Anda pernah kecewa dan kemudian rasa sedikit putus asa? Yup! kita tak dapat lari dari rasa kecewa dan sedikit rasa putus asa. Aku rasa, semua orang pernah didatangi perasaan kecewa. Tipu kalau ada orang kata, “aku tak mainlah ‘kecewa kecewa’ ni. Buang masa je .. ”.
a’ahh betul tu. Buang masa je.. tapi bila tiba saatnya, terus humbang kepala kat bantal. Sedih.. nangis.. ahakss!!
Sebenarnya aku rasa, kekecewaan lebih banyak berlaku dalam perhubungan antara dua pihak, berbanding mereka yang hanya kecewa dengan diri sendiri. Seseorang itu mungkin kecewa kerana gagalnya memenuhi harapan diri dan orang lain. Harapan untuk berjaya dalam pelajaran, harapan untuk melanjutkan pelajaran, harapan berkerjaya, harapan untuk berjaya dalam perniagaan, untuk jadi kaya dan sebagainya.
Sampai tahap inikah perasaan kecewa kerana putus cinta atau cinta tak berbalas?
Ada juga yang kecewa kerana perasaan cinta yang tidak berbalas. Perasaan cinta dan harapannya terhadap seseorang yang disukai bertukar menjadi harapan hampa kerana kasihnya tidak berbalas. (uiss kan saya dah bagitau: cinta nak berbalas macamana, diam menanti je. Tak berani nak luahkan apa yang dirasai. Sekadar berharap difahami. Sekadar bagi clue / hint tak boleh tau. Orang zaman online sekarang ini dah tak main clue / hint lagi. Itu zaman Rishi Kapoor dalam filem Bobby. Buang masa. Lain kali berterus-terang saja okey. Tak kisah kalau orang perempuan nak mulakan dulu. Tak rugi. Tak menjejas apa-apapun. Ingat tuu!!)
Kecewa kerana putus cinta dan cintanya adalah cinta terlarang?... dilarang oleh keluarga. Hatinya dah suka. Terlalu suka… tapi… bila ada tapi faham-faham sajalah. Banyak persoalan akan menerjah minda. Bermain di minda. Banyak yang perlu difikir dan ditempuhinya. Kalau rasa lesu tak bermaya sebelum bertarung kat ‘medan cinta’ baik lupakan sajalah. Kecuali kalau hati dan diri rasa, itulah sebenarnya jalan yang perlu ditempuhi. Demi cintaku padanya… lautan biru akan kurenangi…
Rasanya apabila seseorang itu putus cinta atau cintanya tidak berbalas, pasti akan hadir rasa kecewa yang teramat. Perasaan bercelaru ini kalau tidak diurus dengan baik, dengan kekuatan, ketabahan dan keimanan, ia tidak mustahil akan membawa kepada rasa kecewa yang melampau. Ia boleh membahayakan diri, bunuh diri, dan tindakan lain juga. Ia boleh buatkan seseorang itu terasa lemah & hilang semangat untuk menjalani kehidupan harian.
Untuk teman-teman tersayang …
Kekecewaan bukanlah suatu yang negatif. Apa salahnya kita tukarkan ia kepada tenaga untuk kita bangkit dari kegagalan. Kita jadikan kekecewaan untuk menilai diri sendiri, mencari kekuatan dan kelemahan. Kita jadikan kekecewaan yang dialami untuk kita kuatkan kembali ‘sendi-sendi yang longgar’, seterusnya kita rancang keupayaan dan kekuatan yang baru. Kita bangkit. Kita bangkit dengan gagahnya. Kita bangkit untuk lebih ‘macho’ lagi bagi orang lelaki dan lebih ‘ayu menawan’ bagi orang perempuan.
Ingatilah, kekecewaan bukan untuk ditangisi sepanjang hari tetapi untuk direnungi dan difahami. (kalau nak menangis juga… menangislah… tapi sekejap saja okey), Sesungguhnya tidak semua harapan kita yang indah-indah akan tercapai dan berjaya digapai. Tidak semua juga harapan orang lain berjaya kita penuhi. Namun kita hendaklah cuba laksanakan yang terbaik. Ambil keputusan dan jalan yang terbaik. Kita adalah diri yang terbaik dan bertindaklah seadanya mengikut kemampuan terbaik yang kita miliki.
p/s - kepada yang tengah kecewa tu.. jom peace ‘v’ ngan saya … senyum okey ..