Followers

26 June 2010

Aku, takwim dan masa



Aku melihat takwim, kemudian melihat jam. Memerhati arah jarum. Juga melihat jarum saat yang bergerak. Geraknya yang bagaikan mengingatkan aku, masa itu juga ada denyut nadinya. Sama seperti badan, ada denyut jantungnya.

Aku berfikir sejenak. Sering aku bersituasi sedemikian. Melihat takwim dan masa. Situasi rutin tanpa aku sedari rupanya.



Dua minggu kebelakangan ini, bagi aku hari-harinya masih lagi mencengkam masa. Masa terasa mengalir deras. Siang ke malam dan sebaliknya. Adakalanya terasa baru saja tadi masanya.  Baru tadi berlalunya.

Aku bangkit dari kerusi kerja. Bergerak sekitar meja kerja. Selang tak lama, duduk lagi… bangkit lagi… Kemudian terus keluar dari bilik kerja. Masuk bilik kerja lagi. Di muka pintu, aku pandang kerusi dan meja kerja.  Sekejap lagi pasti aku akan ke kerusi dan meja kerja itu lagi.

Perbagai program mendatang dalam satu masa. Semuanya mengejar masa. Sana ingin cepat, sini ingin cepat. Semuanya ingin cepat. Semua Ingin hasil yang segera  Masing-masing tangan ingin berada di atas. Masalahnya semuanya agak ‘ad hoc’, sedangkan bagi aku semuanya sepatutnya perlu ada ‘logik masa’nya. Perlu ada ‘fikir’nya. Perlu berikan sedikit masa untuk selesaikan segalanya.

Tiba-tiba terlintas akan satu sabda Rasulullah s.a.w.

"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati."

Aku rebahkan badan sambil merenungi ayat sabda ini. Pejam mata beberapa saat ...  

Akhirnya aku bangkit lagi, menuju ke kerusi dan meja kerja. Kali ini aku bangkit dengan senyuman kerana hati aku mula berbisik:

"Rashid... seorang pegawai bukan hanya berfikir untuk selesaikan masalah tapi selesaikan dengan tindakan..."

09 June 2010

Latihan Tempur Tanpa Senjata ...


Satu minggu tak beronline. Terasa macam satu bulan dah berlalu.

Maaf teman-teman semua. Diri menghilang seketika.

Satu minggu aku menjalani latihan tentera lagi.

Kali ini lebih kepada latihan tempur dan perbarisan  …

Badan masih rasa penat …

Jom kita layan gambar yang sempat dirakam oleh Sjn Udin.

zaaasssssssssss
Anggota bersedia untuk ke medan perang

Lilitan merah tanda bersedia apa saja ...
Penyamaran ... 

Timbalan Menteri Pertahanan memeriksa perbarisan

Bersedia untuk bertempur

Tempur tanpa senjata (TTS) wajib dipelajari oleh semua anggota tentera


Panglima Tentera Darat sporting menyampaikan sebuah lagu

Goyang inul menceriakan anggota yang kepenatan

02 June 2010

why is the heart so restless ... 18sx


“wah! sejak kebelakangan ini saya tengok asyik senyum je ni Afiq” aku menyapa seorang cikgu baru.

“Biasalah cikgu rashid... orang tu sedang di lamun ..” sampuk teman rapatnya, Hanafiah. Teman serumah.

“iyake ni afiq..” aku senyum ...

>>>>>  Bagaimanakah orang yang sedang dilamun ek? Seperti video clip di bawah inikah? hehe   (nak dengar tutup dulu ya lagu piano saya tuu..)



antara lirik ...

why is the wind blowing
why is the sky dancing
why is the heart so restless
you don’t know and neither do I ..

why does the spring come …
why do we loose peace of mind … 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search