Followers

30 January 2010

Aku tengok upacara cucuk-cucuk ...

Jam 10.00 pagi tadi, semasa memandu.. Aku terserempak dengan segerombolan orang India sedang berarak merayakan Hari Thaipusam. Beberapa orang daripadanya adalah pelajar aku. Sempat senyum dan memanggil nama aku ..

“Kumar, nak pergi mana ni?

“Tepi sungai cikgu..”


“Buat apa? Sambut perayaan di sana ke?”

“Ada upacara..”


“ooo ada upacara cucuk-cucuk pipi, cucuk-cucuk belakang ke?”

“Ada cikgu. Ramai…”


“Wah! menarik. Bolehke cikgu ikut sekali. Nak tengok”.

“Boleh cikgu.. marilah..”


Apalagi aku terus mengikut segerombolan tadi. Terasa juga nak tengok secara ‘live’ tentang perayaan mereka. Walaupun agak ‘tak sedap hati’ tengok bab cucuk-cucuk badan tapi rasa ingin tengok secara ‘live’ buatkan aku nekad nak pergi juga. hehe..


Jom kita layan gambar yang aku sempat snap. zassss …


Gerombolan sedang menuju ke sungai. Tanpa berselipar.

Muzik mesti ada. Lagu Tamil yang sungguh rancak. Akupun rasa nak menari sama. hehe..

Inilah pelajar aku - Kumar. Siap ajak aku menari lagi tu. ishhh ..

Selepas kena cucuk - kejap okey kejap tak sedar diri. Mata kadang-kadang terbeliak. Suarapun berubah kasar.

Aku yang sentiasa tenang walaupun keadaan penuh debaran. hehe ..


Aku sempat berbual dengan salah seorang penonton beragama Hindu. Dia kata, upacara ini memang buatkan orang yang kena cucuk itu kadang sedar kadang tak sedar. Dia juga sempat bandingkan 'masa tak sedar' seperti upacara 'main puteri' dalam budaya Melayu. uisss iyake?

Aku juga sempat berbual dengan 'orang tua' yang turut sama menonton. Dia kata, ada sesuatu yang masuk dalam badan. Sebab itu tak sakit. Sebelum upacara, orang itu dilarang untuk makan makanan berdarah. Kena puasa. Dia juga kata - seperti upacara berjalan atas bara api. Masa berjalan atas bara api, tak rasa sakit, kerana orang yang berjalan itu sudah dijampi. Bila dijampi, orang yang berjalan atas bara api itu hanya melihat bunga-bungaan di depannya. Maksudnya dia berjalan bukan atas bara api sebaliknya di atas bunga-bungaan.

25 January 2010

Melalui blog, Mawar ketemui diri ini.





Ahad, 25 Januari 2010. Jam 10.00 malam. Aku buka e-mail. Satu e-mail buatkan aku terkejut. Tak sangka …


>>>>>>>>


Salam pertemuan ...

Sun, January 24, 2010 11:37:12 AM

From: mawarmerah@gmail.com

To: cintasufi@yahoo.com


“Assalamualaikum....apa khabar. Tak sangka boleh jumpa di alam maya. 10 tahun tak mendengar cerita. Rupa, gaya dan semangat abg. rashid masih sama. Mawar dah tengok blog abg. Rashid, memang menarik, terjumpa semasa membaca blog orang lain. Tahniah kerana hampir / tercapai impian abg. Rashid selama ini. Semoga terus ceria, bahagia dan 'jangan nakal-nakal tau'.....”


>>>> >>>>


Aku betul-betul rasa macam tak percaya. Terkejut amat. Nama itu … mawarmerah ..


Aku renungi nama itu. Nama yang pernah mengusik hati semasa sama-sama belajar di UKM dulu. 10 tahun masa berlalu. Begitu pantas sekali. Seakan-akan baru semalam bila aku mengingatinya.


Begitulah bila sudah ketentuanNya. Terasa amat kecil dunia ini. Melalui blog, mawar ketemui diri ini. Padanlah beberapa minggu yang lepas, terdetik hati aku menyebut namanya.


Aku senyum bila baca ayat e-mail yang akhir sekali itu. 'Jangan nakal-nakal tau..' hehe.. mandai je mawar ini. Seperti dulu juga. Masih suka mengusik dan bergurau.


Apapun untuk mawar, moga bahagia di sampingnya.


Maaf dan terima kasih segala-galanya…

19 January 2010

Cinta itu ada di depan mata



Aku sebenarnya jarang tengok drama Melayu bersiri sehingga sampai ke penghujung. Tapi untuk Cinta Balqis, TV3, aku cuba luangkan masa juga bila berkesempatan (walaupun tak sepenuhnya berjaya menonton ke semua episod).


Untuk drama ini, aku agak tertarik dengan watak dan perwatakan yang dibawa oleh 2 pelakon utamanya, Hasan (Fezrul Khan) dan Marisa (Memey).


Tertarik dengan kata-kata .. di akhir episod Cinta Balqis semalam ...


“Kadang-kadang manusia terlalu mudah lupa ... Cinta itu ada di depan mata.”


Sungguh beerti kata-kata ini bila direnungi. Ia agak luas untuk ditafsirkan. Darinya menyedarkan kita akan sungguh berertinya bila cinta itu lahir dari dalam hati. Ia akan dengan sendirinya terpancar indah ke luar.


Untuk teman-teman blogger semua, siapakah orang yang paling rapat dengan anda sejak sekian lama?.. dan kini siapakah orang yang mula rapat dengan anda? Cuba luangkan sedikit masa. Renungi dan fikirkan dirinya…


>> kerana mungkin orang itu adalah cinta anda yang sebenarnya.

>> kerana cinta anda itu ada di depan mata.

15 January 2010

Papan kekunci komputer penyebab selsema?


Berapa kalikah rakan-rakan blogger semua membersihkan papan kekunci / keyboard komputer? Sebulan sekali? beberapa bulan sekali? setahun sekali? atau tak pasti kerana hanya tunggu masa rajin saja baru mencucinya? hehe.. aku senyum memikirkannya.


Kelmarin aku beli majalah Harmoni keluaran terbaru (15 Januari). Satu ruangan halamannya ada memetik kajian yang diketuai oleh ahli mikrobiologi British, James Francis. Menurut beliau, papan kekunci komputer / laptop perlu dibersihkan. Jika tak ia akan lebih kotor daripada tandas dan dikatakan mempunyai bakteria yang selalunya suka menempel pada sesebuah tandas duduk.


Aku tertanya-tanya... satu perbandingan yang agak keterlaluan bagi aku. Papan kekunci lebih kotor daripada tandas? Begitu sekali kotornya. Benarkah kajian ini?


Kajian yang dilakukan di beberapa buah pejabat di United Kingdom menunjukkan bahawa papan kekunci menjadi sarang bakteria seperti bakteria Escherichia coli dan staph yang boleh memudaratkan kesihatan. Kajian itu mendapati kuman-kuman tersebut boleh menganggu bahagian usus dan hidung seseorang. Kesannya seseorang itu boleh mengalami keracunan makanan dan juga selalu selsema. uisss..


Nampaknya kita semua, yang selalu di alam maya ini kena ada jadual membersihkan papan kekunci komputer. Begitu juga aku. Kadang-kadang itu bila nampak kotor baru mencucinya. Kadang tu hanya sebulan sekali. Itupun kerana tidak suka melihat bekas jari jemari tangan yang meninggalkan bekas di papan kekunci. Apatah lagi, papan kekunci laptop aku berwarna agak cerah. Walaupun tangan bersih (pada pandangan mata), tapi hakikatnya lama-kelamaan ada juga le bekas jari-jemari yang tertempel pada papan kekunci.


Perkara ini nampak remeh saja tapi demi kesihatan.. Jom kita cuci papan kekunci sekarang juga …


08 January 2010

Mencintai tidak harus memiliki


Jam 2.45 petang. Balik dari sembahyang jumaat. Aku terima sms..


Pelajar: “Salam cikgu.. cikgu duk wat apa?”

Rashid: “Salam. Sapa ni?”


Pelajar: “Saya Umie cikgu. Kelas 5 Mawar”

Rashid: “ooo umie. Ada apa umie?”


Pelajar: “Tak ada apa. Saja tanya khabar cikgu”

Rashid: “Cikgu alhamdulillah .. sihat.Umie sihat? Sekarang kerja ke?”


Pelajar: “Umie duk kat rumah. Tak berapa sihat cikgu. Sekarang umie ada kat rumah mak saudara. Kat Ketereh. Umie sedang berubat”

Rashid: “Berubat? Umie sakit apa ni?”


Pelajar: “Umie kena santau. Dah lama dah. Sekarang ni nak berubat balik Takut bertambah kuat… ”

Pelajar: “Cikgu, umie takut. Umie takut nak tengok result SPM nanti. Doakan umie cikgu”

Rashid: “okey umie. Cikgu doakan umie sembuh dan dapat result yang baik. Jaga diri okey. Jangan risau..”

Pelajar: “Terima kasih cikgu..”


Aku termenung sekejap. Umie, salah seorang pelajar tingkatan 5 tahun lepas. Aku mengajarnya. Dalam kelas, ceria dan rajin orangnya. Suka senyum. Selalu menyapa dan datang berbual dengan aku. Tapi tak pernah pula aku dikhabarkan tentang santau menyantau ini…


Aku terus teringat, 2 minggu lepas ada seorang bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah menelefon. Dia juga orang Kelantan. Sekarang belum kerja tetap - sekadar guru ganti di salah sebuah Sekolah Menengah di Johor. Bila berbual dengannya, dia bagitau – sekarang dia agak kurus. Sakit. Sakit terkena ‘buatan orang’. Orang lelaki itu tergila-gilakannya (sejak belajar di UMS lagi) tapi dia tak dapat terima…


Aku termenung lagi. Tertanya-tanya, mengapakah masih ada manusia yang sanggup minta bantuan ‘bomoh’ untuk menakluki hati seseorang? Mengapakah masih ada manusia yang tak berperikemanusiaan sebegitu?. Adakah kerana cinta? Adakah itu sebenar-benarnya cinta?. Bukankah bila kita mencintai seseorang, tidak bermakna kita akan dan harus memilikinya?. Bukankah bila kita mencintai seseorang, kita sepatutnya mendoakannya agar si dia itu sentiasa gembira, sihat dan bahagia? huhh!!



p/s- kedua-duanya sememangnya cantik orangnya …


05 January 2010

"Rashid, apa azam tahun ini?"

Setiap kali menjelang tahun baru, pelbagai azam akan dirancang oleh sesiapa saja. Ada yang berazam nak maju dalam kerjaya, nak tambah harta kekayaan, nak cari jodoh, nak pasang itu ini.. nak tambah itu ini. Bagi aku semuanya baik. Tak ada salah. Malah sesiapa yang menanam azam, itu dah dikira bagus kerana dengan adanya azam, maka akan ada usaha untuk mencapainya.


Kelmarin ada seorang teman bertanyakan tentang aku punya azam


“Syid, apa azam tahun ini?” spontan je dia bertanya.

“Azam? ermm… ada..” jawabku senyum.

“Apa dia?”

“ermm.. adalah. Banyak juga. Salah satunya masih sama. Berikan bunga…”

“Bunga?”

“A’ahh.. hehe. alaaa lupakanlah..” Aku mula mengalihkan tajuk... senyum melihat teman yang juga mula senyum walaupun kelihatan masih tak puas hati dengan jawapan yang aku beri.


Dalam perjalanan pulang dari kerja, teringat satu petikan yang aku baca:

“Tak kira apa azam anda, perkara paling penting ialah menjaga ‘harta kesihatan diri’. Kesihatan diri umpama harta cair yang boleh susut pada bila-bila masa jika tak dijaga. Tiada orang yang boleh membantu mengekal atau menambah nilai harta ini kecuali kita sendiri”


Aku terus menambah kata-kata,

“iya, harta kesihatan diri sangat penting. Penting untuk diri dan juga penting untuk orang-orang yang bersama kita... di persekitaran kita. Moga semuanya sihat, tenang dan sentiasa damai selalu. Tidak lagi memendam rasa, berjiwa resah, sakit dan terluka”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search