sana sini. Akhirnya sampai pada tajuk rungkai misteri, myMetro.

Tertarik dengan berita yang dipaparkan. Tertarik kerana ada menyentuh tentang kehebatan seorang blogger melalui hasil penulisan dalam blognya. Makin tertarik kerana ada kaitan dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin... 

 Hanis Zalikha

Baca lagi..

Seorang blogger mengatasi populariti Siti Nurhaliza dalam enjin carian Google Malaysia!!

Wah!! hebat tu .. siapakah blogger itu? Tak lain tak bukan beliau ialah Hanis Zalikha dan blognya, inibelogsaya.blogspot.com

oooo rupanya Hanis Zalikha. Kalau begitu aku memang tak terkejut.

Hanis Zalikha seorang model. Cantik orangnya. Blognya penuh maklumat tentang kisah kehidupan hariannya. Pelbagai fesyen terkini digayakannya. Malah blognyapun penuh dengan petua kecantikan. Sesuai dengan status orangnya. Malah ada juga petua berblog yang boleh dikongsi darinya.

Apa yang aku lihat, gaya penulisannya agak santai dan agak fresh ..  dan mungkin itu salah satu sebab yang menjadikan penulisan kat blognya suka dan dibacai ramai.

Namanya telah tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi, malah dilihat mengatasi populariti aktor kacak, Min Ho dan Lambert.

Bila ditanya tentang diri dan blognya, Hanis berkata:

“… terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari”.

16,000 orang sehari melayari blognya!!  Memang hebat!!

Aku tabik pada Hanis Zalikha. Tabik kerana beliau seorang pelajar yang berjaya, juga seorang model, masih bersedia dan berjaya meluangkan masa berblog .. menulis .. menulis …

Dalam hati, tak semua orang suka menulis …

Blognya masih menggunakan blogspot. Rasanya pernah aku baca sebelum ini, beliau ada berikan alasannya kenapa beliau menggunakan blogspot. Nak tau sila carinya.

p/s – tadi buka satu laman web rasmi Jabatan Pelajaran … terbaca tajuk yang sama, “Hanis Zalikha mengatasi populariti Siti Nurhaliza dalam enjin carian Google Malaysia!!”


24 comments:

Hazzy Ishak said...

memang hot hot hot

Unknown said...

dia memang hebat :)

eMMe said...

cube check blog kite di kunjungi org brape sehari cikgu? huhuhuh..malu ar....

hanis cantik kan cikgu, tu pun satu tarikan juga....

aDfeez said...

mungkin sbb die lawa kot... n blog die welcoming others ;)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

hebat..
cikgu juga hebat..follower dah 600 lebih..

=)

shelliey said...

terbaekk..jeles dgn pencapaian haniss..motavasi diri..

Rashid said...

Hazzy Ishak
hot hot? apa tuu ..

Rashid said...

ieda alhabsyi
kita seadanya kan ieda .. ;)

Rashid said...

eMMe
eMMe jangan malu gitu dong ..
yup! blogger cantik memang satu daya tarikan yang kuat. Itu juga realitinya ..

Rashid said...

AD feez
Saya rasa itu juga salah satu faktornya .. apapun entrinya juga menarik sekali. Banyak petua dan perkongsian dari Hanis .. santai gitu .. kena ngan gaya hidupnya.

Rashid said...

Nur si cikgu ribena
cikgu juga hebat? haha!! nur buat saya gelak je ..

Rashid said...

shelliey
hah! apa nak jeles-jeles .. shellieypun boleh apa ..

Ayuraza said...

sebab dier cantik..
gojes..
pastu n3 comel2..
saya pun ader n3 comel tapi view 3,4 orang je..hehe..blog picisan je...

Unknown said...

sbb kerja keras..kalau x usaha,mana kejayaan nk dtg bgolek,,dia score taw exam..3.97 x silap

Rashid said...

Ayuraza
cantik iya.. gojes? apa tu? tak taule.. jap nak cari kat google..

Mana ada blog picisan. sekurangnya kita berkongsi sesuatu ngan pembaca k..

Rashid said...

Rozuan

wah!! tau skor tu.. ni tentu peminat setia ..

Kei Hiroki said...

hebat kan depa ni? jeles cek..haha

Eiza GreenAppleKu said...

Tq for komen dan singgah di blog GA, kalau nak rehat-rehatkan minda boleh lah klik kejap ke blog Hanis. Kalau nak mengubat hati yg sedang gundah gulana, klik ler ke blog GreenAppleKu..haha..

Marzalina said...

cantik..menarik tertarik..orangnya itu kan cikgu?

Anonymous said...

dlu saya xkenal pon die, now dah kenal dah. memang hebat ;)

Rashid said...

asyfiqaz
takyah jeles .. jelling-jeling takper ..

Rashid said...

GreenAppleKu
Rehat minda ke blog hanis zulaikha .. ubati hati ke blog GreenApple .. Iyakan boleh makan buah epal .. byk khasiatnya itu .. tenangkan fikir ..

Rashid said...

Marzalina
Intan dia memang cantik. Anugerah dariNya ..

Rashid said...

Cik Nina
;) .. bila dah glamour ramai akan kenal. Kalau tak .. selisih bahupun tak kenal. kan cik nina..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search