Followers

13 December 2010

Hari ini ada 48 blogger jadi follower blog kerdipanbintang?


Tadi macam tak percaya pula bila aku buka blog. Tak percaya bila tengok kat follower .. 613 orang? uiss biar betul. Malam tadi rasanya follower hanya 565 je. Tapi bila buka blog tadi, dah meningkat jadi 613?

Maknanya ada lebih kurang 48 orang blogger telah menjadi follower blog ini hari ini …

 Terima kasih ..

Aku pejam mata. Berbicara dengan hati …
Aku buka mata. Terus buka blog saudara Ben Ashaari. Rasanya ada sesuatu di sana. Itu bisikan hati kecilku.

Seingat aku, pagi tadi - 13 Disember 2010 jam 01:56 aku ada komen kat entri Ben Ashaari yang bertajuk “Bukan Mudah Jadi Blogger kan?”

Aku komen kerana tertarik dengan motivasinya terhadap blogger yang ‘frust’ lalu berhenti berblog. Bagi Ben, seorang blogger perlu tekal dan kekal bersemangat dalam menulis entri. Jangan mudah kecewa dengan usikan dan kritikan yang diterima. Aku amat bersetuju dengan kenyataannya ini. Dah berulangkali hati aku berbicara mengenai ini.

Gerak hati aku benar... cuba baca entri Ben Ashaari bertajuk  Tak ku sangka blogger ini rupanya …”. Pada ayat-ayat akhirnya telah mempromosikan blog kerdipanbintang ini.  Kata-katanya:

“Ops.. ok .. malam ni aku nak perkenalkan korang dengan satu blog yang istimewa !!! Rugi kalau tak follow dia .. serius ... ok .. jom kita singgah ke blog Kapten Rashid..”

Adoiii … apale Ben Ashaari ini. Malunya saya .. blog istimewa pula tu.

Tak sangka ya, blogger glamour ini sedia promosikan blog yang biasa-biasa je ini.
Apapun terima kasih Ben Ashaari. Terima kasih juga kepada blogger seramai 48 orang yang follow saya hari ini.

p/s - aku tabik pada saudara Ben Ashaari, rajin mengupdate entri kat blognya … berpuluh entri dalam sehari ..  dan memang selayaknya beliau mempunyai follower seramai 5973 orang!! kalahkan artis ..  syabas!! teruskan berkarya …

32 comments:

Unknown said...

wah..ramai nya..best la hari2 cm ni

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

hehe,,..ada gambar iqbal dalam uh..iqbal pun kagum gak nie ngan seorang askar yg ada masa utk berblog.. =)

zacky786 said...

wahh bestyer.. ~
gambar sy pn ada..

ice lemon tea.. huhu

naem glizzy said...

wow! syoknye.. xpela. im still new. so kena belajar lagi. hee

Unknown said...

Tahnaiah anakanda!

Unknown said...

gamba ayie ad disitu ..hehe

Kuronofu91 said...

Tahniah PAk cik RAshid(boleh panggil gini???)...saya x pernah dpt banyak camtu dalam sehari....sob3

Lieya said...

gambar saya pun ada la..hehehe.. teruskan berblog ye kapten..chaiyok2..:)

Afida Anuar said...

Wahhhh...cikgu rashid...kipidap!!..

hehe

Hazlin Nazri said...

tahniah!

Rumah Kuning said...

cikgu, tahniah....semoga menaikkkan lg semangat utk menulis. dah populer le tu... hehehe

Suara Kalbu said...

Tahniah Kapten,

Dah ramai follower. Ben memang sangat superb. Saya pembaca senyap dia tapi sgt kagum dengan ketabahan dia mengupdate blog setiap jam rasanya. Memang berbaloilah dgn usaha dia tu.

Semoga blog Kapten juga akan maju jaya. Happy blogging

eMMe said...

Salam Kapten, lama tak ke sini...cecece..dan2 tukar Kapten, ari ni panggil Kapten lah, sok2 panggil cikgu lak

Tahniah! Ada org hargai blog kita kan..kan...

Kei Hiroki said...

hehe..asik panggil cikgu je, rasa macam nak panggil kapten pulak lah..hehe,,good job cikgu!

ps: bile cik ben tu nk promote blog saya pulak ek?

Rashid said...

Rozuan Ismail
hah! kalaule hari-hari .. kena buat jamuan kat hotel. Raikan.. hehe

Rashid said...

Iqbalhakimi
Iqbal. Masa di tangan kita .. kena bijak agihkan masa .. cari luang dan ruang ..

Rashid said...

zacky
ice lemon teh satu !!
zacky terima kasih ..

Rashid said...

naem glizzy
ermm. 3 minggu .. okey tu. teruskan berkarya ..

Rashid said...

mountdweller
terima kasih uncle ..

Rashid said...

azrinrahim
a’ahh .. terima kasih ayie

Rashid said...

Kuronofu
pakcik rashid? haha!! panggil je tak kisah .. panggil Datuk Rashid lagi okey .. hehe
Kuronofu, rasanya nak sambung phD le. Nanti leh panggil Dr Rashid pula..

Pernah ada pelajar panggil ustaz .. adoii ..

Rashid said...

Lieya
terima kasih utk lieya .. nak sebut juga 'chaiyok chaiyookkkk.. ' (teringat lagu yg shah rukh khan nyanyi atas keretapi .. chaiya chaiyaaa ..)

Rashid said...

Afida Anuar
kipidap juga .. (terbelit lidah sebutnya fida)

Rashid said...

Hazlin
sama .. tq hazlin

Rashid said...

Rumah Kuning
hurm.. semangat semakin berkobar ni. rasanya nak tulis entri setiap jam cam saudara ben ashaari .. (haha!! gelak pada diri. dushh dushh Apa ingat diri ini rajin sangat ke? Ada masa ke? ahakss! takper janji azam ada..)

Rashid said...

Suara Kalbu
iya. Setiap jam .. ada berbelas entri dalam sehari.. tak kuasa saya ..

saya? Sekadar berentri bila ada sesuatu nak dibicarakan ..

Rashid said...

eMMe
eMMe .. alaaa eMMe kena panggil saya ‘abang …’ (uiss rasa nak terbang tinggi-tinggi terus ..)

Betul tu. Kita perlu saling menghargai. Sokong menyokong antara blogger.. saling menyayangi .. saling mencintai .. Opss!!!

Rashid said...

asyfiqaz

asy .. ada-ada je ..

promote kat blog ben? ermm susah jugakan.
Bagi saya, biar ia datang ngan sendirinya.. 'memberi lebih baik drp menerima ..'

Lieya said...

Kapten.. hahaha.. klip lagu tu sharukh khan nyanyi dok kat atas ketapi bergerakkan..? hihihi

Rashid said...

Lieya

hah!! tau ek .. ni tentu peminat shah rukh khan ni. Ke pernah menari cam tu? hehe ..

Lieya said...

Kapten.. suami saya peminat hindustan.. pastu.. zaman belajar.. kawan2 sumer giler bollywood.. tu yang tau tu..ehhehe

Lieya said...

Kapten.. suami saya peminat hindustan.. pastu.. zaman belajar.. kawan2 sumer giler bollywood.. tu yang tau tu..ehhehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search